klik Nuffnang

Wednesday, September 26, 2012

Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri



Assalammualaikum buat semua.mulanya nak ucapkan terimakasih banyak-banyak buat khairiah khaizu,MaDiHaA a.k.a Ratna,Melly Octaviana,CA ,Chik Att , Marsita yahya, cikgu dZana, Hafizah Mohamad, Zurina , rahel, zila norazila, Shiela , Qasey Honey, Azian Elias, ibundo, Asmah Yusof, Yatie , kak leni, Rohah & mama sara nur yg wish Anniversary dan doakan buat kami berdua....setiap ucapan amatlah dihargai. moga kita semua sentiasa aman bahgia rukun damai rumah tangga. Amin...

Hari ni mama nak kongsi yg cukup menarik dan berguna utk para isteri...
Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri
9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.
1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.(Sumber; Kursus Perkahwinan.Com)

Sekiranya ada adik2 yg baru nak belajar masak...teruskan usaha yg baik itu.tambah skrg mudah sgt nak belajar masak, byk blog yg kongsi resepi utk di cuba, search je resepi apa...berderet2 yg keluar...tinggal pilih yg mana berkenan. wpun masak menu yg mudah, tak mengapa....yg penting kita masak sendiri....air tangan isteri, selain dpt juga menjimatkan perbelanjaan dan makanan yg kita hidangkan sudah pasti halal dan bersih.

Mama masa awal kahwinpun tak pandai masak...tahu sikit2 yg asas sbb bila cuti semester tolong mak di kedai makan.  Tapi lepas kahwin terus terbang ke UK....nak tak nak mmg kena masak sendiri. berbekalkan buku2 resepi...mulalah sikit2 belajar memasak, tambahan di luar negara bahan2 masak amat terhad . Masa itu tiada blog masakan mcm skrg kalau nak rujuk resepi....mmg susah sikit, jadi belajar yg mudah2 dulu.

Kadang2 ikut pergi ke library tempat mr husben belajar...Leeds University utk salin resepi dr suratkhabar Msia...kebetulan ada suratkhabar dr Msia disediakan di situ(dulu2 byk juga resepi yg dikongsi dlm suratkhabar).

Dan thn pertama kahwin ada jemput beberapa famili beraya di rumah kami... adalah masak sikit2 tapi lupa pula apa menu yg dimasak. Bila thn ke 2 ada buat open house utk kawan-kwn Msia.menunya masih ingat iaitu rendang ayam, lemang segera masak dlm oven,dodol microwave, soto nasi dan nasi pilau Pakistan (belajar dg wife tuan rumah org Pakistan)...sayang masa tu tak ambil gambar makanan sbb tak minat sgt bergambar mcm skrg.

Kemudian sikit2 mencuba resepi2 yg berkenan...cuba jaya...ada yg jadi...ada yg tidak...hinggalah ada Fotopages Mamasya dan kini Dapurmamasya...itulah kisahnya, sekadar berkongsi sikit pengalaman yg ada. Jumpa lagi next entry....harap tips yg dikongsikan berguna buat semua & moga semua bahgia selalu......

9 comments:

  1. sangat2 berguna tips2 yang n...hihih....tak sabar nak memasak utk si dia...nani pon baru belajar masak dalam masa 2 tahun ni...sebelum ni asik goren g telur je.

    ReplyDelete
  2. Br berangan nak beli jek juadah utk mlm ni...dah baca ni insaf kejap...rasa tak jadilah nak beli...Sy pun br nak mula memasak...dulu senang MIL dah masakkan...skrg sendiri mau ingat...Mlm td sy sediakan simple shj sambal sardin, ikan goreng & sup cendawan + telur. Janji masak ye kak..

    ReplyDelete
  3. tips menarik tu mama..he hhee kena amalkan:)

    ReplyDelete
  4. setuju sgt2... dengan masakan pun kita boleh pikat hati suami supaya lebih sayangkan kita biarpun kita bukanlah kategori isteri yang lawaaa...(kata utk diri sendirilah ni.. hehe..) mudah2an akan berterusan rajin memasak buat keluarga... insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. kak sya...memang betul sangat2 info ni... walaupun tak berkesempatan lagi nak praktikkannya, tapi alangkah beruntung seorang isteri kalau dapat memasak untuk suami dan keluarga...

    ReplyDelete
  6. Betul tu Mamasya...sokong sangat2...
    Walaupun dpt suami yg super sporting tak lengkap rasanya jika dapur tak berasap....nasib baek la Rahel minat masak2,dapat jugak menghidangkan masakan yg simple buat suami tercinta...

    ReplyDelete
  7. t.kasih mama atas pkongsian tips! btul sgt2...airtgn isteri pengikat kasih syg suami isteri. Lagipun masak di rumah lebih tjamin kebersihan dan kesuciannya...pepun sesekali ubah slera kt luar xsalah kan mama...tu tip suami pikat isteri pulak...eheh...;)

    ReplyDelete
  8. like n agree yg tip mamasya. sy pn selagi sempat tetap msk utk suami n ank2 w.pun mskn simple tp suami mkn bertambah2..

    ReplyDelete
  9. bertuah suami dapat isteri pandai dan rajin masak cam mamasya nih....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2