klik Nuffnang

Thursday, March 10, 2011

Laksa lemak



Untuk dinner week end baru ni masak laksa lemak....saja tukar selera. Masak lebih kuah jadi terus simpan untuk sarapan esok....jimat masa.
Sebut laksa mmg favorit , tak kira laksa lemak...laksa penang..laksa Johor..semua suka.



Laksa lemak ni mudah nak buat...bahan2pun ringkas.Kalau nak sedap kena makan dengan sambal..letak belacan sikit..kuah kena pekat sikit...lagi membuka selera.Satu lagi kalau guna ikan tamban lagi sedap kuahnya.

Laksa Lemak

bahan2
1 kilo laksa segar @1 pkt laksa kering direndam dan direbus
1/2 kg ikan kembung/ikan tamban - ikan direbus dgn asam keping dan dibuang tulang dan dimesin
6-7 ulas bawang merah-mesin dgn ikan
1 biji kelapa @ 1 1/2 pkt santan segera-utk santan anggaran 6-7 cawan tp kalau pekat boleh tambah air lagi dlm kuah.
2 keping asam keping ,
1 sudu makan lada hitam-ditumbuk/debu- kalau nak kuah cantik guna lada putih
1 sudu keresek (pilihan)
garam,

bahan2 sampingan:
sambal
timun,daun serai,kubis,taugeh

Cara
Masukkan ikan kembung rebus yg telah ditumbuk lumat/mesin dgn bawang merah ,lada hitam & asam keping serta sedikit santan/air.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan yg selebihnya.Kacau sebati sehingga mendidih, kacau jgn bagi berketul kuahnya. tambahkan garam mengikut citarasa.sedia utk dihidang dgn ulam.



Kalau kat kg di Kelantan , laksa lemak juga dihidangkan untuk kenduri kesyukuran..kenduri naik rumah baru dll tp bukan kenduri kahwinlah . Biasa untuk kenduri laksa ditempah terus dari pembuat....beli ikut sukatan pikul...angkat dgn bakul buluh...byk.ikan beli segar dari Tok Bali.

6 comments:

  1. Salam mamasya,
    Saya suka Asam Laksa tapi kalau kuah lemak, saya suka Laksam.

    ReplyDelete
  2. Baru je makan pagi tadi..Ex student bawak sebab dpt result baik stpm.
    Belah2 sini senang nak dapat laksa. Tinggal buat kuah je..

    ReplyDelete
  3. sedapnya laksa ni..pernah mkn tapi tak pernah buat....selalu buat asam laksa jer nk kena cuba lah yg ni pula.

    ReplyDelete
  4. oh laksa..sy x penah laa buat laksa penang ni..bila laa nak buat nih..asik layan laksa sarawak je tekak setakat ni..lenkali leh try nih..nampak sedap jer tu..terliur sungguh!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mamasya...

    Salam ziarah di pagi Jumaat...Aduhai! Mengoda betul Laksa tu...Fav Kak Lin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2