klik Nuffnang

Friday, April 13, 2012

Strawberry Frozen Yogurt & Aiskrim Turki

Assalammualaikum buat semua...
Seperti yg diciterkan dlm entry sebelum ttg resepi ais krim......maka hari ni nak kongsi aiskrim yg mama buat beberapa hari lepas iaitu Strawberry Frozen Yogurt ala Tutti Frutti. Yang paling suka aiskrim ni ialah Syakirah sbb dia suka strawberry.


Oleh kerana masih byk lagi buah strawberry yg beli utk jamuan tempoh hari.maka mama buat aiskrim....tak boleh simpan byk hari nanti lebam.harga buah strawberry skrg masih murah..5-6 Le sekg/RM2.50-3.00 sekg...besar2 pula buahnya.Lagipun cuaca skrg dah mulai panas...nyamannya je dpt makan aiskrim.Sejak dok sini suka buat aiskrim sendiri tp beli yg instant dlm kotak.mcm2 perisa ada tp biasa buat perisa coklat dan strawberry.Mudah juga guna instant cuma campur dg fresh milk,putar pastu bekukan. Cuma kali ni teringin nak buat aiskrim sendiri yg guna fresh strawberry bila tengok Maz tayang kat blognya Rasberry Frozen Yogurt ala Tutti Frutti tp masa tu cuaca masih sejuk di sini.Jadi tunggu panas mcm skrg barulah buat.Satu lagi mama belum berkesempatan merasa ais krim Tutti Frutti....itu yg berkenan nak mencuba ais krim yg menurut Maz ala-ala tutti fruiti.

Maz guna buah rasberry tp mama ganti dg buah strawberry.tkasih Maz berkongsi resepi.Mama buat 2 adunan...dpt satu bekas spt di bawah.

Strawberry Frozen Yogurt
sumber; Maz @ ilhamdapur.blogspot
oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
1 cawan rasberry yogurt-ganti Strawberry yogurt
1 cawan whipping cream
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan buah rasberry - guna buah Strawberry
5 sudu besar gula halus-guna gula kasar
1 sudu kecil ovalette
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil lemon jus
buahan secukupnya - ikut citarasa
1-2 titik pewarna merah - jika perlu

Cara
1. Dalam pengisar masukkan buah rasberi, yogurt, gula dan susu cair dan kisar sehingga buah hancur.
2. Dalam bekas yang cukup besar tuang bahan yang dikisar tadi, masukkan whiping cream, garam, susu pekat, ovalette dan lemon jus. Kemudian putar sehingga semuanya sebati dan kembang selama 5-7 minit.
3. Masukkan adunan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras sepenuhnya dalam 7-8 jam atau semalaman.
4. Boleh la dihidangkan bersama buahan pilihan.


masukkan bahan kisar dan whipping cream dll dlm satu bekas


Kemudian putar sehingga semuanya sebati dan kembang selama 5-7 minit.


Masukkan adunan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras sepenuhnya dalam 7-8 jam atau semalaman.


ais krim dahpun beku...bolehlah dihidangkan.sebyk ni dpt...mama buat 2 adunan.

Ais krim dihidangkan dgn buah strawberry, choc rice dan choc topping....yummmmy.....masam2 manis berlemak gitu rasanya...maklumlah letak whipping krim dan yogurt...susu lagi.tak dpt merasa aikrim tutti frutti yg ori....dpt yg ala-alapun jadilah....

ni utk Syakirah + abg2 bertiga...abg Syamil gelas besar...

Turkish Ice Cream....

di airport Istanbul tempoh hari..sementara tunggu flight balik ke Msia,beli ais krim Turki yg terletak di kws food court. nak juga rasa macam mana ais krim Turki..

bekas saiz ni RM24,mahal juga hargnya,mungkin sbb kat airport.rasanya manis berkrim...sedapp dan yg coklat tu rasanya mcm topping coklat....

19 comments:

  1. Ala..aiskrim..dah habis pantang ni bolela bedal aiskrim.hehe...sure sedap aiskrim Turki . Kat Mekah pun aiskrim sedap sangat..lebih lemak and manis nak dibandingkan dgn aiskrim kat malaysia ni. Lagi lemak lagi manis lagi saya suka..
    Mamasya ni memang pandai buat semua...bestnya la kalau bole jd mcm you..Kita tumpang terliur je la..

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya..he hee kita paling suka ice cream vanilla..tp klu dapat yg free mcm kt atas tue x akan menolak..:)

    ReplyDelete
  3. Kalau jumpa ice cream memang best sangat..lagi2 klu time cuaca tak menentu..hehe..kalau ada byk stok strawberry bole post kat dapur Rahel..leh buat kek strawberry nanti..hihihhi..

    ReplyDelete
  4. sy beli jgak aiskrim turkey. tp dkt celah2 kedai makan yg byk jual ikan.
    ingatkan dia nak buat aiskrim show. xde pun. maybe sbb sy sorg ja yg beli wpun cuaca sejuk beku. hehe.

    ReplyDelete
  5. aritu tengok kat afc je camana aiskrim turki... saya pun dah ark resepi kak Maz tu, memang sedap nampak tutti fruitti ala-ala tu, tapi saya nye peti ni ada masalah sikit...tu yang pending memanjang..

    ReplyDelete
  6. aduhai sedap nyer aiskrim fresh gitu.. buat aiskrim tak susah cume M tu yang banyak .hehe.. nak tumpang makan kat sini la kak.. sah sah buah2 yang segar gitu

    ReplyDelete
  7. Murahnye stoberi! Harga pisang berangan kt sinipun 3.50/kg....beh2 .nyamannya tekak dpt aiskrim. X kira time, saya balun jer...

    ReplyDelete
  8. Salam mamasya,
    Sedapnya kak ice cream tu... kat sini pun sejuk juga sbb dah selalu hujan. Tapi malam tadi tetap beli ice blended. hihi. :)

    ReplyDelete
  9. wow..pasti enak sekali yah buat ice cream sendiri.. di Msia fresh strawberry mahal..hehe

    ReplyDelete
  10. Fuhhhh..tergugat diet asz mama...dpt pulak tgh cuaca pns n
    ie..hehe

    ReplyDelete
  11. teringin betul nak rasa turkish ice cream

    ReplyDelete
  12. Murahnya buah strawberry. Saya pun tak pernah makan tutti frutti lagi.

    ReplyDelete
  13. Salam Mamasya.....wow teringin juga kak rus nak cuba ais cream Turkish tu.TQ Mamasya.....ada resepi lagi....boleh cuba sebelum kak rus ke Turki...hahaha dan tak perlu beli semasa di Turki nanti sebab mahal kan...?Tapi kalau nak jamu anak-anak kena beli jugaklah....Insyaallah kak rus akan pergi ke sana bersama suami.

    ReplyDelete
  14. Salam...bestnya eskrem...n tergoda ngan syakirah yg pandai posing kat entri sebelum tu, comel cam stoberishortcake...muah30x kat dier :)

    ReplyDelete
  15. terkiur plak tgk aiskrim ni. huhu!!!ros dah lama simpan resepi homemade ice cream yg simple dimple tapi xpenah nak try sbb senang je g beli @kedai.hehe

    ReplyDelete
  16. pestime datang, terus nak datang lagi!

    hihihihihi :)

    ReplyDelete
  17. sedapnya...anak2 semua suka ice cream...tapi sebenarnya lebih kepada ibunya..ha..ha..haa...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2