Brownies masa open house tak sempat posing...masa tetamu dtg., topping baru siap letak...tak sempat make-up cantik2...pakai tabur choc rice aja.
Gambar brownies kat bawah diambil seminggu sebelumnya...baking masa abg Syamil tgh exam UPSR.. nak layan abg Syamil dgn makanan yg dia suka.Utk brownies ni letak cashew nut campur cho chip..kali ni anak2 tak komplen pasal kacang dlm kek...diorg cakap sedap...nanti mama buat lagi...

Ni resepinya kalau nak mencuba. Kalau yg dekat nak tempah dengan mamasyapun boleh....emel mamasya22@yahoo.com
Chocolate Brownies
Sumber babybatriesyia.fotopages, asal Fp k.Roy
Bahan
250 gm butter – cairkan secara double boiler
1 ½ cawan gula castor
Sedikit esen vanila
4 biji telur - letak 5 biji sbb telur kecik
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¾ cawan serbuk koko
Secubit garam
1 cawan kacang walnut @ apa2 kacang - dipecahkan kecil2 - letak 1/2 cwn cashew nut + 1/2 cwn cho chips.
Cara
Campurkan butter dengan gula castor dan esen vanila. Kita just gaulkan menggunakan whisker. Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan kacau biar sebati. Tuangkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko beserta garam. Bakar brownies selama 30-35 minit pada suhu 180'C.
Nota : Acuan yg digunakan agak kecil, rasanya dlm 9 in x 9 in sahaja...dialas dengan kertas minyak.....dan ketinggian acuan sekadar 1 in sahaja....
