klik Nuffnang

Showing posts with label Jalan2 Cari Mkn. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 Cari Mkn. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Iftar di Restoren Arab



Assalammualaikum buat semua....
Ptg kelmarin 23 Ramadan mama sekeluarga dpt jemputan dari rakan mr husben utk iftar bersama di salah sebuah restoren berdekatan dg rumah....dlm 5 min driving. Kami sampai awal dlm pukul 6 ptg tp tempat duduk dan makanan dah tempah dan order awal, sbb bulan puasa ramai juga berbuka di restoren.


Kami berbuka di sini. Abol Adel Restoren....restorennya sederhana saja tp ada beberapa pilihan tempat duduk. dlm bilik tertutup, ruang terbuka dan di luar restoren. tak sempat nak ambil gambar restoren.


Syakirah tanya...kita tunggu apa ni....napa tak mkn....tunggu Azan Maghrib lah Syakirah..kan semua puasa ...dia lupa semua org berpuasa kecuali dia sorang.


roti arab dihidangkan sbg starter....roti ni free.mmg kebanyakkan restoren bg free roti Arab sbg starter wpun tak order.


salad dan tahina....nipun utk starter mkn dg roti juga restoren bg free....mmg siap terhidang atas setiap meja.


lagi salad...siap cili hijau, bawang merah dan limau

Spt kebanyakkan restoren makanan Arab di sini, pilihan menu adalah grill...dah mmg boleh agak menu apa yg ada. Yang menariknya lauk grill di restoren ini di hidang atas daun ketumbar, bau semerbak daun ketumbar daun bila ambil lauk.Jom tengok menu apa yg dipesan.


pilihan menu yg ada.


nasi beras Egypt dg topping daging hancur yg dimasak dlm sos.(nasi beras Egypt - butiran berasnya bulat rasanya mcm pulut sikit)


nasi...juga beras Egypt dg hati ayam goreng kering.


okra tanjin dg lamb....masak dlm periuk tanah.tak habis tapaw bawa balik....dg bekasnya dibagi bawa balik.berbeza dg tanjin Marocco yg dimasak dlm periuk unik siap bertutup.


burung merpati bakar....tergaring sikit.


1/2 ekor chicken grilled yg dibakar dg arang/charcoal grilled chicken


grilled lamb...sedap lembut.juga dihidangkan atas daun ketumbar....semerbak bau daun ketumbar.


ayam bakar juga tp siap potong kecil


kofta...lembut dan sedap...biasa mkn kena yg agak keras...padat koftanya.


merpati sumbat dg nasi/stuffed pigeon with mix rice...antara makanan terkenal di Egypt.


Licin abg no 2 mkn.makaronipun order juga tp lupa nak ambil gambar, org dah berbuka makan, mama sibuk nak ambil gambar.komen ttg makanan, sedap..anak2pun suka..lauknya cukup rasa. mama bagi 9/10. boleh dtg lagi.

Saturday, January 19, 2013

JJCM di awal tahun



Assalammualaikum dan slmt berhari minggu semua..
Biasa entry di hari minggu ni, mama tak da resepi masakan....citer lain tp masih kisah makanan iaitu JJCM. JJCM ni masa awal minggu pertama yg lalu.....taklah jauh sgt pergi tempat makan....dkt dg rumah tp baru kali ni berpeluang bawa sekeluarga...termasuk biktin kami. Nak bawa anak2 ke sini sbb restoren ni ada mini playground.....


dgn deconya konsep new year dg hiasan salji tiruan diluar tingkap restoren dan dpn restoren....kapas2 di letak di pokok dan restoren nipun cantik...kemas & bersih.


entrance restoren....posing dg motor harley davidson


ada mini playground


diluar tingkap dihias dg salji tiruan..


my little princess.....senyum sokmo bila minta posing...


menunya byk menu western tp mama tak byk order sbb semua masih kenyang dan setiap plate besar saiznya, anak2 kongsi...itupun tak habis...tapau bawa balik..


mushroom soup.ada dihidangkan starter roti2 kering...lupa nak ambil gambar.


menunggu order yg lain sampai...mcm2 aksi pula hero2 mama ni.


jus mango dan air choc..


2 grill chicken & sos mushroom + pasta carbonara


yg nipun grill chicken + pasta carbonara


set nasi dg ayam grill


set nasi dg ayam daging grill


meat lasagna


abg Syazrin dan abg Syakim


dah selesai mkn...


posing sebelum balik.depan restorenpun dihias dg kapas juga....jarang hujan di sini, itu yg boleh hias dg kapas.

Friday, April 29, 2011

Makan-makan di Restoren Arab Dima



Kisah makan-makan dgn kwn sepejabat waktu lunch beberapa hari lepas. Makan di restoren Dima, restoren makanan Arab yg terletak di Bt Beruang.Melaka....berdekatan MMU. Dari segi kesedapan...mmg sedap makanan yang dihidangkan dgn pelbagai pilihan makanan arab. Saiz hidangan yg ada ialah S (saiz 1/4 peha ayam) utk 1-2 mkn; harga dlm RM11-RM13, M (1/2 ekor ayam)utk 2-3 org mkn dan L (seekor ayam) utk 4-6 org makan. Pekerja restoren nipun terdiri dari org Arab dan melayu.

Tengok apa yang kami pesan...semua pinggan itu adalah saiz M mkn utk 2-3 org...



nasi Magloba



nasi kabsa



Nasi mandy...teringat nasi mandy yg buat hari tu....



salad mcm acar



kawan2 yg ceria.....



posing dulu sebelum makan..



semuanya tekun mengadap hidangan...



hiasan dlm restoren..



Kunafa...dessert yg diorder oleh kwn sepejabat.rasa bahagian atas tu mcm kuih karas..rangup..dlm lembut.



Posing beramai depan restoren sebelum balik.

Friday, April 1, 2011

JJCM ; Perhentian Kuih Kampung di Bdr Melaka



Entry makan kali ni nak berkongsi tempat makan yg baru kami singgah hari sabtu lepas iaitu Perhentian Kuih Kampung yg terletak di jln Ujung Pasir di Bdr Melaka. Jumpa info ttg restoren ini masa goggle di internet ttg tempat makan di Melaka.



Tertarik dengan nama restoren ini..Perhentian Kuih Kampung...itu yg pergi cari.Dah 2x pusing tak jumpa,akhirnya tanya dgn org cina jual durian tepi jalan...penjual tu tunjukkan tempatnya...rupanya kami dah dkt situ...selang beberapa kedai je.



Sesuai dgn nama restoren ini ..Perhentian Kuih Kampung, ianya menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih kampung. Harga kuih ikut jenis.Ada 3 kpg RM1...ada 40sen dan 70 sen sekeping.Pulut kuning dgn rendangpun ada dijual.



Kami pergi sebelah ptg. masa mula2 sampai kuih dah separuh je yg tinggal, tak lama kemudian sampai lagi macam-macam kuih. Ramai pengunjung restoren ni...org Cinapun ramai yang singgah utk menikmati kuih-muih kampung dan pelbagai makanan di situ.



Ni bahagian kuih goreng dan kuih moden...paupun ada.



bahagian ni juga ada jual popia,cucur udang,rojak dan tauhu sumbat.



Mihun dan mee yg dah siap bungkus ,RM 1 bungkus.



Selain kuih muih, Perhentian Kuih Kampung juga ada menjual set asam pedas....Asam Pedas P.Man dgn plihan pelbagai ikan, menu goreng-goreng, makanan panas dan nasi ayam. Tapi masa kami sampai semua menu nasi dah habis.



deko ringkas tp menarik...hiasan tikar mengkuang di bahagian atas



order ABC dg kuih lepat pisang dan pulut lepa, tak order makanan berat sbb masih kenyang makan kenduri belah tgh harinya. Jadi tak boleh nak komen makanan lain sedap ke tidak....kena cuba lain kali.



hadapan restoren...pengunjung mmg tak putus-putus..keluar masuk restoren ini.hiasan dpn kedai atap nipah...ala-ala kg.



Perhentian Kuih Kampung ni terletak di jalan Ujung Pasir yg menghala ke Bandar dan berdekatan Hotel Arenna De Luxe Hotel..bangunan putih tu Hotel Arena

Klik Nuffnang2