klik Nuffnang

Showing posts with label Daging/Tulang. Show all posts
Showing posts with label Daging/Tulang. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

Pulut Kuning & Rendang Hitam Daging



Assalammualaikum semua....moga pengunjung dapurmamasya sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu.lamanya dapurmamasya tak update, hampir 5 bulan menyepi....maaf semua....masa dan keadaan tak mengizinkan mamasya utk aktif di blog spt dahulu. pada yg masih sudi berkunjung blog dapurmamasya....terimakasih mamasya ucapkan ...utk yg nak mencuba resepi dr blog mamasya dipersilakan...
Untuk entry kali ni....mamasya nak kongsi Pulut Kuning & Rendang Hitam Daging yg mamasya hari ini untuk birthday anak-anak yg disambut pada bulan April....tak da kek bday hanya sempat msk pulut kuning.
Sejak balik Msia, baru kali ni mamasya merajinkan diri masak pulut kuning.....maklumlah nak kukus pulut ambil masa juga dan nak masak rendangpun bukan sekejap....tp puas hati bila dihidangkan famili cakap sedap...Alhamdullilah.



Untuk masak pulut kuning, mamasya rujuk blog Teratak Mutiara Kasih sbb mudah guna sukatan cawan...tkasih Lina kongsi masak pulut ini.Utk resepi boleh rujuk di bawah :
RESEPI PULUT KUNING
Sumber : lina pg

Bahan - Bahan:
5 cawan beras pulut
1 asam keping
2 sk serbuk kunyit
3 cawan santan pekat
Garam dan gula

Cara - Cara:
Beras dicuci bersih dan ditoskan.
Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak)
Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni (ARUN )
Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak)
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat


Manakala utk daging, mamasya masak guna resepi yg biasa digunakan iaitu Resepi Hitam Daging boleh klik sini ...resepi letak kerisik ini mmg sedap kena dg selera mamasya sekeluarga. pada yg belum mencuba ...bolehlah mencuba....


Ini saja entry kali ni...InsyaAllah kita jumpa lagi......

Thursday, April 17, 2014

Daging Masak Merah Ala Thai....Simple je..





Assalammualaikum semua....
T.kasih buat pengunjung dan teman2 siber yg datang ke dapurmamasya wpun mamasya dah tak kerap update blog dg entry baru spt dulu tp akn cuba update bila kelapangan.
Untuk entry hari ni nak kongsi resepi masakan daging. Daging masak merah...... selalu juga masak utk hidangan sekeluarga...sbbnya simple bahan2nya. tak pyh susah nak ke gerai masakan Thai kalau nak mkn....di rumahpun boleh masak.


Kalau nak nampak daging merah spt gambar pertama, bolehlah pewarna sedikit semasa merebus. Tapi kalau tak letak pewarnapun tak mengapa.....cukup dg warna sos.Resepi dari MYR , tkasih empunya resepi.......

Daging Merah Ala Thai
Sumber; Jeezy MyR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.(kalau nak merah campurkan dengan sedikit pewarna masa merebus daging)
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.


kalau tak ada idea daging nak masak apa....bolehlah mencuba resepi daging masak merah....simple je......

Wednesday, May 15, 2013

Bihun Sup Sedap dgn Sup Siam Gear Box




Assalammualaikum buat semua
Sementara nak pilih dulu gambar samb bercuti ke Rome, mama kongsikan bihun sup dg Sup Siam Gear Box yg dihidangkan utk hidangan kami sekeluarga pada hujung minggu lalu. Dah beberapa kali buat bihun sup tp asyik lupa nak ambil gambar.Dan biasa kuah sup utk bihun masak guna tulang rusuk tp utk kali ni gear box.
Kuah sup utk bihun sup dimasak sekaligus utk lunch, masak seperiuk besar....sbb sekeluarga mmg suka sup tulang.kalau masak terus utk 2 hari makan...tak payah fikir nak buat lain2 kuah.Mama dg Syakirah kalau sup tulang..... suka hirup kuahnya itu. Dalam sebulan tu biasa adalah 2 kali akan masak sup tp sup tulang biasa...gear box ni sesekali saja sbb nak masak gear box ambil masa lama.


Gear box yg dimasak kali ni taklah byk isi....jadi tambah dg tulang lain.mmg ummppp kalau kuah sup dimasak dg bhg tulang gear box...sbb air tulang yg besar itu meresap ke dalam kuah.tp kalau tak da gear box bgh tulang yg lainpun sedap terutama bgh tulang rusuk.Cuma utk masak sup gear box....rebuskan gear box dulu sampai 1/2 masak barulah dicampurkan dg lain2 tulang sbb gear box ambil masa lebih lama utk masak


Utk resepi sup...mcm biasa guna resepi Sup Siam.....mmg sedap kuah sup dimasak begini, tambah kalau nak mkn perahkan limau nipis sikit. Sup siam gear box
pernah buat dulu, ada di sini . Utk resepi pegedil dan sambal kicap boleh klik sini. Resepi sup siam dah kongsi sebelum ni tp mama letak semua di sini;

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- Gear Box + tulang biasa
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus- mama tumbuk
2 ulas bawang putih dihiris halus- mama tumbuk
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak letak
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8- potong tipis, terus tumis
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.- Jika guna gear box...rebuskan gear box dulu sampai 1/2 masak barulah dicampurkan dg lain2 tulang.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.- bwg besar mama terus tumis.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.


dan isi tulang gear box nak mkn kenalah pakai pisau..gunting...potong...tak boleh tarik gitu...mmg susah nak tarik dari tulang itu.


kalau sup tulang nak mkn dg bihun, pastikan mkn masa kuah sup panas2 baru sedapp. isi daging tak bykpun tak mengapa sbb kuah sup dah sedap.tambah pula ada pengedil,sambal kicap & perah limau...umpppp.


Dan bgh dlm gear box tu abg yg sulong dah booking awal2.....mmg favorit dia. biasa kalau buat sup tulang mama beli juga roti peranchis...sedap cicah dgn kuah sup.

Tuesday, February 19, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas & Rendang Hitam Sedap




Assalammualaikum buat semua
Dah habis kisah istana Qarun, nanti ada kelapangan mama kongsi tempat menarik yg lain pula. Hari ni mama nak kongsi menu yg mama masak pada hari Sabtu yg baru lepas....masak special sikit sbb kami jemput sekeluarga Arab.....kwn mr husben lunch di rumah kami.Menunya ialah Nasi Minyak Hujan Panas & Rendang Hitam Daging serta beberapa lauk lain lagi. Mama memilih menu Nasi Minyak Hujan Panas dan Daging Masak Hitam sbb nak perkenalkan juga makanan Msia kpd tetamu Arab sbb nasi berwarna begini mmg tak ada di sini...juga masakan lauk Rendang Hitam Daging.


Utk resepi nasi kali ni , mama mencuba resepi dr MYR. sedap nasi hujan panas ni wpun tidak menggunakan susu spt mana yg biasa mama buat.tkasih buat Mak Yong.

Nasi minyak hujan panas
Sumber; MakYong @ Myresepi
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dg beras
2 kiub ayam - letak 1 sj
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng , kismis

Cara-cara
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Nota dapurmamasya;
Lepas tumis, mama masukkan dulu beras...kacau rata barulah masukkan air, kiub dan daun pandan.utk pewarna, campurkan 1 sk warna dg sedikit air .


nasi minyak hujan panas yg hampir masak....letak warna pink, hijau dan kuning.


Rendang Hitam Daging ini mama masak dlm kuali/pemanggang ajaib/serbaguna...dlm 45 min dah masak....cepat masaknya.berbaloi angkut dr Msia...patutlah ramai yg dah beli pemanggang ni....mudah kerja di dapur. Utk masak daging ni mama tumis dulu bahan dlm kuali biasa...hingga masuk daging dan bahan. kemudian baru pindah dlm kuali ini.sesekali buka dan kacau serta tambah air hingga masak.


Rendang Hitam Daging ni....sesuai juga mkn dg pulut & lemang.Mmg sedap rasa daging ini....mama dah beberapa kali buat. T.kasih Ratna kongsi resepi daging yg sedap ni.

RENDANG HITAM DAGING
Sumber; Fp MaDihaa
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar - mama letak 3 sb cili kering dah blender
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik - mama ketuk/tindik satu serai & blend 1 serai dg bwg.
4 sudu besar kicap pekat
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya,
Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis
bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.


sedap nasi minyak hujan panas digandingkan dg Rendang Hitam Daging....

Thursday, October 11, 2012

Daging Masak Hitam Yang Sedap




Assalammualaikum.....bersua kembali, moga semuanya sihat ceria.
Baru beberapa hari tak update blog....dok teringat2 pula...tetamu dah tiba di rumah pagi Isnin. Dari Isnin hingga Rabu...bawa mrk jalan2 dan shopping sekitar Cairo. Xtvt masak2 tak adalah sgt sbb byk keluar. Esokpun rancang bawa jalan2 lagi...meraikan tetamu sebelum mereka balik hari sabtu nanti.
Lapang sikit ni dptlah mama update blog...lagipun gambar dah upload dlm draft, iaitu Daging masak hitam yg dimasak baru2 ni...resepi dah lama print tp baru sempat membuatnya.

DSC_3064_zps20764610

Spt komen Ratna, sedap masakan daging masak hitam ini....dan ikut selera mama pun sedap rasanya , t.kasih Ratna & Ida berkongsi resepi. bahan2nyapun yg biasa ada di dapur...

Daging Masak Hitam
Sumber; Dari Dapur MadihaA & Fp Ida Marlida. Asal Majalah Mingguan Wanita
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - tambah

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

DSC_3062_zps8f689618

Kalau ada yg berkenan silakan mencuba daging masak hitam ni....

Tuesday, September 18, 2012

Lepas Ayam, Daging Blackpepper pula



Assalammualaikum.....moga semua sihat dan sejahtera
Sebelum citer ttg resepi hari ni, nak kongsi sikit citer semlm.....dlm tgh hari tu, bunyi org bising kat jln dpn bgn apt, dah selalu dengar bising gini biasa berlaku sbb berebut parking atau ada kemalangan wpun hanya bergesel kereta...terus jadi gaduh besar, riuh rendah bunyinya.tak kira lelaki mahu perempuan....dah bergaduh, ramai2 pula dtg tengok...kdg2 ada yg guna kayu, ada yg turut masuk campur tp ada yg tolong leraikan.Berbalik kisah semlm, mama intai dari balkoni....masa tu ramai pula org dr bgn2 lainpun dok intai dr tingkap dan balkoni masing2....nampak ada yg tengah berlari ke tempat kejadian.Nampak motor dan kereta di situ....mmg gaduh besar bunyinya, bibik mama cakap kesiannya pemandu motor tu kena pukul...dahlah bawa brg, langgar sikit tu..kena pukul....mamapun tumpang kesian pemandu motor kena pukul sbb ingatkan mcm biasa kes kemalangan. Tapi.....kisah sebenarnya...kebetulan mr husben lalu kat situ....tanya apa kesnya.bukan kemalangan tp org tu curi motor....jadi pakat kejar motor itu, pencuri itu dpt dihalang oleh org ramai bila pemiliknya jerit pencuri....apalagi mmg kena belasahlah pencuri itu...aaaa...dr kesian terus cakap...padanlah mencuri....jgn nak mencuri lagi...

Berbalik kpd resepi hari ni lepas ayam blackpepper, entry hari ni nak kongsi pula resepi daging blackpepper yg dimasak masa Ramadan lepas, gambarpun dah kongsi di sini ...baru sempat update resepi. Mama tambah sikit bahannya sbg penambah rasa.t.kasih buat empunya resepi.

DAGING BLACK PEPPER
Sumber;Resepi Nannie
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN-BAHAN :
500 grm daging batang pinang
4-5 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan- x letak
1-2 sudu besar kicap manis
1 cawan air
1 biji cili capsicum
1 biji cili merah

BAHAN DIMAYANG HALUS :
2 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
1 biji bawang besar
mama tambah; sedikit bunga lawang kulit kayu manis & cengkih semasa menumis. dah tambah juga sikit lada hitam yg ditumbuk.

CARA MEMASAK :
- Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian diperap dengan sos black pepper selama 4 jam . Simpan daging didalam peti sejuk bahagian biasa/fridge bukan dibahagian beku/freezer.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang halus kecuali bwg besar dan kacau sampai terbit bau wangi . *Masukkan bawang besar , sos tiram , minyak bijan , kicap,lada hitam dan kacau lagi kemudian masukkan semua daging yang telah diperap tadi . Masukkan cili capsicum serta cili merah , air dan kacau serta biarkan daging ni mendidih sehingga kuah menjadi sedikit dan daging menjadi empuk.Jika daging masih kurang empuk tambah air lagi dan biarkan daging masak lagi .
-Biarkan kuah menjadi sedikit dan sekali sekala Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam .
notes; tak tambah garam sebab masakan ni dah masin dari sos yang diguna.
*Nota Dapurmamasya; mama hanya masukkan bwg besar dan capsikum bila daging dkt nak empuk.utk elakkan terlampau layu


Kalau daging blackpepper pasti ramai yg sukakan...sesuai utk sekeluarga sbb tak pedas...tambah berkicap itu yg buat budak2 suka.
t.kasih buat semua yg tinggalkan komen...nanti akan buat kunjungan balas...

Sunday, August 5, 2012

Sup Tulang Siam Yang Sedap



Assalammualaikum buat semua dan selamat berhujung minggu....t.kasih buat yg sudi berkunjung ke blog ni.
Sementara nak upload gambar xtvt sebelum Ramadan dan bulan Ramadan....kongsi dulu sup tulang yg dimasak bersama2 dg udang paprik iaitu sup tulang siam. Kalau Sup tulang mmg kegemaran semuakan....kat rumahpun selalu masak sbb anak2 suka mkn sup tulang.Tapi biasa masak part tulang sikit je....yg lebih bhg dagingnya. Masak sup tulang ni ada beberapa cara...tp mama suka cara rebus dulu tulang dan masukkan bahan tumisan kemudian spt resepi sup tulang siam ni.Tak pasti kenapa diberi nama sup tulang siam....sbb mama copy je resepi asal.tkasih empunya resepi kongsi resepi sup tulang yg sedap ini, dah mmg selalu guna resepi ini. Resepi pernah kongsi sebelum ni, tp letakkan semula dibawah utk mudahkan rujukan...

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- guna tulang biasa
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus- mama tumbuk
2 ulas bawang putih dihiris halus- mama tumbuk
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.



Sup tulang nak lagi sedap.....sebelum mkn perahkan dg sikit limau....sedap hirup kuah sup atau kekadang sup dicicah dgn roti....enaknya..


Ada pisang lebih keesokkannya buat jemput pisang utk anak2 berbuka...
Jumpa lagi next entry....

Tuesday, July 31, 2012

Bamia Daging Masakan Arab



Assalammualaikum dan slmt menjalani ibadah puasa buat semua
Untuk entry hari ni nak kongsi masakan daging yg dimasak pada 6 Ramadan yg lepas iaitu Bamia Daging atau bamya(Meat and Okra Stew)...daging yg dimasak dlm sos tomato bersama dg bendi/okra dan kacang peas. Masakan ni sebenarnya dah lama teringin nak mencuba setelah pertama kali mkn beberapa bulan lepas...dimana lauk daging ini dibeli di sebuah C4 di Alex semasa ke sana ;C4 dan sesetgh supermarket di sini ada section yg menjual nasi dan pelbagai lauk utk tapau sahaja. Bila mkn ...rasa sedap pula....kena dg selera tp sayang tak bertanya apa nama masakan dan bila pergi kali ke2 dah tukar menu yg lain. Cuba cari resepi daging dalam google dgn berbekalkan perkataan recipe meat and okra...dpt beberapa resepi.Berkenan dg resepi dari sumber blog pelancongan Egypt sbb tengok bahan2nya semua ada di rumah. Menurut info di blog itu, masakan ni terkenal di Timur Tengah dan boleh digantikan daging dg kambing.


Dan bila dah siap masak...tak sabar tunggu waktu berbuka utk merasanya... dan hasilnya sedappp..mmg sama rasanya spt yg pernah beli sebelum ini....puas hati sbb dah jumpa resepi yg dicari.Rasanya sikit2 masam sbb ada perahan lemon dan tomato. Bahan2 utk masak bamia daging ni simple je tp suka dengan rasanya. Anak2 pun suka sbb tak pedas....sesuai utk budak2.Resepi asal tak letak kacang peas tp letak sbb nak sama dg yg dibeli dan cara masak pula ikut resepi asal masak dlm oven atau slow cooker. Mama masak atas slow cooker pada mulanya tp sbb slow cooker mcm ada problem pindah atas dapur . Masak agak berkuah sikit sbb anak2 suka kuah. Resepi asal dlm BI dan kongsi sini dlm BM .

Bamya (Meat and Okra Stew)
Sumber; Www.touregypt.net
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 kg daging kambing atau lembu,potong kiub 1 inci
2 biji bawang besar- cincang halus
2 ulas bawang putih- tumbuk
1 teaspoon(s) jintan manis - tumbuk
tambah 1 teaspoon(s) jintan putih - tumbuk
1 teaspoon(s) ketumbar - tumbuk
2 biji tomato - bunga kulit dan cincang
3 tablespoon(s) tomato paste/puri- letak 4 sb
1 cup(s) stok daging / air/ air + kiub daging, sbyk mana yg diperlukan - tambah air lebih & tambah 4 sbb sos tomato lagi
2 tablespoons daun pudina dicincang(optional)
garam dan lada hitam
750 gm okra/bendi - letak dlm 1/2 kg
juice dari sebiji lemon
tambah 1 cwn green peas

Cara
1. Dalam kuali, panaskan 2-3 sb minyak masak/butter dgn api sederhana panas.
2. Masukkan daging sikit demi sikit dan goreng dlm 10 min atau hingga daging agak kekuningan . tapis daging dan biarkan minyak dlm kuali. Daging dimasukkan dlm periuk.
3. Dalam minyak yg sama masukkan bawang , tambah minyak jika perlu.goreng bawang dalam 8-10 min atau hingga kekuningan.
4. Tambah bawang putih, jintan , ketumbar, tomato cincang, tomato paste/puri dan air/stok. tuang dlm periuk daging.
5. Tutup periuk dan masak hingga daging hampir empuk dgn api yg sed besar. letak garam dan lada sulah.
6. Sementara itu letak sikit minyak dlm kuali. masukkan bendi dan kacau dlm 3 min.
7. Masukkan bendi dan kacang dlm periuk daging.Perahkan lemon dlm periuk,kacau rata.tutup dan biarkan masak.
8. Masak dlm 35 min lagi atau hingga bendi agak empuk.tambah air jika perlu
9. Siap hidangkan panas.


Inilah rupa paras bendi/okra yg dijual di sini.saiznya comei2...dan ada yg sedikit kemerahan.hanya byk dijual pada musim panas. waktu lain kena beli yg frozen.


kena cuba dulu baru tahu rasanya....

TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN
1)untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur
2)untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur
3)perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari
4)amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin
5)banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan. Sumber; di sini

Sunday, July 29, 2012

Daging Kicap Berempah& Tips Bawang Goreng Rangup



Assalammualaikum buat semua...
Hari ni nak kongsi menu yg dimasak pada 2 Ramadan yg lepas...iaitu daging masak Kicap Kerisik Berempah. Menu ni permintaan anak2 yg nak mkn daging kicap pekat. Hasil carian resepi di kongsi resepi....mama berkenan dg resepi daging kicap dari blog Dayangjack, t.kasih Dj kongsi resepi daging ni.Cuma daging yg mama masak ini tak sehitam mcm DJ masak sbb tak da kicap pekat. Kelainan resepi ini dan buat rasanya enak sbb ada letak kerisik dan jintan serta rempah 4 sekawan spt resepi spt dibawah.

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh;Dapurmamasya

Bahan-bahan :
1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
2 sudu besar kicap pekat- ganti kicap biasa
3-4 sb cili giling
kicap manis/kicap masin secukupnya
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
air asam jawa
3 sudu makan kerisik

Bahan-bahan mesin :
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
***jika suka, bolehlah tambah ubi kentang dan tomato ceri.

Cara-cara :
Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak dan sebagainya.


anak2 suka daging masak Kicap Kerisik Berempah ini....pekat dan berempah.

Tips Bawang Goreng Rangup


Bawang goreng ni tiada kaitan dg masak kicap berempah kat atas tp saja satukan dlm entry kali ni. utk dapatkan bawang goreng yg rangup caranya ialah


bersihkan bawang merah. hiris tipis dan rendamkan dalam air yg berisi garam. kacau dan biarkan seketika.kemudian terus sejat dan jgn disiram air. Dah kering air bolehlah digoreng sampai garing.sejatkan bawang.siap bawang goreng utk digunakan.

Saturday, June 16, 2012

Stew Daging



Assalammualaikum semua....
Slmt berhujung minggu dan t.kasih buat semua pengunjung blog ni.entry ringkas hari ni...sibukk...tak dpt dok lama2 dpn PC. terus ke menu stew daging yg mama masak beberapa minggu lepas. Stok dagingpun ada dlm peti ais...tak da idea nak masak apa...jadi masak stew.....lagipun dah lama tak masak gini.Resepi dari blog Raidah, tkasih kongsi resepi .

Stew Daging
Sumber; Resepi Raidah
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang- *lihat dibawah
1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam- letak lebih utk gaul dan masukkan dlm kuah
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.
- mama tambah sos tiram 2 sb
* 2 sudu pes bawang- Ikut cara dari blog hanamemories: untuk pes bawang, goreng bawang besar+bawang putih dalam setengah cawan sehingga jd bawang goreng then blend.. kemudian tumis dengan bahan2 lain spt arahan resepi

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan semula daging,sos tiram,lada hitam dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang. ***tips dr blog Raidah; tidak menggunakan sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan saya. tp menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.


stew daging mama masak dlm slow cooker.kdg2 masak sup tulangpun guna slow cooker.rebus tulang sampai kuah mendidih, kemudian pindahkan dlm slow cooker.biarkan sampai empuk 2-3 jam. wpun lambat tp tak perlu ulang alik ke dapur nak tambah air rebusan dan kuah supnya lebih enak sbb semua air rebusan tak kering.


nilah bay leaf.tengok harganya.....0.20 LE/10 sen utk sebyk itu mama beli....murahkan,1 kg 20Le/RM10.....masa beli tak tahu nak ckp nak byk mana....nak beli rubu' kg(suku kg) mcm byk pula sbb jrg guna, nak ckp berapa gram....org Arab yg jaga bgh rempah ni bukannya faham, lastnya bagi isyarat nak segenggam saja,terkejut juga bila dah timbang sbb harganya baru 10 sen duit kita. byk nipun dah boleh byk kali masak.


jumpa next entry....

Wednesday, May 30, 2012

Pulut Kuning vs Rendang Kurma Kambing



Assalammualaikum semua
Terimakasih buat semua pengunjung blog ni terutama yg sudi tinggalkan komen...juga celoteh...nanti mama akan buat kunjungan balas, harap semuanya sihat dan ceria. Jika sebelum ni ada entry gulai kawah daging unta mkn dg nasi beriani masala , kali ni nak kongsi pula rendang kurma kambing mkn dg pulut kuning.Pulut dan rendang ni masak bulan lepas lagi masa bday abg2 bertiga....mama masak pulut kuning dan buat kek bday utk mereka sbb abg no 3 dan 4 mmg suka pulut kuning.


Untuk rendang ni mama guna daging kambing tp yg bagusnya sbb daging kambing di sini tak bau langsung...tak da bau hamis kambing. Dan resepi rendang cuba resepi MYR yg menggunakan rempah kurma. Tengok dlm MYR...dah ramai kawan2 yg mencuba....sedapkan rendang ni.....

Rendang Kurma Kambing
Sumber; MYR @ Melati
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa

****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering - letak 1/2 je
***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - tak da

Cara-cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.


Resepi pulut kuning boleh klik sini.Wpun pulut kuning utk bday boys tp mama hias juga dg bunga ros sekuntum....biar nampak berseri....


Kalau rendang biasa mama buat rendang yg tak kering sgt....masak kuah pekat sikit sbbnya kalau buat rendang kering anak2 tak berapa mkn...diorg nak jugak kuah barulah sedap nak cicah pulut atau mkn dg nasi...mamapun suka rendang gini. lain org lain selerakan...yg penting kita masak mengikut citarasa keluarga kitakan....barulah laku juadah yg terhidang.

Friday, May 25, 2012

Nasi Beriani Massala & Gulai Daging Unta




Assalammualaikum buat semua...
Sambungan dari masak Ayam Goreng Berempah Beriani dlm entry kat bawah, Ayam Goreng Berempah Beriani dipadankan dgn Nasi Beriani Massala dgn Gulai Daging Unta dan acar. Daging unta.....merasalah mkn bila dok negara Arab. Di sini ada jual timbang mcm daging lembu.Harga daging unta tak lah mahal dlm 35LE perkg/RM17. Masak set nasi beriani ini utk mkn kami sekeluarga.....sbbnya mama suka nasi ada perisa...mcm nasi tempat kenduri.


Rempah Nasi Beriani Massala beli masa balik cuti Feb lepas di Pasar Payang...beli rempah yg peket dan timbang juga. Rempah dlm peket dah siap resepi tp ubah suai sedikit resepi ikut citarasa sendiri spt di bawah

Nasi Beriani Massala
Olahan; Dapurmamasya

Bahan
3 cwn beras bathmati [basuh dan toskan]
1 1/2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
1 biji buah tomato [potong dadu] + 2 sb tomato puri/boleh ganti dg tomato sos
setangkai daun ketumbar- potong
setangkai daun pudina - potong (pilihan)
1/2 cwn susu cair
2 sb susu pekat
2 sb minyak sapi
1 sb minyak masak + 1 sb butter/planta
1/2 biji air limau sunkist
1 sk saffron/ kunyit serbuk/pewarna kuning - bancuh dg sikit air
3-4 cwn air
1 helai daun pandan
1/2 cwn kismis

bahan A yg dimayang
3 ulas bawang merah - ptg tipis
2 ulas bawang putih ptg tipis
1 cm halia ptg tipis

Bahan tumis
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak, butter dan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan rempah *4 beradik/bahan tumis dan daun pandan hingga wangi.
2. Kemudian masukkan semua bahan A dan kacau. Masakkan sehingga kekuningan.
3. Masukkan rempah yg dibancuh dgn air dan tumis hingga pecah minyak. dan masukkan daun ketumbar yg dipotong kasar dan buah tomato.
4. Masukkan air,susu cair, tomato puri, susu pekat,kunyit/pewarna dan kismis . Biarkan mendidih sekejap.
5. Masukkan beras dan boleh pindahkan dlm rice cooker ataupun terus masak atas dapur.
6. Bila telah kering karehkan nasi perlahan supaya beras tak patah.Utk nasi masak elok tutup dg aluminium foil, barulah tudung periuk.biarkan betul2 masak. taburkan daun pudina.


Nasi Beriani Massala siap dihidangkan


Ni kali pertama masak daging unta...ingatkan dagingnya liat dan ambil masa lama memasak tp rupanya taklah lama sgt. Dagingnya pun elok tk berlemak langsung. Masak daging unta guna resepi gulai kawah dari Fp k.Liza, gulai kawah ni guna rempah gulai kawah yg juga beli di Pasar Payang tp rempahnya tak merah....mcm rempah kurma itu nampak gulai tak merah dan tak letak byk cili kering sbb cili kering yg mama angkut dr Msia ni pedas...letak lebih nanti anak2 tak mkn.

DAGING GULAI KAWAH
Sumber; Fp k.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]- guna daging unta
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering - letak 8 tangkai je
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE - ganti rempah gulai kawah
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE - ganti rempah gulai kawah
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.


Gulai kawah Daging Unta....rasa daging unta mcm daging lembu, kalau tak cakap daging unta mmg tak dpt bezakan rasanya bila dah mkn....

buat juga acar...


Masak2 utk keluarga.....Nasi Beriani Massala,Ayam Goreng Berempah Beriani, Gulai kawah Daging Unta dan acar

Klik Nuffnang2