klik Nuffnang

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, April 4, 2016

Ayam Masak Beriani ganding dg Nasi Beriani





Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung dapurmamasya...moga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera , dirahmati Allah selalu...
Lamanya mamasya tak update blog dari tahun lepas.....dah bersawang blog ni...maaf byk2..nak ronda blog kwn2pun tak sempat...masa begitu terhad skrg. buat pengunjung yg masih sudi dtg ke blog mamasya, terimakasih diucapkan.


Cerita ttg masakan pula.....tiap2 hari mmg masak utk keluarga cuma kalau week end tu...dapatlah lama sikit di dapur...jd bolehlah masak yg special sikit utk seisi keluarga. Oleh kerana seisi keluarga suka nasi yg berperisa...untuk menu hari mama masak nasi beriani dg gandingan ayam masak beriani + dalca daging. Rempah beriani pula masa kemas gerbok dapur terjumpa ada 1 pek yg belum guna...sebelum tamat tempoh eloklah buat masak. Jom tengok resepinya....t.kasih kepada empunya resepi :

AYAM MASAK BERIANI
oleh : Dapurmamasya
Sumber ; Dari Dapur Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong
1 tangkai daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong
5 sudu besar rempah beriani
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tomato puree
3 susu besar bawang goreng
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
Sedikit air - mamasya letak secukupnya sbb anak2 suka yg ada kuah sikit
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar - dihiris
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
4 biji cili hijau* - semua bahan dikisar - guna cili merah sbb tak da yg hijau

Cara-cara :
Ayam dibersihkan dan digaul bersama kunyit dan garam. Goreng setengah masak.
Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah beriani, daun ketumbar dan sedikit air dan kacau sebati.
Masukkan tomato puree, tomato sos, kismis, bawang goreng dan buah tomato. Kacau rata.
Masukkan susu cair dan ayam sambil kacau hingga ayam masak.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.


Sedap masakan ayam beriani ni...kena dg selera mama...anak2pun suka.mamasya masak ayam ada kuah sikit sbb anak2 tak suka kalau kering.kalau nak mkn dg nasi putihpun sesuai....ikut selera masing-masing...

Untuk nasi,mamasya guna rempah adabi....ikut aje resepi pada pek rempah beriani.di blog mamasya nipun ada resepi nasi beriani...boleh search/atau cari di label nasi.

dah siap terhidang bolehlah jamu selera...sesuai kalau nak jamu tetamu datang atau acara jamuan...

Saturday, July 11, 2015

Menu berbuka....Ayam Percik & Daging Blackpepper





Assalammualaikum....bersua kembali....dah dkt penghujung Ramadhan baru mamasya dpt update blog kisah menu berbuka....ms agak terhad nak update blog skrg. Hari-hari masak.....cuma kalau hari kerja sempat lauk yg simple saja.week end baru sempat masa yg lebih sikit. menu biasanya kegemaran anak2....dan lauk ayam sudah pasti..
Lauk ayam pula....dah lama tak msk percik...jd week end lepas masak utk juadah berbuka. selain itu masak juga daging blackpepper. Resepinya dah pernah kongsi sebelum ini, tp mamasya copy semula di sini......



Sumber; RASA ON LINE
Oleh; Dapurmamasya
BAHAN PERCIK:
1kg ayam | dipotong kecil
15 biji cili kering l dikisar -nak cepat mama guna cili boh sj
3 biji bawang besar l dikisar - saiz sed
3 ulas bawang putih l dikisar
2sm halia l dikisar
2sm kunyit hidup l dikisar
2 batang serai l dikisar
250ml santan pekat - mama tambah lagi dgn santan sed pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Untuk kuah perciknya, campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat. Ketepikan.
Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang hingga masak. -Ketika proses memanggang ayam, pastikan disapukan berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.

Nota dapurmamasya.
- oleh kerana mama guna santan debu, makan semua bahan kisar mama tumis dulu. kemudian baru masukkan santan, garam dan masak hingga pekat dan sedikit pecah minyak. perlahankan api, masukkan ayam, masak ayam sekejap dlm kuah agar percik meresep dlm ayam. kemudian baru bakar. siram kuah percik atas ayam masa menghidang.


suka anak2 mkn ayam percik.....maklumlah dah lama mama tak masak....


resepi daging blackpapper ni mamasya pakai agak2 saja.....nanti ada kelapangan mamasya kongsi resepinya ya...

Friday, April 11, 2014

Ayam Percik Hidangan Hujung Minggu



Aslmkum...moga semua sihat sejahtera....tkasih berkunjung ke dapurmamasya. Bagi yg berminat nak tengok jubah cotton dari Egypt boleh tengok di bawah atau klik sini.
Dah lama tak kongsi masakan dari dapurmamasya....sejak balik Msia ini, xtvt memasak taklah serancak spt sebelum ini....masa agak terbatas. Utk entry hari ni nak kongsi ayam percik.....inipun resepi ulangan, pernah kongsi resepi sebelum ini. Ayam percik ni masak beberapa minggu lepas sbg hidangan kami sekeluarga di hujung minggu.

Sumber; RASA ON LINE
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN PERCIK:
1kg ayam | dipotong kecil
15 biji cili kering - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar - saiz sed
3 ulas bawang putih - dikisar
2sm halia l dikisar
2sm kunyit hidup l dikisar
2 batang serai l dikisar
250ml santan pekat - lebihkan santan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Untuk kuah perciknya, campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat. Ketepikan.
Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang hingga masak. -Ketika proses memanggang ayam, pastikan disapukan berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.

Nota dapurmamasya.
- oleh kerana mama guna santan debu, makan semua bahan kisar mama tumis dulu. kemudian baru masukkan santan, garam dan masak hingga pekat dan sedikit pecah minyak. perlahankan sikit api, masukkan ayam, masak ayam sekejap dlm kuah agar percik meresep dlm ayam. kemudian baru bakar. siram kuah percik atas ayam masa menghidang.


resepi ayam percik dari Rasa on line ini antara kesukaan kami sekeluarga....cukup rasa memikat selera....

Tuesday, October 8, 2013

Sate Ayam Madu & Kuah Kacang



Assalammualaikum buat semua.
Pada pengunjung blog mama yg nak berminat nak tengok jubah dan nak pakai raya Aidiladha nanti, masih ada lagi jubah, sila klik promo jubah atau emel mamasya;mamasya70@gmail.com.

Sebelum bercerita ttg resepi nak kongsi cuaca disini, skrg dihujung musim panas.dah mula masuk musim sejuk....cuaca berangin, wpun nampak panas tp dah terasa sejuk.Siang semakin pendek, 5.33 ptg dah maghrib,subuh 4.27 pg & matahari terbit 5.52 pagi.Tak lama lagi dah nak kena keluarkan baju musim sejuk pula.....
Berbalik entry hari ni nak kongsi Sate Ayam Madu & Kuah Kacang yg mama masak masa bulan Syawal yg lalu...lama perap entry ini....dah nak raya Haji baru update.Sebenarnya byk entry lagi yg tertunggak belum sempat update, nantilah pelan2 bila rajin kongsi di blog. Sate Ayam Madu & Kuah Kacang mama masak utk mkn kami sekeluarga saja, maklumlah masa tu masih mood beraya.


Utk resepi sate kali ini, mama mencuba dari BLOG PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN , tkasih kpd tuanpunya resepi. Mcm biasa, kalau sate mama mmg malas nak potong ayam kecil dan cucuk di lidi, jadi mama guna kepak ayam saja.Dulupun pernah kongsi resepi sate kepak ayam, boleh klik Resepi Sate Kepak Ayam & Kuah Kacang kalau nak tengok resepi sate yg satu lagi. Utk resepi yg digunakan kali ni spt di bawah, detail cara2 dan tips membuat sate diterangkan, itu yg nampak pjg resepinya. tp yg penting cara no 1-3.

RESEPI : SATAY AYAM MADU.
Sumber; BLOG PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN
Oleh; Dapurmamasya

bahan
2 kg. daging ayam (pilih yang bahagian dada)- guna kepak ayam
2 inci kunyit hidup.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
3 btg. serai. dipotong halus.
1 sudu besar serbuk jintan manis.
2 inci kunyit hidup.
3 sudu besar madu.
1 sudu kecil serbuk rempah (coriender powder).
sedikit serbuk kayu manis.
2 sudu minyak masak.
8 biji bawang kecil (shalot) di cincang kiub.
2 sudu besar kacang tanah.
Garam secukup rasa.

CARA-CARA:
1. Potong isi ayam berbentuk kiub, sais mudah untuk cucuk. Jgn terlalu besar dan terlalu kecil. Masa bakar satay itu bermasalah. Isi ayam yang telah dipotong kiub isikan dalam penapis untuk buang air yang berlebihan.
2. Kisar kacang tanah, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dalam berkeadaan pes. Ambil sebuah bekas dan masukkan isi ayam bersama bahan-bahan yang telah kisar bersama dengan Madu, serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis, bawang yang dicincang dan 2 sudu minyak masak. Gaulkan semua bahan ini bersama dengan isi ayam. Sejukan dalam bahagian pembekuan dalam separa beku. Keluarkan dan masukkan kembali di peti sejuk di ruang dingin. Peram selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
3. Keluarkan isi yang telah peram mulakan cucuk di lidi satay. Lidi satay perlu direndam selama 10 minit sebelum lakukan kerja-kerja cucuk. Cucuk isi ayam cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas isi ayam telah cucuk , tekan sedikit dengan ibu jari dan jari penunjuk untuk leperkan sedikit isi ayam supaya senang di masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah untuk di grill. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit untuk cepat masak sebelum hangus.

4. Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi ayam. Api atau bahang panas tidak boleh disasarkan pada batang lidi dibahagian ini. Oleh kerana isi ayam cepat kering apabila dikenankan bahang api arang, maka minyak perlu disapukan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian pedu serai memadai). semasa menyapu minyak awasi penyambaran api kepada isi ayam dan satay anda boleh hangus hitam. Bagi mengelakan keadaan ini cepat terbalikan satay anda.
5. sekiranya anda ingin menjimat arang kayu, isikan separuh bahagian dengan pasir kering dalam bekas pembakar satay. Sekiranya satay anda telah masak, kurangkan bahang api dengan tepikan bara arang kayu di bekas pembakar satay. Bara api kayu perlu mengipas selalu. Anda boleh juga gunakan Kipas meja untuk tujuan ini. Untuk mencantikkan pembakaran isi ayam..peringkat akhir pembakaran, titiskan sedikit minyak masak kedalam bara api menerusi berus serai anda. Satay anda akan seperti di grill.



PENYEDIAAN KUAH KACANG:
BAHAN-BAHAN.
250gm kacang tanah (serbuk) siap.- mama guna kcg biasa,tumbuk
3 batang serai dipotong halus.
1/2 biji bawang besar.
1 inci halia.
3 ulas bawang putih.
3 sudu besar udang kering (direndam).
3 sudu besar cili giling.
1 cawan air asam jawa.
1 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
4 sudu besar minyak masak.

CARA-CARA:
1. Kisar dengan sedikit air; serai, bawang, halia, bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan minyak masak dan panaskan. Tumiskan bahan kisaran sehingga naik wangi, masukkan cili giling tumis hingga garing.
3. Masukkan serbuk kacang tanah kacau sebati. Masukkan air asam dan 1 cawan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Didihkan kuah sehingga pecah minyak. Kalau ingin tambah kepekatan boleh masukkan 1 sudu tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Kuah anda telah sedia.

Nota cara buat nasi impit:
Kalau ingin nasi himpit mudah, beli saja yang tersedia jual. Sekiranya anda ingin buat sendiri, ambil sehelai bag plastik bersaiz 5 X 9. Jadikan empat bahagian sama rata. Isikan satu dari empat bahagian itu dengan beras. Hujung bag plastik itu mesti dikepitkan atau di staple rapat. Tebuk beg plastik dengan lidi satay di seluruh bahagian supaya air boleh meresap semasa masak. Masukkan dalam periok nasi dan rebus sehingga masak. Apabila telah masak, basuh dengan air dan sejukkan.


kuah kacang masih di kuali


Pada hari itu , selain sate.mama masak juga Rendang Hitam Daging mkn dg lemang segera.Menu Sate Ayam Madu dan Rendang Hitam ni juga sesuai utk hidangan Raya Aidiladha minggu dpn....

Tuesday, July 30, 2013

Ayam Goreng Berempah



Assalammualaikum buat semua
Lauk ayam lagi.inilah lauk utama di rumah....ayam..ayam...sbb favorit anak2. Kalau di Msia ayam mahal, di sini lagi mahal....ayam sekg dlm RM14-15 sekg. Lauk daging...udang lagilah mahal di sini.Tapi beli juga sbb nak mkn. Udang pula RM40-55 sekg saiz biasa2 saja yg kalau di Msia tak sampai RM20 sekg.Sotong, ketam...bygpun tak nampak, adalah sotong frozen saiz besar yg siap potong. Ikan....biasa beli ikan fillet frozen buat goreng tpg. Lain2 ikan yg ada talapia (RM7-8 sekg), makarel, sardin. lain2 ikan spt siakap adalah sesekali dijual. fishball dan seangkatan dgnya mmg tak da di sini. dg tak byk pilihan bahan mentah, buntu nak masak apa setiap hari.
Itulah lauk ayam jadi pilihan setiap hari...anak2 pula tak bosan dg lauk ayam. Mama yg habis idea ayam nak masak apa setiap hari utk memenuhi selera sekeluarga. Kalau lauk ayam abg Syazrin, abg no 4...bila berbuka, dlm pinggan pasti berderet 2-3 ketul ayam.mama selalu cakap kat abg Syazrin, puasapun mana nak kurus abg...ayam berderet atas pinggan, dia senyum saja..no komen...dah mmg peminat lauk ayam.


Dan lauk ayam yg biasa dimasak ialah ayam goreng berempah. Dalam bulan puasa ini dah beberapa kali juga masak ayam goreng berempah.Lagipun mama suka ayam goreng berempah.Pernah buat dulu ikut resepi asal dari Fb Chef Joha entry sini, tkasih chef kongsi resepi. Tapi kali ni mama olah sedikit, tambah beberapa bahan utk bagi lebih sedap.

Ayam Goreng Berempah.
Sumber Asal; Fp Chef Joha
Olahan Semula; Dapurmamasya

Bahan2nya
1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa)
1.5 inch halia - ditumbuk
1.5 inch lengkuas - ditumbuk
1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk)
3 ulas bawang putih
2 sudu besar gula halus - tak letak
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
mama tambah ;
- 1 1/2 sudu besar serbuk kari
- 2 btg serai - potong pendek tumbuk lumat bersama lain2.
- 5 ulas bawang merah - tumbuk
- sedikit daun kari - masukkan semasa menggoreng

Cara2nya
Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. Semua bahan2 rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus (jangan di blen). Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk. Di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kauli. Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2.


itu saja entry kali ni.....Slmt berbuka buat semua.

Monday, July 15, 2013

Ayam Panggang Sedap




Assalammualaikum buat semua.terimakasih buat semua pengunjung dapurmamasya dan teman2 blog semua.
Lauk ayam bakar lagi......mmg ayam menu utama di rumah. baca di blog kwn2 yg bgtau harga ayam di Msia naik. tp di sini wpun org2nya susah harga ayam mahal....tambah bulan Ramadan lagilah mahal. harga sekor ayam yg saiz 1 kg ayam dkt (RM14-15 sekg), biasa mama beli chicken leg...sekg 22 le/rm11 sbb part ni yg laku di rumah. Daging lagilah mahal.....tukar duit RM dlm RM30-40 sekg ikut part daging. biasa part daging yg ada tulang mama beli utk sup 50 LE/RM25 sekg. ikan.....tak byk pilihan biasa talapia, makarel, sardin....siakap adalah tp mahal .
Oleh kerana lauk ayam kesukaan anak2.....menu ayam mmg hampir setiap hari ada.sampai tak tahu ayam nak masak apa....kdg2 ulang2 masak yg sama. dan kalau ayam bakar mmg laku. Oleh kerana anak2 suka ayam bakar....jadi mama mencuba resepi ayam panggang sedap pada minggu lepas.


Ayam panggang sedap resepi dari blog Liza, berkenan nak mencuba bila Liza komen sedap dan nampak cukup enak. dan bila anak2 makan....semua cakap sedap...pakat meratah.Terimakasih Liza kongsi resepi. Cara memasak lain sikit dari ayam bakar yg lain sbb kena rebus dulu cili dan gula melaka. Resepi penuh spt di bawah.

RESEPI AYAM PANGGANG BEST
Sumber; Liza @ Intai dapur
Oleh ; Dapurmamasya

Bhn2 A:
3 s/b cili boh - guna 2 sb cili kering blender
2 keping gula Melaka
1/2 cawan air
- masak semua hingga pekat

Bhn2 B:
4 ulas bawang pth
1 ulas bawang besar
1 kiub stok ayam
1 inci halia
5 s/b sos lada hitam - letak 3 sb + 2 sb sos tiram
5 s/b madu - letak 2 sb sj sbb dah habis stok tp sdg elok tak manis ayamnya
Garam
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt

- blend bhn A dan B bersama2..
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam.
- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak.siram atas ayam lebihan perapan dlm bekas ayam bakar.


ayam panggang sedap.....mmg sedapp...

Friday, July 12, 2013

Ayam Percik Memikat Selera



Aslmkum buat semua dan selamat berpuasa.
Bulan puasa pasti ramai mencari resepi dan idea utk masak lauk berbuka.....mamapun sama...jln blog kwn2...Fb dapatkan idea apa nak masak. Tapi hari pertama dan kedua Ramadan semalam masak biasa2 saja...lauk kegemaran kami sekeluarga, belum sempat mencuba resepi baru lagi. Biasa berbuka dan sahur menu yg sama. Selain nasi biasa mama sediakan satu lagi menu sampingan....mcm semalam selain nasi masak juga laksa penang.
Dan ayam percik ini mama masak hujung bulan Mei yg lepas, saja mama simpan entry ini utk dikongsikan dalam bulan Ramadan sbb lauk percik antara menu terkenal dalam bulan puasa.


Resepi ayam percik kali ni dari Rasa on line.berkenan nak mencuba masa nampak di FB. Dalam resepi RASA ayam percik ini dipadankan dg nasi tomato tapi mama makan dgn nasi putih. macam biasa kalau ayam bakar tambah ayam percik begini anak2 cukup suka....semua nak mkn 2 ketul seorang. utk resepi boleh tengok di bawah.

Sumber; RASA ON LINE
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN PERCIK:
1kg ayam | dipotong kecil
15 biji cili kering l dikisar
3 biji bawang besar l dikisar - saiz sed
3 ulas bawang putih l dikisar
2sm halia l dikisar
2sm kunyit hidup l dikisar
2 batang serai l dikisar
250ml santan pekat - mama tambah lagi dgn santan sed pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Untuk kuah perciknya, campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat. Ketepikan.
Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang hingga masak. -Ketika proses memanggang ayam, pastikan disapukan berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.

Nota dapurmamasya.
- oleh kerana mama guna santan debu, makan semua bahan kisar mama tumis dulu. kemudian baru masukkan santan, garam dan masak hingga pekat dan sedikit pecah minyak. perlahankan api, masukkan ayam, masak ayam sekejap dlm kuah agar percik meresep dlm ayam. kemudian baru bakar. siram kuah percik atas ayam masa menghidang.


Kalau ayam percik mmg sedap....memikat selera.

Friday, April 26, 2013

Ayam Belanda Masak Blackpepper




Assalammualaikum buat semua....bersua kembali...moga semua sihat dan ceria.
Alhamdullilah masih ada yg order jubah dgn mama wpun entry promo jubah dah berlalu sebulan lepas. mama belum sempat nak buat promo jubah yg baru lagi.sibuk nak settlekan dulu penghantaran jubah yg dipesan utk bulan ni....rezki mendatang ......syukur Alhamdullilah.
Dan minggu ni anak2 mula cuti sek....spring holiday selama 2 minggu lebih, tak rancang nak pergi bercuti ke mana2 sbb abg sulong ada exam lepas ni, hanya xtvt di rumah. Bila masuk musim spring di sini...cuacapun sedang elok sederhana panas. Waktu subuhpun awal 3.44 pagi, syuruk 5.17 pg...belum pukul 5.30 pg cuaca dah terang benderang.


Syakirah pula bila dah cepat siang, terbangun awal, dia dah tak nak tidur semula, dah siang katanya....mmg nampak terang Syakirah tp masih awal pagi. Ni gambar beberapa minggu lepas...Syakirah tlg mama buat kek batik.


Berbalik pada entry hari ni....ada sapa2 yg pernah mkn ayam belanda tak ? mama pun ni baru pertama kali rasa....teringin nak mencuba.Mudah nak dpt ayam belanda di sini...di C4 ada jual, nak beli bhg isi saja, peha, seekor yg dijual big size (kalau tak silap dkt RM275LE/RM135 seekor), kepak, hati...semua ada. kdg2 disupermarket selain dari ayam & ayam belanda ada juga jual itik, burung merpati yg dah siap pek. Biasa kalau bawa anak2 ke supermarket tunjukkan mereka ayam belanda yg dijual seekor.....saja bgtau anak2 ni ayam gergasi...suka mereka dpt tengok ayam gergasi.
Mama hanya beli beberapa kpg bgh turkey breast ...beli sedikit sekadar nak merasa. Dari segi rasa mmg mcm ayam...dah namapun ayam belanda cuma menurut info dr sini, bgh Turkey breast ni bagus utk diet yg sihat sbb rendah lemak dan protein tinggi. dimana kandungannya lemaknya lebih rendah dr ayam wpun saiznya besar.


Tak tahu nak masak apa sbb beli bgh isi saja, jadu masak blackpepper mcm masak daging....nanti resepinya akn menyusul...


selain masak ayam belanda...utk lunch hari tu masak juga ayam bakar....bakar seekor...puas anak2 makan.


Telur ni tak da kaitan dg ayam belanda....saja mama kongsikan telur yg dijual di sini...telur putih itu bukan telur itik tp telur ayam organik.sama saja dg telur ayam yg biasa. Sengaja beli telur yg campur gini....ada juga telur ayam organik yg dijual dlm satu papan mcm telur ayam biasa. Satu lagi telur ayam yg dijual disini dlm 1 papan ada pelbagai saiz....telur ayam tak diasingkan mengikut saiz. Kalau nak baking...mama akan pilih dan asingkan siap2 telur yg sama saiz..agak2 saiz yg sesuai utk digunakan.
Kalau telur, teringat masa pergi bercuti di Indonesia dulu, singgah satu supermarket nak beli telur ayam. tak tahu berapa harganya sbb tak nampak ditulis berapa harga sebiji, bila dah dkt kaunter baru tahu yg telur kena timbang berat...harga ikut berat...masa tu tak tahu nak cakap apa, nak gelak pun ada sbb lucu bila telur kena timbang mcm nak beli sayur pula.patutlah dkt tempat telur...telur dicampur dlm satu bekas..kecil besar...pilih sendiri nak yg mana, tak dijual dlm peket, rupanya kena timbang.


bukan Syakirah sorang saja tlg mama buat kek batik hari itu tp abg Syazrin juga. Buat abg Syazrin Happy 8 th birthday abg Syazrin bday abg Syazrin pada 25.4. Mama doakan abg Syazrin sentiasa sihat ceria dan menjadi anak yg soleh...begitu juga abg Syafiq dan Syakim yg baru saja lepas bday bulan April juga, mama belum sempat buat kek lagi.

Wednesday, January 23, 2013

Ayam blackpepper utk Potluck



Assalammualaikum buat semua....slmt bercuti dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434 H. Moga semua sihat walafiat dan bahgia ceria bersama keluarga.
Dari entry baking Snow Walnut Carrot Cheese Cake, mama nak kongsi kisah potluck yg berlaku hujung Nov 2012 lagi tp baru sampai giliran entry di blog. Hanya beberapa famili yg dijemput hadir termasuk mama sekeluarga utk majlis tahlil tersebut, jadi masak sorang serba sikit.... mama masak ayam blackpepper, sambal telur dan risoles.


Syakirah pula awal-awal lagi dah bersiap....mmg tak sabar dia nak pergi kalau ada majlis ....boleh jumpa kawan...kakak-kakak.Sebelum itu tengok gambar yg mama masak utk potluck;



Sambal telur.....mama tak campur sekali telur dg sambal sbb suka tengok telur putih bersih itu yg sambal letak kat bawah telur.bila nak mkn ceduk sekali sambal.


Risoles .....anak2pun suka itu buat sekali mkn di rumah dan utk dibawa. resepi boleh tengok sini.


Utk resepi ayam bakar sama spt sebelum ini....saja mama rajin copy balik di sini;

Ayam Bakar Blackpepper
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil
5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa
butter / minyak zaiton
note; sudu makan = sudu besar

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar


Jumpa lagi dlm next entry....

Monday, December 24, 2012

Ayam Panggang Rosemary & Lemon



Assalammualaikum buat semua dan slmt bercuti buat teman2 yg sedang bercuti bersama keluarga tersayang....moga percutian yg dirancang berjalan baik.
Rancangnya nak update gambar2 xtvt di sini sepjg beberapa bulan yg belum sempat update di blog tp tangguhkan dulu. belum berkesempatan nak pilih gambar yg sesuai.Tambahan pula minggu ini anak2 cuti sek selama seminggu sempena cuti Krismas....kuranglah sikit masa nak ngadap PC lama2.Cuti sek tak plan kemana2....hanya xtvt di rumah saja.
Utk entry kali ni...nak kongsi lauk ayam bakar lagi.....iaitu Ayam Panggang Rosemary & Lemon yg mama masak bulan lepas lagi.

DSC_5999_zps9ff44281

nak pelbagaikan masakan ayam bakar...kali ni cuba resepi iaitu Ayam Panggang Rosemary & Lemon dari blog Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu.Asalnya tengok di Fb....terus teringin nak buat. T.kasih Khairiah khaizu kongsi resepi ayam ni.....enak rasanya...anak2pun suka.

AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON
Sumber; Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2 :
1 ekor ayam - dibelah 4
5 ulas bawang putih - direbus
1 inci halia - disagat
1 1/2 sudu besar rosemary kering
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
Garam
2 kiub ayam - mama letak 1 sj
2 biji lemon - hiris
4 sudu besar olive oil

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak
3 biji karot - potong kecil2 memanjang
2 biji tomato - potong 4

Cara2 :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam.
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak.
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.

DSC_5996_zps37cb5275

bahan2 utamanya lebih kurang dg resepi Ayam Panggang Rosemary yg pernah dibuat sebelum ini, boleh klik sini dan sini tp kelainan resepi ni ada tambah madu...penambah rasa enak ayam bakar rosemarry ni.masa lumur ayam, mama perahkan sikit lemon atas ayam dan mama perap dlm 1 jam ayam sebelum bakar.

DSC_5973_zpse5fe2fab-1_zpse444a020

ayam agak gelap sbb disiram dgn air lebihan panggang ayam...biar ayam lebih moist bila dimakan...

Sunday, October 7, 2012

Ayam Bakar Black Pepper Mayonis



Assalammualaikum buat semua...slmt berhujung minggu...moga sihat dan ceria.
Dah seminggu masak biasa2 saja tp setiap hari pasti ada lauk ayam sbb lauk ayam yg anak2 paling suka.nampak anak2 tak selera pula mkn minggu ni, mungkin sbb mama masak sempoi....jadi hari khamis lepas masak ayam bakar dan sup tulang...antara lauk kegemaran mrk. Utk ayam bakar, kali ni cuba resepi ayam yg dicampur dg mayonis.....ayam bakar mayonis ni dah lama org lain cuba tp mama baru nak mencuba.Resepinya lebih kurang mcm ayam bakar blackpepper yg pernah dikongsi sebelum ini cuma ditambah dg mayonis.....sedap ayam bakar ni....anak2pun suka.

DSC_3292_zps99a7e02f

Resepinya mama jumpa masa jln2 ke blog Hana.Bakar 5 peha dan sapu minyak zaitun utk bg ayam nampak kilat dan juicy...kalau nak sapu butterpun boleh.utk lain2 tip bakar ayam pernah kongsi sebelum ini, boleh tengok sini .

Ayam Bakar Black Pepper bermayonis
Sumber; Hana's Family asal Rosjintan
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahannye
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

DSC_3276_zps12d4b859

ayam bakar dah terhidang....apa lagi cepat2...ngappp.....

Seminggu dua ini mama agak sibuk sikit dg bbrapa xtvt...antaranya meraikan tetamu dr Msia yg dtg menginap di rumah kami selama hampir seminggu dan bbrpa xtvt lain.....mungkin blog akan bercuti seketika 1-2 minggu dan kalau sempat akan cuba update blog. Dan maaf juga jika tak dapat buat kunjungan balas.Terimakasih juga buat semua pengujung blog ni.Salam mesra dari Dapurmamasya

Monday, October 1, 2012

Sate Mudah dgn Kuah Kacang Tanpa Santan



Assalammualaikum buat semua, moga semuanya sihat ceria, t.kasih yg berkunjung ke Dapurmamasya...terutama yg sudi tinggalkan komen, tp maaf kalau lambat buat kunjungan balas sbb PC mama mogok....kenalah baiki dulu. skrg guna komputer anak2....slow yg amat sgt....
Utk entry hari ni...dah lepas rayapun tayang sate.....sebenarnya masak sate hujung Syawal yg lepas tp baru sempat update.Setiap hari sediakan sarapan......tak ada idea nak masak apa utk sarapan....kena sediakan sarapan berat sbb anak2 lambat balik dr sek dan tak suka makanan yg jual di kantin, tak byk pilihan...tak mcm kantin di Msia. Oleh kerana masih dlm bulan Syawal...mood raya, itu yg teringat nak masak kuah kacang mkn dg nasi impit. Kuah kacang masak awal pagi, sempatlah anak2 mkn sebelum ke sekolah, nasi impit dah rebus mlm lagi.
Nak siapkan kuah kacang tak lama sbb beli kacang yg dah goreng dan tak da kulit...beli timbang kat C4...mudah nak guna tinggal tumbuk, kcg tanah yg belum goreng tak jumpa dijual timbang gini di sini. Manakala satenya buat utk lunch, tak sempat utk sarapan....tp mkn belah ptg sbb anak2 balik sek pukul 4 ptg. Utk mudah, mama buat sate ayam goreng tp sbb nak kerja senang, potong ayam....masak seketul2 dan bukan ambil isi semata spt resepi asal...nak cepat dan kurang rajin sebenarnya dan kalau guna kepak ayam lagi mudah spt buat sebelum ni.
Resepi utk sate sama tp buat 1/2 digoreng dan 1/2nya dibakar.....bakarpun tak susah sbb bakar dlm oven....tinggal balik2 saja. Resepi penuh spt di bawah tp mama kena kurangkan serai sbb stok serai dah habis. T.kasih Dj kongsi resepi sate yg mudah ini....sedap rasanya dan sesuai kalau sesekali teringin nak mkn sate tp malas nak cucuk lidi.

Satay Ayam Goreng
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan : anggaran
1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil atau diambil isinya sahaja)
air asam jawa secukupnya
gula perang secukupnya
garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
10-12 batang serai - mama hanya letak 4 btg, stok serai terhad...
1 1/2 inci halia
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar - disangai (boleh juga menggunakan serbuk ketumbar)
1/2 sudu makan jintan putih - disangai (boleh juga menggunakan serbuk jintan)

Cara-cara :
Satukan semua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam.
Sediakan minyak untuk goreng terendam.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga keemasan.
***jika menggunakan daging, jangan goreng terlalu lama, nanti jadi liat.

Kuah Kacang
bahan-bahan :
500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- - guna cili kering tp tak byk
gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
2 batang serai (diketuk)
minyak masak (lebihkan sedikit)
air secukupnya
bahan-bahan kisar:
2 batang serai
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia

Cara-cara :
Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak.
Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya. jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak.
kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.


sate bakar mmg sedap sbb isi ayamnya lembut....

tp versi sate gorengpun sedap juga....kena pula dg kuah kacang yg enak....mama suka kuah kacang yg rasa manis2 sikit dan kacang tak terlalu hancur dlm kuah...bila mkn kuah..boleh gigit2 kacangnya itu....

Klik Nuffnang2