klik Nuffnang

Monday, October 4, 2010

Jamuan Raya Antara Pejabat (Part 1)

Sambung citer raya...kali ni kisah jamuan raya antara pejabat yg diadakan rabu lepas.Acara bermula 10.30 dan tamat 1 tgh hari ini disertai oleh 20 pejabat...kalau tak silap 15 buah gerai semuanya . Meriah sungguh majlis raya yg dirasmikan oleh T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob. Setiap gerai ada konsep sendiri..gerai kami konsep traditional. Dan juadah masing-masing yg berbeza antara satu gerai dgn yg lain. Ada gerai sate,nasi lemak,nasi kerabu,lemang,ais krim,buah,mee dan macam2 lagi.
Kebanyakkan gerai menempah makanan dari katering....ada siap bawa katerer ke gerai utk masak2 dan tlg hidangkan. Pejabat kami bergotong royong menyediakan menu utama...hidang bersama-sama dan menghias gerai dgn buluh bersama-sama. Berbaloi usaha kami bila diumumkan no 1 sebagai pejabat yang paling bekerjasama..TAHNIAH buat rakan-rakan!. Lain-lain kategori yg dipertandingkan...gerai paling cantik,makanan paling sedap..ni dimenangi gerai bbq kepak ayam dan gerai pilihan ramai..yg dimenangi oleh gerai sate. Setiap pejabat layak utk satu kategori shj.

Gerai kami menghidangkan yong taufu dan otak2. Otak2 di tempah tp bakar sendiri panas2 di gerai. Mama tolong masak sos dan sup yong taufu dengan dibantu oleh rakan-rakan yang lain . Masak pada hari selasa ptg.... belah pagi ke Shah Alam atas urusan kerja...sampai office semula dlm pukul 2 lebih, pukul 4 baru tiba di rumah rakan utk masak...tapi semua bahan sudah disiapkan oleh teman-teman kumpulan memasak.Dgn dibantu oleh rakan-rakan pukul 6 lebih dah selesai.Belah pagi di gerai,wpun dlm cuaca panas, pakat ramai2 tlg celur semua bahan2 ytf di luar gerai. YTF selesai licin dlm pukul 12 tgh hari...otak2 kena beratur sbb tunggu bakar..kalau tidak awal2 lagi dah habis.Yang bestnya, dlm gerai kami bentang tikar mengkuang utk tetamu...tetamu makan sambil bersila..ala-ala kampung....meriah sekali!

Mari tengok gambar sepanjang acara....



Ketibaan Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob utk merasmikan majlis jamuan hari raya



Perasmian majlis jamuan raya...belon dilepaskan



T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob bersama isteri



Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob berkunjung ke gerai kami...



Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob berkunjung ke gerai kami...



Pemandangan luar gerai kami...gerai tradional..dihias dgn dinding buluh dan atap nipah..



Sebahagian deretan gerai-gerai jamuan raya dgn pelbagai konsep..



Sesi bergambar ramai-ramai bersama ketua Pejabat....



Posing dengan basikal tua....



Yong taufu dan otak-otak utk tetamu...



Mangkuk-mangkuk yong taufu siap tersusun dihidang utk tetamu..



Rakan2 yg membantu xtvt celur-mencelur bahan2 yong taufu..wpun dah mula terasa bahang cuaca panas tp tetap senyum gembira semuanya...



Seperiuk sos dan sup yong taufu dipanaskan sebelum dihidang..ceria rakan yg membantu...



Bahagian bakar otak-otak..semuanya senyum manis...



Tekun sekali menghidang yong taufu...



Xtvt memotong sayur dan lain-lain ..duduk bersila atas tikar macam di kg...



Suasana meriah dalam gerai....tuan rumah dan tetamu duduk bersila atas tikar mengkuang...



Lagi view gerai kami..motor vespa antik dan basikal tua daya penarik hiasan gerai...



Rakan sepejabat posing selepas selesai hidang ytf utk tetamu..wpun penat tetap ceria...



Posing lagi beramai2....



Lagi suasana dalam gerai...



Sabar beratur menunggu otak2 dibakar



Makan dulu nasi lemak sebelum mula jamuan..

3 comments:

  1. selamat hari raya lagi mamasya..wahh meriah lah jamuan raya,kalau ada gerai2 ni memang seronok,kat office saya pun hari tu tema 50,60,70,80 bagai nak rak dia orang:)Yang best nampak makan nasik lemak kat atas tikar tu:)re: Tia Mia memnag syok berjalan mamasya.

    ReplyDelete
  2. mmg patut pun menang...gambar boss naik beskal tua tu cun la!!!

    ReplyDelete
  3. Mamatiamia; mmg seronok ada gerai2 begini..mcm2 makanan ada..meriah
    Yan; pembonceng belakang bos tu tak cun ke..hi..hi...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2