Assalammualaikum buat semua
Kalau bulan April bday abg no 2,3 & 4.bulan Mei pula bday abg no 1 iaitu pada 28 Mei yg lalu. Jadi week end yg baru lepas utk bday abg Syamil, mama mengodek kek idaman mama yg dah lama teringin nak mencuba iaitu
Russian Black & White Cake...belum sampai ke Rusia..dpt rasa kek pun jadikan...
Kek ni menjadi idaman sejak tengok ada di Fb dan blog yg menayangkan...nampak sungguh sedap dg kombinasi filling cheese dan choc. tp itulah....kalau kek yg ada beberapa step....teknik...kek yg canggih begini utk membuatnya...mmg lambatlah mama nak mencuba,tunggu betul2 mood rajin barulah nak mencuba.
yg mama kurang puas hati sikit sbb ganachenya tak licin dan tak kilat. sbb coklat disini teksurnya agak berketul2 bila dah keras dan tak kilat.mmg dah beberapa kali bila buat ganache...kena mcm ini wpun tukar brand...atau mungkin mama tersilap teknik membuatnya.
Wbgmanapun kek ni rasanya cukup sedappp....rasa penuh coklat dan cheese.Utk resepi mama tengok beberapa resepi juga tp berkenan dg resepi dari blog Nuanza.tkasih Nuanza berkongsi resepi. tapi apa2 resepi kek coklatpun boleh digunakan.
Kek Coklat Moist
Sumber;
Cida Nuanza @ denuanza.blogspot.
Oleh; Dapurmamasya
bahan a:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang - guna gula kastor
2 sudu teh sudu teh baking powder (sudu kfc)- letak 1 st
1/2 sudu teh baking soda - letak 1 st
(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)
bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A - blender sampai berbuih
(satukan semua bahan b )
bahan C:
1 cawan air panas
cara:
masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..
bila dh sebati, masukkan air panas
kacau sebati
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti
masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci -
mama guna2 loyang 8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis)
atau gunakan kertas minyak
bakar selama 1 jam 10 mnt atau sehingga kek masak - suhu 160 darjah api atas dan bawah (tp kena ikut ragam oven memasing ye)- mama bakar api bawah saja 180'c selama 40-45 min bg setiap loyang
adunan boleh juga dikukus dgn api sederhana
bahan utk ganache - (
perlu 2 adunan,1 buat awal utk filling & 1 lagi kemudian utk topping)
sumber juga dari
Cida Nuanza @ denuanza.blogspot.
(buat sehari sblm guna)-
mama simpan sekejap dlm peti ais, anggarkan boleh paip dah boleh guna.
100 gram whiping cream,
250 g coklat hitam
2 sudu besar mentega
cara:
campur semua bahan
masak secara double boil sampai coklat larut
biarkan semalam hingga ganache jd pekat (boleh di paipkan)
masukkan dlm piping bag
bahan utk cream cheese:
500 gram cream cheese
250 gram butter
120 gram gula ising
1 sudu kecil serbuk nescafe- leh letak lebih kalo nak rasa lebih
Cara
campur semua bahan (kecuali nescafe)
mix sampai sebati dan gebu
pastu ayakkan nescafe
sebatikan & masukkan dlm piping bag
cara hias
potong kek kpd 4 bhgn- jika bakar sebiji kek atau belah 2 jika guna 2 loyang
ambil 1 lapisan kek & letak atas papan kek
masukkan adunan cheese dlm piping beg
paipkan sekeliling kek- rujuk pic bawah
diikuti adunan ganache
berselang seli hingga habis
ambil sekeping kek, letak kan di atas
ulang paipkan adunan cheese dan ganache
buat sampai habis semua 4 keping
pada lapisan kek yg ke4, paipkan adunan cheese (sahaja) keseluruh kek- rujuk pic bawah
kemudian ratakan
simpan kek dalam peti sejuk selama 1/2 jam
baki2 adunan cheese tu, leh la hias2 cemana pun
sementara itu masak lg 1 adunan ganache(guna resepi td)
x perlu biarkan semalam -cuma sejukkan ganache selama 15 mnt
boleh terus tuang atas kek yg di saluti cheese tadi.
Sejukkan dulu dalam peti sejuk baru potong dengan kemas.
Agar nampak kek tu cantik je bila dah di potong. Masa nak potong kek tu, rendam dulu pisau dalam air panas, kemudian dilap baru potong kek tu.
utk lapisan pertama kek, paipkan adunan cheese di tgh, buat bulat kecil. dan diikuti dg bulatan choc dan selang seli dg cheese till atas kek penuh.-
tengok chocnya berketul2...mmg tak elok..
utk lapisan kedua kek, paipkan adunan choc di tgh, buat bulat kecil. dan diikuti dg bulatan cheese sekeliling dan selang seli dg choc till atas kek penuh.
utk
lapisan ke 3 kek, ulangi spt lapisan 1.
utk
lapisan ke 4 kek, sapu rata dg cheese. dan simpan dlm peti ais.lepas itu boleh dituang dg choc ganache atas kek.
kek dihias ringkas dg creme cheese.nak sesuaikan dg nama Russian Black & White Cake...kek dihias dg warna putih saja.
Agak sememeh bila kek dipotong wpun dah celup pisau dg air panas mungkin sbb cheese dah mula cair sbb lama dok ambil gambar kek...maklumlah skrg cuaca panas terik di sini. tp tetap puas hati sbb tercapai juga nak buat kek idaman dan rasanyapun mmg nyummmyy.
nilah bday boy...abg Syamil.taknak posing dg kek,segan...maklumlah dah besar pjg.dah tinggi dari mama dan abah. Happy 15th birthday Abg Syamil.Abg Syamil dlm minggu exam skrg. mama & abah doakan moga menjadi anak yg soleh dan berjaya dalam hidup.
bday boy paling suka kek ni,ulang2 mkn...tanya kek masih ada..berbaloi mama buat.abg2 yg lainpun suka mkn. bila makan kek ni.... mkn perlahan2 utk menikmati kesedapan kek yg penuh rasa coklat dan cheese...dan siapkan segelas air kosong yg dingin...
Selesai sudah sambut bday 4 hero mama.tinggal bday buah hati mama yg paling kecik,Syakirah pada bulan june ini.Syakirah...abg2 sambut bday...diapun sibuk tanya bila bday dia,siap suruh tunjuk di kalender bila bday dia....sbb abg2 tanda kat kalender date bday mereka.nanti 20 Jun ya Syakirah...