klik Nuffnang

Wednesday, August 25, 2010

Ayam Sos Tiram



Rupa ayam sos tiram ni macam ayam masak merah pulak tp bahannya tak letak sos tomato....sebaliknya letak sos tiram...merah sbb letak cili kering. Masak buat lauk berbuka minggu lepas. Ayam nipun tak pedas…sesuai untuk anak-anak…

Ayam Sos Tiram
Sumber; Sajian Perantauan

Bahan
½ ekor ayam – potong kecil
5 sm sos tiram
¼ st serbuk kunyit
1 labu bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
3 biji cili merah – kisar (ganti cili kering)
1 cm halia – kisar
1 btg serai – ketuk
2 sudu makan serbuk kari
Minyak utk menumis
1 cwn air
2 biji tomato – ptg 4
Garam secukup rasa

Cara
1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dan sos tiram – mamasya gaul dgn serbuk kunyit saja, goreng separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar dengan serbuk kari.Tumiskan hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan serai,goreng selama 5 minit .Tambahkan sos tiram dan air biarkan menggelegak.
3. Kecilkan api , renehkan hingga kuah pekat. Masukkan tomato dan rasalah garamnya.Kacau sebentar ,angkat.

2 comments:

  1. terima kasih pada dapur mamasya semua menunya sedap2 belaka disamping menu sedap2 ni takde ke menu untuk sup?( sup ayam ke, sup daging ke dll)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Anon.utk sup daging/tulang boleh tengok di label daging/tulang atau search di kolum cari resepi.slmt mencuba.

      Delete

Klik Nuffnang2