klik Nuffnang

Showing posts with label Mee/Laksa. Show all posts
Showing posts with label Mee/Laksa. Show all posts

Monday, August 29, 2016

Mee Rebus Sedap

Assalammualaikum buat semua.....lamanya tak update blogdapur mamasya....rindu  utk berblog tp apa kan daya masa membatas. Maaf byk2 buat pengunjung dapurmamasya yg dtg tengok menu yg sama dan maaf juga kalau ada pertanyaan di resepi2 lepas mamasya tak sempat jawab.

Bukan tak da resepi nak kongsi tapi kesibukan masa nak upload diblog. tiap2 hari memang masak utk keluarga tp week day sempat masak yg simple saja. belah pagi terkejar2 msk sarapan utk anak2 yg nak ke sekolah....utk bawa ke office. balik office ptg....msk utk menu mkn mlm pula....tak kira sesibuk manapun kat office....setiap hari mama akan msk utk keluarga....menu tu kalau dah tak sempat sgt...msk juadah yg mudah dan ringkas aja.....tp kena ikut selera keluarga juga.

Kalau hari minggu baru kelapangan mama masak yg special sikit......macam menu week end kali ini....mama masak mee rebus utk sarapan. Pada mulanya nak msk mee udang....tp tukar menu masak mee rebus...kebetulan semalam ada rebus daging dan bahan-bahan yg lain semua cukup.


Resepi mee rebus, hasil carian google mee rebus sedap.....berkenan mencuba resepi dari blog Iresipi...lagipun bahan2nya semua siap sedia di rumah.. kelainan resepi mee rebus ini ada letak kacang tanah... menambah rasa pd kuahnya. Mee rebus ini ikut selera mama mmg sedap...familipun cakap sedap. Utk kuah kena pandai imbangkan rasa manis kuah dg garam. jom tengok resepinya :

Sumber; Iresipi Blogspot
Bahan-Bahan: (utk 5 org)
  • 1 kg mee kuning, dicelur
  • 250g taugeh, buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur, direbus
  • 1 tangkai daun sup, hiris halus
  • Cili merah, hiris nipis
  • Cili hijau, hiris nipis
  • 3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis
Bahan untuk kuah:
  • 1 senduk minyak masak
  • 500 g daging, hiris nipis - mama dah siap rebus dulu daging -ambil air sekali
  • 500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
  • 2 sudu besar taucu
  • 5 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 1 sudu besar udang kering yang direndam*
  • 2 sudu besar serbuk kari daging - buat pes campur sikit air
    • 6 cawan air - air agak2 sj  
    • 1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
    • 2 cm lengkuas, dititik
    • 1 biji tomato, dipotong dadu
    • Garam dan gula secukup rasa - mama guna gula merah juga 

    Cara Penyediaan:

    Cara untuk memasak kuah:
    1. Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
    2. Kisar halus bahan bertanda (*)
    3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
    4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
    5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didhkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
     
    Cara untuk menghidang:
    1. Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.

    Siap terhidang.......selamat mencuba ..... 

Saturday, October 12, 2013

Mee Jawa hidangan hujung minggu



Aslmkum buat semua. Selamat Berhujung Minggu....
Lepas nasi Arab mari jamu mata dg Mee Jawa pula....mee jawa ni buat sbb mama teringin nak mkn pada hujung minggu lepas, wpun bahan2 ada yg tak cukup tp buat juga sbb yg penting bahan2 utama lengkap.Utk mee kuning, mama ganti dg spaghetti....tak sempat nak buat mee kuning. Bahan utama spt keledek.....mmg sentiasa ada jual dg harga yg agak murah, dlm RM1.50-RM4 sekg.itu yg mama biasa ada stok keledek di rumah sbb kami sekeluarga suka mkn kuih cek mek dan utk masak kuah mee.
Mee jawa....juga lain2 mee yg berkuah anak2 suka mkn, jadi kalau week end pasti ada makanan berkuah yg akn dimasak utk hidangan keluarga.Mereka ulang mkn tgh hari dan malam.


Utk kuah, mama tak guna air rebusan daging tp mama gunakan lebihan sup tulang yg mama masak sebelum itu (tapi campur dg air lagi), cepatlah sikit nak menyediakan kuah. Dan sesiapa nak mencuba Mee Jawa....mana tahu ada rezki dpt daging korban Raya Aidiladha nanti boleh tengok resepi penuh spt dibawah.

Mee Jawa
Sumber FB Resepi Masakan Moden
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)- ganti spaghetti
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.


Kuah Mee Jawa kena pekat2 sikit...


Siap terhidang.....dah boleh mkn.

Pada pengunjung blog mama yg nak berminat nak tengok jubah , masih ada lagi jubah, sila klik promo jubah atau emel mamasya;mamasya70@gmail.com.

Tuesday, October 1, 2013

Homemade Kuey Teow....Puas hati hasilnya.



Assalammualaikum buat semua...
Mama sebenarnya excited nak kongsi entry hari ni dg semua pengunjung dapurmamasya,bukan resepi Kuey Teow goreng tp resepi home made Kuey Teow sbb mmg puas hati sgt dgn hasil mee yg dibuat....nilah resepi yg mama cari, dah hampir sama teksurnya dg kuey teow yg dijual di kedai .
Mama mmg suka Kuey Teow, tak kiralah goreng atau masak berkuah. Tapi di sini mana ada kedai jual Kuey Teow....mahupun mee kuning,mmg tak da kedai jual.Mama pernah cuba buat Kuey Teow sebelum ni guna resepi lain tp rasanya tak sama spt yg beli di kedai berbanding resepi yg mama cuba kali ni.

Resepi nipun mama dpt masa search resepi lain sebenarnya.mama mencari resepi yg menggunakan tepung pulut selain kuihmuih yg manis sbb stok tepung pulut byk sgt di rumah. dok google resepi itu keluar resepi Kuey Teow dari satu blog yg menggunakan tepung pulut.Dan komen dari empunya resepi tekstur mee nya hampir macam yang dijual di pasaran....walllaaa....mmmg memenuhi apa yg mama cari...nak habiskan pulut...nak mkn kuey teow. Terus dan dan itu juga print resepi dan buat.Dan hasilnya.......


Puas hati sgt....mmg betul teksurnya sama yg dijual dikedai. Tksih byk kepada Murni yg sudi kongsi resepi. Lepas siap Kuey Teow hari tu, terus je letak dlm mangkuk isi kuah tomyam pana-panas, kebetulan masak tomyam utk lunch. Tak sabar nak rasa, bgmana teksurnya.bila mkn Kuey teow tomyam, terasa sedap Kuey teownya. mmg hampir sama yg dijual dikedai.
Esok paginya utk sarapan masak Kuey Teow goreng. Tak rugi mencuba.Sudah 2 kali buat setakat ini. Mamapun dah cuba berapa lama boleh simpan, dlm peti ais boleh tahan 4-5 hari. Kalau ada yg berminat nak cuba sendiri Kuey Teow bolehlah tengok resepi dibawah;

Homemade Kuey Teow
Sumber; Murni@ Airtanganku
Oleh; Dapurmamasya

Bahannya: (dpt 1.458 kg)
2 3/4 Cwn Tepung gandum
1 Cwn Tepung pulut
1/2 Cwn Tepung beras
1 bj Putih telur + 1 Cwn Air
1st Garam
Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama mee
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan mee

Caranya:
1.Satukan semua bahan tepung bersama + Putih telur + Garam + Air.Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan. *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan mee menjadi lembik ketika dicelur nanti.
2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan pasta maker.Ketebalan mee sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali.Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.(mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis)
3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh.Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.
4.Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan mee dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kuey teow dg air sejuk/paip sekejap saja).Kemudian toskan mee hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya mee tidak melekat.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..Selamat mencuba.


Uli hingga menjadi doh. Pastikan doh tidak terlalu lembut


buatkan bulat kecil dan canai dg mesin. saiz yg tebal dulu.mama canai 2 kali guna mesin yg tebal.


lumur/tabur tpg ubi. canai 2 kali mata mesin yg nipis sikit.


boleh canai byk2 dulu.tapi sidai setiap kpg berasingan, jgn tindan takut melekat nanti.


Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.


kiraikan kuey teow atas dulang, tak nak bg melekat.yg dah siap jgn letak byk2 dlm satu dulang.


Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih yg diletakkan sikit minyak.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.angkat. jgn celur lama.


Toskan mee dan siram sambil kiraikan sikit2 kuey teow dibawah air sejuk/paip sekejap saja.sejat/tos lagi hingga kering air.


Gaulkan dg sikit minyak utk tidak melekat. Dah siap...hasilnya Homemade Kuey Teow.


Bila timbang dpt dlm 1.458 kg kuey teow utk satu resepi


Homemade Kuey Teow, puas hati dpt makan kuey teow goreng.perah limau sikit dan makan dg cili jeruk...emmm sedapnya.

Wednesday, May 15, 2013

Bihun Sup Sedap dgn Sup Siam Gear Box




Assalammualaikum buat semua
Sementara nak pilih dulu gambar samb bercuti ke Rome, mama kongsikan bihun sup dg Sup Siam Gear Box yg dihidangkan utk hidangan kami sekeluarga pada hujung minggu lalu. Dah beberapa kali buat bihun sup tp asyik lupa nak ambil gambar.Dan biasa kuah sup utk bihun masak guna tulang rusuk tp utk kali ni gear box.
Kuah sup utk bihun sup dimasak sekaligus utk lunch, masak seperiuk besar....sbb sekeluarga mmg suka sup tulang.kalau masak terus utk 2 hari makan...tak payah fikir nak buat lain2 kuah.Mama dg Syakirah kalau sup tulang..... suka hirup kuahnya itu. Dalam sebulan tu biasa adalah 2 kali akan masak sup tp sup tulang biasa...gear box ni sesekali saja sbb nak masak gear box ambil masa lama.


Gear box yg dimasak kali ni taklah byk isi....jadi tambah dg tulang lain.mmg ummppp kalau kuah sup dimasak dg bhg tulang gear box...sbb air tulang yg besar itu meresap ke dalam kuah.tp kalau tak da gear box bgh tulang yg lainpun sedap terutama bgh tulang rusuk.Cuma utk masak sup gear box....rebuskan gear box dulu sampai 1/2 masak barulah dicampurkan dg lain2 tulang sbb gear box ambil masa lebih lama utk masak


Utk resepi sup...mcm biasa guna resepi Sup Siam.....mmg sedap kuah sup dimasak begini, tambah kalau nak mkn perahkan limau nipis sikit. Sup siam gear box
pernah buat dulu, ada di sini . Utk resepi pegedil dan sambal kicap boleh klik sini. Resepi sup siam dah kongsi sebelum ni tp mama letak semua di sini;

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- Gear Box + tulang biasa
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus- mama tumbuk
2 ulas bawang putih dihiris halus- mama tumbuk
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak letak
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8- potong tipis, terus tumis
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.- Jika guna gear box...rebuskan gear box dulu sampai 1/2 masak barulah dicampurkan dg lain2 tulang.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.- bwg besar mama terus tumis.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.


dan isi tulang gear box nak mkn kenalah pakai pisau..gunting...potong...tak boleh tarik gitu...mmg susah nak tarik dari tulang itu.


kalau sup tulang nak mkn dg bihun, pastikan mkn masa kuah sup panas2 baru sedapp. isi daging tak bykpun tak mengapa sbb kuah sup dah sedap.tambah pula ada pengedil,sambal kicap & perah limau...umpppp.


Dan bgh dlm gear box tu abg yg sulong dah booking awal2.....mmg favorit dia. biasa kalau buat sup tulang mama beli juga roti peranchis...sedap cicah dgn kuah sup.

Wednesday, May 8, 2013

Char Kuey Teow & Tempahan Mee



Assalammualaikum buat semua.
Kongsi entry masak2 dulu hari ni.....gambar cuti2 tgh dok pilih lagi.Goreng Char Kuey Teow ni dah lama....sudah beberapa kali masak baru sampai giliran update dalam blog.Kalau Kuey Teow mmg favorit mama dan abg no 3 dan 4, cuma sbb di sini tak da jual kueytiaw....itu yg dah jrg masak.Ada kuey tiaw kering dijual tp rasa taklah sesedap yg fresh...nak buat sendiri kurang rajin. Kebetulan balik Msia hari itu beli kuetiaw bawa ke mari....jadilah juga nak masak Char Kuey Teow.


Biasa goreng Kuey Teow versi ikut suka tp terasa nak mkn Penang Char Kuey Teow yg mcm di restoren...itu yg ikut resepi....dah lama bertangguh nak mencubanya. Suka abg no 4 mkn bila dihidangkan Char Kuey Teow....bertambah mkn.Rasanya dah ramai mencuba resepi dari MYR ni.tp mama letak juga diblog utk rujukan. tkasih kpd empunya resepi.

Char Kuey Teow
Sumber; Che'Iza @ MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust

Char Kuey Teow tgh goreng dlm kuali

Tempahan Bihun Goreng S'pore & Mee Goreng.nipun dah lama baru sempat update.


bihun digoreng beberapa kali sbb tak muat nak masak sekaligus dlm 1 kuali.letak lauk ayam & udang, karot dan sayur mix vegie.bila masak byk gini, utk lauk ayam dan udang mama rebus dulu.semua bahan tumisan ditumis sekaligus, kemudian baru diasingkan mengikut kuali...baru cepat digoreng.


taburkan dg telur dadar di atas dan beberapa lapis dibawah lapisan mihun....agar semua lapisan ada telur dadar.


buat juga sambal tumis utk dimakan dg bihun


ni pula tempahan mee goreng utk minum pagi.


letak ayam, sotong dan udang, karot, mix vegie & tomato.

itu saja bab masak2 dari dapurmamasya.Berminat nak tengok jubah dari Egypt boleh Klik Sini.jumpa lagi..

Friday, September 28, 2012

Mee Rebus Udang Pikat Selera Keluarga



Assalammualaikum....moga semua sihat sejahtera.t.kasih buat kwn2 blogger yg sudi komen dan bagi pandangan ttg entry Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri sebelum ini, tips yg cukup bagus utk kita.
Citer ttg air tangan dan pikat selera.....mama nak kongsi menu yg memikat selera kami sekeluarga iaitu Mee Rebus Udang Ala Singapura yg dimasak week end yg baru lepas utk hidangan di hari minggu. Dah kebiasaan kalau hari minggu selalu masak menu yg berkuah utk sarapan spt mee...laksa,soto.. sbb jadi kegemaran sekeluarga kalau menu yg berkuah dan bila hari cuti semua boleh ulang2 makan.
Buat mee rebus sbb masih ada stok ubi keledek di rumah...beli byk hari tu...buat kuih cek mek dan masih berbaki. Biasa buat mee rebus guna resepi yg ada daging, kali ni resepi hanya udang semata....


....dan spt komen di MYR rasanya mmg sedap, anak2pun suka sampai ulang mkn.customer no 1pun komen sedap......mmg kena dg selera kami sekeluarga.Lain rasa mee rebus udang berbanding mee udang sbb mee rebus ada byk lagi bahan2 tambahan spt taucu,rempah kari, serai dll...boleh tengok resepi penuh spt di bawah...t.kasih byk2 CMG@DTS...kongsi resepi.

Mee Rebus Udang Ala Singapura
Sumber; CMG @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5 orang )
500 g mee kuning - guna spaghetti
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250 g udang sederhana besar- kupas & tinggal bbrapa ekor tak kupas

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)- tak cuci sbb guuna taucu yg dah lumat
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus - ganti ubi kelerdek
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)- x letak
1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara
Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan


mee rebus udang....

Thursday, July 5, 2012

Mee Kuah



Assalammualaikum buat teman-teman semua dan pengunjung Dapurmamasya.moga semua sihat sejahtera. Slmt berpuasa bagi yg berpuasa sunat hari ni. T.kasih banyak-banyak nak ucapkan buat teman2 blog dan pengunjung blog yg wish tahniah....sokongan semua amat mama hargai. Terimakasih sekali lagi.....
Dan untuk entry hari... ini nak kongsi resepi Mee Kuah yg mama buat beberapa minggu lepas selepas masak mee udang....minggu tu terasa nak mkn mee saja...berturut2 masak mee.Kalau mee yg ada kuah mmg tak pernah bosan.....sekeluarga suka.


Masa tengok resepi mee kuah di blog Dapurkakyah....nampak sedap....terus berkenan nak mencuba.Lagipun bahan2nya mudah dan semua dah ada stok di rumah. T.kasih Kak Rogayah kongsi resepi mee kuah ini....mmg enak kena dg selera mama.Resepi spt di bawah, cuma mama tambah ubi kentang utk pekatkan kuah dan sotong.
Mee Kuah
Sumber; Blog Dari Dapur Kak Yah
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang - tambah sotong
2 biji telur
Sawi - mama celur je
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

mama tambah (pilihan-tak na letakpun tak pa)
2 ketul ubi kentang rebus- dilenyek
beberapa ekor sotong

Cara-cara
Mee dkacau - kacau - kacau di bawah aliran air dan ditoskan.
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling. Biar sampai wangi dan masukkan udang kering. Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(berpadanan). Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. Masukkan gula dan garam, dan sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Nota dapurmamasya
Masukkan ayam dulu sampai mendidih, barulah masukkan ubi kentang, udang dan sotong. sayur dan cili tidak dimasukkan terus dlm kuah.

Mee Kuah siap terhidang...penuh lauk......


Nanti ada kesempatan akan buat kunjung balas....mama kesibukan beberapa hari ni.jumpa lagi di next entry.....

Tuesday, July 3, 2012

Laksa Ganu Kuah Merah



Assalammualaikum semua...moga sihat dan ceria.
Entry trip ke Sham El Sheikh dihentikan seketika, bagi laluan pada entry makanan....takut jemu pula beberapa entry dah tayang gambar trip.
Untuk entry makanan, hari ni nak kongsi Laksa Ganu yg juga dimasak pada hari jadi mama...masak laksa belah pagi, manakala utk tgh hari masak nasi kerabu,...sbb hari tu terasa nak mkn menu Pantai Timur pada hari itu.


Kalau laksa Ganu mama biasa rujuk kuah merah, sbb kalau kuah lemak/putih yg sama dg kuah laksam di Kelantanpun sama... ada juga. Tapi kalau kuah merah gini, mmg khusus hanya ada di Trg. Tapi di Ganupun jrg jumpa org jual sbb yg terkenal kuah laksa lemak.Pertama kali mkn laksa kuah merah ini dulu masa berkunjung ke salah sebuah open house di Ganu. Sekali mkn rasa sedap pula...sbbnya mmg suka mkn laksa.Pernah buat laksa Ganu ni masa dapur Fp dulu.Kali ni buat lagi sbb ada rempah gulai bunga ros yg dah lama dibuka, tak habis guna...sayang pula takut rosak,itu yg masak laksa ni.
Sekali tengok mcm laksa Johor pun ada cuma yg beza, laksa Ganu guna laksa beras dan utk rempah hanya guna rempah serbuk iaitu rempah gulai bunga Ros yg terkenal di Trg, tiada rempah lain yg ditambah.Utk resepi rujuk dari Fp k.Liza, tkasih kongsi resepi.Tapi mama tak timbangpun bahan2nya...agak2 je letak.

Resepi Laksa Ganu Kuah Merah
Sumber; Fp K.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose- mama buat pes campurkan dg sikit air
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa

Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.kemudian baru mama masukkan pes rempah gulai.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan


Laksa Ganu juga dihidangkan dgn sambal belacan sama spt laksa Johor.taugeh tu....susah nak dpt kat sini, sekali jumpa terus beli utk mkn dg laksa.

Kalau Laksa mmg favorit mama, tak kira laksa Ganu, laksa Johor, Penang, Laksa Nyonya Melaka, Laksa Sarawak....ada lagi tak laksa negeri mana yg tertinggal...aaa satu lagi laksa Pahang.....semuanya enak2 belaka...

Wednesday, June 20, 2012

Xtvt Tambahan Di Dapur




Assalammualaikum
Pagi ni mama sibuk sikit di dapur dgn xtvt tambahan sbb ada tempahan mee goreng dan kebetulan pula abg no3 minta juga buatkan kuih utk kelas party katanya. tp kelas party hari khamis bukan selasa...emmm abg Syafiq...mcm mana boleh salah hari ni,nasib baik kuih habis licin dijamu kwnnya...nantilah akan update kuih apa yg mama masak. Berbalik pada mee goreng ni, guna mee kuning bukan spaghetti....mee kuning kenalah buat dulu sbb tak da mee kuning jual kat sini, kalau kat Msia mmg tak adalah nak buat mee kuning, senang lagi beli
Sejak duduk sini, mama merajinkan diri ambil juga tempahan sikit2 dan masak utk xtvt persatuan sbg xtvt tambahan di dapur sambil masak utk keluarga. Sekadar nak nambah skill memasak, bila jadi DO...dapur officer sepenuh masa ni, adalah byk masa utk tingkat ilmu masak memasak tp bila dah balik Msia...kerja semula nanti tak da lagi kesempatan begini....sibuk pula dg tugasan harian.


mee goreng kuali ke 2. nak goreng sekali gus nanti susah pula nak kacau.Tempahan utk sarapan pagi, jadi bahan2 dah siapkan belah mlmnya lagi, pagi lepas anak2 ke sekolah mama baru goreng.


dah masak 2 kuali, campurkan semuanya...biar sama rata rasanya.(Sukatan 1 kg mee kuning utk 8-9 org mkn.)


Mee yg dah siap dibungkus,tabur bawang goreng dan daun sup, ada sambal telur sekali. pukul 8.30 pg dah siap semua dipek.


ni pula tempahan hari sabtu lepas utk lunch, pukul 11 pagi mama dah siap semuanya. Persiapan bahan2nya dah buat mlm lagi


lauk yg ditempah ayam masak merah madu....


gulai daging masih dalam periuk


juga 2 biji kek choc moist...baking sehari sebelum.paginya lepas masak lauk baru letak topping.

T.kasih byk2 buat Mama Yassin yg menempah semua makanan ni.komennya, semua makanan sedapp ...Alhamdullilah.

Klik Nuffnang2