klik Nuffnang

Wednesday, April 4, 2012

Sotong Goreng Kentang...versi munga-munga



Assalammualaikum semua.....
Sebelum bercerita ttg lauk yg dihidangkan, nak citer ttg cuaca di sini.Skrg ni cuaca taklah sejuk sgt...suhu dlm 20-23'C.tak perlu pakai tebal lagi...dah habis musim sejuk tp nak keluar taklah pakai nipis...masih kena pakai baju 2 lapis...sbb kdg2 berangin. Siangpun dah pjg sikit,syurukpun awal pukul 5.34 pg skrg dan maghrib 6.40 ptg. belah pagi belum pukul 6 cuaca dah terang benderang.Yg bagusnya anak2 pukul 6 pagi semua dah bangun,mandi nak siap ke sekolah sbb dah terang mereka kata.Dan bila cuaca tak sejuk ni...baru dpt tengok org menjaja ais krim di jalan-jalan....lama mereka bercuti dr jual aiskrim....
Berbalik kpd entry lauk hari ni.....nak kongsi menu sotong goreng berkentang yg masak minggu lepas. Kalau sotong ni selalu kat rumah biasa goreng tepung dan masak kicap sbb 2 lauk ni yg anak2 suka.tp sesekali nak juga cuba resepi lain....bertukar selera



Mula berkenan nak cuba resepi ni bila tengok Ayu tayang di Fb,terus singgah ke dapurnya.Terimakasih Ayu berkongsi resepi dan tk juga Noreen@my home cooking sumber asal resepi dari Nona ni. Sedap juga sotong digoreng gini....ada kelainan rasanya.bahan2nyapun taklah susah sgt...stok biasa ada di rumah.

Sotong Goreng Kentang
Sumber: Ayu@curlybabesatisfaction asal dari Noreen@my home cooking
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
5 ekor sotong (di potong bulat bulat)
3 biji kentang ( dipotong halus halus)
Sedikit serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
3 biji bawang putih (dimayang halus)
3 biji cili padi (dipotong kecil-kecil)- ganti cili besar
4 sudu besar osyter sos
1 1/2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar air masak
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (yang telah dikisar)

cara:
Gaulkan sotong dan kentang bersama kunyit dan sedikit garam di dalam bekas yang berasingan
Panaskan kuali gorengkan kentang dulu sehingga kekuningan
Angkat kemudian masukkan sotong, goreng selama 2-3 minit masukkan bawang putih, cili padi dan halia
Kacau sehingga sebati masukkan osyter sos, kicap cair dan air. Kacau lagi.
Akhir sekali letak bawang besar secubit garam (jika perlu) dan lada hitam
Angkat dan siap untuk di santap



Nak buat sotong munga2 gini, sotong potong bulat mcm biasa...tebal sikit. ambil gunting....gunting dihujung sekeliling bhg bulat tp jgn sampai putus, cukup 3/4 bhg saja.bila dimasak/goreng sotong akan kembang....jadi munga2 gini...dpt memikat selera keluarga....



Gantung kad dari Nieza. Happy 2nd Anniversary buat blog Nieza@Our Journey Begin yg berada di Finland.Moga Nieza terus ceria berkongsi cerita dan masakan yg menarik.

7 comments:

  1. Assalamualaikum Mama...

    Cantiknya sotong tu berbunga2 gitu...nampak mcm sedap jer Ma...terliur Kak Lin...

    ReplyDelete
  2. Wah..munga-munga gitew..menambahkan selera..
    Mamasya mentioned ice-cream..mesti sedapkan aiskrim kat sana.
    Orang pantang ni terliurnya nak makan aiskrim..

    ReplyDelete
  3. Salam Mamasya :)
    wah cantik lah sotong berbunga... lagi berselera anak makan..

    ReplyDelete
  4. assalam Mamasya
    rajinlah wat sotong munga-munga he he w/pun sy tak makan tp sotong ni feberet en.suami hi hi nanti blh cuba resepi mamasya ni mesti en.suami suker
    tq kasi idea kalu tidak asyik sotong sambal takpun masak kicap je he he

    ReplyDelete
  5. Salam mama...
    kalau mcm nie sepiring pun x cukup...tp sayang nak makan sebab cantik..hehehe

    ReplyDelete
  6. Oh mcm tu rupanya buat sotong bunga. Cantik! Sesuai utk hidangan tetamu. Tq kak for the tips! :)

    ReplyDelete
  7. assalam kak, sotong ni nampak sedap sgt..cantik la rupanya tu. tq sudi ambil kad bunga tu yer kak..tq juga atas sokongan akak pada blog saya..:)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2