klik Nuffnang

Tuesday, August 17, 2010

Kuih Sagu



Kuih sagu buat utk berbuka pada 5 Ramadan.Sejak puasa baru kali ni buat kuih.Suka kuih yg bersalut kelapa gini.Buat 1/2 dr resepi di bawah...dpt sebekas.Resepi copy dr Fp MadiHaa...tk.

Sumber ; Fp MadiHaa @ Ratna

Bahan2
3 pot sagu halus (guna pot rice cooker)
15 sudu besar gula pasir
6 ½ pot air
2 helai daun pandan (kalau suka)
Sedikit ibu sirap ros (utk dptkan baunya yg wangi & juga kaler)
Pewarna merah secukupnya (kalau nak guna warna lain.. takyah ler masukkan sirap tadi)
½ biji kelapa parut ~ digaulkan dengan sedikit garam lalu dikukus sebentar -

Cara Membuatnya
1. Jerang air bersama daun pandan dalam kuali (yg agak besar) hingga mendidih.
2. Basuh sagu & toskan lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam air mendidih tadi. Masa masukkan tu lerai2kan sagu agar masaknya nanti sekata & tak berketul2.
3. Kacau sagu dengan api sederhana hingga nampak jernih. Buangkan daun pandan.
4. Tambahkan sirap & pewarna merah secukupnya serta gula pasir tadi.
5. Kacau lagi hingga rata & gula larut.
6. Tuangkan ke dalam loyang & biarkan hingga kuih sejuk.
7. Potong kuih dan golek2kan dalam kelapa parut bergaram tadi.
8. Sedia dihidangkan. Senang jerkan

TIPS : Jangan masukkan gula awal2.. nanti sagu susah nak masak.



Tips dari Dapur Mamasya :
Sekiranya tiada kelapa parut,boleh juga gunakan kelapa kering dgn campurkan sedikit air panas dgn kelapa kering dlm bekas, kacau dan panaskan dlm microwave selama 1 minit. Keluarkan dan kacau rata. Siap boleh guna.

2 comments:

  1. ha..ini baru betul..ari tu sesuka hati je buat..sekali ko..ha ambik...fail,lembik...air mesti sikit kan?tq mamasya,kita suka sgt kuih ni tp tak pernh jadi buatnya.

    ReplyDelete
  2. Ct...sagu kalau main agak2 utk air mmg tk boleh,kena sukat airnya. 1 cwn sagu + 2 cwn lebih sikit air..elok kerasnya.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2