klik Nuffnang

Monday, April 16, 2012

Soto lagi...hidangan Pagi Minggu

Assalammualaikum....
Dah habis kongsi sarapan di hotel, entry hari ni nak kongsi pula sarapan di rumah iaitu soto yg dimasak utk hidangan kami sekeluarga di pagi minggu, iaitu 2-3 minggu lepas.Tapi kali ni resepi lain pula...saja nak mencuba....boleh tambah koleksi resepi.Semlmpun masak soto tp resepi yg pernah dimasak sebelum ini.

Kalau hari minggu biasanya suka sediakan sarapan yg berkuah seperti mee kari, soto dan laksa.Dan sesekali sedia juga nasi lemak...nasi dagang...ni kalau mood rajin. Sbbnya anak2 suka menu yg berkuah....mamapun sama.

Utk resepi pegedil dan sambal kicap guna resepi yg biasa buat,boleh tengok sini. Tapi kongsi juga resepi lengkap soto ini utk rujukan...

Resepi Soto
Sumber; Teratak Chetam asal resepi dari Restoren Pak Amir dan disumbangkan oleh Puan Puti Mazura.
Oleh; Dapurmamasya

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)- mama goreng dulu
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik - tambah lada hitam serbuk
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam - tambah air utk kuah lebih
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil-
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

Biasa soto, mama hidangkan dgn bihun,malas nak rebus nasi impit.lagipun anak2 suka mkn dgn bihun berbanding nasi impit.Nasib baik di sini ada juga jual bihun sbb stok bihun yg dibawa dari Msia dah lama habis...kalau tidak tak dptlah mkn soto bihun.Harga bihun sepeket 10.50 Le/RM5.20...mahal sikit dr Msia sbb bihun import dari Thai tp oklah dari tak ada langsung.


Wpun mama tak mkn pedas tp bila mkn soto mesti mkn dg sambal kicap...barulah sedap....satu lagi perah limau sebelum mkn....lagi menambah selera.

10 comments:

  1. Assalamualaikum mamasya...
    alahai!!! hari nie diana terasa teringin sgt nak makan soto... kebetulan nampak kat dapur mamasya nie... terliur diana tgk... sedapnya tu... bubuh lg ngan perahan limau nipis tu... mmg best!

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Salah satu menu fav ni...

    ReplyDelete
  3. assalam ziela..
    aduh aduh rajinnya buat soto...
    dah lama tak buat sejak2 lepas raya aritu.. nak buat bergedil tu yg bercinta.. hehe...

    ReplyDelete
  4. As salam. Dah bertahun plan nak buat soto ayam tapi sehingga kini, belum terbuat. Tang nak menyediakan begedil tu yang leceh sikit. Dulu our ex maid yang akan buat begedil

    ReplyDelete
  5. Salam mamasya....Auch..my peberet ni..soto..dap..dap..
    saya setiap bulan buat..anak2 sgt suka...tekak anak jawa gitu...tang pegedil tu memang kadang tak sempat nak makan dgn soto...siap je lesap ke angkut dgn sang hero..;-)

    ReplyDelete
  6. Salam kak,
    Rasaa sgar je bila nampak menu ni..pebret terunggul nie..enaknyee,segarnyee..., bestnyeee

    ReplyDelete
  7. assalam
    hidangan pagi minggu yg menyelerakan
    mamasya dpt hirup semangkuk emmm sedap he he

    ReplyDelete
  8. Malam mamasya.. melly pun suka makan soto tapi melly kalo minggu ngga masak waktu nya sarapan di kedai,biasanya makan roti canai..sedap nya soto nya..slurrp

    ReplyDelete
  9. sedapnya tgk soto akak ni..saya tak pernah buat soto lagi.nanti kena cuba jugalah.

    ReplyDelete
  10. seronok la anak2 mamanya masak macam2. yg best bila masak anak2 makan kan kak. nampak besar dah Syakirah kat bawah tu, kejap je dah nak 3 tahun dia kan. ;)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2