klik Nuffnang

Tuesday, January 4, 2011

Santai di Port Dickson (Pt 5)



Akhirnya tamat jugak kisah cuti-cuti di Port Dickson.... 5 entry baru habis....mcm pergi cuti ovc berhari2 , padahal cuti dkt di PD 2 hari satu mlm je. Byk gambar sbb tukang ambil gambarnya selain mama adalah abg Syamil dan mr husben. Senang letak gambar dlm blog utk dirujuk masa depan sbg kenang-kenangan.
Sambung citer...lepas pantai belakang hotel kami ke Pantai Teluk Kemang ... ingat nak bawa anak2 naik kuda tp tak ada tempat parking....ramai betul pengunjung,tu pun berderet2 kereta masuk.



mr husben tunggu dlm kereta, kami turun sbb anak2 nak tengok basikal kayuh ni...



Lepas tu kami bertolak balik...on the way singgah Eagle Ranch Resort...bagi anak2 tengok kws ala2 cowboy ni



masuk je terserempak dengan cowboy...



bertali-tali ni ....rope course



bilik penginapan macam khemah Apache



ni bilik penginapan jugak kut...



dan ini juga bilik penginapan resort...menarik kabin cowboy..bandwagon



lepas pusing2 kws , kami bertolak balik......



masa balik kami terserempak dgn rombongan kereta porche yg masuk ke kws resort ni.



merah....menawan..........



On the way balik ke rumah, lalu kws Masjid Tanah kami singgah De Sawit Corner..betul2 terletak dlm kebun kelapa sawit, tepi jln utama...redup tempat mkn .Ramai jugak yg singgah makan...termasuk bas rombongan.



mcm2 menu ada..gulai kawah,gulai itik, asam pedas dll tp kami tapau je sbb anak2 semua tidur kepenatan.....tamat cuti di PD.

Monday, January 3, 2011

Memenuhi permintaan anak-anak.....masak Lasagna



Salam buat semua....tentu pagi ni ramai yg sibuk ke sekolah hantar anak2... termasuklah mama.Hari ni ambil cuti sbb nak uruskan sekolah anak2....dah selesai, hari Jumaat lalupun dah pergi beli buku dan urusan yuran.Ptg nanti ke sek agama pula.

Hari ni nak kongsi resepi lasagna yang masak semlm utk dinner...memenuhi permintaan anak2 sejak 2 minggu lepas sibuk tanya mama bila nak masak lasagna....gara2 tengok citer garfield. Kebetulan pasta lasagna masih ada sekotak bawa balik dari Brunei yg belum buka...tengok di kotak tak jumpa pula tarikh luput...adalah bahasa2 lain kat kotak tu tp tak faham.Minta tlg mr husben carikan tarikh luput...jumpalah tulisan di kotak dalam bahasa Arab...bulan Ogos 2012....nasib baik masih boleh guna,kalau tidak dah kena humban pada cik tong.



Kali akhir buat lasagna masa di Brunei dulu, so kali nipun guna resepi sama.Anak-anak tak mkn nasi....kenyang mkn lasagna. mama & mr husben tetap cari nasi.



cheese dan sos yg meleleh...sedapppp....

Lasagna
sumber; c&p dari blog Suzi..resepi asal Ros Tokyo. tk penyumbang resepi.

Bahan.
* 6 keping pasta Lasagna - guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-
* 3/4 cawan daging cincang - letak 1 cwn daging
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup - tambah 6 sb lagi
* 2 sudu besar olive oil- guna butter
Bahagian white sauce
* 1 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu kecil garam
* sedikit lada sulah
* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-letak slice cheese je
***white sauce ni kena doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan
* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan 3 sb tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula, 6 sb sos tomato dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.



sos daging

2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.



Sos putih

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.



Lapisan ke dua



sebelum masuk oven...letak slice cheese yg dipotong2 atas sos putih



dah masak...baru keluar oven.

kejap je dah tinggal bekas...puas hati dapat memenuhi permintaan anak2 dgn masakan mama sendiri.Tambah suka hati bila anak2 ucapkan terimakasih mama masakkan mrk makanan yg mrk suka.....sayang mama!

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Salam buat semua....

Selamat tahun baru 2011 buat teman-teman dan pengunjung blog mamasya. Moga tahun 2011 akan kita lalui dengan lebih cemerlang dan bahagia selalu.
Jua mama terus diberikan kerajinan pada tahun 2011 dan ruang masa untuk berkongsi cerita dan masakan di blog ini.

Selamat tinggal 2010

Blog mamasya

Wednesday, December 29, 2010

Santai di Port Dickson (PT 4)



Ni entry tertunggak....baru sempat sambung kisah cuti2 sambil bertugas di PD...masih kisah di Hotel Ancasa Allsuites Resort & Spa P.Dickson dan Pantai Teluk Kemang. Gambar byk ..jadi lambat sikit nak update.Kali ni kisah hari ke 2 di P.Dickson.
Mula-mula tayang gambar anak dara mama yg sorang ni...



Pagi hari lepas sarapan anak2 mandi-manda di swimming pool dgn ditemani mr husben sbb mama ada tugas yg menanti.



seperti biasa...budak2 kalau main air seronok betulll...



Lepas anak2 mandi..balik bilik bagi mrk rehat kejap. Bila mama siap kerja ..kamipun bersiap2 utk check out.



Singgah dulu di lobi....Syakirah dgn abg2.



Lepas tu ke taman hotel lagi sbb mlm sebelumnya tak puas jln2 hari dah senja.



Posing lagi di taman hotel....








suka tengok wakaf di tmn yg dipasang siap dgn langsir putih...



Lepas posing dan jln2 di taman kami ke pantai pula.Ramai yang mandi manda dan berkelah pada hari tu.












pengunjung naik banana bot....

Tuesday, December 28, 2010

Congo Bars



Congo bar ni buat semlm lepas balik dr opis....terasa nak baking sesuatu sbb week end baru lepas tak baking apa2. Lepas masak, Syafiq anak no 3 masuk dapur tanya bau apa sedapnya. Dia minta jgn tutup dulu kek sbb nak hidu bau kek....mmg sedap bau kek baru masak...buat tak sabar2 nak potong tp kena tunggu sejuk nanti tak cantik dipotong.



Congo bar ni sepatutnya guna loyang lebar, agar congo bar ni nipis sikit tp guna loyang 9 x 9 jadi nampak tebal macam brownies. T.kasih byk2 buat Rima@ bisousatoi.com yg menyumbangkan resepi.

Congo Bar
Sumber; Rima@ bisousatoi.com

Ingredients
2 3/4 cup all purpose flour - guna tepung gandum biasa
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened - guna 150gm butter
1 lb. light brown sugar - letak 300gm (boleh kurangkan lagi)
3 eggs
1 tsp vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - guna 250gm chopped milk choc compound
1 cup chopped pecans (optional) - letak 3/4 cwn cashew nut

By mixer:

Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand:

Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170C for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake!
(Guna mixer dan bakar dlm loyang 9 x 9 dan alas dgn kertas minyak)



Mmg yummy congo bar ni...dgn rasa coklat cair didalamnya. Patutlah ramai dah cuba. Syafiq suka...abg2pun suka..lepas sepotong-sepotong mrk mkn...sedaplah kek ni mama kata mrk.

Saturday, December 25, 2010

Macam2 ada di SDSI



Aktiviti di satu hujung minggu... ke pameran SDSI (Satu Daerah Satu Industri). Macam2 yang dipamerkan dan dijual....brgnya dari seluruh M'sia. Pengunjungpun ramai. Ada produk makanan...hiasan dll.
Terbahagi 2 bahagian...dlm MITC khas utk produk yg dijual dan dipamerkan, manakala khemah di luar gerai2 makanan dan tempat makan...gerai2 dari seluruh negeri di M'sia yg menjual makanan terkenal negeri masing2.

Antara makanan dan gerai di bahagian luar MITC :



gerai ni ada jual nasi ambang dan lepat loi serta burasak...baru pertama kali dengar lepat loi dan burasak..



sup tulang gear box seperiuk besar...ni gerai dari utara kalau tak silap



Antara gerai makanan di luar dewan...gerai dari negeri Pahang



pentas di khemah luar tempat makan2pun ada persembahan tarian



gerai buah-buahan pun ada

Ni yg dijual dan dipamer dlm MITC :



Pelbagai jenis dodol...dgn mcm2 saiz bungkusan



pizza,cheese tat dan kekpun ada dijual



persembahan tarian pun ada...entah tarian dari negeri mana ni...


nipun cantik...bunga dari daun getah..kreatif..



Cantikkan bunga pot pourri dlm daun getah...


Yang ni gerai-gerai negeri yg sempat singgah....








Gerai dari Sabah



Gerai dari Sarawak



barangan kraf dari Sarawak







byk lagi gerai pameran dan makanan yg ada pada hari tu..tak larat nak ambil gambar byk2..orgpun ramai.

Klik Nuffnang2