klik Nuffnang

Thursday, September 2, 2010

Biskut Aiskrim



Satu lagi biskut kegemaran anak-anak...biskut aiskrim yang tomeiii...suka tengok biskut aiskrim...anak2 lagi suka. Dan buat kali ni seronok sbb adunanpun elok je bila diuli dan diterap dalam loyang . Coklat utk celuppun tak meragam...bila tabur coklat rice tampak ceria...

Biskut Aiskrim
Sumber ; rohaya1710 MYR

Bahan-bahan ( 140 keping )

* 260gm mentega - mama campur 250gm mentega + 10 gm marjerin
* 120gm gula ising
* 1/8 sk pewarna kuning telur
* 320gm tepung gandum
* 40gm tepung jagung
* 40gm tepung kentang
* 20gm tepung kastard
* 1/2 sk serbuk penaik
* 50gm gajus - panggang dan kisar
* hiasan - coklat masakan dan manik urai

Cara-cara

1. pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang
2. masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kentang, tepung kastard dan serbuk penaik, gaul sebati hingga menjadi doh
3. rehatkan doh selama 15 minit, canai dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar
4. sejukkan biskut, celupkan kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn manik urai.



lagi biskut posing.....

2 comments:

  1. oh..kamu dah tuker ke blogspot ek..tak guna lagi fp ker...
    mula-mula tak perasan ingatkan orang lain..lepas tenguk gambar anak kamu terutama gegirl tu baru perasan. tahniah dah masuk ke blogspot.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2