klik Nuffnang

Showing posts with label Kek/Brownies. Show all posts
Showing posts with label Kek/Brownies. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Red Velvet Cheese Cake Meleleh



Assalammulaikum . moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg singgah dapurmamasya.
Maaf jika ada teman2 yg mama tak buat kunjungan balas sbb dlm minggu ni sibuk sgt sbb brg dah mula packing.wpun packers yg dtg packingkan barang tp kena juga kemaskan dan asingkan brg utk mudah mrk packing.Masih ada sikit lagi yg belum selesai......penat sungguh....
Wpun penat sbb dah bbrapa hari berkemas, mama cuba juga update blog hari ini, nak kongsi resepi Red Velvet Cheese Cake Meleleh yg dibuat beberapa hari lepas utk bawa ke pot luck rumah kwn dan juga mr husben bawa sedikit ke office. Dah lama sebenarnya teringin mencuba sejak ramai tayang Cheese Cake Meleleh...atau Lava Cheese Cake. tapi tangguh hinggalah dah dkt nak balik ni barulah merajinkan diri membuatnya sbb nak habiskan stok cheese dlm peti ais.


Tapi Cheese Cake Meleleh mama buat taklah meleleh sgt sbb mama tak ikut sukatan resepi utk cream cheese sbbnya nak habiskan stok cheese dan whipping cream tp resepi yg betul adalah spt di bawah. Utk kek pula, mulanya nak buat span kek tp ovelatte dah tamat tempoh pula jadi tukar buat RVC. Resepi RVC ni sama spt mama buat sebelum ini, dah beberapa kali guna resepi RVC yg sama, boleh klik sini.Tapi utk mudah dikongsikan resepi di bawah, tkasih kZai dan k.Mon kongsi resepi RVC yg sedap ini.Saiz kek ni besar dpt 2 loyang 8 in, kalau famili tak ramai buat 1/2 adunan pun dah cukup.

Red Velvet Cake
Resepi; K.Mon @ Nina Suria
Sumber; k.Zai @ Dapur Impian
Oleh; Dapurmamasya

bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - letak 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota:
1.Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
2.Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek @ loyang 10'x 10'

Untuk resepi cream Cheese Cake Meleleh sepenuhnya menggunakan kek span kek boleh tengok di blog Rahel Blogspot dan Fb Anida Hussain, dan mama kongsikan resepi utk cream spt dibawah;tkasih buat Rahel dan Anida.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
tips nak bagi lagi cair tambahkan sikit2 susu cair uht dan whip cream sampai meleleh

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.


dapat 2 bekas, 1 utk bawa ke rumah kwn dan satu bekas lagi mkn di rumah & mr husben bawa ke office.


Jamuan di rumah kwn....kwn mama menjemput mama dan bbrapa ladies utk meraikan mama yg akn pulang. Mcm2 kuih ada dg hidangan berat mee bandung dan nasi lemak .


Tkasih byk tuanrumah' K.Rozie yg sudi meraikan mama dan menyediakan hidangan yg sedap dan tkasih kwn2 yg dtg meraikan yg juga ada bawa makanan.happy mama bila diraikan begini, akn jadi ingatan manis buat mama.....tkasih buat teman-teman!


RVC yg mama bawa ke rumah kwn....


ni yg utk mkn di rumah mama letak extra cheddar cheese....


parut byk2 atas kek sbb nak habiskan cheddar cheese.


wpun kurang meleleh tapi rasa tetap yummy dan staff mr husben yg mkn kek ni komen sedap kek......

Wednesday, November 6, 2013

Tiramisu simple jadinya.....



Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg tinggalkan komen.
Dah beberapa hari tak update blog.....tak sempat, mcm2 xtvt dan persiapan nak balik ke Msia hujung bln nanti. Citer raya haji nanti mama kongsikan, belum sempat pilih gambar. Utk entry hari ini mama kongsikan kisah baking dulu..
Kisahnya....bila kek span meragam, cancel nak buat kek yg diidamkan. syg dari terbuang kek.... tukar buat tiramisu....nipis je lapisan cheese sbb kek span besar. Kek span masa masak elok naik, bawa keluar oven, merajuk pula. syg dari membazir kek span, itu yg buat tiramisu saja. Mama belum pass baking kek span ni, kdg2 menjadi , kdg2 tidak.Resepi dah betul tp mungkin terover beat agaknya. sebelum ni ada juga kek span tak menjadi, tukar buat trifle je....bolehlah mkn dari terbuang...hadiah pada cik tong.


Oleh kerana resepi kek span ni agak besar jadi nipis saja lapisan cheesenya.boleh saja letak sikit kek span tp syg pula dari membazir, itu yg letak semua kek span.
Mama kalau baking apa2 tak menjadi mmg tak akn buang, akn tukar buat benda lain. Sbb sygkan bahan2...dari membazir gitu saja. Minggu lepaspun nak baking kek, telur dg gula tak nak kembang wpun dah pukul lama...tak pasti silap apa.jadi buat balik, kebetulan bahan2 masih cukup...elok pula jadinya. Dan adunan yg tak nak kembang tadi iaitu adunan telur dan gula itu, ditambah tepung sikit, buat pancake manis utk minum ptg.....habis juga dimakan.
Utk resepi tiramisu mama refer resepi yg mama buat dulu, boleh tengok sini. Tapi mama kongsi semula spt dibawah;

Tiramisu Simple
Sumber: Blog K.Zai@ Teratak Impian , resepi asal umi_e (myresepi.com)- nanti akn letak link
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - guna sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian - belah 2 aje
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...



assistant mama....suka Syakirah bila mama ckp nak baking kek.masa tengah bad moodpun terus ceria kalau diajak baking. biasa bagi dia tugas kacau tepung



dan tugas pulas mixer . kalau ikutkan Syakirah, semua dia nak tlg buat.nak juga pecahkan telur...ayak tepung......tunggu besar sikit ya Syakirah nanti boleh tlg mama semua ni.....

sejukkan tiramisu dlm satu bekas besar


wpun cheese nipis dan kek span tak begitu menjadi tp habis juga tiramisu ni.

Wednesday, October 23, 2013

Moist Red Velvet Cake




Aslmkum buat semua.moga semuanya sihat2 belaka.Tkasih singgah di dapurmamasya
Mama belum sempat pilih gambar semasa jamuan di rumah baru2 ni, jadi sambung tayang dessert ke 2 yg dihidang utk tetamu selain Puding Tembikai....iaitu Moist Red Velvet Cake.
Moist Red Velvet Cake ni buat sehari sebelum jamuan di rumah bersama sebiji lagi kek iaitu Moist choc cake. Dan letak cheese keesokkan harinya....tgh hari dlm sejam sebelum tetamu tiba mama baru sempat letak cheese atas kek sbb byk yg nak kena buat sebelum itu. Jadi deco simple....sapu2 saja cream cheese dan tabur manik warna warni....itu saja yg termampu dlm masa yg terhad. tp nasib baik kek ni sedap.... moist sgt rasa keknya.


Ingin mencuba resepi kek ni sbb sukatan mudah tak payah timbang....sukat pakai cwn dan sudu.tkasih Hana kongsi resepi kek ni.Pada yg ingin mencuba Moist Red Velvet Cake sendiri boleh tengok resepi di bawah;

RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


kek tak sempat nak hiaspun.sejam sebelum tetamu tiba baru sempat putar cream cheese.nak belah letak cream cheese kat tghpun dah tak sempat. cream cheese hanya tempek2 saja atas kek.


hasilnya setelah dipotong.....


moist sgt.... tetamu yg dtgpun suka kek RVC ni..

Tuesday, September 24, 2013

Simple Brownies



Assalammualaikum buat semua, moga sihat sejahtera...
Week end lepas mama baking brownies sbbnya dah lama tak membaking, rasa nak mkn kek...brownies...tapi nak baking yg paling mudah. Itu yg mama buat brownies. sbbnya kalau brownies tak payah nak guna mixer, godek dg tangan saja dan tak payah nak tunggu butter cair, sbb cairkan terus atas periuk....simplekan. dan tak perlu risau bantat ke apa...sbb brownies mmg teksurnya padat.
Teringat masa mama aktif FP, dlm thn 2007-2009..masa tu Fp mmg popular dikalangan sahabat maya yg suka masak dan brownies mmg terkenal masa tu.....mcm2 brownies ada.kalau yg ambil tempahan, brownies mmg antara yg laris...tp skrg agak kurang popular bila muncul kek2 baru.


Berbalik pada brownies yg mama cuba ni, mama cari resepi browies yg simple, itu yg jumpa resepi ni di MYR. Tkasih k.Fida empunya resepi.Mama tambah walnut dan choc chip utk bagi lagi sedap brownies ni. Mama guna api atas bawah 5 min terakhir nak bg garing atasnya sbb suka mkn brownies yg garing atas tp lembut dlmnya.

♥Simple Brownies
Sumber; k.Fida @ MYR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 9x6 inch )- Mama buat 2 adunan guna loyang 10 in x 7
115 g mentega - di cairkan,sejukkan
1 cwn gula halus (195 g) - mama kurangkan sikit gula
1 sk esen vanilla
2 biji telur
1/2 cwn tepung gandum (60 g)
1/3 cwn serbuk koko (25 g)
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam(opt)

Cara-cara
Campurkan mentega, gula, vanilla dan telur. Gaul rata.
Kemudian masukkan tepung, b. powder, koko yg di ayak bersama.Gaul lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas dan digris. (utk selera anak2, saya taburkan kekacang dan choc chip di atas adunan) - mamapun letak choc chips dan walnut
Bakar pd suhu 160C selama 20- 25 min. - bergantung oven masing2


wpun rupa tak menawan...tak da hias apa-apa...


tapi rasanya yummmm ....tambah choc chips dan walnut. Nak tahu mcm mana rasanya....silakan mencuba!

Wednesday, July 3, 2013

Red Velvet Marble Cheese Brownies



Assalammualaikum buat semua.tkasih yg berkunjung ke dapurmamasya.
Rajin pula hari ni nak update blog....maklumlah tak dpt kemana2...anak2pun xtvt bebas dlm rumah.Keadaan sekitar rumah pula...belah siang dah kembali sibuk tp mlm, kedai2 tutup....tak mcm biasa kedai tutup lewat mlm.Moga semuanya selamat dan keadaan cepat pulih. Manakala untuk Promo Jubah pula masih ada tapi jubah sudah tinggal tak byk.boleh klik sini.
Utk entry hari ni nak kongsi Red Velvet Marble Cheese Brownies yg mamasya buat sbg salah satu dessert masa makan2 Nasi Arab dirumah tempoh hari. Mulanya tak decide nak buat kek cheese apa, jadi buat benda lain dulu.lastnya...dlm kul 2 lebih kut baru decide nak buat Red Velvet Marble Cheese Brownies.dpt simpan kejap sj kek dlm peti ais...tak betul2 keras bila potong....itu yg nampak sememeh tang cheese itu...mcm pudingpun ada sekali tengok.hemmm nak buat mcm mana...tetamu pun dah nak sampai, hidang saja.


Wpun sememeh...tapi yg penting sedappp.....yummmm. abg yg sulong cukup suka kek yg bercheese gini. ingat nak buat lagi....baru nak ambil gambar letak di blog tp mcm dah tak sempat nak buat sbb dah nak puasa...bln puasa ni tak mkn sgt kek.Jadi letak juga gambar yg ada ini....bolehlah buat rujukan dan tambah koleksi dapurmamasya.
Mama tengok ramai yg dah cuba Red Velvet Marble Cheese Brownies...ada beberapa resepi juga. tp mama berkenan nak mencuba resepi dari Maz yg mama dpt dr blog Yati. terimakasih buat keduanya.Buat 2 adunan sbb bila tengok resepi asal 1 adunan mcm sikit sgt....utk 1 famili cukup. tp sbb nak buat utk mkn2 tetamu itu yg mama doublekan.

Red Velvet Marble Cheese Brownies
Sumber; Yatimemories@Sinar Kehidupanku. Asal Maz @ Ilham Dapur
Oleh ; Mamasya

Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):- (mama buat 2 adunan guna loyang 7x10 in)
125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)
1/2 sudu kecil garam
60 gram mentega - suhu bilik
110 gram gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120 ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - nak merah lebihkan warna.
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-Cara:-
Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan bolehlah sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese - buat 1 1/2 adunan
200 gram cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60 gram gula galus
1 sudu besar jus lemon

Cara-Cara:-
Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).- mama guna api bawah saja
Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...


sebelum potong....tak sabar nak rasa.....


nampak cheese agak kuning sbb posing bawah lampu kuning...
ok jumpa lagi...

Sunday, June 9, 2013

Kek Buah Sedap



Assalamualaikum semua dan slmt berhujung minggu..
Akhirnya buat juga kek buah idaman ramai ini setelah menjamu mata di blog & Fb kawan2.ramai yg sudah membuatnya...tengok sorang-sorang dah buat...semua jadi sumber inspirasi kpd kerajinan mama untuk mencuba. Lagipun tak puas jamu mata kalau tak dpt rasa sendiri. Jadi minggu lepas akhirnya buat juga kek buah kukus.mula kukus pukul 3.45 ptg till 7.45 ptg....4 jam lamanya ngukus...tapi tak adalah tunggu 4 jam di dapur...keluar masuk dapur sambil buat benda lain.
Citer ttg kukus lama2.....guna gas..di rumah sini guna gas jenis paip cukup murah.bil setiap bulan hanya 11 Le/ RM5.50.Biasa org gas dtg check meter, keluarkan bil dan kita bayar terus pd mrk. Tapi kalau guna balang mahal sikit harganya. dan balang gas tak pyh pergi beli di kedai, ada org jaja dg basikal (biasa 1 basikal muat 2 balang kiri dan kanan), nanti penjual akn ketuk balangnya sambil kayuh basikal keliling perumahan...dah lama dok sini, mmg boleh cam bunyi ketukan balang gas... sbb bunyi ketukkannya agak kuat.


berbalik pada kek buah ini....betul spt yg diberitahu oleh kawan2.lebih sedap kalau mkn lepas 2 hari. makan kek ni pd hari pertama dan hari berikutnya lagi moist dan sedap dimakan. potong 1/2 dari kek siap2 simpan dalam tupperware....senang nak mkn.1/2 lagi balut dg cling film dan simpan dulu.



Mix fruit dah lama beli kononnya nak buat acar buah tp dah jadi kek buah. campur juga dg sedikit buah prune....potong kecil dan buah kurma. Buah kurma ni org bagi bukan kurma jenis yg sebiji2 tp yg dah siap potong2 dan dipadatkan & packkan sebungkus....mcm asam jawa tu.tp cincang juga nak bagi lagi kecil. Utk resepi mama copy dr blog Yati @ Sinar kehidupanku sbb ada tip utk kek buah yg dikongsikan. Resepi diambil dari blog Hana dan asalnya dari blog Sheila dimana resepi rujukan dari Kamilia Ibrahim/Kak Uteh dan asal buku Chef Zubaidah bte Chepa . Terimakasih semua yg berkongsi resepi.

Kek Buah Kukus
Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir - letak 320 gm
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*- tak letak
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.- mama guna loyang 10 in X 7
5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya.
** Yatie kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.
**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.
**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari,


sesuai utk minum ptg bersama minuman yg sejuk....maklumlah skrg musim panas.


last foto kali ni ....model kek buah mama.....

Tuesday, June 4, 2013

Russian Black & White Cake yg diidamkan



Assalammualaikum buat semua
Kalau bulan April bday abg no 2,3 & 4.bulan Mei pula bday abg no 1 iaitu pada 28 Mei yg lalu. Jadi week end yg baru lepas utk bday abg Syamil, mama mengodek kek idaman mama yg dah lama teringin nak mencuba iaitu Russian Black & White Cake...belum sampai ke Rusia..dpt rasa kek pun jadikan...
Kek ni menjadi idaman sejak tengok ada di Fb dan blog yg menayangkan...nampak sungguh sedap dg kombinasi filling cheese dan choc. tp itulah....kalau kek yg ada beberapa step....teknik...kek yg canggih begini utk membuatnya...mmg lambatlah mama nak mencuba,tunggu betul2 mood rajin barulah nak mencuba.


yg mama kurang puas hati sikit sbb ganachenya tak licin dan tak kilat. sbb coklat disini teksurnya agak berketul2 bila dah keras dan tak kilat.mmg dah beberapa kali bila buat ganache...kena mcm ini wpun tukar brand...atau mungkin mama tersilap teknik membuatnya.


Wbgmanapun kek ni rasanya cukup sedappp....rasa penuh coklat dan cheese.Utk resepi mama tengok beberapa resepi juga tp berkenan dg resepi dari blog Nuanza.tkasih Nuanza berkongsi resepi. tapi apa2 resepi kek coklatpun boleh digunakan.

Kek Coklat Moist
Sumber; Cida Nuanza @ denuanza.blogspot.
Oleh; Dapurmamasya

bahan a:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang - guna gula kastor
2 sudu teh sudu teh baking powder (sudu kfc)- letak 1 st
1/2 sudu teh baking soda - letak 1 st
(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)

bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A - blender sampai berbuih
(satukan semua bahan b )

bahan C:
1 cawan air panas
cara:
masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..
bila dh sebati, masukkan air panas
kacau sebati
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti
masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci - mama guna2 loyang 8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis) atau gunakan kertas minyak
bakar selama 1 jam 10 mnt atau sehingga kek masak - suhu 160 darjah api atas dan bawah (tp kena ikut ragam oven memasing ye)- mama bakar api bawah saja 180'c selama 40-45 min bg setiap loyang
adunan boleh juga dikukus dgn api sederhana

bahan utk ganache - (perlu 2 adunan,1 buat awal utk filling & 1 lagi kemudian utk topping)
sumber juga dari Cida Nuanza @ denuanza.blogspot.
(buat sehari sblm guna)- mama simpan sekejap dlm peti ais, anggarkan boleh paip dah boleh guna.
100 gram whiping cream,
250 g coklat hitam
2 sudu besar mentega

cara:
campur semua bahan
masak secara double boil sampai coklat larut
biarkan semalam hingga ganache jd pekat (boleh di paipkan)
masukkan dlm piping bag
bahan utk cream cheese:
500 gram cream cheese
250 gram butter
120 gram gula ising
1 sudu kecil serbuk nescafe- leh letak lebih kalo nak rasa lebih
Cara
campur semua bahan (kecuali nescafe)
mix sampai sebati dan gebu
pastu ayakkan nescafe
sebatikan & masukkan dlm piping bag

cara hias
potong kek kpd 4 bhgn- jika bakar sebiji kek atau belah 2 jika guna 2 loyang
ambil 1 lapisan kek & letak atas papan kek
masukkan adunan cheese dlm piping beg
paipkan sekeliling kek- rujuk pic bawah
diikuti adunan ganache
berselang seli hingga habis
ambil sekeping kek, letak kan di atas
ulang paipkan adunan cheese dan ganache
buat sampai habis semua 4 keping
pada lapisan kek yg ke4, paipkan adunan cheese (sahaja) keseluruh kek- rujuk pic bawah
kemudian ratakan
simpan kek dalam peti sejuk selama 1/2 jam
baki2 adunan cheese tu, leh la hias2 cemana pun

sementara itu masak lg 1 adunan ganache(guna resepi td)
x perlu biarkan semalam -cuma sejukkan ganache selama 15 mnt
boleh terus tuang atas kek yg di saluti cheese tadi.
Sejukkan dulu dalam peti sejuk baru potong dengan kemas.
Agar nampak kek tu cantik je bila dah di potong. Masa nak potong kek tu, rendam dulu pisau dalam air panas, kemudian dilap baru potong kek tu.


utk lapisan pertama kek, paipkan adunan cheese di tgh, buat bulat kecil. dan diikuti dg bulatan choc dan selang seli dg cheese till atas kek penuh.-tengok chocnya berketul2...mmg tak elok..


utk lapisan kedua kek, paipkan adunan choc di tgh, buat bulat kecil. dan diikuti dg bulatan cheese sekeliling dan selang seli dg choc till atas kek penuh. utk lapisan ke 3 kek, ulangi spt lapisan 1.


utk lapisan ke 4 kek, sapu rata dg cheese. dan simpan dlm peti ais.lepas itu boleh dituang dg choc ganache atas kek.


kek dihias ringkas dg creme cheese.nak sesuaikan dg nama Russian Black & White Cake...kek dihias dg warna putih saja.


Agak sememeh bila kek dipotong wpun dah celup pisau dg air panas mungkin sbb cheese dah mula cair sbb lama dok ambil gambar kek...maklumlah skrg cuaca panas terik di sini. tp tetap puas hati sbb tercapai juga nak buat kek idaman dan rasanyapun mmg nyummmyy.


nilah bday boy...abg Syamil.taknak posing dg kek,segan...maklumlah dah besar pjg.dah tinggi dari mama dan abah. Happy 15th birthday Abg Syamil.Abg Syamil dlm minggu exam skrg. mama & abah doakan moga menjadi anak yg soleh dan berjaya dalam hidup.


bday boy paling suka kek ni,ulang2 mkn...tanya kek masih ada..berbaloi mama buat.abg2 yg lainpun suka mkn. bila makan kek ni.... mkn perlahan2 utk menikmati kesedapan kek yg penuh rasa coklat dan cheese...dan siapkan segelas air kosong yg dingin...


Selesai sudah sambut bday 4 hero mama.tinggal bday buah hati mama yg paling kecik,Syakirah pada bulan june ini.Syakirah...abg2 sambut bday...diapun sibuk tanya bila bday dia,siap suruh tunjuk di kalender bila bday dia....sbb abg2 tanda kat kalender date bday mereka.nanti 20 Jun ya Syakirah...

Thursday, May 30, 2013

Moist Choc Cake dan Alkisahnya



Assalammualaikum buat semua
Lepas baking kek RVC utk bday anak2 minggu lepas, mama baking pula Moist Choc Cake atas permintaan abg Syakim utk projek kelasnya MYP 1, iaitu bake sales for fundraising campaign; collecting funds. Parent diminta utk sediakan makanan utk anak2 bawa ke sekolah dan dijual. makanan spt pizza, donut dan cake...tak kira samada beli yg dah siap atau buat sendiri.Duit jualan akan disumbangkan kpd rumah anak yatim.Selain bake sales, pelajar juga ada buat kutipan baju2 terpakai utk didermakan kepada pekerja2 am sek. Mmg bagus sgt xtvt sebegini dpt mendidik pelajar agar suka menolong mereka yg susah dan mendorong mereka membuat kebajikan....membantu setakat yg mampu.


Dan Syakim pula diminta bawa cake, jadi mamapun baking Moist Choc Cake dgn simple choc topping. kek ni dah beberapa kali juga mama buat dan mmg moist dan sedappp.


Sbb utk fundraising mamapun fikirkan resepi kek choc moist yg best ikut selera mama iaitu moist choc kek yg menggunakan susu pekat spt resepi di bawah. Kek ni pernah buat dulu, sini . Tapi mama copy semula resepi spt di bawah;

MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang
Oleh ; Dapurmamasya

bahan
BHN A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - mama letak 1 3/4 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

Cara
Pukul gula + telur = kembang (high speed)
Masukkan susu pekat }
Masukkan minyak }low speed
Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
Bakar 40-45’ - mama bakar dkt sejam, suhu oven 180'c.(bergantung kpd oven masing2)

**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...


kek siap dipotong dan masukkan dlm kotak utk dibawa ke sekolah


Abg Syakim (abg no2) awal pg sebelum ke sek. Dan bila balik dari sek dlm kul 4 lebih, adalah sikit alkisahnya.balik je dia dg muka masam terus baring atas katil.... mamapun tanya... napa ni Syakim?..mcmmana dg kek yg dibawa.dia jawap tak tahu. tak tahu...mcm mana boleh tak tahu....Syakim bagi pada cikgu kek itu dan selepas itu tak tahu apa terjadi. Ohhh patutlah dia mooddy sbb tak puas hati tak tahu apa kisah dg kek yg dibawa. Mamapun jadi tak puas hati juga.dah baking kek...nak tahu apa hasilnya bila dibawa ke sekolah. Mamapun tak nak komen apa2 pada abg Syakim...tak nak dia lagi moody, biar dia berehat dulu.....tenangkan diri.tp Abg Syafiq...abg no3, bgtau dia ada pergi tengok tempat bake sales itu...nampak pelajar kelas MYP jual kek mama dan ada org beli katanya...betul Syafiq...betul mama.

(Semua foto pelajar dari ; Fb GPIS MYP )
Dan entah mcm mana bagaikan ada jawapan apa yg kami 2 beranak tak puas hati, selepas itu bila mama buka emel, cikgu emelkan bagi link Fb gambar2 xtvt bake sales pada hari itu (ibubapa akn dpt emel apa2 berita dr sek termasuk hwork anak2).ada gambar kek choc mama yg dibawa sedang dijual bersama dg lain2 makanan.


hanya ada 2 org classmates abg Syakim yg bertugas menjual makanan, lega mama tengok kek dah dijual. rupanya hanya 2 pelajar yg bertugas menjual makanan dan pelajar lain wpun bawa makanan tidak terlibat sama.abg Syakim pula sbb tak diminta terlibat masa jualan kek, dah merajuk dan dia langsung tak nak pergi tengok.


Nilah aktiviti bake sales for fundraising campaign; collecting funds. Ada donut, kek & pizza.


Dan sambutan terhadap Moist Choc Cake yg dijual..tinggal beberapa kpg saja lagi dan emel dari Cikgu Syakim;
Subject: Re: Message from young caring students..
Dear Syakim,
I am sending you my sincere appreciation for the cakes you got today, I bought one and found it delicious =D

Sincere regards,
bila baca emel ni, barulah Syakim tersenyum lebar...happy dia....mama senyum lagi lebar..!


Syakim dg classmatesnya melawat ke rumah anak yatim Dar Al Hana pada bulan Mac lepas. MYP-PPCS1 students started their second Community and Service project in SY 12-13; "Caring for Orphans". During their visit to "Dar Al Hana " orphanage .


melalui lawatan ni pelajar diberi peluang utk bermain dengan sekumpulan anak-anak yatim pada usia 2-3 tahun. dpt memupuk rasa belas kasihan, sikap penyayang, mendedahkan pelajar kepada pengalaman baru, belajar bagaimana menjalankan projek Community dan kebajikan.


anak2 yatim Dar Al Hana yg dilawati oleh kelas Syakim. Minggu lepaspun ada juga lawatan ke rumah anak yatim.


Dan mlmnya pula, sampai saja di rumah kul 11.30 mlm...balik dr jemputan dinner, Syakim bgtau yg dia dpt emel terbaru tadi. Syakim diminta bawa kek choc lagi utk bake sales esok. Syakim... mama minta maaf sbb tak dpt nak baking mlm ni....dah lewat, mamapun dah ngantuk dan penat. Esok ckp kat cikgu sorry bgtau cikgu yg mama tak sempat buat ya.
Itulah alkisahnya Moist Choc Cake...sampai merajuk abg Syakim tapi minta buat lagi moist choc cake....sekian!

Klik Nuffnang2