klik Nuffnang

Thursday, April 12, 2012

Buah Melaka

Assalammualaikum...
Alhamdullilah badan dah kembali sihat...t.kasih kawan2 yg mendoakan kesihatan mama.Badan tak sihat mungkin sbb perubahan cuaca... minggu ni cuaca dah mula panas.heaterpun dah kena simpan, bawa keluar kipas pula...aircondpun on juga. Siangpun dah makin panjang.Pukul 4 pg dah subuh...syuruk 5.30 pagi....dah terang benderang waktu ni.Maghrib pula pukul 6.25 ptg. Ok berbalik pada menu hari ni.....masih kisah menu masa jamuan hari sabtu lepas,selain ada kuih talam....buat juga buah Melaka.Mama guna kelapa kering sbb kat sini mana ada org jual kelapa mesin, buah kelapa ada dijual, sebiji RM4-5.tp kena mesin sendiri.Nak mudah guna kelapa kering tp kena lah campur airpanas dan masukkan dlm microwave/kukus kejap nak bagi kembang kelapanya.Dan selalu kalau masak ikan sumbat..kuih...atau apa2 yg perlukan kelapa mesin...mmg guna kelapa kering.

Buah Melaka
oleh ;Dapurmamasya

Bahan2
3 cwn tepung pulut
1 sk garam
1 sk pewarna hijau
3/4 cawan air - kalau ada air daun pandan lagi elok

inti- gula melaka potong kecil
kelapa secukupnya - campur garam sikit.kalau guna kelapa kering,campurkan sikit air suam dlm kelapa.kacau dan panaskan 2 min dlm microwave.keluarkan dan kacau,siap utk digunakan mcm kelapa fresh.

Cara
Campurkan tpg pulut dan garam dlm bekas,masukkan pewarna,air sedikit demi sedikit,uli hingga boleh dibentuk. Ambil adunan dan buatkan bulat2 kecil, leperkan dan letak inti gula melaka didalamya.Tutup dan bentukkan bulat.didihkan air. masukkan buah melaka ke dlm air.biarkan terapung baru angkat dan tapis sekejap.kemudian golekkan dlm kelapa.


Buah melaka mudah dan ringkas bahannya. Bila bulan puasa...buah melaka antara kuih yg tak miss satu lagi kuih puteri mandi...
jumpa lagi next entry...

3 comments:

  1. Salam kak ,alahai akak tak sihat ye,jaga diri,

    ReplyDelete
  2. Ziela,
    umah akak kalau buat kuih nie sebungkus tepung pulut tu baru cukup...kena buh gula bebanyak..hehehe anak2 time makan kuih nie suka sangat.berebut2 makan..tak yah tunggu bulan posa..tapi mmg betul time bulan posa selalu buat kuih nie..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mamasya,
    moga sihat di saat ini, yatie pun tak berapa sihat..batuk2 ni haaa..btw kalau dpt rasa kuih kegemaran ni sedapnya...nak wat sendiri, malaslah plk..makan tak malas plk..he3..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2