klik Nuffnang

Thursday, February 14, 2013

Bingka Labu Lemak Tanpa Telur



Assalammualaikum buat semua.
Sunyi sikit blog minggu ni sbb ramai yg bercuti pjgkan.....moga semua ceria bercuti bersama keluarga tersayang. Wpun tak kemana2...mama tak dpt nak update blog cepat sbb talian internet di rumah perlahan sgt minggu ini.....lama nak tunggu blog keluar gambar dan upload....itu yg buat malas nak ngadap blog.
Tapi utk entry hari ni....ringkas saja.. nak kongsi kuih iaitu Bingka Labu Lemak Tanpa Telur. Bingka ini dah lama buat utk potluck....dah lupa utk acara apa. Wpun pernah beberapa kali buat bingka labu sebelum ini, teringin pula nak mencuba resepi dr MYR ni sbb tidak mengunakan telur....namun tetap lemak terasa. Jom tengok resepinya...

Bingka Labu Lemak Tanpa Telur
Sumber; MYR (K.Fida)
oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc atau 2 biji acuan pecah 8 )
250 g labu - tanpa kulit, direbus
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan susu cair/sejat
1 sb susu manis
1/2 sk garam
1 cawan tepung gandum
1 sb mentega/majerin
sedikit pewarna kuning (akak tak bubuh)

Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 dalam blender dan kisar halus.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega/majerin/minyak
Bakar pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
Sejukkan bingka,potong kecil dan boleh dihidangkan.
Dengan resipi yang sama,labu boleh diganti dengan kentang,keledek kuning,merah/oren atau ungu dengan kuantiti yang sama... :)

8 comments:

  1. rasa mcm pernah dah buat bingka tanpa telur ni.. mmg sedap ni..

    ReplyDelete
  2. kegemaranku bingka labu ni Mamasya....terasa lemak manisnya...

    ReplyDelete
  3. salam mama,
    lama dh x mkn bingka..biasa beli jew yg biasa..nak buat malas pulak kak..

    ReplyDelete
  4. salam Mamasya.. akak tak pernah buat buat bingka sbb tkda permintaan dari anak2 hee, kalau ada request baru lah akak bersilat kat dapur,,,

    jubah tu dah try cantik bangat tapi labuh lah mamasya biasa lah kak noor ni ketot je hahaa belum alter lagi nak tunjuk kt mamasya

    ReplyDelete
  5. Salam singah dan knjung bls Mama...mksih ye sdi tngalkan komen pda n3 thun lepas tu...bru nk blajar blog wlking blik ni...huhuu...lama dh xbuat kuih trdsional ni..npak sdpp je..

    ReplyDelete
  6. Suka makan bingka labu! Tapi belum pernah buat yang tak bubuh telur... apa pun memang sedap tu Mamasya sebab bahan-bahan lain tu termasuk santan dah cukup berlemak!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya bingka labu...suka sgt. Kalau malas buat sy beli jek.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2