klik Nuffnang

Monday, October 21, 2013

Puding Tembikai sedap dan menarik



Aslmkum buat semua.moga pengunjung dapurmamasya sihat2 belaka.Tkasih buat yg tinggalkan komen...ada yg belum sempat mama buat kunjungan balas.
Mama baru lapang hari ni nak update blog.....sbb sejak raya sibuk dg pelbagai perkara spt majlis korban dan acara mkn-makan. Dan acara mkn terbaru adalah di rumah kelmarin.....nantilah mama citer kemudian, masih pilih gambar....byk sgt gambar.
Sementara mama nak pilih gambar, mari jamu mata dg salah satu desert yg disediakan utk tetamu kelmarin iaitu puding tembikai. Selain puding tembikai ada lagi desert lain...nanti akn kongsi kemudian.
Puding tembikai ni mama decide buat last minit, sbg tambahan desert yg ada....tambahan pula masih ada stok agar2 tali. Dah lama berkenan nak membuatnya, bila tengok ramai dah mencuba.


Selepas selesai masak sebah menu yg lain, barulah mama buat puding ini. Mulanya ingat tak menjadi sbb lupa nak biarkan bgh merah sejuk sikit, mama terus tuang atas putih...nampak mcm dah sikit bercampur warna. esoknya masa potong tak sabar tunggu hasilnya....ok atau tidak...dan bila tengok, puas hati sbb menjadi lapisannya, hanya ada sikit bgh putih yg bercampur. Dptlah hidangkan puding tembikai buat tetamu.Puding Tembikai ini tak letak bijipun. Utk Resepi copy dari Lyne Myr , tkasih Lyne dan juga tkasih buat empunya asal resepi ni.

Puding Tembikai
Sumber; Lyne @ Myr
Oleh; Dapur mamasya

Bahan-bahan ( Loyang 4 segi 7 inci )- mama guna loyang 7 inc x10 inc
1 paket agar-agar tali (15-20gm)- guna 20 gm
4 keping roti gardenia*
1 3/4 cawan susu cair*
6 cawan air
1 cawan susu pekat*
1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan jadi 1 cwn sbb terlalu manis)
2 sudu besar mentega
sedikit esen vanilla
Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih (opional utk biji tembikai..tak letak pun x pe)

Cara-cara
Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) Saya Agak2 je ketebalan kulit tembikai ni. Biar keras sedikit.
Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.


Puding Tembikai sedap dan menarik....patutlah dah ramai mencuba. mmg yummy tambah mkn yg sejuk. tetamupun suka puding ni....licin semalam..... lain kali boleh buat lagi.

8 comments:

  1. waa... nampak sedap la... boleh cuba ni. Kalau sudi singgah la blog saya ye mamasya :) http://sweetlittlecastle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    em, cantiknya pudding tembikai tu kak..teringin juga nak cuba buat bila ada masa nanti..

    ReplyDelete
  3. lama teringin nak cuba tp belum terbuat2 sampai la ni...

    ReplyDelete
  4. mesti try puding tembikai ni..blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tgk....cantik jer kejadiannya...

    ReplyDelete
  6. Asalam Mamasya...tembikai mesir lah ni ye....yummy ymmy..mai sepotong!!!

    ReplyDelete
  7. Assalam
    Cantik kalernya terang dan menarik
    Lama gak x mkn ni he he suatu ketika popular. Puding tembikai ni kan mamasya

    ReplyDelete
  8. Mesti dicuba ni...sy smpn dulu resepinya mama...:-)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2