Assalammualaikum buat semua
Sambungan dari kisah donut bulat utk tetamu, hari ni mama nak kongsikan hidangan yg disediakan buat tetamu....iaitu Nasi Arab dan masakan Melayu. Makan-makan ini diadakan mlm khamis yg lalu,majlis kecil saja dan tak ramai kami jemput sbbnya rancangpun hanya ptg sehari sebelum. Majlis meraikan kenalan yg akan pulang ke Msia dan yg baru sampai, rombongan MTDC yg baru tiba pagi itu dari Msia dan juga beberapa org tetamu lain termasuk tetamu utama Dato TYT Duta & Datin.
Dinner ni perancangan last minute hanya decide ptg sebelum sbb asalnya nak buat di sebuah restoren Lubnan....tapi akhirnya tukar venue buat di restoren dapurmamasya.......buat kat rumah aje. Pertukaran tempat dibuat bila fikirkan buat jamuan di rumah lagi selesa sbb melibatkan kanak-kanak. Bila buat di rumah tak perlu tunggu lama nak mkn, hidangan dah siap terhidang buat tetamu....sbb biasa restoren di sini lama menunggu , kanak2 boleh bebas nak bermain, tetamupun selesa ulang2 mkn sampai kenyang sambil bersembang.
Wpun buat jamuan di rumah byk tenaga dan masa diperlukan utk persiapan tp puas hati bila tetamu suka dg hidangan yg disediakan. Mama tak masak sorang2....turut dibantu oleh biktin. Ada tetamu tanya kenapa sediakan hidangan sedap2 semuanya...sampai susah nak pilih nak mana satu.... mama cakap mmg sediakan menu special utk tetamu mlm ini biar tak tahu nak pilih mana satu...makanlah semuanya..hi..hi..
Untuk menu mama & mr husben setuju memilih menu Nasi Arab dan masakan melayu. Untuk nasi Arab kami order...restoren dtg hantar ke rumah sekali dg dulang.tp dulang kena pulangkan kemudian...
Sedulang Nasi Arab lauk ayam. ada juga salatah (tomato blender)& bwg mentah & limau tp lupa nak ambil gambar.
sedulang nasi Arab lauk kambing
bersusun ayam nasi Arab...favorit anak2 juga nasi ni...ulang2 makan.
daging kambing sedappp sbb daging di sini tak berbau hamis.
Menu dari dapurmamasya pula
soto nasi & bihun dg setnya....pegedil, sambal kicap dll.
ayam goreng berempah
sotong goreng tepung rangup
kari daging pekat
terung bersambal.terung digoreng letak sambal ikan bilis. sambal ikan bilis mmg selalu ada. masak byk2 simpan frozan, nak guna baru keluarkan sikit.
acar rampai
kerabu campur....letak ikan bakar, kelapa goreng, sayur2 ulam dan sikit ikan bilis goreng
Bahgian dessert pula.ada Red velvet cheese brownies, kek buah, kuih pelita, donut, rich choc puding dan mini sandwich (buah tangan dr tetamu)
kuih pelita, donut, rich choc pudding
rich choc pudding...puding yg harus ada tiap kali ada makan2...mudah dan sedap.utk resepi klik sini.
kek buah kukus...yg mama buat hari itu, ada entry di sini. Simpan dalam peti ais..nak hidang keluarkan beberapa jam...kek lembut dan moist.
mini sandwich & mini burger buah tangan dari tetamu...(bakery di sini ada jual mini sandwich & burger....mmg nampak menarik kalau nak beli sbg buah tangan sbb siap dg kotak)
puding cocktail berkuah dan buah2 buat tetamu.musim panas byk tembikai dan anggur.
Lagi buah tangan dari tetamu...biskut pelbagai jenis dan mini burger & mini sosej.
Tetamu yg dijemput datang
Terimakasih buat semua yg datang ke rumah.
di atas meja juga disediakan kekacang, buah2an & kerpok
tetamu sedang menikmati hidangan yg disediakan
budak2 bila berkumpul......main gameslah jawapnya.tapi makan tetap makan...hidangan dah tersedia..haruslah mama panggil semua makan dulu...baru sambung main.
itu saja entry makan-makan....jumpa lagi
Assalamualaikum....
ReplyDeleteLama tak tinggal jejak kat dapo mama ni...masih ingat kak cek tak...rindunya ngan teman2 blogger...harap mama sekeluarga sihat...
Wah! cam2 menu ada....seronoknya...tang nasi arab tu...uih! terliur akak dibuatnya...tumpang lalu...tumpang jeling2 je..he he..:)
salam mamasya..
ReplyDeletewah, banyaknya menu..semuanya pun sedap2 belaka..bestnya kalau dapat join..huhu..
Rajin la.. mama.. macam2 ada.. mesti anak dara sorang tu tolong sibuk sama.
ReplyDeleteassalam mamasya
ReplyDeleteamboi semua sedap2 belaka ,mengoda selera
mesti kekenyangan tetamu semua
donut ball pun ada
Macam-amacam Ada!
ReplyDeleteTapi yang Paling best = Soto & Sambal Kicap..
Salam
ReplyDeletebanyaknye menu..semuanye sedap2..saya suka nasi arab tu..
Salam Mamasya,
ReplyDeleteWah banyaknya makanan sedap2 yang terhidang. Umi tengok sendiri pun dah tak reti nak pilih, lagi pulak tetamu yang diraikan tu isk isk.. bila lah dpt rasa masakan mamasya ni. Ada rezeki teringin nak melawat mamasya lah :)
sedapnya mamasya..best kan dapat kumpul ramai2..terubat jugak rasa rindu ..
ReplyDeleteSaya nak kata apa Mamasya?
ReplyDeleteHebat! Itu sajalah yang mampu saya kata.
Nak komen:
1. Takjub dengan kemampuan Mamasya menyediakan itu semua.
2. Nasi arab yang ayam diorder dari restoran tu nampak cantik berkilat... Mamasya ada resepinya tak ye... yang nasi dengan kambing tu pun nampak lazat apalagi bila Mamasya kata kambing tak bau!
3. Cantiknya buah tangan daripada tetamu... biskutnya tersusun rapi!
4. Kalaulah saya ada kemampuan dari segi tenaga dan kreativiti macam Mamasya... alangkah gembiranya tetamu saya .... (membayangkan rumah terbuka raya nanti).
Ada lagi satu Mamasya...
ReplyDelete5. Rasa bangga sangat sebab ada pergedil kentang...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletefuh!!! lengoh kalau wat sendiri ni mamasya agaknya kalau bulan puasa dan raya mesti macam ni juadahnya .. kalau di sg cuma time kenduri kawin jer macam ni .. itu pun kalau yg buat majlis tu berpangkat.sorry mamasya tertaip dua kali
ReplyDeleteayam yg bersusun dekat ats dulang tu sunguhhhh enak rasa nya hehehe meleleh air liur ku
ReplyDeletejengkol lezat http://usahausaha.com/masakanjengkol/
ReplyDeleteNampak menyelerakan
ReplyDeleteBoleh saya join T_T nampak sedapnya
ReplyDeleteSekiranya sesiapa memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ .
Harap dengan share info ini bolehlah saya join sekali :)
Thanks
Kowamas
ReplyDeleteMenawarkan pinjaman peribadi secara Islamik
Kadar 4.99%
Khusus untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun
Bayaran melalui angkasa
Kelulusan segera
Blacklisted layak memohon
Tel 011 10807170 untuk maklumat lanjut
Semua urusan pos disediakan secara percuma
http://weeklyfixpay.com/?ref=348708
ReplyDeleteNampak sodap
ReplyDelete