klik Nuffnang

Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Jus Cocktail...fresh...nyamannya




Assalammmualaikum buat semua, moga semua sihat dan ceria.
Dah selamat tiba jumaat malam yg baru lalu.....perjalanan yg dirancang Alhamdullilah berjalan dg lancar, nanti akan kongsi cerita....nak kena pilih gambar dulu...byk gambar yg diambil . Dan utk entry hari ni nak kongsi kisah beberapa minggu lepas....on the way balik dr jln2, kami sekeluarga singgah minum air cocktail & aiskrim di kedai jus buah/aser.


Di sini mmg femes dg jus buah yg fresh...asli tanpa campuran.tengok buah2an yg bergantungan dpn kedai.....dr jauh dah mengamit pelanggan utk singgah minum. macam2 buah ada.....pilih nak minum air jus apa.


Kedai jus biasanya tak sediakan kerusi..kalau ada pun tak byk, kena minum sambil berdiri. termasuklah kedai yg kami singgah ni.tp yg bagusnya tak payah turun dr kereta utk minum, buka tingkap..lambai je....nanti pekerja kedai (pakai baju oren itu) akan dtg ambil order dan bawa minuman.....minum dlm kereta saja.


kami order jus cocktail dgn topping aiskrim.penuh buah2nya...nyaman terasa.apatah skrg cuaca dah mulai panas. jusnya pekat dan asli tak dicampur dg ais dan gula.....disejukkan dlm peti ais.


selain jus buah2 ada juga aiskrim....

suka Syakirah dpt mkn aiskrim,dah habis musim sejuk barulah dpt mkn aiskrim.


nak rasa tak.....


jus yg pekat dg lapisan bawah jus mangga, yg putih tu tak pasti campuran buah apa...yg atas strawberry, dilapisi dg buah2 dan topping aiskrim....sedap!


abg2 semua mkn aiskrim...maklumlah dah bbrapa bulan sejak musim sejuk tak mkn aiskrim.


geram nengok buah2 segar bergantungan dan diletakkan dlm kotak....buah2an ni tak jual hanya utk jus.


yg ni kedai air buah juga tp tak byk buah.....


mesin perah air limau.....limau dimasukkan sebiji2....


kat kedai jus ini kami order jus cocktail juga....


ni pula gerai buah2an.....mcm2 buah ada dijual.buah2an yg dijual biasa ikut musim.nak masuk musim panas baru ada tembikai dan anggur juga mangga.


suka tengok buah2an disusun begini dlm kotak.nampak kemas dan senang nak pilih.


sapa pernah tengok buah ini....buah nona..tp mama belum pernah makan.


lagi kedai buah.....
**************************************************************************************
Award yg cute dari Nasya....tkasih Nasya hadiahkan best blog award ini.

Monday, July 30, 2012

Air Punch Tembikai & Sambal Jawa



Assalammualaikum...moga semuanya sihat sejahtera dan dapat menjalani puasa dgn sebaiknya...puasapun dah 1/3 berlalu meninggalkan kita....kejap sungguh masa berlalu.
Utk entry hari ni nak kongsi menu ringkas pada 5 Ramadan yg lalu.Gara2 tengok K.Liza tayang air punch tembikai di Fb belah tgh harinya, terus utk berbuka ptg itu buat air punch tembikai.kebetulan tembikaipun masih ada....mmg elok buat punch tembikai yg ringkas ni.

PUNCH TEMBIKAI
Sumber; Kak Liza@Hanieliza
Oleh; Dapurmamasya
Bahan
buah tembikai
air gula secukup manis
pewarna merah
air secukup
ketulan ais

Cara
1. Buah tembikar dibuangkan kulit dan potong dadu kecil
2, Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Masukkan semua bahan dan kacau rata.


mmg nyaman waktu berbuka dpt minum air punch tembikai ni....Ramadan ke 6 pun mama buat lagi.


Spt yg pernah diciterkan sebelum ini ttg musim buah, bila musim panas...byk buah2an spt tembikai, anggur dan mangga dll buah yg dijual di sini,yg kalau musim sejuk mmg susah nak jumpa. harga tembikai dlm 10le/Rm5 sebiji.

Sambal Jawa


Hari Ramadan ke 5 juga, sbg tambahan lauk selain masak ayam goreng, sup sayur dan ada baki ayam kari yg sebelumnya, buat juga sambal jawa. Sambal Jawa mama belajar dr Biktin...bibik kami yg mmg asal dr Jawa. Wpun mama tak mkn pedas tp suka mkn sambal Jawa ini dan resepi yg dikongsikan di sini tidak terlalu pedas. Tapi kalau nak pedas bolehlah tambah cili padi.Kelainan dari sambal belacan sbb sambal jawa ni digoreng bahan2nya barulah ditumbuk....wangi je bau bawang yg digoreng...

Sambal Jawa
Resepi; Dapurmamasya

bahan;
7 ulas bawang merah
3 biji cili api
1 biji cili hijau
1 biji tomato
3 ulas bwg putih
(potong semua bahan diatas)
garam, gula, minyak

Cara
1.Goreng bwg merah, bwg putih, cili padi dan cili hijau.goreng hingga setengah masak.Angkat dan sejat.
2.dlm minyak yg sama kemudian goreng pula buah tomato, juga hingga setengah masak.angkat.
3. Tumbuk bawang dan cili yg dah disejat hingga lumat tp tidak terlalu hancur.ketepikan. kemudian tumbuk tomato pula. dan campurkan kedua2nya dlm bekas dan campurkan dg garam dan gula secukupnya.(tomato ditumbuk asing agar bwg dan cili mudah lumat).


Sambal Jawa..enak mkn dgn ulam....mama mkn dg ulam daun gargil. kalau ada kacang botor... pucuk ubi rebus ke..sedapnya cicah sambal ini.
update- dari maklumbalas/komen kwn2 yg sambal jawa ni juga sambal ayam penyet...lupa yg resepinya sama sbb dah lama tak mkn ayam penyet.cuma sambal ayam penyet biasanya campur dg ikan bilis dan belacan.

Friday, July 13, 2012

Jom buat ABC Special sendiri....



Assalammualaikum semua
Dalam cuaca yg panas terik skrg ini....maklumlah musim summer dok terbayang2 kesedapan menikmati ABC kat gerai sambil mkn pisang goreng......tp dok mimpi ajalah sbb mana ada ABC kat negara Arab ni......pernah mkn sekali ABC sejak duduk sini di sebuah restoren Msia tp jauh 3 jam perjalanan.Pisang gorengpun...mana ada pisang yg boleh goreng dijual di sini.


Tapi ABC......2 hari lepas....dpt makan juga....homemade ABC Special dari dapurmamasya.Yg specialnya sbb bukan guna air batu biasa mcm kat kedai tp ais sirap pandan dan letak ais krim dan bahan taburan spt kacang, jelly,jagung, choc rice, kacang merah dan drizzle dg choc cair....maka jadilah ABC special mama...


Sebelum ini mmg tak da langsung terfikir nak buat ABC sendiri....part nak buat ais parut tu tak tahu mcm mana. Idea nak buat ABC sendiri ini dtg setelah tengok satu posting dari group masak di FB...tp mama lupa siapa yg post dan group mana....dan t.kasih byk diucapkan kongsi idea.

Homemade ABC
Sumber ; Group masak FB
Olahan semula; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
Ais sirap secukupnya- air + Perisa Sirap Ros + gula + pandan
aiskrim - ikut perisa yg suka
Susu pekat

bahan tabur
kacang merah - dlm tin
jagung manis
kacang tanah goreng
jeli strawberry- atau apa2 perisa (guna yg segera) /cincau
choc rice
sedikit choc cair/topping choc

Cara buatnya:
1. Masak air gula, letakkan pandan dan perisa sirap. bila sejuk, bekukan semalaman.
2. Sagat ais batu dan masukkan ke dalam mangkuk.boleh guna penyagat sayur
3. Tuangkan susu pekat dan drizzle dg choc
4. Taburkan kacang merah, choc rice, jagung, jeli serta kacang.
5. Skopkan aiskrim dan sedia utk dimakan


ais sirap beku...dah ketuk baru teringat nak ambil gambar


sagat ais...sagat guna lubang yg besar kat bhg atas. tangan pakaikan sarung plastik ya..sejuk nanti


Ais yg dah siap sagat....isikan ke dlm gelas.kalau di kedai letak ais byk2 tp yg mama buat tak letak ais byk sbb tak tahan sejuk ais.kemudian letak susu pekat dan bahan taburan sebyk mana suka....letak lebih lagi sedapp...air sirap tak perlu letak sbb ais dah manis.


siap utk dinikmati. mama hidangkan 6 bekas utk kami sekeluarga.... semuanya habis....abg no1 yg paling suka sbb ABC favorit dia....tambah yg ada ais krim. puas hati....akhirnya dpt juga mkn ABC di musim panas ini...customer no 1 komen...sedappp... dah mcm kat kedai punya......

Wednesday, August 17, 2011

1 st Anniversary Dapurmamasya & Mango Lassi



15 Ogos...genap 1 thn usia Dapurmamasya.Terimakasih kepada semua pengunjung blog ni dan kawan-kawan siber yg telah menceriakan blogmamasya.Dapurmamasya yg bermula 15.8.2010 adalah kesinambungan dari Fpmamasya....Fpmamasya telah ada sejak 27.6.2007 tapi skrg ni bersawang tak sempat nak update dua2.Mulanya ada blog ni tak jangka dpt update selalu sbb masa agak terhad utk mengadap pc dgn kerja office dan xtvt berexperiment di dapurpun hanya sempat hujung minggu sahaja. Tp cuba juga curi masa masukkan entry agar blog tak bersawang. Skrg...sejak menyandang jawatan dapur officer sepenuh masa... barulah dapat nak update blog selalu.
Setelah sethn usia blog ni...terdapat 329 entry masakan dan pelbagai cerita telah dikongsikan di blog ni. Sayang dgn Fp dan blog ini krn telah byk memberi inspirasi buat mama utk mencuba pelbagai masakan dan resepi terbaru..juga mendapat ramai kenalan siber dari serata tempat.


Berbalik kepada entry kali ni...nak kongsi minuman Mango Lassi yg dibuat minggu lepas....entry biskut raya kita sambung nanti ya. Kalau air mango mmg favorit...cuma kdg2 bila ada buah mango tak sempat nak buat jus....habis mkn gitu.Di sini kedai minuman yg hanya menjual pelbagai air buah-buahan mmg byk...senang nak minum air buah kalau malas nak buat sendiri...air buahnyapun pekat dan sedap.

Air Mango Lassi
Resepi; Majalah Rasa

bahan2
1 biji mangga
3 sb yogurt asli
50 ml susu segar
2 sb makan sirap gula
beberapa ketul ais

Cara
1.Campurkan semua bahan dan kisar sebati
2.Siap utk diminum



Dlm cuaca panas dpt berbuka dgn air jus yg fresh dan sejuk...nyamannyaaa...

Selingan sikit....kisah Syakirah



Dah lama tak selit kisah anak dara mama yg sorang ni....Ramadan ini genap usia 2 thn 2 bulan.Sibuk dia...kalau org pakai jubah diapun nak pakai juga...tudung cari sendiri dlm almari.Kalau makanan dia tak habis dia akan minta mama habiskan...bila bagitau mama puasa, dia cakap mkn sikit je...sikit je...sambil nak suap makanan ke mulut mama....dia akan tunggu selagi tak ambil makanannya itu. lastnya ambil juga makanan...sorok...dia ingat dah habis makanannya....

Sunday, July 17, 2011

Yogurt Strawberry Smoothie



Dalam cuaca yg semakin panas terik skrg di sini nyamannya tekak dapat minum yg sejuk-sejuk......buat Yogurt Strawberry Smoothie sambil nak habiskan buah strawberry dlm peti ais.



Nama asal minuman ni B and L's Strawberry Smoothie tp tak pasti B dan L to makna apa jadi tukar nama ke Yogurt Strawberry Smoothie.

Yogurt Strawberry Smoothie
source; allrecipes.com/recipe/

Ingredients

8 strawberries - potong kecil
1/2 cup skim milk - guna fresh milk
1/2 cup plain yogurt
3 tablespoons white sugar
2 teaspoons vanilla extract
6 cubes ice, crushed

Directions
In a blender combine strawberries, milk, yogurt, sugar and vanilla. Toss in the ice. Blend until smooth and creamy. Pour into glasses and serve.(utk ais tak blenderpun , letak dlm jus strawberry semasa nak minum)



Dapat 2 gelas..mana nak cukup...lain kali buat lagi..yummyyyyyy..



Tapi kalau kat Msia bila cuaca panas mama suka order laicikang....



atau ABC ada cendol kat atasnya....



tambah lagi dgn ais krim atas ABC.....alahai terbayangkan kesedapan ABC di Msia!

Tuesday, March 22, 2011

Homemade Air Roselle

.
Teman-teman pernah minum air roselle tak ? Rasanya macam air ribena...masam-masam sikit...minum masa sejuk..nyamannya...
Bunga roselle ni beli dgn amoi yg jual sayur di Ayer Hitam....tak pernah jumpa di Melaka org jual bunga roselle yg fresh gini...tu yg bila tengok Amoi tu jual terus beli.
Nipun xtvt hujung minggu baru-baru ini...sambil masak2.. rebus juga air roselle utk diminum.Buat sendiri rasapun asli tanpa bahan pengawet dan pewarna.

Air Roselle
Bahan
5-6 kuntum (kalau besar 3 kuntum) bunga roselle dibelah dua dan dibuang biji.
8-9 Mug air
daun pandan/vanila
gula secukupnya

Cara
Rebuskan air . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga kelihatan sedikit pucat (warna merah sudah hampir hilang warna ) anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing2 dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga roselle tanpa gula.Hanya bancuh dgn air gula bila air roselle sudah sejuk.



Air roselle sedang mendidih.Kalau buat air dari bunga roselle tidak perlu tambah pewarna untuk jadikan warna air merah kerana bunga yang direbus mengeluarkan warna merah pekat.



Bunga roselle ni agak keras kelopak tghnya,kalau nak buang biji memang kena belah dgn pisau. Yang uniknya bunga ni tahan lama dan tidak mudah layu walaupun tidak disimpan dalam peti ais. Tapi bila dah kena air ianya mula mengeluarkan warna merah dan akan layu sedikit.Murah harga bunga roselle yg dibeli di Ayer Hitam, sebanyak ini RM2 shj. kalau beli 3 peket dpt RM5.Kalau rebus ni dpt byk sbb sekali rebus baru guna 5 kuntum bunga.Tapi kalau nak buat pati roselle yg pekat boleh terus rebus byk bunganya.Nak minum tambah air dan gula.
Sedikit Info tentang pokok Roselle.
Roselle spesies bunga raya yang dipanggil Hibiscus sabdariffa L. Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil.Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau.
Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Khasiat Roselle :

1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi
3. Anti infeksi bakteri
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandung Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh
Sumber ; MARDI & Jab. Pertanian Jatim,Indonesia



Pokok roselle .
sumber ; http://www.iluvislam.com/

Klik Nuffnang2