klik Nuffnang

Sunday, August 15, 2010

Pulut Kuning rasmi dapur baru..

Oleh kerana ada teman bertanya tak da ke pulut kuning rasmi dapur baru....mamasyapun import segera pulut kuning berhias telur dadar dari dapur lama. Jemput semua jamu mata...nak antopun posmen cuti sebulan balik kg nak buat persiapan raya...hi..hhi.....








PULUT KUNING
Sumber; Fp K.Liza

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

2 comments:

  1. salam mamasya..amboi dapur baru berseri-seri and berbau enak semuanya:)teringin pulak pulut kuning tu:)

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan mamasya,
    Tahniah,kak dah buat dapur baru. nak tumpang pulut kuning ni. hihih

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2