klik Nuffnang

Thursday, August 19, 2010

Nasi Tomato



Masak Nasi Tomato pada 5 Ramadan.Mkn dengan ayam masak merah dan acar mentah.

Nasi Tomato
Sumber ;My resepi

Bahan-bahan ( 4~5org )
• 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
• 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
• 2 kuntum bunga cengkih
• 1/2 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 5 cm kulit kayu manis
• 1 biji bawang besar dicincang
• 160g tomato puree (dlm tin)
• 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
• daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
• bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.




Tip Dari Dapur Mamasya (sumber Sajian Perantau):

**utk memasak nasi tomato dan lain-lain nasi yg guna rempah, susu dll.

1. Sekiranya guna susu, sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk shingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.

3 comments:

  1. mamasya saya tak pernah lagi cuba nasi tomato ni kalau makan memang suka,suka lagi kalau ada dalca:)sup tulang aidil adha tu nampak sangat sedap,tak sabar nak balik raya nak buat sup tulang besar-besaran.re: memang lah pasar ramadhan buat patah hati kalau kueh tu boleh lah kan,selamat berbuka masak dan berbuka mamasya.

    ReplyDelete
  2. tq bg tips bungkus alum foil tu,nanti nk cuba.saya selalu buh bay leave kalau masak nasi tomato,bets gak rasanya

    ReplyDelete
  3. baru berpeluang try ari ni..
    Alhamdulillah.. sedap sgt~ ;)
    terima kasih bayk2..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2