klik Nuffnang

Monday, April 11, 2011

Menyusuri Sungai Melaka



Slmt berhujung minggu semua...apa aktiviti teman-teman cuti hujung minggu ni? Bercerita ttg aktiviti hujung minggu, nak kongsi kisah beberapa minggu lepas...kami sekeluarga menyusuri Sungai Melaka. Kali akhir kami sekeluarga naik bot masa abg sulong umur 3 thn...abg no dlm 8 bulan rasanya...tulah dah lama dulu..kira2 10 thn lepas. Kali ni baru berkesempatan semula bawa anak-anak naik bot.
Mama pula kali akhir naik bot ni thn lepas...naik waktu mlm bersama-sama kwn sepejabat.



Masa naik dulu, sg Melaka ni berbau kali ni tidak...botpun lapang dan selesa..



Ni pintu gerbang menghala ke Taman Rempah...replika tengkolok besar. Kami naik bot ikut Taman Rempah sbb senang nak parking di situ.



Posing dulu sebelum menaiki bot





Layan gambar-gambar sepanjang sungai...cantik view sepanjang sungai.Melepasi pemandangan belakang bangunan yag telah dicat cantik, Kg Morten dan lain-lain. Kalau mlm cantik bermacam2 lampu sepanjang sungai ini.



Tiket dewasa RM10, manakala kanak-kanak RM5....



Setiap jambatan ada nama masing-masing..











bangunan serba putih...menarik sekali





Dari jauh nampak Menara Taming Sari



Tu monorail Melaka... bakal beroperasi pusing-pusing bandar.station nya di Taman Rempah.



Melepasi Kampung Morten...kampung yg menarik dgn rumah2 traditional..






gambar pahlawan dulu-dulu di dinding bangunan...





lagi gambar bangunan serba putih...



kincir angin..



Kepada yg dtg ke Melaka...rugi kalau tak naik bot....boleh tengok pemandangan yang menarik sepanjang laluan.



Nanti ada kesempatan kita naik bot lagi.

Saturday, April 9, 2011

Award dari teman



Terimakasih buat Mamafami ,
sue dan noorsha yang sudi bagi one lovely award ...kecil tapak tangan... dulang saya tadahkan.Bab gantung award mmg suka tp bab nak jawap soalan tu...lambat sikit..

Here are rules to abide accepting this award :
1. Post linking back to the person that gave you the award, ni linknya;

Mamafami
sue
noorsha

2. Berkongsi apa jua mengenai diri dengan semua;

1. Mama kepada 4 putera dan 1 puteri.
2. Suka menghias rumah dgn bunga2 dan hiasan . tak suka tengok rumah bersepah-sepah...kalau anak2 buat sepah..suruh mrk kemaskan sendiri.semua kena kemas sendiri...Syakirahpun dah kena suruh...
3.Kalau kelapangan suka mencuba resepi baru...bila keluarga suka akan ulang masak lagi.kalau tak cukup sekali....
4. Tak suka manjakan anak-anak dgn mainan, tp kalau mrk nak beli mainan...mrk kena kumpul duit sendiri, jimat duit belanja sekolah..ke sekolah kena bawa bekal
5.Kalau kelapangan suka bawa anak jalan-jalan...bercuti...
6.Hobi...dulu zmn sek suka baca novel.skrg suka baca majalah dan buku2 resepi

itu aje kut...kering idea.....

3. Award 15 recently discovered blogs
nak kongsi dgn kawan2 yg singgah diblog ini...

Friday, April 8, 2011

Kek Oren Warna-warni



Kek oren ni dah buat lama...masa awal cuti sek hari tu. Buah oren ni kwn dtg rumah bawa sbg buah tangan....kalau beli sendiri mmg jarang sbb tak suka masamnya itu...kalau buat jus tu minumlah juga.Bila ada buah oren terfikir nak buat apa selain jus.....mkn gitu hanya anak no 3 & 4 saja yg suka.



Cari-cari resepi nak buat kek oren...berkenan dgn resepi di Fp k.Liza...ada kelainan resepi ni sbb guna tpg kastad.

Kek Oren Warna-warni
Sumber; fp K.Liza

Bahan
1 cawan butter
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1/2 cawan jus oren [ 1 biji limau sunkist]
1 s/b kulit limau parut
1 cawan tepung naik sendiri ] ayakkan
1 cawan tepung kastad ]
1 s/k coklat paste/emulco
pewarna merah

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul rata.
3. Masukkan parutan kulit limau dan jus oren. Gaulkan rata.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastad. Gaulkan rata.
5. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
6. Masukkan coklat pats/emulco dalam 1 mangkuk. Gaulkan rata.
7. Masukkan pewarna merah dalam 1 mangkuk lagi. Gaulkan rata juga.
8. Masukkan adunan warna asal dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
9. Masukkan warna koko dan diikuti dengan warna merah.
10. Masakkan dlam oven dengan suhu 180'C selama 45 - 50 minit.
11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.



Harum bau kek oren bila bawa keluar dari oven....



Kek ni buat belang-belang tp bila masak bercampur aduk warnanya...mungkin penggunaan tpg kastad tak sesuai nak buat belang-belang..maka terhasillah kek oren warna-warni.

Choc moist cake lagi....



Sibuk sikit beberapa hari ni dgn macam-macam hal. Baru sempat update blog...
Entry kali ni ttg kek coklat moist yg dibuat 2-3 minggu lepas sbg buah tangan utk sil yg dtg dr KL atas urusan kerja.Buat 1 1/2 adunan utk 2 biji kek...satu utk buat mkn di rumah.



Kek cho moist ni guna resepi yang sama dgn resepi sebelum ini, sbb bahannya dah siap ada di rumah dan sukatanpun mudah guna cawan.
Untuk resepi boleh klik di sini. Adunan kek ni mmg cair, jadi memerlukan masa yg lama sedikit untuk masak.



Kalau topping atas kek selalu guna resepi ni..mudah dan elok je manisnya, asal dr Fp K.Liza
Coklat topping
1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.

Tuesday, April 5, 2011

Ayam Bakar Mandhi



Sambung resepi ayam bakar yang dimakan dgn nasi mandhi spt entry semalam.Ayam bakar ni mmg set dgn nasi mandhi. Bakar seekor..potong 4...rajin sikit buat ayam bakar sbb perap je..pastu masuk oven.



Set nasi mandhi dgn ayam bakar ni kena mkn dgn sambal dan ulam-ulaman..barulah tambah sedapppp.Kalau suka boleh perah lemon yg dibakar tu atas ayam...

Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.

Sos/Sambal:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.



Ayam disusun dalam dulang..kemudian dibalut dlm aluminium foil,bakar dlm oven.



dah masak....panas-panas keluar dari oven...



Anak-anak bila tengok menu ayam bakar suka betul mereka...ada yg berebut kepak.. peha....

Monday, April 4, 2011

Menu dinner Nasi Mandhi



Menu dinner kami sekeluarga semalam...makanan ala-ala Arab..set nasi Mandhi dgn ayam bakar,sambal dan ulam-ulaman.
Pernah tayang di Fotopages sebelum ini. Dah lama tak buat sejak balik sini..terasa nak makan...semalam cuti sempatlah masak-masak utk makan keluarga.



Tapi bahan untuk nasi tak cukup sbb tak ada minyak sapi.Ingatkan masih ada satu tin...cari-cari dalam kabinet, lupa yg dah digunakan sebelum ini. Oleh kerana nak masak juga, ganti dgn butter.Guna minyak sapi lagi sedap rasa nasi ni berbanding dgn butter.

Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Nota dapur Mamasya
*tak buat langkah 3 ni .utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.



bahan-bahan nasi Mandhi ni ringkas macam nasi minyak tapi tak guna susu....kismis ditumis sekali dgn rempah..



Untuk resepi ayam bakar boleh klik sini.jemput jamu mata dulu tp ayam tu dah tinggal tulang...

Saturday, April 2, 2011

Ayam Madu Sticky



Selamat berhujung minggu buat semua. Entry kali ni nak tayang lauk ayam . Masakan ayam lagi.....anak2 suka lauk ayam berbanding lauk lain jadi asyik-asyik menu ayam yg tayang di blog. Oleh kerana anak-anak suka ayam yg letak madu...manis2 , jadi cuba resepi Ayam Madu Sticky dari dapur Hana pula.

AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com ,t.kasih Hana kongsi resepi.

Bahan-bahan

* 1/2 ekor ayam - potong kecil
* 2 inci halia muda - parut
* 5 ulas bawang putih - ketuk
* 2 sudu besar kicap pekat manis
* 1 sudu besar sos tiram
* 2sk maggi seasoning @ sos ikan
* 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
* 3-4 sudu besar madu
* 1/2 sk lada hitam
* 1/4 cawan air
* garam jika perlu

Cara-cara

* Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
* Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
* Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
* Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.



Anak-anak kalau ayam letak madu gini , meratahlah mereka......kejap je sepinggan licin....

Friday, April 1, 2011

JJCM ; Perhentian Kuih Kampung di Bdr Melaka



Entry makan kali ni nak berkongsi tempat makan yg baru kami singgah hari sabtu lepas iaitu Perhentian Kuih Kampung yg terletak di jln Ujung Pasir di Bdr Melaka. Jumpa info ttg restoren ini masa goggle di internet ttg tempat makan di Melaka.



Tertarik dengan nama restoren ini..Perhentian Kuih Kampung...itu yg pergi cari.Dah 2x pusing tak jumpa,akhirnya tanya dgn org cina jual durian tepi jalan...penjual tu tunjukkan tempatnya...rupanya kami dah dkt situ...selang beberapa kedai je.



Sesuai dgn nama restoren ini ..Perhentian Kuih Kampung, ianya menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih kampung. Harga kuih ikut jenis.Ada 3 kpg RM1...ada 40sen dan 70 sen sekeping.Pulut kuning dgn rendangpun ada dijual.



Kami pergi sebelah ptg. masa mula2 sampai kuih dah separuh je yg tinggal, tak lama kemudian sampai lagi macam-macam kuih. Ramai pengunjung restoren ni...org Cinapun ramai yang singgah utk menikmati kuih-muih kampung dan pelbagai makanan di situ.



Ni bahagian kuih goreng dan kuih moden...paupun ada.



bahagian ni juga ada jual popia,cucur udang,rojak dan tauhu sumbat.



Mihun dan mee yg dah siap bungkus ,RM 1 bungkus.



Selain kuih muih, Perhentian Kuih Kampung juga ada menjual set asam pedas....Asam Pedas P.Man dgn plihan pelbagai ikan, menu goreng-goreng, makanan panas dan nasi ayam. Tapi masa kami sampai semua menu nasi dah habis.



deko ringkas tp menarik...hiasan tikar mengkuang di bahagian atas



order ABC dg kuih lepat pisang dan pulut lepa, tak order makanan berat sbb masih kenyang makan kenduri belah tgh harinya. Jadi tak boleh nak komen makanan lain sedap ke tidak....kena cuba lain kali.



hadapan restoren...pengunjung mmg tak putus-putus..keluar masuk restoren ini.hiasan dpn kedai atap nipah...ala-ala kg.



Perhentian Kuih Kampung ni terletak di jalan Ujung Pasir yg menghala ke Bandar dan berdekatan Hotel Arenna De Luxe Hotel..bangunan putih tu Hotel Arena

Klik Nuffnang2