klik Nuffnang

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Dikesempatan ini mamasya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ...sanak saudara,sahabat handai,rakan setugas ,sahabat alam maya dan jua pengunjung dapur mamasya tidak kira walau dimana berada jauh dan dekat...
Moga lebaran kali ini dapat diraikan dengan kegembiraan dan kesyukuran bersama orang-orang tersayang.Maaf zahir batin jika ada salah silap .




Kami sekeluarga akan pulang beraya di kg....Trg dan Kel pada 8 September...jumpa lagi selepas hari raya.Kepada yg pulang ke kg...selamat pulang....slmt bertemu sanak saudara tersayang...berhati-hati memandu.

Monday, September 6, 2010

Truffle Chocolate Cookies



Biskut raya thn ni buat byk sikit sbb nak bawa balik Trg dan Kelantan...dah 3 thn tak buat biskut raya utk keluarga di kg. Sebahagian utk anak2 mkn sebelum raya.

Biskut terakhir yg dimake-up...Truffle Chocolate Cookies...letak inti coklat chips...anak-anakpun suka biskut ni. Ada drizzle dgn coklat putih..ada tabur badam cincang..cho rice..biar nampak comeii lote..


Truffle Chocolate Cookies
Sumber ; resipicitarasawan.blogspot....t.kasih kak Wan..

Bahan A
160gm mentega
1/8 tsp esen vanila
60gm gula ising

Bahan B
180gm tepung gandum
15gm serbuk koko
40gm tepung jagung
50gm kacang tanah di kisar halus
1/8 tsp baking powder

Bahan C - Hazelnut atau chocolate chips untuk isian dalam doh.- inti guna cho chip

Hiasan : Coklat masakan, hazelnut/kacang tanah cincang, cawan kertas.

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil 1 sudu teh doh, masukkan hazelnut dan bulatkan kembali.
2. Susun dalam loyang pembakar yang telah di gris dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau keperangan.
3. Sejukkan dahulu dan celup biskut ke dalam coklat masakan cair, masukkan ke dalam cawan kertas, tabur dengan bahan hiasan atau yang di sukai.

*** Adunan yang dicampur serbuk kekacang biasanya agak kering selepas 2 jam, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.



Sunday, September 5, 2010

Pandan Green Lace Cookies / Biskut Samperit Pandan



Seterusnya biskut yg dimake-up...Biskut Samperit Pandan....make-up ringkas saja ... pakai lipstick putih..hias manik2. Biskut Samperit Pandan ni buat minggu lepas...berkenan dgn warna hijaunya itu....

Pandan Green Lace Cookies / Biskut Samperit Pandan
Sumber ; resipicitarasawan.blogspot....t.kasih kak Wan..

Bahan A (100 kpg)
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard

Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.

Cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
5. Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.-ni tindih 2

Biskut Almond Sweeties




Semlm sabtu, seharian dok make-up biskut raya.... lega dah siap semuanya termasuklah Biskut Almond Sweeties...ni biskut yg bergentel dlm entry tat gulung di bawah tu.Biskut dah siap make-up..pakaikan baju raya barulah boleh posing. Thn lepaspun buat almond sweeties..make up pun sama thn lepas cuma lain kaler baju. Buat biskut almond sweeties menggantikan biskut almond london...sbbnya anak2 kalau mkn almond london...almond tu bagi mama mkn...takpun diorg buang...rugi..tulll..tu yg dah tak buat almond london.

Biskut Almond Sweeties
sumber ; Fp k.Liza

Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Friday, September 3, 2010

Rich Choc Pudding



Biskut raya belum sempat make-up...tak boleh posing lagi. Jadi tayang puding coklat yg cukup yummy ni..tk tuan resepi. Puding choc buat minggu lepas. Masa dok Brunei selalu gak buat puding ni..ada di dapur satu lagi.. sbb favorit abg Syamil dan mamanya.Bila balik sini, baru bulan puasa rajin nak buat....mkn sejuk2 terutama bulan puasa ni nyaman tekak.Ramai rasanya dah cuba puding cho ni...tak palah nak tayang juga utk koleksi resepi dapur mamasya..

Rich Choc Pudding
Sumber; Myresepi @ junjs11

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
* 1/2 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula
* 1/2 cawan susu tepung
* 1/2 sudu teh garam
* 4 1/4 cawan air
* 4 sudu besar tepung jagung
* 1/2 sudu teh esen vanilla
* 3 sudu besar butter
* 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
***lupa nak bagitau...bahan2 di atas mama kacau dlm bekas lain dulu hingga bercampur dan tapis ke dlm periuk.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. Untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Thursday, September 2, 2010

Biskut Aiskrim



Satu lagi biskut kegemaran anak-anak...biskut aiskrim yang tomeiii...suka tengok biskut aiskrim...anak2 lagi suka. Dan buat kali ni seronok sbb adunanpun elok je bila diuli dan diterap dalam loyang . Coklat utk celuppun tak meragam...bila tabur coklat rice tampak ceria...

Biskut Aiskrim
Sumber ; rohaya1710 MYR

Bahan-bahan ( 140 keping )

* 260gm mentega - mama campur 250gm mentega + 10 gm marjerin
* 120gm gula ising
* 1/8 sk pewarna kuning telur
* 320gm tepung gandum
* 40gm tepung jagung
* 40gm tepung kentang
* 20gm tepung kastard
* 1/2 sk serbuk penaik
* 50gm gajus - panggang dan kisar
* hiasan - coklat masakan dan manik urai

Cara-cara

1. pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang
2. masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kentang, tepung kastard dan serbuk penaik, gaul sebati hingga menjadi doh
3. rehatkan doh selama 15 minit, canai dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar
4. sejukkan biskut, celupkan kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn manik urai.



lagi biskut posing.....

Cornflakes madu warna warni


Cornflakes madu warna warni
Sumber; Umie E MYR

Biskut yang bergentel kat bawah tu belum sempat make up lagi...jadi tayang biskut lain dulu. Biskut cornflakes ni buat hari Isnin....ambil cuti sambung terus cuti Hari Kemerdekaan...sempatlah buat biskut.Biskut cornflakes paling mudah ...cepat dan jadi kegemaran anak2. Buat 1/2 kg cornflakes dpt byk jugak...satu balang utk anak2 mkn..dah licin...

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
* 250gm cornflakes (kotak kecil)
* 125gm butter (1/2 buku)
* 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
* 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
* manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

1.Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
2.cairkan .Kalau guna microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
3.masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
4.aduk sampai rata
5.masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)





pembantu mama...ada yg sukarela...ada yg paksa rela...sesekali anak lelaki kena jugak kerah ke dapur...jgn malas-malas...

Wednesday, September 1, 2010

Biskut Tat Gulung




Biskut raya yang pertama untuk tahun ini..tat nenas.Biskut yg tak pernah miss setiap thn....anak-anak suka tat nenas. Buat minggu lepas 1 adunan dan week end baru ni 1 adunan lagi sbb inti masih ada lagi 1/2 kg..inti beli yg dah siap. Mmg rancang nak buat lebih sikit biskut raya tahun ini...nak bawa balik ke kg.
Tray biskut yg pertama agak gelap sikit rupa bawah biskutnya...sbb bantai guna tray yg ada dlm oven...rupanya2 tak boleh sbb tray tu tebal...jadi bawah biskut cepat hangit.Hangit pun laku juga...dah habis satu tray tu dalam masa 2 hari...hero2 di rumah habiskan....


Macam tahun2 sudah..biskut tat guna resepi K.Liza.Tk K.Liza..

TAT GULUNG
Sumber; Fp K.Liza
(1 adunan ni cukup utk 1/2 kg inti)

Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..- beli yg dah siap
Inti;
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



proses gulung mengulung...



siap utk masuk oven.....biskut apa yg bergentel kat belakang tu...tungguuu.....

Biskut Samperit



Ni biskut ke 2 buat week end baru lepas..biskut pertama tat nenas. Masa jalan-jalan ke dapur Nuanza, tertengok kuih samperit...biskut dahlia dwi kaler yg dia hidangkan...tampak manis ayu rupa biskut samperitnya bila letak dwi kaler gitu.... terus berkenan nak cuba.Kelainan biskut ni dari biskut samperit yg pernah buat sebelum ini adalah penggunaan byk tepung jagung....itu yg buat biskut lembut dan rapuh bila masuk mulut.


t.k Nuanza kongsi resepi.

biskut samperit
Sumber ; Blog Nuanza.

Bahan
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan marjerin- lebey kurang 4 sudu besar
1/2 cawan gula pasir (kisar halus) @ 3/4 cawan gula icing - guna 1/2 cwn kastor sugar
1 biji kuning telur

cara:
lenyekkan marjerin kemudian masukkan gula + telur
masukkan tepung sedikit2 dan gaul sebati...guna tgn je lg best
kalau nk wat 2 kaler, bahagi 2..boh la kaler apa nk boh
kalau tak, wat je kuning mcm biasa..
tekan guna acuan samperit
hias ngan manik atau ceri
bakar 15 mnt



menunggu giliran masuk oven....

Sunday, August 29, 2010

Kerabu Campur Berkacang



Selain kurma buat juga kerabu untuk lauk berbuka. Pada mulanya nak buat somtam sbb ada kacang lebih buat rojak sotong...tp mangga yang dibeli..hanya sebiji saja yg muda...yang lain dah masak. Jadi campurkan karot dan ikan bilis utk bykkan bahan. Sebut je kerabu...tak kira kerabu apa mmg menyelerakan...ratahpun sedap.

Kerabu Campur Berkacang

Bahan
2 biji Mangga muda - kupas kulit racik halus
1 btg karot - racik
2 cili merah-tumbuk kasar/nak pedas guna cili padi
2 sb udang kering- rendam dan tumbuk kasar
sos ikan/garam
1 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis - goreng
sedikit gula

Cara
1. Gaulkan semua bahan...campurkan.
2. Siap utk dimkn.

Kurma Ayam (Kerisik)



Anak-anak suka kalau hidang lauk kurma ayam. Biasanya masak kurma versi campak2. Kali ni nak masak ikut resepi.. letak kerisik...

Kurma Ayam (Kerisik)
Sumber; MYR

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 500 gm ayam di potong sederhana besar
* 1000ml santan
* 2 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 3cm halia
* 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
* 2 biji kentang besar
* 2 biji cili hijau
* 1 biji bawang besar dibelah empat
* 1 biji tomato dibelah dua
* 1 sudu makan kerisik
* garam, ajinomoto (tak letak)


Cara-cara

1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Friday, August 27, 2010

Syabas Abg Syamil !



Hari ni nak citer ttg ayam...tp bukan lauk ayam...kisahnya tgh hari semlm abg Syamil bawa balik 'ayam montel berkasut merah' dan hamper.Abg Syamil dpt kedua-dua hadiah ni kerana memenangi pertandingan menulis esei B.I anjuran KFC.Cikgu dan kawan-kawan sekolahnyapun geram tengok ayam ni.Syabas buat abg Syamil...

Selain itu abg Syamil juga dpt voucher utk sebucket ayam KFC....ptg semlm juga mama dgn abah pergi ambil....mama,abah dan adik2 semua tumpang mkn sama...tk juga buat KFC.


------------------------------------------------------------------------------------
'Ayam montel berkasut merah' ni setinggi Syakirah ...tembam...tu yg buat Syakirah tak sabar-sabar nak peluk ayam ni...



Napa nganga mulut..nanti masuk lalatlah...




Mai Syakirah tolong tutup mulut...


Heiii..geramnyaaaaaa..............

Thursday, August 26, 2010

Rojak Sotong

Selamat Hari Wanita buat teman-teman semua tak kira dimana berada...semoga ceria menjalankan tugas harian di bulan Ramadan ini...samada di pejabat mahupun di rumah.
Hari ni nak kongsi menu rojak sotong...




Buat rojak sotong ni 2 hari lepas....resepi ni pernah ada di dapur satu lagi. Sotong tu pada mulanya beli nak buat sambal sotong....tak jadi sambal..tukar buat rojak. Rojak antara makanan kegemaran...kalau beli kdg2 tak menepati selera..terlalu pedas..tawar. Buat sendiri...letak kacang byk-byk...puas hati mkn...

Rojak Sotong
Sumber ; Resepi.Net

Bahan-Bahan
2 ekor sotong yang telah kembang
1 biji timun
1 ikat kangkung
½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
½ mangkuk sos tomato
2 sudu besar petis- ganti dgn 2 sudu kuah rojak buah
2 sudu besar bijan goreng
2 keping tauhu
½ mangkuk cili boh-guna cili kering kisar
1 cawan air
Garam, gula- guna gula melaka dan serbuk perasa secukupnya

Cara
1. Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk.
2. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong.
3. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil.
4. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih.
5. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih.
6. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.

Wednesday, August 25, 2010

Ayam Sos Tiram



Rupa ayam sos tiram ni macam ayam masak merah pulak tp bahannya tak letak sos tomato....sebaliknya letak sos tiram...merah sbb letak cili kering. Masak buat lauk berbuka minggu lepas. Ayam nipun tak pedas…sesuai untuk anak-anak…

Ayam Sos Tiram
Sumber; Sajian Perantauan

Bahan
½ ekor ayam – potong kecil
5 sm sos tiram
¼ st serbuk kunyit
1 labu bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
3 biji cili merah – kisar (ganti cili kering)
1 cm halia – kisar
1 btg serai – ketuk
2 sudu makan serbuk kari
Minyak utk menumis
1 cwn air
2 biji tomato – ptg 4
Garam secukup rasa

Cara
1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dan sos tiram – mamasya gaul dgn serbuk kunyit saja, goreng separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar dengan serbuk kari.Tumiskan hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan serai,goreng selama 5 minit .Tambahkan sos tiram dan air biarkan menggelegak.
3. Kecilkan api , renehkan hingga kuah pekat. Masukkan tomato dan rasalah garamnya.Kacau sebentar ,angkat.

Tuesday, August 24, 2010

Laksa Nyonya Melaka




Laksa Penang...laksa Kelantan.. laksa Johor..laksa Sarawak..Laksa Siam..semua jenis laksa mmg suka. Kali ni giliran Laksa Nyonya Melaka pula. Masak sebelum Ramadan lagi....suka laksa ni sejak diperkenalkan oleh rakan sepejabat bila makan di Wisma Negeri...tp di Wisma Negeri Laksa Nyonya dimakan dgn bihun. Masak tempoh hari makan dengan laksa basah yang dibeli di pasar...untuk anak2 mrk mkn dgn mee kuning.Anak2pun suka wpun terpedas sikit...lain kali kena kurangkan cili.

Utk bahan, sukatannya agak aja... tak timbangpun.tp resepi penuh spt di bawah.

Laksa Nyonya Melaka
Sumber; SajiOnline

BAHAN A:

200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering - boleh kurangkan ,letak 6 tangkaipun dah pedas..
60 gm udang kering

BAHAN LAIN:

Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar * tambah kerang,fishball
1 liter santan
250 ml air - boleh tambah
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN HIASAN:

Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Telur rebus * tambah tauhu goreng

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.


Kuah pekat

Monday, August 23, 2010

Daging Masak Ungkep



Menu 8 Ramadan adalah daging masak ungkep. Dah lama simpan resepi masak ungkep ni.Mula-mula sekali tengok di dapur Zaiy...kemudian Dapur MaDihaa...nampak sedap dan bahan2pun ringkas tak letak santanpun,tu yg terus copy tp tertangguh nak buat.
Ubahsuai resepi tambah kerisik sikit..rasanya macam rendang dagingpun ada....sesuai mkn dgn nasi impit di lebaran nanti.

Daging Masak Ungkep Kering
Sumber: Mesra.net copy dari Blog Zaiy

Bahan-Bahan -

Daging/1 ekor ayam kg/ayam pencen(tua)(resepi asal guna ayam)
Bahan-bahan bumbu/rempah

Bahan Kisar:
6 batang serai
1 cm kunyit hidup
Ketumbar 50gm
Jintan manis 50gm
halia 2 ibu jari
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
-----------------------
½ cawan minyak masak
garam / gula secukup rasa
** tambah 1 sb kerisik

Cara:
Daging/Ayam potong ikut suka.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daging/ayam, air (anggaran untuk kadar melembutkan daging/ayam) ke dalam kuali,
masak secara perlahan utk lembutkan ayam/daging dan tutup kuali tersebut.letak kerisik.
Masak hingga kering...seperti digoreng

Tambahan:
kalau gemar berasa pedas...boleh tambah cili padi.

***Nota dari Zaiy; Untuk pengetahuan, ini bukan cara masak ungkep yg ori sbb saya dah ubah kepeda tumis, kalau yg ori tu tak perlu tumis.

Tapai



Ada peminat tapai tak?..entry kali ni nak tayang tapai yg dibeli beberapa hari lepas...beli bukan buat...belum pernah buat tapai. Selalu beli tapai ni sbb suka tengok bungkusannya...dah dimodenkan.. dari jauh mcm daun pisang tp rupanya kertas..kemas elok dibungkus,tak berairpun...siap sudu.




Jemput makan...manissss..

Saturday, August 21, 2010

Kuewtiaw Kungfu



Kuewtiaw Kungfu dah lama masak dan bukan dlm bulan puasa ni.Tak pernah makanpun Kuewtiaw Kungfu sebelum ni...berkungfu jauh sekali...tp citer2 kungfu Jackie Chan suka gak tengok.Agak2 camna dapat nama Kuewtiaw kungfu tu...ke tukang masak asalnya mmg pakar berkungfu...sapa tau sejarah asalnya...

Kuewtiaw Kungfu
Sumber; Hanis My Resepi

Bahan-bahan ( 1 orang )

* kueh teow
* 2 biji telur
* lada hitam / lada putih
* mix seafood
* lobak
* 1~1setengah sudu besar tepung jagung
* 1 cawan air
* sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
* 1 ulas bawang putih
* 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
* sos tiram

Cara-cara

1.pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
2.masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
3.tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
4.balikkan supaya kedua-dua belah masak.
5.masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
# [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
# tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
# masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

Thursday, August 19, 2010

Ayam Masak Merah Madu



Nasi tomato kat bawah digandingkan dengan ayam masak merah madu....sbb tengok resepi kedua2nya guna tomato puri..senang sekali masak habiskan terus tomato puri.Kalau dah simpan baki tomato entah bila nak guna...silap2 berkulat dalam peti ais.
Anak-anak suka sos ayam masak merah ni...wpun ayam dah habis...sosnya disimpan, mrk makan dengan nasi buat macam kuah...ayam ni tak pedas..manis sikit tu yg anak-anak suka. Terimakasih K.Ummi kongsi resepi ayam ni.

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Blog ummizahaidi

Bahan:-
• 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
• 2 sb. rempah kari ayam
• 1 sb. serbuk kunyit
• 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 inci halia (ditumbuk)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sb. cili kering kisar
• 5 sb. madu
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sb. puri tomato - letak lebih
• garam secukup rasa
• 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

nota; tak pasti bawang besar kisar letak masa bila,jadi bawang besar tu ditumis. Manakala bawang potong letak selepas ayam dimasukkan dlm kuali.

Nasi Tomato



Masak Nasi Tomato pada 5 Ramadan.Mkn dengan ayam masak merah dan acar mentah.

Nasi Tomato
Sumber ;My resepi

Bahan-bahan ( 4~5org )
• 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
• 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
• 2 kuntum bunga cengkih
• 1/2 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 5 cm kulit kayu manis
• 1 biji bawang besar dicincang
• 160g tomato puree (dlm tin)
• 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
• daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
• bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.




Tip Dari Dapur Mamasya (sumber Sajian Perantau):

**utk memasak nasi tomato dan lain-lain nasi yg guna rempah, susu dll.

1. Sekiranya guna susu, sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk shingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.

Klik Nuffnang2