klik Nuffnang

Sunday, November 6, 2016

Macaroni Cheese....yummyyy....


Assalammualaikum buat semua.....bersua kembali...tenggelam timbul dapurmamasya ni......lemau sungguh nak update blog....tambah kesibukan dengan tugasan seharian. Moga masih ada yg sudi jengah blog dapurmamasya ini....
Untuk resepi kali ni....mamasya kongsi Macaroni Cream Cheese....dah beberapa kali juga buat sbb anak2 mmg suka yg bercheese...western gini. mamasya masak doublekan bahan2...maklumlah anak2 suka. inipun sekali hadap licin 2 bekas.....



Resepi seperti di bawah....bahan2 nya agak mudah .....pada peminat macaroni bolehlah mencuba.....tkasih kepada empunya resepi. 

Macaroni Cheese
Sumber ; Myresepi 
Oleh : Dapurmamasya
Bahan-bahan
  • 1 cawan makaroni 
  • 2 - 3 sudu makan mentega
  • 2 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 kiub ayam knorr
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 batang sosej dihiris nipis @ lebih
  • 2 sudu makan daging @ ayam kisar ( terpulang la nak guna ayam @ daging, ( boleh guna daging yg direbus dan di blend kan )- tambah meatball
  • 2 ulas bawang putih ( dicincang halus )
  • 1/2 ulas bawang bombay ( bawang besar  kuning @bawang besar )
  • 2 - 4 sudu cream cheese philadelphia ( boleh cheese cheddar @ parmesan  )
  • 1 cawan susu sejat @ susu cair
  • 1 cawan air
  • Italian Herbs @ dry basil ( tak letak )
  • Remekin @ loyang 
  • Cara-cara
  • 1.Rebuskan makaroni dlm rebusan tu letak sikit garam dan minyak supaya makaroni tu tak melekat.
  • 2.Bila dan siap rebus dan toskan makaroni tu, gaulkan makaroni tu dgn 1/2 sudu makan butter.. supaya makaroni tak kering dah siap letak tepi dulu.
  • 3.Panaskan kuali masukkan 1 sudu butter kemudian masukkan sosej yg dihiris nipis, pastu masukkan 2 sudu makan daging @ ayam kisar agak2  separuh masak ketepikan.
  • 4.Dalam kuali yg sama, masukkan butter, bawang besar dan bawang kecil yg dicincang. Gaulkan sehingga naik bau dan kuning keemasan
  • 5.Kemudian masukkan tepung gandum, gaul rata. Bila tepung dan bawang sebati akan menjadi ketul2.
  • 6.Masukkan pula susu sejat, gaul rata. Kalau berketul2 hancurkan. Kemudian baru dimasukkan air, kacau bagi sebati.
  • 7.Sekarang masukkan pula kiub pati ayam knorr, gaul rata sehingga kiub cair . Masukkan pula serbuk lada hitam ( kepedasan ikut masing2  )
  • 8.Masukkan pula sosej dan daging yg dah digoreng tadi, gaul rata la ye ( kalau rase pekat sgt ssh nk gaul tambah cikit jek air )
  • 8.masukkan Italian Herbs dan gaul rata dah sebati tutup api .  
  • 9.Jangan lupa oleskan butter @ minyak kat dlm loyang 
  • 10.Tuangkan makaroni ke dalam loyang dan taburkan cheese parut diatas makaroni, ikut suka nak letak byk mana .Akhir sekali baru la taburkan sedikit italian herbs @ sedikit serbuk lada hitam.
  • 11. Sebelum masukkan makroni pasti oven telah dipanaskan terlebih dahulu , selama lebih kurang 15 - 20 minit. 
  • 12. Masukkan dlm oven @ mikrowave. Suhu 150c - 170c selama 12 - 15 minit
  • Campuran bahan sebelum bakar.....mamasya buat  2x 
  • taburkan cheese....lagi byk lagi sedapppp.......
  • Siap masak............

Sunday, September 4, 2016

Ketupat Sotong Kelantan


Assalammualaikum semua. Xtvt hari ni....mama try buat ketupat sotong Kelate. Kalau ketupat sotong versi Trengganu putih...santan dg halba tak letak gula melaka...lain rasanya. 
Ketupat sotong ni lama betul tak makan...bertahun juga sejak masa di Mesir lagi.  Dah lama terasa nak makan.mana nak cari org jual kecuali di kb...balik Kelantan sekejap sj tak sempat nak cari. nak mkn juga... buatlah sendiri. 


Dari segi rasa manis dah kena dg selera....pulutpun elok masak. cuma sbb nak cepat...kuah kurang pekat.lain kali kena msk lagi lama..bagi pekat sikit baru molek jadinya.  kalau di kedai jual manis sgt. masa msk tdpun ingat nak tambah lagi gula melaka...nak bg lagi gelap mcm di kedai tp bila rasa dah sedang molek manis tak jd tambah. 

Sumber BlogcikguWan
Oleh : Dapurmamasya

Bahan-bahannya;   
1-2 kg sotong sederhana besar - Lagi bagus kalau sotong yang sedang bertelor..
 Bersihkan sotong, keluarkan tulang belakangnya. 
Cabut kepala sotong dan buang giginya. Sejatkan.  
 1 cawan beras pulut 4 keping nise Sedikit gula (jika suka)- letak gula melaka 
Sedikit garam
 2 1/2 cawan santan pekat. 
Daun pandan
 Lidi/pencungkil gigi yang tajam hujungnya.   

Cara-caranya;   
1.Basuh beras pulut. Rendamkan dengan 1/2 cawan santan tadi bersama-sama sedikit garam. Biarkan sebentar.   
2.Ambil sotong, isikan dengan beras pulut yang direndam tadi (kalau boleh bersama-sama dengan santannya sekali). Isi 3/4 penuh yer...kalau penuh sangat  ketupat akan jadi keras@ pulut separuh masak dan kurang sedap dimakan. 
3.Tutup badan sotong dengan kepalanya dimasukkan balik ke dalam badan. Cucuk kepalanya dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti.  
4. Susun daun pandan didalam periuk sebagai alas. Susun semua sotong  dalam periuk dan masukkan santan yang 2 cawan tadi. (boleh tambah santan jika suka - letak santan hingga tenggelam sotong) 
5.Tutup periuk dan rebus sotong.   
6.Bila sotong hampir masak atau santan dah semakin kurang, masukkan gula nise atau gula melaka yang telah dipotong kecil dan gula. 
7.Masak sehingga nise cair dan kuah jadi pekat. Dah siap.

Sotong seeloknya cari yg besar saiznya,....baru senang nak sumbat. yg tolong mama sumbat pulut dlm ketupat ini...anak dara mamasya Syakirah.jarinya halus senang sumbat. kepalanya dicucuk dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti spt dalam gambar. Susun daun pandan didalam periuk sebagai alas. Susun semua sotong  dalam periuk dan masukkan santan.


mmg mudah bahan dan caranya. utk gula melaka boleh adjust ikut rasa kita.kalau yg dijual kuah gelap sikit dan pekat kuahnya sbb lebih gula melaka..manis sgt.


Mama minta anak2 rasa.mula diorg pelik sbb pulut dalam sotong...tp bila dah rasa....baru tahu kesedapannya....maklumlah anak2 suka pulut kecuali Syakirah sorang yg tak suka pulut tp dia rasa juga ketupat sotong tadi...nak juga dia tahu rasanya hasil dia tolong sumbat. 

Thursday, September 1, 2016

Nasi Dagang Sempena Cuti Kemerdekaan



   Assalammualaikum semua...mood rajin pula nak update blog....lagipun hari cuti kemerdekaan santai2 di rumah saja...nak berehat...malas nak keluar. anak2pun tak da yang nak keluar. jadi xtvt di rumah....masak...makan...makan.....
Untuk menu hari cuti kemerdekaan ini, mama masak nasi dagang...antara menu favorit kami sekeluarga...lama tak masak sejak balik Msia. Maklumlah nak makan boleh beli saja. tp bila masak sendiri ni puas makan...boleh ulang makan. anak no 2  mama cakap..mama sedap sgt nasi ni...mana tak nya 3 kali dia mkn.....dia yg last licinkan nasi dagang....



Nasi dagang...selain lauk  ikan tongkol, mama buat juga ayam goreng berempah, telur rebus dan acar. Masak lauk ayam sbb anak2 kurang sikit lauk ikan. kalau nasi dagang dg ikan tongkol mmg serasi rasanya. Utk resepi nasi dagang lebih kurang sama saja....cuma resepi kali ini guna beras wangi, sedap guna beras wangi masak nasi dagang. Kalau guna beras wangi tak campur beras pulut pun tak mengapa tp campur juga sbb satu famili suka pulut.

Resepi Nasi Dagang Terengganu



  • 1 kg  (6  1/2 ) cawan beras wangi (floral) - rendam 1 mlm
  • 1  1/2 cawan beras pulut - rendam 1 mlm
  • 4 1/2 cawan santan cair  
  • 2  1/2 cawan santan pekat + garam secukupnya
  • 2 sudu halba (paras) 
  • 4 ulas bawang merah - hiris tipis
  • 1  in halia - hiris mcm btg mancis
Cara-cara:
  1. Basuh dan rendam beras dg pulut 1 malam.
  2. Kukus  kali pertama selama 20 min.
  3. Angkat dan letak dalam bekas yang besar, gaul dg santan cair. biarkan seketika agar santan serap elok.
  4. Kukus kali ke 2 selama 20 min.
  5. Sambil itu masak sekejap santan pekat dg bawang dan halia. nampak santan dah berwap masukkan garam secukupnya dan  halba, angkat.
  6. Gaulkan santan pekat dg pulut...masukkan santan sedikit demi sedikit (boleh kurangkan kalau dah cukup santannya).
  7. Kukus semula sekejap dalam 5-8 minit saja.ini utk memastikan nasi dagang tak cepat basi. bila sudah masak... masih panas pastikan jgn tutup rapat tutupnya...seeloknya tutup dg saji.

Masak nasi dagang ni....part yg lama ialah mengukus. kalau ada kukusan bsr mmg mudah, tak perlu ulang kukus beberapa kali. steamer letrik mamasya dah rosak. jadi kukus atas dapur. untuk memudahkan mengukus, letak beras dalam kain net (net utk cuci baju....gunting separuh. ni mama beli khusus utk buat kukusan) mudah beras tak jatuh ke bawah dan senang nak angkat bila dah masak.




Untuk gulai ikan...guna rempah dan ikut saja resepi jenama Tok Ma gulai ikan nasi dagang. pertama kali mencuba rempah ini...sedap rempahnya cuma warna rempahnya tak merah.Resepinya pun mama ikut di pek rempah. tapi biasa masak ikut resepi di sini....Resepi gulai ikan nasi dagang.




 Ayam goreng berempah ni...dah beberapa kali mamasya buat.resepi boleh klik kat sini.....Resepi ayam-goreng-berempah



siap terhidang....

Monday, August 29, 2016

Mee Rebus Sedap

Assalammualaikum buat semua.....lamanya tak update blogdapur mamasya....rindu  utk berblog tp apa kan daya masa membatas. Maaf byk2 buat pengunjung dapurmamasya yg dtg tengok menu yg sama dan maaf juga kalau ada pertanyaan di resepi2 lepas mamasya tak sempat jawab.

Bukan tak da resepi nak kongsi tapi kesibukan masa nak upload diblog. tiap2 hari memang masak utk keluarga tp week day sempat masak yg simple saja. belah pagi terkejar2 msk sarapan utk anak2 yg nak ke sekolah....utk bawa ke office. balik office ptg....msk utk menu mkn mlm pula....tak kira sesibuk manapun kat office....setiap hari mama akan msk utk keluarga....menu tu kalau dah tak sempat sgt...msk juadah yg mudah dan ringkas aja.....tp kena ikut selera keluarga juga.

Kalau hari minggu baru kelapangan mama masak yg special sikit......macam menu week end kali ini....mama masak mee rebus utk sarapan. Pada mulanya nak msk mee udang....tp tukar menu masak mee rebus...kebetulan semalam ada rebus daging dan bahan-bahan yg lain semua cukup.


Resepi mee rebus, hasil carian google mee rebus sedap.....berkenan mencuba resepi dari blog Iresipi...lagipun bahan2nya semua siap sedia di rumah.. kelainan resepi mee rebus ini ada letak kacang tanah... menambah rasa pd kuahnya. Mee rebus ini ikut selera mama mmg sedap...familipun cakap sedap. Utk kuah kena pandai imbangkan rasa manis kuah dg garam. jom tengok resepinya :

Sumber; Iresipi Blogspot
Bahan-Bahan: (utk 5 org)
  • 1 kg mee kuning, dicelur
  • 250g taugeh, buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur, direbus
  • 1 tangkai daun sup, hiris halus
  • Cili merah, hiris nipis
  • Cili hijau, hiris nipis
  • 3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis
Bahan untuk kuah:
  • 1 senduk minyak masak
  • 500 g daging, hiris nipis - mama dah siap rebus dulu daging -ambil air sekali
  • 500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
  • 2 sudu besar taucu
  • 5 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 1 sudu besar udang kering yang direndam*
  • 2 sudu besar serbuk kari daging - buat pes campur sikit air
    • 6 cawan air - air agak2 sj  
    • 1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
    • 2 cm lengkuas, dititik
    • 1 biji tomato, dipotong dadu
    • Garam dan gula secukup rasa - mama guna gula merah juga 

    Cara Penyediaan:

    Cara untuk memasak kuah:
    1. Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
    2. Kisar halus bahan bertanda (*)
    3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
    4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
    5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didhkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
     
    Cara untuk menghidang:
    1. Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.

    Siap terhidang.......selamat mencuba ..... 

Monday, April 4, 2016

Ayam Masak Beriani ganding dg Nasi Beriani





Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung dapurmamasya...moga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera , dirahmati Allah selalu...
Lamanya mamasya tak update blog dari tahun lepas.....dah bersawang blog ni...maaf byk2..nak ronda blog kwn2pun tak sempat...masa begitu terhad skrg. buat pengunjung yg masih sudi dtg ke blog mamasya, terimakasih diucapkan.


Cerita ttg masakan pula.....tiap2 hari mmg masak utk keluarga cuma kalau week end tu...dapatlah lama sikit di dapur...jd bolehlah masak yg special sikit utk seisi keluarga. Oleh kerana seisi keluarga suka nasi yg berperisa...untuk menu hari mama masak nasi beriani dg gandingan ayam masak beriani + dalca daging. Rempah beriani pula masa kemas gerbok dapur terjumpa ada 1 pek yg belum guna...sebelum tamat tempoh eloklah buat masak. Jom tengok resepinya....t.kasih kepada empunya resepi :

AYAM MASAK BERIANI
oleh : Dapurmamasya
Sumber ; Dari Dapur Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong
1 tangkai daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong
5 sudu besar rempah beriani
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tomato puree
3 susu besar bawang goreng
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
Sedikit air - mamasya letak secukupnya sbb anak2 suka yg ada kuah sikit
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar - dihiris
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
4 biji cili hijau* - semua bahan dikisar - guna cili merah sbb tak da yg hijau

Cara-cara :
Ayam dibersihkan dan digaul bersama kunyit dan garam. Goreng setengah masak.
Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah beriani, daun ketumbar dan sedikit air dan kacau sebati.
Masukkan tomato puree, tomato sos, kismis, bawang goreng dan buah tomato. Kacau rata.
Masukkan susu cair dan ayam sambil kacau hingga ayam masak.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.


Sedap masakan ayam beriani ni...kena dg selera mama...anak2pun suka.mamasya masak ayam ada kuah sikit sbb anak2 tak suka kalau kering.kalau nak mkn dg nasi putihpun sesuai....ikut selera masing-masing...

Untuk nasi,mamasya guna rempah adabi....ikut aje resepi pada pek rempah beriani.di blog mamasya nipun ada resepi nasi beriani...boleh search/atau cari di label nasi.

dah siap terhidang bolehlah jamu selera...sesuai kalau nak jamu tetamu datang atau acara jamuan...

Saturday, July 11, 2015

Menu berbuka....Ayam Percik & Daging Blackpepper





Assalammualaikum....bersua kembali....dah dkt penghujung Ramadhan baru mamasya dpt update blog kisah menu berbuka....ms agak terhad nak update blog skrg. Hari-hari masak.....cuma kalau hari kerja sempat lauk yg simple saja.week end baru sempat masa yg lebih sikit. menu biasanya kegemaran anak2....dan lauk ayam sudah pasti..
Lauk ayam pula....dah lama tak msk percik...jd week end lepas masak utk juadah berbuka. selain itu masak juga daging blackpepper. Resepinya dah pernah kongsi sebelum ini, tp mamasya copy semula di sini......



Sumber; RASA ON LINE
Oleh; Dapurmamasya
BAHAN PERCIK:
1kg ayam | dipotong kecil
15 biji cili kering l dikisar -nak cepat mama guna cili boh sj
3 biji bawang besar l dikisar - saiz sed
3 ulas bawang putih l dikisar
2sm halia l dikisar
2sm kunyit hidup l dikisar
2 batang serai l dikisar
250ml santan pekat - mama tambah lagi dgn santan sed pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Untuk kuah perciknya, campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat. Ketepikan.
Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang hingga masak. -Ketika proses memanggang ayam, pastikan disapukan berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.

Nota dapurmamasya.
- oleh kerana mama guna santan debu, makan semua bahan kisar mama tumis dulu. kemudian baru masukkan santan, garam dan masak hingga pekat dan sedikit pecah minyak. perlahankan api, masukkan ayam, masak ayam sekejap dlm kuah agar percik meresep dlm ayam. kemudian baru bakar. siram kuah percik atas ayam masa menghidang.


suka anak2 mkn ayam percik.....maklumlah dah lama mama tak masak....


resepi daging blackpapper ni mamasya pakai agak2 saja.....nanti ada kelapangan mamasya kongsi resepinya ya...

Sunday, April 19, 2015

Pulut Kuning & Rendang Hitam Daging



Assalammualaikum semua....moga pengunjung dapurmamasya sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu.lamanya dapurmamasya tak update, hampir 5 bulan menyepi....maaf semua....masa dan keadaan tak mengizinkan mamasya utk aktif di blog spt dahulu. pada yg masih sudi berkunjung blog dapurmamasya....terimakasih mamasya ucapkan ...utk yg nak mencuba resepi dr blog mamasya dipersilakan...
Untuk entry kali ni....mamasya nak kongsi Pulut Kuning & Rendang Hitam Daging yg mamasya hari ini untuk birthday anak-anak yg disambut pada bulan April....tak da kek bday hanya sempat msk pulut kuning.
Sejak balik Msia, baru kali ni mamasya merajinkan diri masak pulut kuning.....maklumlah nak kukus pulut ambil masa juga dan nak masak rendangpun bukan sekejap....tp puas hati bila dihidangkan famili cakap sedap...Alhamdullilah.



Untuk masak pulut kuning, mamasya rujuk blog Teratak Mutiara Kasih sbb mudah guna sukatan cawan...tkasih Lina kongsi masak pulut ini.Utk resepi boleh rujuk di bawah :
RESEPI PULUT KUNING
Sumber : lina pg

Bahan - Bahan:
5 cawan beras pulut
1 asam keping
2 sk serbuk kunyit
3 cawan santan pekat
Garam dan gula

Cara - Cara:
Beras dicuci bersih dan ditoskan.
Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak)
Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni (ARUN )
Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak)
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat


Manakala utk daging, mamasya masak guna resepi yg biasa digunakan iaitu Resepi Hitam Daging boleh klik sini ...resepi letak kerisik ini mmg sedap kena dg selera mamasya sekeluarga. pada yg belum mencuba ...bolehlah mencuba....


Ini saja entry kali ni...InsyaAllah kita jumpa lagi......

Monday, November 10, 2014

Southern Yellow Chicken Rice yang sedap!



Assalammualaikum buat semua...moga sihat sejahtera selalu. Dkt sebulan baru mama dpt update blog. tkasih buat semua yg singgah dan tinggalkan komen...terharu baca komen bila ada yg rindukan entry dari mama.....rasa bersemangat pula nak update blog. Mama akan cuba update setakat yg termampu....harap jgn jemu singgah dapur mamasya.

Untuk entry kali ini nak kongsi menu yg mama masak untuk famili week end ini....iaitu Southern Yellow Chicken Rice atau Nasi Ayam Goreng. Nasi yg berasal dari Selatan Thai ini pernah femes dlm thn 2010-2011....ramai yg dah mencuba....mamapun pernah cuba dulu dan juga masak utk jamuan open house raya.
Terasa nak mkn nasi ini sbb dah lama tak buat....dah beberapa kali nak msk tp asyik tertangguh. Minggu ini barulah merajinkan diri....masak pada hari sabtu utk lunch. masak 4 cwn + seekor ayam....licinnn....anak2 bertambah mkn....sedap mama masak... komen anak2....sukanya mama bila dpt pujian dari anak-anak.

Mamapun tak puas makan nasi ni...tambahan anak2pun suka, jadi hari Ahad...bersemangat msk lagi Southern Yellow Chicken Rice untuk dinner....dua hari berturut2 masak nasi ni. msk lewat ptg.....biar dinner mkn nasi yg panas2.Kali nipun bertambah anak2 makan...mmg berbaloi masak.Buat yg belum pernah cuba, bolehlah mencuba spt resepi di bawah.tkasih buat yg berkongsi resepi.jom lihat resepi:

Nasi Ayam Goreng@ Southern Yellow Chicken Rice
Sumber; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan & Tummy@ 3hungrytummies
Oleh; Dapur Mamasya

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya
ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak

Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya; Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.


nasi baru nak kering....kalau nasi agak mentah...boleh tambah sikit air panas.


nasi dah masak......


Siap terhidang Southern Yellow Chicken Rice ...mkn dg ulam dan sambal belacan.boleh juga mkn dg sambal hijau,atau sambal spt nasi ayam dan salad...terpulang kepada citarasa masing-masing.mama msk juga kurma daging mkn dgn nasi ini, tp kalau mkn tanpa kuahpun dah sedappp....

Friday, October 10, 2014

Lamanya tak bersiaran.....rinduuuuu........



Assalammualaikum buat semua yg berkunjung ke dapurmamasya. moga semua sihat sejahtera selalu.
Lamanya mama tak bersiaran.......rindunya nak baca komen2 di blog....jln ke blog kwn2. tp sejak balik Msia, masa agak terhad untuk ngadap pc lama2.....wpun ada cerita dan gambar nak dikongsi tp simpan dulu.
Mama tengok wpun dah lama tak update blog tp masih ramai yg sudi jengok blog mamasya...hampir 1,000 pengunjung blog dlm sehari...lihat pageview dah cecah 5 juta lebih...tkasih semua bg sokongan pada blog mama.mama akn cuba update blog bila ada keluangan.


Selain rindu nak berblog....rindu juga dg makanan dan teringat suasana semasa di Cairo dulu....terutama nasi hadramaut...


tengok berkilat ayam posing atas nasi...terbayang kesedapannya....anak-anakpun cukup suka.


juga air cocktail yg mewah dgn buah2an segar...fresh sekali..


jus mangga...aser yg pekat tanpa campuran ais...hanya disejukkan dlm peti ais... nyaman....


fatir bread yg menjadi roti kegemaran abg Syazrin.biasa beli di supermarket..dah siap masak dan pack dlm plastik.

besar saiz rotinya. org Arab mkn cicah madu...kami anak beranak mkn cicah dg kuah kari.


Kebab ayam dalam french bread....abg no 1 paling suka dgn kebab ini...french breadnya lembut je.


kebab yg sedap penuh isi ayam dan terasa perapan kebabnya. 1 harga 14 LE/RM7 .


shawarma kebab juga sedappp....mama suka kebab ini,hampir setiap minggu order kebab.harga 12LE/RM6


suka kalau kebab baru beli...panas2...lembut je rotinya....


ni salah satu gerai kebab di Raas El Bar...tengok daging kebab ni....besar sungguh dg atas kebab dihias dg tomato dan capsikum. sapa tengok pasti terliur nak order...


thick burger kegemaran anak-anak.....


ada beberapa pilihan burger...sama mcm di Msia


bila musim panas....ada penjaja ais krim kon.


org menjaja pisang....muzzzz....berat sgt pisang kena tarik dari dpn..


juga pelbagai manisan Egypt.....Basbousa, Kunafa dan lain-lain....

itu saja utk entry kali ini....InsyaAllah jumpa lagi..

Klik Nuffnang2