klik Nuffnang

Showing posts with label Kisah famili. Show all posts
Showing posts with label Kisah famili. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Kek Frozen Birthday Syakirah & Slmt Berpuasa



Assalammualaikum dan slmt Menyambut bulan Ramadan buat semua pengunjung dapurmamasya....moga semuanya sihat dan sejahtera menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ni.
Lamanya tak update blog....sejak balik Msia,masa agak terhad utk ngadap blog lama2 spt dulu. untuk entry hari ini, nak kongsi gambar kek birthday frozen yg mama buat utk puteri kesayangan mama Syakirah Aeda utk bday ke 5. Bday Syakirah 20 Mei sambut di rumah dulu dg keluarga dan di sekolah sambut 26 Mei.


Kek bday frozen...kek idaman hati Syakirah, happy dia dpt kek yg dihajati.maklumlah skrg 'musim frozen'....baju frozen...kek frozen...citer frozen ....lagu let it go...let it go...semua jadi kesukaan Syakirah


utk kek, mama baking kek choc moist dan hias dg buttercream dan edible image.


bersama kawan tadika sambut birthday Syakirah....kawan-kawanpun ceria sambut bday Syakirah


party pack buat kawan-kawan....


Ni pula masa sambut dirumah...kek dg hiasan bunga ros beli saja sbb plan last minit nak sambut bday Syakirah bersama keluarga.


itu saja entry bday Syakirah....jumpa lagi.....

Sunday, March 23, 2014

Home Sweet Home...



Assalammulaikum buat semua pengunjung dapurmamasya.
Apa khabar semua ? moga semua sihat walafiat. Lama blog tak update sejak balik Msia....dkt 4 bln....tkasih buat pengunjung dapurmamasya yg hantar emel dan komen diblog bertanya khabar , mama sekeluarga Alhamdullilah sihat...cuma masa utk berblog agak terhad bila dah balik Msia. Buat pengunjung yg bertanya pelbagai soalan ttg resepi di blog....maafkan mama sbb ada soalan yg mama tak sempat balas. Juga tak sempat nak melawat blog kwn2. Mcm2 hal nak diuruskan sejak balik dan mamapun dah mula masuk office sejak Dis lepas lagi,tak sempatpun nak bercuti pjg di Msia.Syakirah dan abg2 pula masih menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru dan abg sulong, Alhamdullilah dah mendaftar di MMU sesi Mac baru-baru ini.
Sejak balik juga....kami menerima kunjungan dari beberapa sahabat handai yg sama2 di Mesir dan juga sanak saudara.....seronok bila dpt bersua kembali. Utk entry pertama di Msia ni mama nak kongsi bbrapa gambar xtvt sejak kami balik Msia.


kontenapun dah sampai dlm bulan Jan lalu...2 lori brg...


sebah kotak..penuh ruang tamu sebenarnya.berat kotak2 kosong saja selepas brg2 dikeluarkan 450 kg, kena panggil lori utk ambil kotak kosong.wpun penat mengemas tp lega bila semua brg dah siap dikemas...tak tahan nengok kotak2.....susah nak cari brg.


sejak kami balik Msia, sanak-saudara dtg melawat kami....jadi bawa jalan2 sekitar Melaka sambil bawa anak2 jln2.....ni dkt perigi Hang Tuah


bawa ke Masjid Selat...Masjid ni mmg dibuka utk pelancong


Masjid Selat dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka


Melaka River Cruise....menyusuri Sg Melaka....Perjalanan bot ini adalah sejauh 9 KM dan bermula dari Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka ( pergi dan balik ).


Tempoh perjalanan selama hampir 45 minit.....sepjg sg dpt melihat view sekitar Melaka dan lukisan2 mural di dinding2 bgn.


melepasi Kg Morten....kg traditional


juga pusing2 ke kampung Portugis.....


ni pula masa kami ke JB masa dkt CNY lalu, singgah di JPO.....


jln2 cuci mata saja kat sini...

kejap sj di JB...2 D 1 N...gambar tak terang guna hp.


bln lepas bawa anak2 ke I City masa famili gathering di Shah Alam


posing dg Mr Bean....


pic last....menu ringkas buat tetamu, tak sempat nak masak mcm2 spt masa di Cairo dulu.hanya dapat masakkan soto daging. Sate beli saja. tak baking apa2pun...oven masih bercuti pjg.dah mula kerja ni....masa di dapur terhad sgt.

Buat yg bertanya ttg jubah sabar ya.nanti mama update ttg promo jubah Egypt pula....byk jubah yg dah ready stok dg mama di Msia...jumpa lagi.

Tuesday, September 17, 2013

Syakirah dah mula sekolah



Assalammualaikum buat semua, moga sihat sejahtera selalu dan terimakasih berkunjung ke blog dapurmamasya.
Syakirah dah mula sekolah ......darjah 1 ? taklah baru 4 thn jadi masuk kindergarten 1. Syakirah bersekolah sama tempat dengan abang2nya. Anak2 dah mula sekolah pada 2 September lepas setelah cuti panjang selama 2 bulan lebih. Persekolahan di sini bermula September dan kali ni semua anak mama sekolah yg sama. Mudah sekaligus semua pergi pergi dan balik bersama dengan bas sekolah ambil dpn rumah.
Hari 2 hb itu ke sek urusan register abg2. bawa Syakirah sekali utk tunjukkan sek abgnya. sampai di sekolah staff yg uruskan pendaftaran tanya Syakirah nak tak sekolah. terus Syakirah angguk nak.....cikgupun laju je dtg bawa dia masuk kelas.


Ni teacher Syakirah Mrs.Ala Iayob...soft spoken orgnya. Mama dan mr husbenpun mcm kaget juga sbb tak plan nak hantar dia ke sekolah skrg sbb tak beberapa bulan lagi di sini. 4-5 kali tanya betul tak Syakirah nak sekolah ni ?....tak nangis mama tinggalkan. tak...Syakirahkan nak belajar....Syakirah suka belajar. 2-3 kali keluar masuk kelas dia....nak uruskan pendaftaran.masuk kelas...tengok dia ok je.tanya lagi betul tak nak balik....tak nak mama..Syakirah nak sekolah...Syakirah nampak rileks je, mama pula terasa risau nak tinggalkan Syakirah di sekolah. Maklumlah berbeza pengalaman hantar abg ke tadika dulu, ada yg tarik baju mama, tak nak ke sekolah.....1 minggu masuk ke kelas nangis...nak mama tunggu dpn kelas. ada yg meleleh air mata pagi2 bila nak ke tadika....pengalaman sungguh...


Hari pertama, sepjg kelas ok tak nangis cikgunya bgtau. cuma waktu balik, selepas keluar kelas dia nangis sbb tak da sapa2 tunggu dia dpn kelas. abgnya lambat pergi ambil. sepjg balik dlm bas nangis sampai rumah...teresak-esak....ckp tak nak dah ke sekolah. lepas pujuk, dia setuju nak pergi sek kalau mama hantar dan ambil. Nasib baik ckp pergi hantar dan ambil kalau mama kena masuk kelas sama-sama lagi haru...


Tapi skrg mama hanya hantar....utk sementara, lepas ni biar dia naik bas. Syakirah balik dengan bas sekolah bersama abg2.Seronok Syakirah dlm bas sbb majoriti dlm bas anak2 Msia dan ada yg suka layan Syakirah.Tengok ceria balik sekolah wpun waktu sekolah pjg 8-2.30 ptg. Sampai rumah pukul 3 ptg.Manakala belah pagi, abg2nya naik bas pukul 7.20 pg .


Indoor xtvt Syakirah dg kwn2 sekelas sebelah pagi, antara xtvt yg Syakirah suka. Dalam kelas Syakirah Kindergarten 1, campur pelajar umur 4-6 thn....ikut kelayakan, yg tak tahu menulis lagi duduk dlm kelas asas ini. Wpun Syakirah baru 4 thn, dia dah sama saiz dg budak 6 thn.


Mula2 ni sembang mcm ayam dg itik maklumlah kawan2 dari pelbagai negara....seorang cakap Melayu...sorang Arab...Pakistan....ada negara lain juga....mcm2 bahasa...entah mcm mana mereka sembang.Tapi bahasa pengantar sekolah bahasa Inggeris.

wpun bahasa berbeza, Syakirah dah ada best friend, suka peluk2 kwnnya yg sebaya tp kecil je budaknya....Syakirah panggil kawannya itu adik....adikpun, adiklah Syakirah


.. asalkan happy ada kwn di sekolah...balik sekolahpun dah mula cerita pasal kwn2nya.


itu saja....moga Syakirah rajin ke sekolah. Entry ini juga buat kenang-kenangan bila Syakirah besar kelak....

Tuesday, July 9, 2013

Kek Birthday Syakirah & Mama



Salam Ramadan dan selamat berpuasa buat semua .Kami di Egyptpun mula puasa esok/Rabu serentak dg Msia.Mama mohon maaf jika ada salah silap...terkasar bicara menyinggug hati selama ini. Sama-sama kita menjalani bulan Ramadan yg mulia ini dg banyakkan amalan yg baik. Dan kemelut yg berlaku di sini segera tamat dan kesejahteraan rakyatnya kembali semula apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Semalam.....setelah hampir 3 minggu berlalu bday Syakirah pada 20 Jun lalu, barulah kek bdaynya mama buatkan. Maafkan mama Syakirah sbb lambat buat...sampai Syakirah tanya bday Eda tak da apa-apa....mcm2 alasan lambat. bukan mama tak nak buat....tp bertangguh hari ke hari...dah nak puasa baru nak buat kek bday Syakirah.


Syakirah....happy sgt dapat kek bday. Syakirah cakap thn ni dia tak nak nangis sambut bdaynya . thn lepas dia nangis bila nak tiup lilin.tak tahu napa tapi rasanya dia terharu sbb kek yg diidamkannya itu kek Dora mama buatkan juga akhirnya . sbb dia ingat dah tak jadi buat bila mama asyik bertangguh.


Utk bday ke 4 thn ni...Syakirah tak minta kek yg khas utknya janji dapat kek bday. jadi mama buatkan kek bentuk love dg dihiasi bunga2 kecil dan pacakkan patung princess. Abg Syazrin cakap kek ni macam kek kahwin sbb bentuk love...pandai2 je abg ni...


yg sebenarnya dah lama teringin nak deco kek bentuk love tp belum berpeluang. kek bday utk abg2 tak sesuai kek bentuk begini, tunggu bday Syakirah baru buat. kebetulan bday Syakirah dan mama tarikh berdekatan, kongsi sekali kek bday ini tp mama tanya dulu Syakirah boleh tak mama kongsi kek bday dg Syakirah...boleh mama.....jimat...buat sebiji utk 2 org...mama & syakirah sambut sama2.


Nasib baik Syakirah tak merajuk bila mama lambat buatkan kek birthday utknya.


senang hati kek bday Syakirah dpt juga buat wpun lambat dan dapat mengembirakan puteri tersayang.


Syakirah tiup lilin bday ke 4....bday terakhir sambut di sini.


juga kek bday terkhir utk anak2 thn ini...selesai sudah 5 org buah hati mama sambut bday. tunggu thn depan pula di Msia.

Friday, June 21, 2013

Happy 4th Bday Syakirah Cayang!



Assalammualaikum buat semua
Hari ni 20 Jun....genap 4 thn usia puteri mama.....doa mama dan abah, agar Syakirah sentiasa sihat ceria dan membesar jadi anak yg soleh dan berjaya....Aminnn.
Syakirah Aeda....wpun anak bongsu tp kdg2 kami memanggil Syakirah dg panggilan kak Eda...rasa sesuai pula panggilan nama itu dg Syakirah dan diapun suka bahasakan diri dia kak Eda. Panggil kak Eda sbb nama Syakirah kami simpan sebelum kelahiran abg yg sulong lagi tp tiada rezki masa itu hinggalah selepas 4 orang abg Syakirah lahir....barulah ke 5 seorg puteri....Syakirah Aeda diberi nama. Mungkin sbb mama & mrhusben selalu panggil dia kakak....Syakirah wpun bongsu tak manja sgt.
Berbeza panggilan dgn abg no 4 dulu...Syazrin, panggilan manja sejak lahir kami padanya ialah baby sampailah Syazrin umur 4 thn iaitu sehingga Syakirah lahir barulah tukar panggilan dari baby ke abg.


Mungkin kerana panggilan kak Eda juga...kdg2 Syakirah berlagak seorang 'kakak' kpd abg-abgnya. selalunya....bila mlm sebelum tidur, dia akn pergi tutup lampu bilik abgnya dan suruh abg2 tidur. Setiap mlm juga Syakirah bacakan doa tidur utk abg no 4 (abg no 4 sebelum tidur nak ada org baca doa tidur bersama2 dgnya) . Dan selalu suruh abg2 dia mkn...kalau tak nak mkn mulalah dia membebel....dah mcm mama pula..hi....hi...dan melapor pada mama abg mana yg belum mandi... abg mana yg buat salah.Syakirah juga wpun adik suka nyakat abg no 3 & 4. dan yg biasa ngalah dgnya abg no 4....akn dtg ngadu pada mama Syakirah buat dia. Satu lagi Syakirah suka betul tengok citer P.Ramlee......ulang2 tengok sampai boleh hafal beberapa dialog....mama pula yg bosan bila citer sama.
itu saja citer ttg Syakirah...juga catatan utk Syakirah baca bila dia besar nanti. jom tengok gambar2 Syakirah sejak lahir...


usia sehari....21.6.2009...bam..bam pipi...iras anak Jepun...lahir 4.2 kg tanpa sebarang masalah. dilahirkan di Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital (RIPAS) , Brunei Darusalam .Rekod baby lahir paling besar hari itu.


usia 1 minggu...tp rupa dah mcm baby 3-4 bulan


umur 1 bulan...pipipun dah surut....tak tembam lagi


usia 6 bulan...bulan terakhir di Brunei Darussalam sebelum pulang ke Msia


9 bulan ketika bercuti Langkawi.


Syakirah sejak kecil lagi suka kerja di dapur....terutama part menumbuk...sama naik dia nak menumbuk.


1 thn 4 bln.....di Msia..rambut dah boleh buat tocang...posing ala2 anak dara sunti gitu.


bday ke 2 thn sambut di Cairo. Mama buatkan kek princess.


bday ke 3 thn mama buatkan kek Dora spt yg Syakirah minta


bday ke 4...Syakirah dah minta kek bday tp tak ckp nak kek apa.....sabar ya Syakirah...mama masih cari idea nak buat kek apa.....

Klik Nuffnang2