klik Nuffnang

Tuesday, December 21, 2010

Black beauty choc cake



Tertarik mencuba kek ni sbb namanya .....black beauty choc cake satu lagi kek ni mudah disediakan, sukat guna cwn..tak payah pakai mixerpun... godek2....mcm buat american choc cake.Tapi hasilnya.....tetap memuaskan...sedap kek ni mcm kek coklat yg lain wpun godek2 gitu.




BLACK BEAUTY CHOC. CAKE
sumber : chef zubaidah copy dari Blog Mak Lang Azie..T.kasih byk2

BHN A
2 cwn tepung gandum/superfine (mklang guna tpg gandum)
¾ cwn serbuk koko
2st soda bikarbonat
2st b/powder

BHN B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan
1 cwn air panas suam
1sb emulco
3 biji telur

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah.
Guna loyang 8x8

nota dapurmamasya
bakar api bawah saja 175'C selama 45-50 min/hingga masak.



Anak2 kalau kek coklat mmg mrk suka. Kebetulan SIL dtg dari S.Alam...hidang juga kek coklat ni.

Monday, December 20, 2010

Ikan Siakap Kukus Taucu



Resepi asal guna ikan senangin tp tukar guna ikan siakap . Abaikan bahan2 sampingan yg posing sama2 dgn ikan tu.....ni sbb malas nak masak sayur...jadi campur sekali dgn ikan...letak karot, buah tomato dan cendawan...jimat masa.
Anak2 suka pulak ikan kukus taucu ni...

Ikan Siakap Kukus Taucu
Sumber; Trymasak copy dari blog Zaiy , t.kasih Zaiy.

Ingredients

1) Ikan siakap (1 ekor)
2) Taucu (2 sudu besar)
3) Bawang putih (2 ulas)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Halia (1 inci)
6) Serai (1 batang)
7) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
8) Air - untuk mengukus
9) Garam (sedikit)
10) Minyak untuk menumis

**tambah karot,buah tomato dan cendawan

Directions

Pertama sekali, gaul rata ikan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan air ke dalam kuali dan masukkan pengukus.
Setelah itu, letakkan ikan di atasnya. Susun hirisan halia di atas ikan. Kemudian bahagi dua serai yang telah diketuk dan susun juga di atas ikan.
Tutup kuali dan kukus kira-kira 15 minit hingga ikan masak.
Sementara menunggu ikan masak, hiris nipis cili merah, potong kasar daun bawang dan mayang bawang merah serta bawang putih.
Kemudian, hancurkan tauhu sedikit menggunakan sudu.
Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, diikuti dengan bawang merah. Setelah bawang merah layu, masukkan taucu dan kacau sehingga kering.
Selepas itu, masukkan air, kacau sebentar dan biarkan hingga air kering sedikit.
Kemudian, curahkan bahan-bahan tumis tadi ke atas ikan dan akhir sekali taburkan cili merah serta daun bawang.
Tutup kuali dan kukus sebentar. Hidanglah ikan bersama kuahnya.



Masakan ikan kukus taucu ni berkuah....anak2 mkn dgn kuah ikan tp masak juga ikan sepat lemak dgn nenas sbb dah lama beli nenas takut rosak.

Pernah makan ubi kemili tak ?



Masa balik kg raya haji yang lalu, mak bagi ubi kemili dan beberapa jenis ubi lagi. Mmg tiap kali kalau balik kg hujung tahun mak akan bagi ubi kemili...mak beli dari org kg. Ubi kemili ni biasa rebus makan gitu je...rasanya tak manis berbanding dgn ubi keledek.
Teringat masa dulu-dulu...biasanya sebelum musim tengkujuh mak dah beli siap2 ubi kemili buat stok...itupun kalau yg ditanam tak menjadi. Musim tengkujuh yg biasanya jatuh masa cuti sekolah...mak akan rebus ubi kemili buat makan ptg , maklumlah bila hujan duduk dalam rumah tak kemana-mana...mulut nak ngunyah...makanan lain masa tu mana nak ada macam skrg....kedaipun bukannya dekat.




kalau kat kg kami panggil ubi ni ubi keling tp bila search kat wikipedia....baru tahu ubi ni dipanggil pokok galak tua...

Info dari wikipedia

Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.

Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.

Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.

Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.

Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu

Friday, December 17, 2010

Pulut Kuning mkn dgn Ayam Kerutuk



Sekejap je hari berlalu...dah hari Jumaat..tak terasa sudah seminggu. Esok sabtu mcm biasa hari yg anak2 tunggu....mamapun sama....boleh bersantai dgn anak2...berexperimen di dapur .Biasalah kalau week end ni..anak2 akan tanya..; 'mama kita tak gi mana-mana ke'.....'tak keluar jln2 ke'.. 'mama kalau jln2 ....singgah kedai boleh tak beli mainan..'. week end minggu lepas dah jln2...minggu ni nanti mama fikirkan..

Berbalik pada entry hari ni...pulut kuning dengan ayam kerutuk..nipun dah lama masak...baru sempat nak update. Masak pulut kuning saja ni utk makan2 sekeluarga ..bukan ada acara apapun. Masak pulutpun belah ptg sbb paginya baru rendam pulut.Ayam kerutuk masak tengah hari sekali dgn lauk lunch.



Resepi ayam kerutuk ni ikut je resepi di belakang peket rempah kerutuk. Manakala utk resepi pulut boleh klik sini .



Bila ada kesempatan akan buat kunjungan balas blog kawan2.Slmt berhujung minggu buat semua......

Thursday, December 16, 2010

Singgang Tulang



Masak singgang tulang ni beberapa minggu lalu sbb dok teringat kesedapan singgang tulang yang dimakan di kg semasa Raya Aidiladha lepas.Kalau masa Raya Aidiladha daging singgang ni mmg femes di Kelantan sbg hidangan utama sbb bahan2 ringkas tp menyelerakan makan dgn nasi putih..tambah ada ikan masin dan sambal....dah tak toleh kiri kanan makan.....




Tel mak utk dptkan resepi dari mak...nak masak macam mak masak raya hari lepas.Kami sekeluarga suka masakan singgang ni....

Singgang Tulang

Bahan
700 gm tulang dgn tambah daging, nak sedap sedikit daging berlemak.
6 ulas bawang merah~dimayang
4 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~diketuk
2 1/2 inci lengkuas~diketuk
1 sb ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
5 biji cili kering~dipotong,dibersihkan ,rendam sekejap .
2 keping asam keping gelugur.
garam secukup rasa
air untuk kuah.

Cara membuatnya.

1. Rebus tulang&daging dalam periuk hingga mendidih.
2. Bila dah mendidih . masukkan semua bahan kecuali bawang dan garam.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan bawang yang dimayang dan garam .Rebus lagi,biarkan semua bahan mesra.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.

Tuesday, December 14, 2010

Kek Alunan Kasih,secantik nama....sesedap rasa.



Bila tengok kek alunan kasih di Blog Am Flora@Seroja kitchen terus berkenan...jatuh hati dengan nama dan rupa kek yg cantik.
Kek ni buat hari ahad yg baru ni...nasib baik menjadi sbbnya...bila dah selesai godek mr husben bagitau, cepat siap nak gi lunch di Restoren Padang Serai...jadi biarkan dulu...balik lunch dan jln2 baru bakar. Oven ada timer tp tak berani nak tinggalkan gitu.
Bila kek dah masuk oven...tinggalkan kejap , tak lama bau hangit..rupa2nya adunan meleleh keluar ikut tepi bawah tin kek, jatuh atas loyang oven yg panas...sbb loose baking tin yg digunakan mungkin dah tak kemas..(biasa letak alas kertas kali ni tak)kena buka oven alaskan loose baking tin dgn loyang lain sbb kalau jatuh atas loyang oven habislah kek bau hangit.



Bila masak...kek dah sejuk...tak dalah nak cepat potong. Biarkan dulu sbb yakin kek ni tak begitu menjadi sgt wpun keknya naik elok. Tapi bila potong....elokpun rupanya.

KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi}) copy dr Blog Am Flora@Seroja kitchen t.kasih kepada penyumbang resepi dan k.Am

BAHANNYA

* 5 Biji Telur
*1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter -sama letak 250 gm butter
* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
*2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) - akak pun kurangkan
*1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
* ½ cwn susu cair**
*1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
* *Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:


*Pukul planta dan gula smpai kembang...
*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
*Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink(guna warna merah) dan satu bhgn pwrna hijau…
*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
*ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
*Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.




Puas hati..kekpun lembut dan sedap....nama cantik..rupapun menawan!

Monday, December 13, 2010

Jom Makan Di Restoren Padang Serai, Bdr Melaka



Nak promote Restoren Padang Serai milik kenalan kami yang baru beroperasi di Bdr Melaka.

Kisah terbaru makan-makan tp di Melaka pula..hari Ahad semalam..12.12.2010 jam 12 tgh hari , kami menerima jemputan utk makan-makan di Restoren Padang Serai yang terletak di no 40 &42 , Jln Melaka Raya 15, Bdr Melaka semperna pembukaan restoren berkenaan.Jemputan dtg dari pemilik restoren yg merupakan kenalan. Selain kami, pemilik restoren Tn Hj Mansor dan Hjh Nor Azlina juga menjemput wartawan suratkabar dan kenalan mrk untuk merasakan keenakan masakan di restoren ini.



pemilik restoren Hjh Nor Azlina bersama staf restoren

Restoren ini menyediakan pebagai hidangan masakan Melayu dan traditional...sesuai utk seisi keluarga.Selain lunch...menu breakfast juga disediakan.Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dan bermula Jan 2011 restoren beroperasi jam 7 pagi hingga 12 mlm. Belah mlmpun akan ada pelbagai pilihan lauk.
Restoren ini juga menyediakan outside catering sekiranya ada permintaan.Jika berminta boleh hubungi terus pemilik restoren;

Tn Hj Mansor ; hp 0133-111122/016-2043999Hjh
Hjh Noor Azlina Abdullah; hp 016-2326309/017-6509030



tempat pelanggan memilih lauk..bersih dan kemas...



view dlm restoren



lagi view dlm restoren



Byk pilihan makanan dan menyelerakan...kena dtg cuba sendiri masakan di Restoren Padang Serai.



macam2 lauk ada.....



lauk udang,ikan keli masak sambal dan asam pedas ikan



lagi lauk yg terdapat di sini..antaranya ayam goreng berempah..



sambal sotong,ikan masin dan kari ayam



sambal belacan pembangkit selera dgn ulam2..



asam pedas kepala ikan pun ada...



udang dan sotong salut tepung yg sedappp....anak2 suka betul.



lagi gambar udang salut tepung...



rendang yg sedap.....menepati selera !



ni mr husben punya...



ni mama punya...mkn juga asam pedas ikan...sedap..licin!



ni masa tgh tunggu lunch



last sekali...model mama...kat restoren pun posing jugak..

Saturday, December 11, 2010

Makan2 di P.Dickson (PT 3)



Masih citer cuti2 di PD, untuk dinner mulanya kami nak makan di gerai depan pantai berdekatan hotel, tp dah byk tutup..yg adapun tak byk pilihan makanan. Menurut peniaga di sini biasanya paling lewat mrk tutup pukul 8.00 mlm...tp pagi ada yg buka awal jual sarapan.



Kami kemudian ke Anjung Selera di Pantai Teluk Kemang...byk gerai makan yg masih dibuka...pilihan makananpun byk..sate..otak2,nasi campur dan lain2.



abg Syamil order nasi ayam..sama dgn Syafiq.mcm2 ada gerai ni....



sabar menunggu makanan sampai..



ABC ni abg Syamil order...adik2 nak jugak, order lagi abc...air2 lainpun order jugak.air laicikang mama order...



mee sup Syakim....



mama punya char kuew tiau...Syazrinpun makan char kuew tiau



nasi dgn pucuk ubi, tempe dan sambal ni bibi punya...bibi kalau mkn tak suka lauk mcm2..



Syakirah tak nak suap...nak makan sendiri.

Selesai mkn kami balik ke hotel...kenyang dan penat....anak2 zzzzzzzzzzzzz.mama sambung tengok slide presentation...ada kerja awal pagi esok.

Friday, December 10, 2010

Hotel Ancasa Allsuites Resort & Spa (PT 1)



Inilah Hotel Ancasa Allsuites Resort & Spa tempat kami menginap,selesa menginap di sini.Sbbnya...pantai dkt..gerai2 makan tepi pantai....senang nak beli makanan, pagi2 sarapan telah ada dijual.Hotelpun byk kemudahan riadah/rekreasi dgn taman ala Bali yang cantik.Hari kami sampai hotel ni ramai betul org menginap...tempat parkingpun penuh.



view pantai dan taman dari bilik ...bilik di tkt 7.



kesayangan mama.....seronok anak-anak bila mama cakap nak gi bercuti dkt pantai sbb dah beberapa kali mrk bertanya bila nak pergi cuti-cuti.



living room hotel apt yg agak selesa...



living room...Syakirah tak duduk diam...nak ambil gambarpun susah.



bedroom...



setiap apt ada balkoni sendiri...



dining area dan pintu ke dapur



Syakirah di lobi hotel



di lobi hotel



abg Syamil dan Syakim..



Syakim posing di lobi hotel...



seronok Syakirah main2 pusing steering ...ni kat indoor games dpn pool



swimming pool di ground floor dkt lobi...ni yg buat anak2 tak sabar nak mandi...



garden hotel ala Bali..



posing ber 5 di taman hotel.....

Klik Nuffnang2