klik Nuffnang

Showing posts with label Rumah/Hiasan Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Rumah/Hiasan Dalaman. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Brg kontena dah sampai



Akhirnya sampai jugak kontena yg ditunggu.kontena tiba di rumah 1.30 pagi kelmarin. Semlm sibuk mengemas.....hari ni sambung lagi....serabut nengok kotak dan brg2 berselerak ....



Nilah lori kontena yg bawa brg dari port



Dari lori besar dipindah ke lori kecil sbb senang nak masuk jln ke rumah.



Anak2 tak sabar selongkar kotak cari mainan



Rajin semuanya nak tolong....Syakirah jadi mandur...hi..hi..

Thursday, June 9, 2011

Dari tkt 22 hotel ke no 22 Geziret El Arab St



Assalammualaikum semua.Lama tak bersiaran dan buat kunjungan ke blog teman2....sbbnya talian internet belum ada lagi. Kami telahpun slmt pindah pada Isnin minggu lepas. Satu kebetulan pula kami sebelum ini menginap di tkt 22 hotel, kemudian pindah ke no 22 Geziret El Arab St, Mohandessin dan di tkt 5. No 22 ni nombor kegemaran kami tp bukan sbb no rumah yg dipilih tp ruang yg ada di apt 4 bilik + 1 maid room dgn 4 toilet ini yg memikat hati kami sekeluarga selepas lebih dari 10 buah rumah yg kami pergi tengok.



Syakirah dgn abg Syazrin& Syafiq di family area. Anak2 dah mula menyesuaikan diri dgn keadaan di sini. Cuaca mulai panas tp tidak terik sgt.



Nilah office terbaru ... selaku full time dapur officer di sini. Terpaksa melupakan dapur putih yg cantik spt entry di bawah wpun dah pasang angan dok masak2 di dapur itu....



Abg2 pula berkenan dgn bilik ini...latarbelakang biru dgn hiasan kartun pooh dan tigger



Apt kami di tkt 5 bgn ni.....bawahnya butik pakaian.Setiap bangunan di sini biasanya sebelah bawah kedai, atas apt. Setiap bangunan yg ada apt selain dari pengawal ada 1-2 org pekerja yg di panggil bawap yg menguruskan maintenance bangunan, tunjukkan rumah kalau ada yg nak menyewa dan uruskan parking penghuni di sini. Kalau susah nak parking bagi saja kunci kereta kpd bawap , diorg yg akan tlg parkingkan kereta. Mudah nak cam bawap sbb mrk biasa pakai jubah labuh dan duduk sepjg masa di dpn lobby setiap bgn apt. Selain itu mrk juga membantu sesiapa yg nak parking di kws berdekatan. Sbbnya parking di kws dlm bandar ni amat terhad dan sentiasa penuh.



View dpn rumah....betul2 mengadap American furniture. Sepanjang jalan depan rumah kami iaitu Geziret El Arab Street ni meriah sepjg hari hingga mlm sbb byk kedai pakaian, perfum pelbagai jenama,cafe dan perabut. Bolehlah window shopping sambil bawa Syakirah jln2 dkt sini. Bgn sebelah apt kami office. Manakala bahagian belakang ada kedai runcit, buah2an, kedai sembelihan...ayam, burung merpati, arnab di sembelih di situ,kedai makan dan mcm2 kedai lagi.



View dari dining room...



view dari balkoni rumah

Kontena kami dah sampai di port minggu lepas lagi dan dijangka 1-2 hari ni sampai di rumah.Utk masak2 nasib baik rumah kami duduk ni ada periuk belanga dan pinggan mangkuk yg disediakan oleh tuan rumah boleh guna utk masak serba ringkas.Ok nanti sembang lagi.....kalau ada kesempatan akan jln2 blog kwn2..

Friday, May 20, 2011

Mencari rumah kediaman....



Antara rumah yg berkenan dihati, dapurnya cantik dan bersih....

Assalammualaikum semua. Masih bersiaran dari tkt 22 hotel apt...susahnya nak update blog sbb guna broadband yg asyik putus2 dan perlahan. Skrg ni kami tengah mencari rumah yg sesuai utk didiami selama kami berada di sini. Dah tengok byk rumah jugak...kena cari rumah yg elok sbb kalau tak puas hati nanti, kena tunggu habis kontrak barulah boleh pindah.Kontrak paling kurang 1 thn. Minggu ni akan decide rumah mana untuk dipilih sebelum kontena sampai hujung bulan ni.
Rumah yg kami cari ni dlm kws bandar sbb nak dkt dgn sekolah anak2 dan tempat kerja mr husben dan senang nak ikuti apa2 aktiviti di sini.
Oleh kerana kws bandar pilihan rumah yg ada adalah apartment, kalau nak rumah sesebuah kena keluar dari town dlm 45 min driving...jauhlah sikit. Wpun apartment ada pilihan nak apt satu level, 2 level(duplek), tp semlm apt kami tengok 3 level...bilik dan living area ada di setiap paras...boleh exercise dlm rumah turun naik tangga....tak payah senaman lain dah...
Kami memilih apartment satu lantai sahaja...lagipun slmt utk anak2 dr turun naik tangga dan fully furnished sbb tak angkutpun perabut dari M'sia.



Lagi dapur rumah yg dilihat....

Wpun skrg tinggal sementara di apt hotel, xtvt masak dah bermula slps 2 hari dok hotel tak daya nak tunggu brg2 sampai. Masak yg ringkas dan mudah aja ....kena mkn nasi jugak...makanan lain rasa tak puas. Lagipun hotel ni sediakan serba sikit pekakas dapur,cuma beli bahan utk masak dan dah ke pasar basahpun minggu lepas beli ikan dll yg serba segar sambil tengok suasana pasar di sini, ada jugak ambil gambar..nanti akan update.

Byk gambar2 yg ada sepjg kami di sini tp krn guna broadband yg cam siput...kejap2 disconnect....tak dptlah nak update citer selalu.Tunggulah bila dah duduk rumah nanti barulah senang nak bersiaran.
Nanti jumpa lagi....

Friday, November 5, 2010

Jln-jln tengok show house



2 storey Semi detached

Assalammualaikum semua...tentu ramai yg bercuti jln2 makan angin..balik kg skrg semperna cuti Deepavali...kpd yg bercuti....slmt bercuti semua!

Kali ni nak kongsi xtvt jalan-jalan tengok show house... ni xtvt bulan lepas...tp baru sempat update. Bukan nak beli rumah baru....saja cuci mata...tengok rumah cantik.
Show house ni tak jauhpun dari rumah...selalu lalu dok tengok lori keluar masuk...bila pergi tengok....dah byk rumah siap. Kat taman ni, selain showhouse 2 storey Semi detached ni ada lagi showhouse lain spt rumah teres,2 storey terrace,Semi detached cluster..tp yg lain dah tutup sbb dah sold out.

Jom tengok gambar dlm rumah, hiasan dalaman moden.. boleh jadi idea hias rumah...



living room and dining area..dibahagikan dgn partition



living room



entrance



dining area...tema putih..sebelah dgn sliding door



anak2pun ikut sama tengok rumah..



famili area di 2nd floor





bilik ke 5 dijadikan ruang rehat sekali dg master bedroom



dressing table master bedroom



Master bedroom..tema hitam , putih dan coklat muda



bilik no 3..



bilik no 3..tema hitam , putih dan coklat muda



bedroom no 2..tema pink..


sweet sgtttt utk anak pompuan..suka tengok



bilik di ground floor sebelah dapur



Dapur tema merah putih



dapur serba putih gini..kena rajin ngelap..rajin nyental..

Klik Nuffnang2