klik Nuffnang

Monday, November 8, 2010

Nak makan lauk bekwah@kenduri



Set nasi bekwah...nasi beriani warna-warni, daging gulai kawah dan teresek..hidangan kami sekeluarga di hari Jumaat.

Minggu ini ramai yang buat kenduri kahwin semperna cuti pjg......kami sekeluargapun dpt undangan menghadiri majlis perkahwinan... jadi hari sabtu dan ahad gantung periuk.Tapi utk sarapan masakkan mee kari pada hari sabtu dan ahad pula soto buat hidangan kami sekeluarga.

Sebut ttg kenduri terasa pulak nak makan lauk bekwah(big work) @ kenduri spt di Kelate....dah lama tak makan. Hari Jumaat tu tak kemana-mana...jadi kelantang kelentung di dapur siapkan hidangan ala-ala bekwah iaitu masak nasi beriani warna-warni@ nasi hujan panas,daging gulai kawah dan teresek jantung pisang.

Kalau ikutkan set dimasak tak lengkap lagi sbb lauk kenduri yg biasa dihidangkan semasa bekwah di kg biasanya selain gulai kawah dan teresek ada ayam percik/ayam masak tomato,solok lada, sambal, acar mentah dan sira labu ataupun agar-agar sirap (org Kelate panggil beledo) utk pencuci mulut dan nasi biasanya nasi putih.Untuk lauk daging kalau tak gulai kawah dagingnya dimasak gulai daging buku besar/daging kurma dimasak seketul2 besar-besar....satu lagi lauk dalcapun biasa dihidangkan.



Kali ni nak kongsi resepi teresek jantung pisang...resepinya dari Fp k.jie..t.kasih K.jie kongsi resepi. Jantung pisang ni pemberian kawan sepejabat....t.kasih byk2 k.Ani.

TERESEK
sumber; FP K.Jie.

Bahan-bahannya

Ayam ( ambil yang bertulang, mempedal , boleh juga masukkan hati ayam- dipotong kecil2)
1 biji jantung pisang – dihiris-hiris. ( atau kacang panjang- dipotong serung memanjang)
1 biji kelapa- ambil 4 cawan santan pekat
½ biji kelapa dibuat keresek - letak 3 sb keresek beli dah siap
4 biji cili merah~dihiris memanjang-ganti cili hijau
garam secukupnya
sedikit gula
1 keping asam keping
½ paket rempah kari ( nak masukkan 1 paket pun boleh)

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit
sejemput ketumbar biji
10 biji cili kering
7 biji cili api- tak letak

Cara Membuatnya
1. Masukkan ayam dan santan ke dalam periuk dan renehkan sebentar.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, rempah kari,asam keping dan kacau rata sehingga mendidih
3. Bila kuah sudah pekat dan ayam dah masak, masukkan jantung pisang ( boleh yang mentah atau yang direbus)
4. Bila jantung pisang sudah masak, masukkan kerisek, garam dan sedikit gula.
5. Kacau sehingga kuah begitu pekat. Masukkan cili merah yang dipotong memanjang. Gaul dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi panas-panas



Resepi nasi warna-warni dan daging gulai kawah akan menyusul dlm next entry....tungguuu....

1 comment:

  1. Salam Mama....Lin Dtg Bawa Pggan Nak Mintak Sikit Lauk....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2