klik Nuffnang

Wednesday, October 19, 2011

Laksa Johor...memikat selera



Assalammualaikum...
Sejak raya lepas nak makan laksa Johor....ingat nak buat masa open house rumah tp memandangkan masa yg terhad nak masak mcm2 jadi tukar buat laksa penang sbb lagi ringkas berbanding laksa Johor. Akhirnya 2 minggu lepas merajinkan diri buat laksa Johor....puas makan kami sekeluarga....dr sarapan sampai dinner mkn laksa.



Inilah resepi laksa yg memikat selera kami sekeluarga, resepi dari K.Zai@ Dapur Impian , t.kasih k.Zai kongsi resepi ni. Pernah buat sebelum ini guna resepi yg sama...mmg sedap...kena dgn selera...anak2pun suka.

Laksa Johor
Sumber; K.Zai@ Dapur Impian
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2 :
2 kotak spaghetti - rebus 1 pkt
Air secukup nya
sedikit garam

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk + sedikit garam dan masukkan spaghetti dan biarkan kembang.
2.Bila dah kembang toskan airnya utk mengelakan ia melekat bolih disiram dgn air paip.
*** tambah sedikit minyak masak utk kurangkan melekat

Bahan kuah:
5 ekor ikan kembung/selar/700gm ikan tenggiri- di rebus dan buang tulang-guna ikan sardin
200 gm udang hidup- buang kulit dan direbus
udang kering- rm2.00
50 gm serbuk kari/agak2 kesesuaian rasa
1 sudu besar jintan manis ,1 sudu besar jintan putih , 2 sudu ketumbar
1 inchi kunyit , 1 inchi halia , 1 inchi lengkuas
4 batang serai ,5 biji bawang kecil, 3 biji bawang putih
sepotong belacan ,2 biji buah keras
4 cawan santan(2 cawan cair/2 cawan pekat) - atau 2 kotak santan kotak(campur dgn air rebusan ikan)
10 tangkai cili kering/ikut kesesuaian rasa - 2 sb cili kering dah blended
2 sudu besar kerisik
Sedikit minyak utk menumis, asam gelugor dan garam secukup rasa

Bahan 2 ulam:
2 btg timun - dibuang empulur dan dimayang bulat
Kacang panjang- jika suka
250 gm taugeh- kalau suka tak perlu dicelur
Daun kesum - dihiris
sedikit daun selasih - dihiris
Limau kasturi
Sambal belacan- cili padi,belacan,garam ditumbuk dan dicampur dgn sedikit air

Cara:
1.Ikan,udang direbus berasingan kemudian dimesin- airnya disimpan utk dicampur dgn kuah
2.Rendam cili kering dlm air panashingga kembang dan dikisar berasingan
3.jintan manis dan putih,ketumbar,bwg putih,bwg merah,udang kering,serai,buah keras,belacan,kunyit,lengkuas,halia dikisar halus.
4.Panaskan sedikit minyak untuk menumis cili kering kisar dan bahan2 lain yg dikisar hingga wangi,masukan serbuk kari sehingga naik baunya.
5.Masukkan isi ikan dan isi udang yg dikisar dan gaul rata,kemudian tuangkan santan,kerisik,asam gelugor dan garam.Kacau hingga mendidih dan pekat dan naik minyak.
6.Sebelum dihidangkan,hias spaghetti dgn ulaman.Hidang bersama kuahnya. Selamat mencuba...



Kuah laksa Johor kena pekat barulah sedap...tambah lagi mkn dgn sambal belacan..perah limau....lagilah memikat selera....

7 comments:

  1. Salam Kak..Ohhh belum pernah lagi dengar laksa Johor..selalu pun dengar mee rebus Johor...Emmm ada masa ni boleh gak cuba

    ReplyDelete
  2. dh lama x wat laksa johor ni..anak akak yg p'puan tu mmg suka dgn laksa ni..tp yg abg2 nya kurang sikit..mereka suka yg bersup plk..

    ReplyDelete
  3. Salam, kak. Feberet kita laksa Johor ni, bertambah2 kalau makan memang berulang2..

    ReplyDelete
  4. Assalam Mamasya,
    laksa johor kegemaranku..mcm skrng je nak buat...tapi tulah malas nak kejekan ikan tu..lenkai Yatie cuba resepi ni ya..tq..terliur je tngk laksa ni...

    ReplyDelete
  5. Mamasya....

    memang teringin sgt nak makan laksa johor 2..3 hari ni..tup2 tgk mamasya dah buat...aduhai!...kalau dekat leh jugak kak cek ngendeng2 barang sepinggan...he he...terasa2 dah kat tekak ni...hu hu...

    ReplyDelete
  6. Mualaikumsalam..akak memang tak pernah buat lagi laksa johor ni padahal suami suka sangat makan.
    Kamu tau tak resepi camner nak buat nasi camtu terutama sambal dia.

    ReplyDelete
  7. sedapnya!! dah lama teringin nak buat laksa johor ni..selalu buat laksa penang jer..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2