klik Nuffnang

Tuesday, April 17, 2012

Tapai Pulut yg cukup manis...

Assalammualaikum
Ingatkan nak kongsi kisah jalan2 tp tak malas nak pilih gambar ...byk gambarnya,kongsi dulu tapai yg dibuat pada awal bulan hari tu.nak perabihkan baki daun pisang yg dahpun layu...ada lagi sikit baki daun pisang masa buat kuih koci tempoh hari.Tapai kalau di Msia selalu beli...suka tapai beras,sesekali adalah beli tapai ubi kayu. Dan bila dah tinggal jauh ni, mulalah nak belajar buat sendiri bila rasa nak mkn....apatah lagi husben mmg suka mkn tapai.


Sebahagian tapai isi dalam bekas kecil sbb daun pisang ada sikit je...mudah nak mkn...nak bungkus daun getahpun mana nak cari. Pernah dengar yg nak buat tapai ni byk pantang larangnya, kalau tidak tak jadi...tapai merah,bila tapai merah tak selera nak mkn...pulutnya masih keras tak menjadi...masam tapainya.Hasil belajar buat tapai dari bibik,tipnya, nak buat tapai kena ragi yg elok,bekas digunakan bersih, pulut dikukus sampai masak, kena pastikan beras pulut betul2 sejuk baru tabur ragi dan kena peram tapai dlm 2 mlm dlm bekas tertutup.jgn pandai2 pergi buka....intai tapai ya...nanti takut tapai tak menjadi....sbb itu org tua2 sorok tapai bawah katil, dlm gorbok takut anak cucu yg pergi intai....hi..


Raginya mama beli di Pasar Payang masa balik cuti Feb lepas dg seorg makcik kat pintu keluar pasar, makcik tu pesan ragi kena simpan elok jgn letak sekali dgn benda lain.sbb kebetulan masa tu kat tangan penuh plastik brg2 belanja di Pasar Payang,jadi terus masuk dlm hbag.takut gak dah beli ragi tak elok...susah bawa jauh tak dpt guna.mama selalu tertanya2 mcmmana ragi yg kecil saiznya tp bila peram dg pulut tak payah gulapun...tapai boleh jadi manis.unik betul ragi...

Tapai Pulut
Sumber; Dapurmamasya
bahan
1/2 kg beras pulut - rendam 1 mlm
1/3 biji ragi-hancurkan/tumbuk halus
bekas yg secukupnya utk isi tapai@daun pisang/daun getah

Cara
1.Tapis dan kukus pulut.
2.Selepas seketika dlm 5 min,pulut dah agak keras...renjis dg air sejuk.kukus lagi hingga wapnya keluar dari tutup periuk.
3.Angkat dan masukkan dlm besen, siram air panas 1 cwn.kacau biarkan seketika.
4.Kukus semula sehingga asap keluar byk dr tepi tutup periuk....tanda pulut masak.
5.Sejukkan pulut...pastikan pulut betul sejuk sebelum langkah seterusnya.nanti tapai jadi merah
6.Hancurkan ragi dan ayak ragi dg penapis atas pulut. kacau rata.
7.Bungkus tapai dg daun pisang atau daun getah atau isikan dlm bekas kecil.
8.Simpan/Peram tapai dlm bekas tertutup samada dlm periuk/bekas besar atau masukkan dlm bekas tupperware tertutup dan simpan dlm kotak.Jgn buka sehingga 2 mlm . barulah boleh makan....


Ayak ragi dg penapis atas pulut

kacau rata.

Bungkus tapai dg daun pisang atau daun getah atau isikan dlm bekas kecil.daun pisangpun dah layu..byk hari simpan.

bungkus tapai


boleh kemaskan dg lidi atau stapler


mama peram tapai dlm kotak.tutup rapat kotak.selepas 2 malam barulah makan..


Tapai lebih sedap simpan dlm peti ais, biarkan sejuk barulah dimkn.tapai yg elok..berair sikit...tapainya lembut dan manisnya cukupp..

kotak ni...lepas peram tapai, peram Syakirah pula...biar manis mcm tapai.....he..he..

14 comments:

  1. salam kak
    ha hahaa x pasal2 si syakirah pulak nnt jd tapai..sy pernah jgk buat tapai pulut..mmg manis lg2 klu makan sejuk2 allaahhhiiii...sedapnya..:)

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    rajin bebenar kakak sorang ni buat tapai..
    Sedang elok je model cute duduk dalam box..ehehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kalau makan tapai pulut yang manis...slalu makan mcm ni time raya..

    ReplyDelete
  4. Kak sedapnya,kalau kat rumah DH memang peminat tapai saya tak gheti buat MIL pandai ,sekarang ni saya suka tapai ubi kayu

    ReplyDelete
  5. Well written entry. Like like like

    ReplyDelete
  6. he he tapai ni memang sedapkan nak lg yg sejuk he he adik beradik akak semua hantu tapai ni, kalu mak wat sebesen besor he he
    budak comel tu masuk kotak pos kat Malaysia ye , untie nak he he

    ReplyDelete
  7. Assalam Dik...Akak terterjah masuk ke sini...dari mana entah tadi...Salam kenal ya...suka lak ada tapai segala...rajinnya...semanis anak dara kecil tu juga...tak payah peram dah...memang dah cukup manis dara kecik tu!

    ReplyDelete
  8. ziela,
    akak suka tapai pulut nie,kalau manis selalu akak perahkan dulu airnya,makan pulutnyer ajer..boleh gitu....
    selalinya kat rembau nie ramai suka buat time kerja kawin..mmg melantok sakan..ermmmm...

    ReplyDelete
  9. Salam kenal, errr...tak ingat dah kenal ke belum eh? ala...biasalah org dah remaja tua ni, gitu ler.
    Akak suka tapai, cara ziela buat tu sama mcm MIL buat. Tapi bila akak buat, kejap2 selak, kejap2 intai...MIL kata, mana boleh mcm tu, patut la tapainya benyek.
    tapi tapai yg dlm kotak tu akak suka...manis sangat..boleh kita berbesan? ngeeee..

    ReplyDelete
  10. sedapnya...alahai tgh cuti makan pulut pulak skrg ni...br habis pantang la katakan. Kalau kat melaka ni ada dekat dgn masjid kg ulu, ada org melayu buat ragi. Sy pernah gi rumah dia beli.

    ReplyDelete
  11. As salam kak,

    Saya ni bukan peminat tapai... Tp mak sy suka sgt... selalu gak dgr klau nak buat tapai byk pantang larangnye... kata org tgh period if buat tapai tu yg jd merah...huhuuu..ntah sy tak tahu... dgr ckp2 org je... Syakira ni cantik, dah besar mesti lg cantik & manis :)))

    ReplyDelete
  12. lihat pembuatan tapai pulut di www.sukriramli.tk atau lawati facebook kami www.facebook.com/tempahantapaipulut

    ReplyDelete
  13. As salam kak.. boleh ke nak order ragi dgn akk...mak cik yg jual ragi tmpat sy selalu beli tu dah pindah...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2