klik Nuffnang

Monday, October 3, 2011

Nasi Ayam Goreng.....mesti cuba!


Dah habis kisah nasi kerabu....kini kisah nasi ayam goreng pula. Nasi ayam goreng ni antara menu utama masa open house hari tu. Tapi beberapa hari sebelum itu dah masak dulu utk food testing. Mula2nya ingat resepi ni macam resepi nasi ayam biasa tu tp bila baca resepi..tengok bahan2 dan caranya mmg berbeza dr nasi ayam....bahan2nyapun senang....stok biasa ada di rumah.
Bila pelanggan di rumah cakap sedap....mama mknpun rasa sedap...memenuhi selera kami sekeluarga...maka pass utk masuk senarai menu open house.Masa open house ada tetamu yg ingatkan ni nasi beriani...



Nak sedap nasi ni kena mkn dgn salad..timun dan sambal merah mcm sambal nasi ayam.Resepi ni mama jumpa di dapur Yati , t.kasih Yati kongsi resepi. Juga Tqvm kepada penyumbang resepi Tummy@ 3hungrytummies dan yang memperkenalkan resepi ini semula di blog iaitu Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan

Nasi Ayam Goreng@ Southern Yellow Chicken Rice

Sumber; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan & Tummy@ 3hungrytummies
Oleh; Dapur Mamasya

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air- air lebih ikut sesuai beras
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.Utk sambal merah mama buat spt dibawah;

Sambal merah

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil

Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..



Susunkan ayam goreng diatasnya .Masak nasi hingga masak.



Nasi dah masak....siap utk dihidangkan.Kepada yg belum rasa nasi ayam goreng ni...mesti cuba!

Saturday, October 1, 2011

Nasi kerabu.....ulang tayang dari dapur lama



Assalammualaikum dan slmt berhujung minggu semua.Dah tamat kisah raya....jadi untuk entry kali ni nak kongsi resepi masakan iaitu menu nasi kerabu. Sebenarnya nak update resepi masakan lain tp bagi memenuhi permintaan seorg pengunjung blog dapurmamasya nak resepi set nasi kerabu...maka kongsi dulu resepi nasi kerabu.Belum berkesempatan nak buat lagi nasi kerabu sejak ada blog...teringin nak buat tp asyik tertangguh....jadi import dulu nasi kerabu ni dari dapur lama.



Nasi kerabu mmg favorit tambah kalau makan dgn setnya spt telur masin, solok lada, ikan celup tpg atau daging bakar....sedappp sungguh...kena cukup bahan2nya barulah puas makan.

Nasi Kerabu
Sumber; Dapurmamasya

Nasi - masak nasi macam biasa dgn tambah pewarna biru dan daun pandan.

Sambal Tumis
Bahan
*2 sudu lada kering yg telah ditumbuk atau 3-4 sudu (8-10 tangkai cili kering) jika ingin sambal lebih merah
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1cm halia
*1cm kunyit-ditumbuk/ 1 sk serbuk kunyit
1 biji kelapa @ 1/2 tin santan dlm tin-jadikan 2 cwn santan
2 btg serai-di ketuk
1 keping asam gelugur
3 sm budu
gula melaka/gula merah
1 sudu tpg beras (pilihan utk pekatkan kuah)-kacau dgn sikit air
tambah garam sekiranya perlu
*tumbuk/blender

Cara 1
1.Panaskan santan sampai mendidih.
2.Masukkan semua bahan dan kacau sampai masak pekat dan pecah minyak

Cara 2
1. Panaskan minyak , tumis semua bahan tumbuk.
2.Kemudian masukkan semua bahan lain.kacau sampai masak pekat dan pecah minyak

Sambal ikan/Sambal kelapa

Bahan
2 ekor ikan saiz sederhana - direbus dan ambil isi - tumbuk
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut- digoreng tanpa minyak sampai kuning
4 ulas bawang merah-tumbuk
1 batang serai dihiris tipis-tipis
garam,gula,serbuk lada hitam
cara;campurkan semua bahan di atas .

Kerabu/ulam
Potong kubis,timun,kacang pjg,kacang botol,taugeh ( guna apa2 yg ada dlm peti ais)

Lain2 -boleh tambah jika suka ayam goreng berempah/biasa/ikan celup tpg,telur asin,solok lada,sambal



Resepi Solok Lada
Sumber; Dapurmamasya

Bahan-bahan

* lada hijau 10 biji ( kalau tak nak pedas belah memanjang dan buang biji)
* kelapa parut 1/2 biji atau 1 1/2 -2 cwn desiccated coconut/kelapa kering (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave)
* ikan 2 ekor ( yg tlh dikukus/rebus-ambil isinya)
* santan cair utk merebus solok lada
* 7-9 biji lada hitam
* 1/2 inci halia
* 4 ulas bawang merah

Cara-cara

1. tumbuk lada hitam,halia,bawang merah dan ikan hingga separuh lumat dan masukkan kelapa dan tumbuk lagi sekejab.
2.Gaul bahan2 tersebut dgn gula dan garam
3.Isikan bahan yg digaul ke dlm lada padat2
4.Susun dalam periuk dan masukkan santan.Masak sampai mendidih.



Ikan Celup Tepung..
Sumber; FP K.Liza,

Bahan batter gorengan
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur [saiz kecil]
air secukup nya [dalam 1/2 cawan]- letak lebih 1/2 cwn sbb adunan nampak pekat
ikan ..[bersihkan saperti biasa]-guna ikan selayang
minyak yg banyak

Cara
1. Panaskan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas]
2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.]
3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
4. Angkat dan toskan secukupnya.
**kalau di Trg terutama tepi pantai terkenal org jual ikan celup tepung makan gitu saja cicah dgn sos..sedap... .

Thursday, September 29, 2011

Kisah Open House Rumah Kami



Assalammualaikum....dah habis kisah berkunjung ke open house, maka entry terakhir kisah raya pada tahun ini adalah kisah open house rumah kami pula yg diadakan pada minggu ke 3 Syawal.Tetamu yg dijemput adalah rakan taulan di sini.Wpun penat kelentang kelentung beberapa hari di dapur membuat persiapan dan memasak tp suka hati sbb ramai tetamu yg diundang dpt hadir dan memeriahkan jamuan raya rumah kami yg diadakan sebelah ptg hari Sabtu.



Hero-hero mama turut membantu menyusun biskut raya dlm bekas....

Hidangan buat tetamu....



biskut raya siap terhidang utk tetamu..



meja hidangan biskut raya



Menu utama yg dimasak utk tetamu ialah nasi ayam goreng dgn set salad dan sambal merah nasi ayam.Juga masak dalca daging.



Hidangan laksa penang dg laksa kering, bunga kantan dan daun kesum semua angkut dr Msia.



Menu utama yg lain soto nasi dan bihun dgn setnya..pegedil & sambal kicap, serundingpun ada.



Menu tambahan mee goreng basah...dgn home made mee kuning sebyk 3 kg lebih, bekas tertutup sebelah mee adalah kepak ayam bbq dg sos blackpapper...kepak ayam buat 5 kg..kejap je habis.



Selain makanan berat hidang juga moist choc cake, brownies, peach puding triffles, buah2an dan tepung pelita. Tpg pelita nak mudah hidangkan dlm mangkuk besar...laku pula tpg pelita...lain kali kena buat lebih.



Air mango dan jus roselle...air roselle ni rebus sendiri bunga roselle kering yg dijual di sini..

Suasana open house rumah kami....tak sempat ambil gambar semua tetamu....mama langsung tak pegang kemera..sibuk melayan....nasib baik mr husben dan abg Syamil yg tlg ambilkan gambar...



























turut hadir TYT Duta M'sia ke Mesir & Datin dan pegawai rumah negeri



ruang balkoni dibentangkan tikar dan letak tv utk dijadikan ruang makan....budak2 suka dok sini sbb kami pasang citer Upin-ipin ...



Dah habis citer upin-ipin...pakat main games pula....



juga jadi ruangan bersantai lepas makan...











Orang dapurpun nak posing jugak...kebetulan pakaian warna sama bikTin & Ummi Aisyah yg membantu mama di dapur

Tuesday, September 27, 2011

Kisah Raya Kami; Berkunjung ke Open House



Kenangan beraya di rumah Johor

Assalammualaikum...Syawal dah sampai ke penghujung...baru dpt update siri ke 2 raya...entry kali ni kisah kami berkunjung ke open house di sini bermula raya ke 2.Wpun jauh dari sanak saudara dpt beraya bersama sahabat handai di sini...terubat jugak hati. Seronok dpt beraya bersama2 rakyat Msia di sini, hampir satu sem Msia kami pergi beraya,hari ke2 rumah Melaka &Perak, hari ke3; Kedah, Selangor, Johor , Perlis & rumah persatuan pelajar, hari raya ke 4 ke rumah Pahang dgn hidangan nasi kerabu istimewa. Rumah negeri adalah penempatan asrama pelajar dan pegawai dr negeri masing-masing.
Juga beraya di rumah Msia/kedutaan dan rumah kawan-kawan yg lain di sini.Tapi tak semua rumah sempat ambil gambar....dah leka mkn lupa nak ambil gambar.
Juadah raya macam di Msia juga dgn juadah yg top seperti sate,lontong,rendang & nasi minyak. Ada yg dimasak sendiri oleh para pelajar.



Lagi gambar beramai di rumah Johor



Kenangan beraya di rumah Kedah



beraya di rumah Kedah...menu utama sate dan bakso



semua berbaju merah beraya di rumah Kedah



suasana beraya di rumah Kedah....



Ni masa beraya di rumah Melaka...bila bagitau nak beraya di rumah Melaka...anak2 seronok ingat kami nak pulang beraya di rumah kami di Melaka. Bukan rumah di Melaka...tu jauh..ni beraya di rumah negeri Melaka utk penempatan pelajar Melaka di Cairo...terletak 30 min driving dr rumah



Suasana beraya di rumah Melaka...juadah sate dan lontong..



ni pula masa beraya di rumah Sarah..Syakirah posing dgn Sarah



menu raya di rumah Sarah....ada laksam, sate, nasi beriani dll...sedap2 belaka.



semasa beraya di rumah Yassin...



biskut raya Mesir di rumah Yassin...



Syazrin posing dgn Yassin....



menu hari raya & majlis akikah Yassin...



menu kambing panggang yg sedap.....

Klik Nuffnang2