klik Nuffnang

Monday, July 25, 2011

Set Nasi Dagang hidangan sarapan pagi



Tangguh dulu resepi kek utk kek birthday di bawah, nak tayang juadah sarapan pagi yg dihidangkan buat keluarga pada pagi Jumaat sempena birthday mr husben iaitu set nasi dagang Kelate...juadah kegemaran kami sekeluarga.
Beras nasi dagang angkut dari Msia....mak yg kirimkan dari kg melalui SIL semasa di Melaka, tertangguh nak buat masa di Msia sbb masa tu dah sibuk kemas brg2 utk ke sini. Nak mengukus nasi ni ambil masa juga...jadi bertangguh hinggalah Jumaat lepas dapat juga masak dan menjamu keluarga dgn hidangan nasi dagang.



Untuk lauk nasi dagang ni, suka mkn dgn lauk ikan tongkol/aye tp di sini masak gulai ikan makerel.Selain itu ada telur rebus dan acar.



Nasi Dagang
Sumber : Yani@ my resepi

Bahan:
* 4 cawan beras jasmen -guna beras nasi dagang
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4 ulas bawang putih-dimayang
* 2 ulas bawang merah-dimayang
* 1cm halia - hiris kecil2
* 1 sudu kecil halba
* garam, gula

Cara-cara :

1.Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam
2.Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
3.Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
4.Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
5.Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6.Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.



Gulai Ikan Tongkol/Mackerel(Lauk Nasi Dagang )
Resepi ; Sajian Di Perantauan
Sumber; Dapurmamasya

Bahan
1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar - guna 2 ekor ikan mackerel saiz kecil
4 kpg asam keping
4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,minyak
2 sudu kerisik

bahan2 kisar
2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit

Cara memasak:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah,asam keping(2 kpg dari rebusan ikan) dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat dan bahan-bahan mesra.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing/buah tomato



Sebagai tambahan untuk makan dgn nasi buat acar; karot+kubis+cili merah+bawang besar+sikit cuka+gula+garam.



Bila makan nasi dagang teringat mak di kg...ni juadah istimewa biasa mak masak utk juadah pagi hari raya dan bila anak cucu pulang kampung....

3 comments:

  1. Salam mamasya...

    Lamanya tak singgah sini...Tq mamasya singgah tanya kabo kat umah kak cek....
    Nasi dagang fav kak cek...tapi jarang masak kat rumah sebab kak cek sorang je yg suka makan nasi dagang ni....sedapnya....nasi dagang diperantauan....nak makan kenala buat sendirikan...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mamasya,
    terliur je tngk set nasi dagang ni..laporlah pulak, kalau dpt rasa ni bestnya...

    ReplyDelete
  3. sedapnyer dasi dagang... lama tak masak teringin pulak tgk... tp ratna biasa msk nasi dagang versi t'ganu... tak pernah lg guna beras nasi dagang kelantan tu... payah nak jumpa kat sini...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2