klik Nuffnang

Tuesday, October 26, 2010

Puding Cocktail



Semua jenis puding mmg favorit...apatah lagi mkn sejuk2. Puding cocktail ni buat masa Ramadan lalu...baru sempat update hari ini.
Puding cocktail kali ni campur dengan nata de coco....asalnya makan gitu, ni letak susu cair ..tabur dgn hiasan coklat rice...yummm....



Resepi asal k.liza...t.kasih K.Liza kongsi resepi, harap k.liza tak marah sbb ubahsuai sikit resepi campur agar2 dgn tpg kastad.

Puding Cocktail

bahan

10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air buah campur dlm tin...
1 tin buah campur [untuk hiasan]

nota dapur mama;
guna 20 gm agar2 biasa/tali + 3 sudu besar tepung kastad
selain buah campur tambah nata ta de coco

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
**3. Tutup api. Masukkan air buah campur dalam tin dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah campur yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....
kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah campur saja.

**Nota dapur mama;
Selepas langkah 2 , langkah
3. kacau tpg kastad dengan susu hingga kastad larut dan tapiskan ke dalam periuk yg ada agar-agar.Masukkan air buah campur dalam periuk. Kacau atas api sederhana dan biarkan sedikit pekat.Sambung langkah 4 di atas.
Jika suka makan dengan susu cair spt puding berkuah.



Puding cocktail ni buat dulu.. dari Fp mamasya.puding ni nampak kuning sikit.

Monday, October 25, 2010

Sup Tulang Siam Sedap


Gambar dari fotopages mamasya

Sejak mencuba sup tulang siam di dapur lama spt gambar di atas....selalu masak sup tulang guna resepi ini sbb menepati citarasa kami sekeluarga. Anak-anak mmg suka sup tulang....selain makan dengan nasi...kdg2 mrk makan dgn mee...buat mee sup.

Beberapa minggu lepas buat lagi sup tulang siam...tp kali ni tak letak cili padi sbb kehabisan stok.Sup tulang...hirup kuah panas2...sedappppp...


Sup tulang siam yg dimasak beberapa minggu lepas..

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot...tk tuanpunya resepi ....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.

Saturday, October 23, 2010

Masak Lemak Ketam

Sebahagian dari ketam masak mee udang&ketam (seperti entry kat bawah) buat masak lemak. Suka masak lemak kuning gini....



Masak Lemak Ketam

Bahan

1/2 kg ketam-potong 2
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup - kalau kuah kurang kuning tambah sikit kunyit serbuk
*4 biji bawang merah
* 2 sudu besar cili kering yg diblended/cili segar pun boleh
*1 inci halia
1 btg serai diketok
1 pkt santan - sederhana pekat
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
3 biji buah tomato - potong 4
2 biji cili hijau
Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan ketam, asam keping, garam.
4.Kacau hingga mendidih dan hingga ketam masak.Masukkan cili hijau dan tomato..kacau kejap..siap utk dimakan.

Friday, October 22, 2010

Syakirah .... buah hati mama



Stop jap citer pasal makan-makan..nak kongsi gambar anak dara mama....Syakirah Aeda..masuk bulan ni dah 1 thn 4 bulan usia. Skrg ni..Syakirah bila minta posing ....mula2nya eloklah duduk diam....tp kalau lambat sikit, dia berlari dtg nak tengok gambarnya di kamera.
Syakirah kalau merajuk...mulalah guling atas lantai...tp kejap je guling2..tak sempat pujukpun dia dah bangun.Satu lagi kalau dilarang atau dia marah tak dpt apa yg dia nak, dia akan jerit sebut nama mama..tak kira dia marah dgn sapa...konon2 nak ngadu dgn mamalah tu...tp dgn mamapun dia jerit nama mama jugak...



Ni gambar masa nak keluar beraya hari tu...



Gambar masa nak keluar jln2...serba pink.Syakirah diri tegak macam nyanyi lagu negara ku lak...



Syakirah dgn abg no 3, Syafiq.Kalau abg2 main kat tingkat atas...Syakirah sorang di bawah...dia akan panggil abgnya turun...nak main sama...



Gambar minggu lepas...Syakirah main air dpn rumah....pantang nampak air..



Dah Syakirah main air...nanti basah baju..mari masuk rumah..



Syakirah masa 6 bulan...mama baru jumpa gambar ni..



Syakirah dgn abg no 4, Syazrin.....Syazrin paling rapat dgn Syakirah...mlm sebelum tidur, Syazrin akan cium Syakirah dulu...Syazrin selalu sebut sayang Syakirah..

Ni pula gambar masa bulan Ramadan yg baru lalu...pertama kali bawa Syakirah ke saloon..salonn dkt rumah..nak potong sikit rambutnya.Tuan kedai tanya nak riba ke..tak payah..tengok reaksi Syakirah camna dulu..ok ke tak kalau dia duduk sorang2 atas kerusi...

Tengok camna aksinya...



pejam mata dulu....nak nangis ke tidak ni....



ok...tak nangispun..bukannya sakit..



Lega dah selesai...misi potong rambut dah tamat.

Thursday, October 21, 2010

Mee Udang&Ketam



Assalammualaikum semua.....dah makan ke? Kalau belum jemput jamu mata dengan mee udang & ketam yg dimasak pagi ni. Maklumlah hari ni Melaka cuti.. 'seronok-seronok boleh xtvt macam2 di rumah' ...

Jadi awal2 pagi tadi dah kelentang kelentung siapkan mee udang&ketam buat sarapan pagi kami sekeluarga.
Masa open houase kat rumah hari tu buat mee udang juga tp tak letak ketam. Masa kat Brunei masak mee udang letak ketam...maklumlah ketam kat senang senang dpt..kat pasar selalu ada jual yg fresh. Cuma kat sini sesekali je ada di pasar....bila jumpa yg segar terus beli...


Mee Udang
Sumber : Che Iza @ Myresepi
(Resepi asal guna udang saja)

Bahan-bahan ( 3-4 org )
* 1/kg mee kuning - lebih 1 kg
* 300 gm udang saiz L@apa2 saiz-campur udang dgn ketam dlm 500 gm
* 4 sb lada boh / lada giling
* *4 ulas bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1 sb udang kering- letak 2 sb
* *1/2 inci halia
* 1 sb petis
* 3 sb sos tomato-lebihkan sos
* 1 sb sos cili
* keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-letak 1 ketul ubi keledek
* gula n garam
* taugeh n sawi
* daun bawang n bawang goreng,
**tambah telur rebus,tauhu goreng & limau nipis

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
**ketam direbus juga dan asingkan air rebusan.
2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda **... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3. Masukkan air rebusan udang&ketam biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos.
6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....
**tambah sikit step 5; bila dah letak ubi keledek rebus lagi kuah till mendidih. perlahankan api masukkan terus udang dan ketam...biar rasa kuah lagi mesra dgn rasa udang dan ketam...reneh sekejap aja.boleh dihidang.

Nota dapur mama;
1.Kalau ubi keledek berketul2 dlm kuah,ceduk ubi keledek dgn kuah dan masukkan dlm blender.blender sampai ubi dah hancur.
2. Udang dan ketam yg dah direbus, mama letak je dlm kuah bila kuah dah pekat dan hampir masak..senang ceduk sekali dgn kuah bila nak makan.


Kuah mee udang pekat sikit sbb letak ubi keledek....

Tuesday, October 19, 2010

Puding Triffles

Sebab patah hati dengan kek lapis (spt entry kat bawah), maka ubahsuai kek tersebut...tarrar..nilah hasil nya...bertukar rupa jadi Puding Triffles. Kek lapis menggantikan kek gulung.
'
Apa-apapun triffles ni sedap, apatah lagi mkn sejuk-sejuk....' pujuk hati yg kecewa dek kek lapis tak menjadi'....





Sebenarnya dah lama nak buat triffles bukannya susah sgt tp asyik bertangguh....
Cari resepi yang mudah ..bahan2 dah ada di rumah..

Puding trifle
Sumber ;MYR

Bahan-bahan ( 5-7 )

* 1 tin susu cair
* 1 sd besar gula
* 4 sd besar tepung kastard
* 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard - (400 ml)
* ½ biji kek gulung sederhana saiznya - guna kek lapis
* 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
* 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
* 1 mangkuk air panas

Cara-cara

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.-guna 1/3 buah2 shj
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Nota dapur;
mama buat step 5 baru step 4. letak kastad dulu barulah buah atas kastad.



Selain makan di rumah....bagi triffles ni kat sepupu semasa pergi jumpa beliau di bandar dan bawa juga beberapa potong untuk kawan ofis merasa.

Melapis



Satu hari...bila kerajinan melanda..semangat berkobar2 nak baking kek..mulalah mengodek bahan-bahan....konon2 nak cuba buat kek lapis tembikai...nengok gambar dlm resepi cun sgt...

Sudah beberapa ketika...mengadap oven...selapis demi selapis kek dibakar..tabur pula coklat chips.., 2/3 bakar dalam loyang sederhana saiz...1/3 lagi bakar dlm loyang kecik..rancangnya nak buat 2 corak. tak terasa masa berlalu.....bila kek siap..tak sabar nak potong.....kena tunggu dulu kek sejuk.




Tapi bila dipotong...bila dimakan...kek tak menepati citarasa ...kek tak lembut sangat seperti yang sepatutnya dan kek tak berapa cun rupa parasnya......nasib baik resepi guna 10 biji telur. kalau 20 biji telur mahu nangis dibuatnya.....

Resepi dah betul... mungkin kesilapan masa mengodek ....nampaknya kena cuba lagi...tapi tunggulah bila kerajinan melanda semula.......skrg tengah patah hati dengan kek lapis ni....



loyang 1/3 nilah hasilnya...



Bila kek tak menepati kehendak hati, mulalah ubahsuai jadi makanan lain...

Sunday, October 17, 2010

Iklan Jap...Homestay di K.Trg

Iklan jap...nak promote homestay adik ipar yang terletak di Jalan Kamaruddin, bandar Kuala Trengganu. Rumah teres 2 tingkat yg luas ini sesuai untuk dijadikan penginapan beramai-ramai semasa bercuti mahupun menghadiri kenduri di Trengganu kerana hanya ;

1 km dari Pantai Batu Buruk
1 km dari Hospital Besar Nur Zahirah
5 km dari Pasar Kedai Payang
5 km dari Taman Tamadun Islam /Masjid Kristal
5 km Masjid Terapung Kuala Ibai

Rumah ini baru dengan deco moden amat selesa kerana ruang tamu dan porch yg luas. Ada 4 bilik tidur dan 3 tandas. Bilik utama ada air-cond.
Kadar sewaan sebuah rumah utk 2 hari 1 mlm adalah RM350.
Jika berminta sila hubungi pemilik homestay ini;

Pn Rina ; 019-9522975
En Suzaiman ; 019-6508616




Porch yang luas...



Ruang tamu moden ..
.


bilik tidur utama yang luas...



suka langsir dan lampu tu..



bilik tidur ke 2..



bilik tidur 3..



bilik tidur 4..



dining area



model sambilan ....



posing ramai-ramai...

Pemilik homestay juga memiliki butik pengantin ; Drs Anggun Butik Pengantin yg terletak di dlm bandar K.Trg. Bagi yg berminat utk buat facial dan make-up juga boleh hubungi beliau.
Kat bawah ni gambar Drs Anggun Butik Pengantin . Nanti ada kesempatan bila balik cuti ambil gambar terkini butik beliau. Letak dulu gambar yg pernah di tayang kat dapur lama.









Friday, October 15, 2010

Roti John Mama




Roti John ni buat masa bulan Syawal yg baru berlalu utk bawa ke office...jamu kawan2. Masa open house di rumah, beli roti utk buat roti john tp tak sempat nak buat...jadi buat juga selepas open house dan bawa ke office.
Anak2 pula mmg suka roti John..tapi jarang beli..nak mkn buat aje sendiri sbb mudah. Bila buat sendiri letaklah macam-macam....sosej, salad dan tomato...ikut citarasa...



Roti John Mama

bahan;
Roti hot dog secukupnya/roti burgerpun boleh-belah tgh
3 keping daging burger dicincang/daging cincang
2 btg sosej-potong tipis
1/3 labu bawang besar
5 biji telur - boleh tambah
1 btg daun bawang-potong pendek
serbuk lada hitam,garam, minyak
sos tomato/cili , mayonis
Jika suka boleh letak salad,timun dan buah tomato

Cara
1.Tumis bawang besar, bila bawang layu masukkan daging. Goreng sampai separuh masak, masukkan sosej.
2. Masukkan lada hitam (anggaran 1/2 st) dan garam secukup rasa.Goreng lagi sampai masak.tutup api dan ketepikan.
3.Pukul telur, campur dgn sikit garam,1/3 st lada hitam dan daun bawang...campur semuanya dlm bekas yg lain.
4. Masukkan daging dlm campuran telur tadi, kacau.
5.Panaskan kuali, letak sikit minyak. curahkan adunan daging dgn telur memanjang ikut bentuk roti. biarkan sekejap...baru letak roti yg bah bawah.
6.Goreng telur sampai masak. angkat roti yg dah bersalut telur...
7.Paipkan sos tomato/cili dan mayonis .Jika suka letakkan sayur2 .



siap paipkan mayonis dan sos...

Wednesday, October 13, 2010

Kuih Siput



Ada lagi citer raya tp ni ttg kuih siput yg buat sebelum raya dan selepas raya.Buat sebelum raya habis utk mkn2 di rumah dan bawa balik kg. Buat lagi lepas balik beraya dari kg utk mkn2 di rumah...sedap ngunyah sambil nengok tv.
Kali akhir buat kuih siput masak zaman sekolah dulu2...pakat dgn kwn kat kg buat sama2 masa bulan Ramadan utk kuih raya.Teringat masa tu punyalah lama nak siapkan sbb tak pandai gentel siput...kwn pulak nak buat siput kecik2....seharian dok gentel siput ...kenangan betul....

Resepi kuih siput ni copy dari dapur SL...terimakasih SL.

Kuih Siput
sumber; Blog sweetlillykitchen

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
250gm butter - campur marjerin
1 biji telur
segenggam udang kering }
*1 sudu makan jintan } di kisar
*1/2 sudu makan ketumbar }
*2 ulas bawang putih }
*2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk lada - kalau suka pedas tambah lagi
secubit garam + pak Aji (x letak)
1 kotak santan
beberapa tangkai daun kari

*** nota dapur;
bahan2 ni mamasya tambah 2x ganda nak bagi rasa lebih rempah

Cara membuatnya:
- Satukan butter dan tepung. buat seperti serbuk roti. kemudian masukkan telur. gaul lagi.
- Masuk kesemua bahan kecuali santan dan daun kari. gaul rata.
- Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
- Kalau tak jadi doh jugak... Tambah lagi sedikit air.. Yang penting sampai jadi doh. jangan terlalu lembik
- Kemudian ambil secubit adunan.. lenyekkan di papan kuih siput.
- Buat sampai habis.. kemudian goreng bersama daun kari hingga keperang perangan.
- Angkat dan Sejukkan. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

Tuesday, October 12, 2010

Laksa Penang



Untuk pot luck raya di opis Jumaat yg baru lepas...spt entry di bawah,bawa laksa penang.Masak sebelah mlmnya...buat sarapan kami sekeluarga sebelah paginya dan sebahagian utk jamuan raya di opis.
Buat laksa penang sbb kebanyakan bahan mmg dah ada di rumah kecuali bunga kantan... ptg rabu sebelumnya ke pasar mlm berdekatan rumah cari bunga kantan..kebetulan ada dijual...segar2...jadilah masak laksa penang.

Laksa Penang

Bahan-Bahan:
1 pkt laksa -(kalau guna laksa kering seeloknya rendam laksa satu malam dan dicelur esoknya . laksa akan mudah lembut)
1/2 kg ikan kembung/selayang - kuah lagi sedap jika guna ikan selayang
6 biji bawang merah
1 batang bunga kantan (dibelah empat)
3-4 keping asam gelugur
1 sudu makan belacan yg telah dibakar/goreng tanpa minyak
4-5 sudu makan cili kering (buang biji) yg telah siap dimesin (boleh tambah kalau mahu pedas)/boleh campur dengan cili boh utk bagi kuah lebih merah
1 tangkai daun kesum
1/2 labu bawang besar (dihiris)
air secukupnya
Garam secukup rasa

Ulam
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)/kubispun boleh
1/2 labu bawang besar (dihiris)
4 biji telur rebus
5 biji limau
cili besar/cili padi


Cara:

Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping hingga masak. asingkan tulangnya dgn ikan.simpan tulang ikan; kisar dan tapis. Blender ikan dengan belacan dan bawang merah hingga halus.Masukkan bahan kisar dlm periuk,air tulang ikan, asam keping dan cili kering tadi, masak hingga mendidih. Tambahkan air dan biarkan mendidih, masukkan bawang besar, bunga kantan, daun kesum dan garam. Biarkan mendidih dgn api sed perlahan selama 30 minit. Lagi lama dipanaskan lagi sedap..sbb bahan2 mesra. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas2 , letakkan ulam-ulaman.dah siap utk dimakan..






Laksa penang utk pot luck raya opis...

Klik Nuffnang2