klik Nuffnang

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri



Assalammualaikum buat semua.mulanya nak ucapkan terimakasih banyak-banyak buat khairiah khaizu,MaDiHaA a.k.a Ratna,Melly Octaviana,CA ,Chik Att , Marsita yahya, cikgu dZana, Hafizah Mohamad, Zurina , rahel, zila norazila, Shiela , Qasey Honey, Azian Elias, ibundo, Asmah Yusof, Yatie , kak leni, Rohah & mama sara nur yg wish Anniversary dan doakan buat kami berdua....setiap ucapan amatlah dihargai. moga kita semua sentiasa aman bahgia rukun damai rumah tangga. Amin...

Hari ni mama nak kongsi yg cukup menarik dan berguna utk para isteri...
Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri
9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.
1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.(Sumber; Kursus Perkahwinan.Com)

Sekiranya ada adik2 yg baru nak belajar masak...teruskan usaha yg baik itu.tambah skrg mudah sgt nak belajar masak, byk blog yg kongsi resepi utk di cuba, search je resepi apa...berderet2 yg keluar...tinggal pilih yg mana berkenan. wpun masak menu yg mudah, tak mengapa....yg penting kita masak sendiri....air tangan isteri, selain dpt juga menjimatkan perbelanjaan dan makanan yg kita hidangkan sudah pasti halal dan bersih.

Mama masa awal kahwinpun tak pandai masak...tahu sikit2 yg asas sbb bila cuti semester tolong mak di kedai makan.  Tapi lepas kahwin terus terbang ke UK....nak tak nak mmg kena masak sendiri. berbekalkan buku2 resepi...mulalah sikit2 belajar memasak, tambahan di luar negara bahan2 masak amat terhad . Masa itu tiada blog masakan mcm skrg kalau nak rujuk resepi....mmg susah sikit, jadi belajar yg mudah2 dulu.

Kadang2 ikut pergi ke library tempat mr husben belajar...Leeds University utk salin resepi dr suratkhabar Msia...kebetulan ada suratkhabar dr Msia disediakan di situ(dulu2 byk juga resepi yg dikongsi dlm suratkhabar).

Dan thn pertama kahwin ada jemput beberapa famili beraya di rumah kami... adalah masak sikit2 tapi lupa pula apa menu yg dimasak. Bila thn ke 2 ada buat open house utk kawan-kwn Msia.menunya masih ingat iaitu rendang ayam, lemang segera masak dlm oven,dodol microwave, soto nasi dan nasi pilau Pakistan (belajar dg wife tuan rumah org Pakistan)...sayang masa tu tak ambil gambar makanan sbb tak minat sgt bergambar mcm skrg.

Kemudian sikit2 mencuba resepi2 yg berkenan...cuba jaya...ada yg jadi...ada yg tidak...hinggalah ada Fotopages Mamasya dan kini Dapurmamasya...itulah kisahnya, sekadar berkongsi sikit pengalaman yg ada. Jumpa lagi next entry....harap tips yg dikongsikan berguna buat semua & moga semua bahgia selalu......

Wednesday, August 1, 2012

Ayam Bakar Berempah & Tips Berguna Di dapur



Assalammualaikum buat semua...moga sihat dan sejahtera.
Skrg ni sahur lewat sikit sbb subuhpun dah lewat sikit...3.36 pg dan berbuka pula dah semakin awal dlm 6.49 ptg.Bila berbuka awal anak2 seronok...cakap awalnya berbuka dan tambah seronok jika ada lauk kegemaran mereka sewaktu berbuka....antaranya lauk ayam bakar.


Untuk lauk ayam bakar....kali ni nak kongsi Ayam bakar berempah yg juga dimasak pada 6 Ramadan bersama dg daging bamia. dah 2-3 kali buat tp sebelum ini tak sempat nak posing....kali ni posing betul2 sementara nunggu waktu berbuka.Sedap ayam bakar berempah ini, dah jadi kegemaran kami sekeluarga. T.kasih empunya resepi. Resepi asal guna kepak tp mama guna bhg chicken leg. Ada tambah sikit bahannya spt dibawah.
Ayam bakar berempah
Sumber; Umie MYR
Olahan ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1 kilo kepak ayam- guna bhg peha ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula - ganti dg madu
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa - letak anggaran dlm 1 sb paras
- yg mama tambah;
1 sb sos tiram
1 sk lada hitam
minyak zaitun/butter - sapu masa bakar ayam

Cara-cara
Bersihkan kepak/bhg ayam dan toskan
Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
Gaulkan kepak/bhg ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
Bakar kepak/bhg ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak . sapu butter/minyak semasa nak bakar..
note; mama bakar api atas bawah 200'C sampai masak


Ayam bakar berempah ni kena perap lama sikit barulah mesra terasa ayamnya dan nak bagi kilat ayam kalau suka boleh sapu butter /minyak

Tips Berguna Di dapur

(gambar hiasan semata)

1.Masakan Termasin Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :- Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

2.Merasa Makanan di Bulan Puasa Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

3. Memutih Nasi Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

4.Memasak Nasi yang Mentah< Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

5. Mengelakkan Nasi Hangit Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.
Sumber dan lagi tips tentang nasi boleh baca sini.

Sunday, July 29, 2012

Daging Kicap Berempah& Tips Bawang Goreng Rangup



Assalammualaikum buat semua...
Hari ni nak kongsi menu yg dimasak pada 2 Ramadan yg lepas...iaitu daging masak Kicap Kerisik Berempah. Menu ni permintaan anak2 yg nak mkn daging kicap pekat. Hasil carian resepi di kongsi resepi....mama berkenan dg resepi daging kicap dari blog Dayangjack, t.kasih Dj kongsi resepi daging ni.Cuma daging yg mama masak ini tak sehitam mcm DJ masak sbb tak da kicap pekat. Kelainan resepi ini dan buat rasanya enak sbb ada letak kerisik dan jintan serta rempah 4 sekawan spt resepi spt dibawah.

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh;Dapurmamasya

Bahan-bahan :
1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
2 sudu besar kicap pekat- ganti kicap biasa
3-4 sb cili giling
kicap manis/kicap masin secukupnya
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
air asam jawa
3 sudu makan kerisik

Bahan-bahan mesin :
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
***jika suka, bolehlah tambah ubi kentang dan tomato ceri.

Cara-cara :
Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak dan sebagainya.


anak2 suka daging masak Kicap Kerisik Berempah ini....pekat dan berempah.

Tips Bawang Goreng Rangup


Bawang goreng ni tiada kaitan dg masak kicap berempah kat atas tp saja satukan dlm entry kali ni. utk dapatkan bawang goreng yg rangup caranya ialah


bersihkan bawang merah. hiris tipis dan rendamkan dalam air yg berisi garam. kacau dan biarkan seketika.kemudian terus sejat dan jgn disiram air. Dah kering air bolehlah digoreng sampai garing.sejatkan bawang.siap bawang goreng utk digunakan.

Klik Nuffnang2