klik Nuffnang
Tuesday, July 26, 2011
Apam Dot Dot (1)
Entry kali ni nak tayang apam Polka Dot @ Apam Dot Dot yang masak sama-sama dgn Rendang daging hitam utk lunch di rumah TYT Duta Malaysia ke sini bagi meraikan tetamu khas.
Untuk kali ni guna resepi apam dot-dot yg dah ramai mencuba...copy dari Blog Hana t.kasih Hana.lama Hana tak update blog..moga sihat ceria.
Apam Dot Dot
resepi ; Blog Hana
Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
***Satu lagi kena balut tutup kukusan.
Buat 2 adunan, dpt dlm 84 biji...tinggal juga utk makan di rumah...yg lain bawa utk majlis.Jom layan apam dot-dot mama posing...
apam kuning..nampak menyerlah..
Apam warna ungu..baru pertama kali guna warna ni utk apam..
apam putih dgn dot-dot pink.
apam pink & kuning...
Oleh kerana acuan lompang tak banyak, guna juga acuan tat. Suka tengok hasil apam kali ni ...semua menjadi sbb dah dapat agak api kukusan yg sesuai..api yg sederhana,tidak sampai kuat mendidih.uji api kukusan dgn sebiji apam je dulu...bila apam naik elok, kekalkan terus api kukusan tersebut.
Kelmarin pula mama jadi cikgu apam...tolong tunjukkan pada ladies di sini..ahli PERWAKILAN bagaimana nak buat apam dot-dot guna resepi apam dot-dot (2) yang pernah buat sebelum ini.
mama tunjukkan 2-3 biji bagaimana buat apam dot-dot dan ladybird..lepas tu masing-masing mencuba sendiri.
Label:
Kuih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziela...
ReplyDeletememang comel apam dot dot tu... budak2 yg mudah terpikat bila tgk apam yg comel tu kan...
ziela jd cikgu yer.. ahad baru ni ratna yg jd anak murid.. hahaha.. sebenarnya dah lama nak mencuba buat apam dot dot tu.. tp angin R belum mari lagi.. sekali nampak pulak ida marlida (sepupu) tayang apam ladybird... terus teringin nak tau cemana nak buatnya.. hehee.. teknik buat apam dot2 tu mmg dah tau.. cuma nak buat ladybird tu jer yg masih blur2... so.. bergurulah dengan dia ahad lepas dengan spupu2 yang lain (anak2 makcik kat pj ni).. nanti insyaAllah nak update juga pasal apam yg comel ni... hehe.. suka btl tgk warna apam yg ziela buat tu.. cun cun semuanya..
Assalam mamasya,
ReplyDeletekita pun buat apam dot2 ni tapi versi steam coconut blosom yang menggunakan santan instead of susu ..susah juga nak dapat dot2 yang cantik..terkial2 kitaabuat ..haha
Assalam mamasya,
ReplyDeletemmng teruja tngk apam dot2 ni...menarik dan ceria je semuanya....yatie suka buat apam ni, tapi anak2 yg tukang dot2kan...
salam suka apam dot-dot sebab comel dan sedap tambah letak inti apa2 yang digemari.. comel apam tu warna dia sekata
ReplyDeleteAssalamualaikum mamasya...
ReplyDeletecomel sungguh apam dot dot tu...sukanya tgk... warnanya lg menarik gitu... sukaaa sesangat... mmg comel
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeletewah dh jadi guru ya...hehe...nanti ajar nur lah cam mana nk wat dot2 tu...kita nie bab mkn aje yg pandai...hehe...
cantik2 dot2 tu...apam dot2 melayu terakhir nie...hehe...tadi tengok kt profile mamasya dari Cairo...wah tk sangka begitu jauh sekali kita berjauhan ya...tapi mcm dekat aja di alam cyber.
Salam mamaSya...waaaah dah jadi ala2 cikgu KEMAS gitu eh...siap ngajor lgk sana..mesti best eh...ramai rakyat kita jadi jiran...sonok tgk kemeriahan kelas apam mamasya tuu...hehehee, cantiiikkk dot dot nyaaa... :) nak tukar dgn apam yogurt dah licin lak akak punya..huhuu
ReplyDeleteMamasya...kak cek dtg bwk tupperware kosong je ni...nak ngendeng apam dot2 ...comel2 n ceria n gebu lah...gerammmnya kak cek tgk...ramai tgk org buat apam ni...kak cek je lum buat2...he he he..
ReplyDeleteWah! jadi cikgu ke kat sana..boleh bukak kelas masak memasak ni mamasya...kongsi2 ilmu...:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAduhaaai cantiknya. Dah seminggu projek mengapam dot dot tertangguh. Dah keluarkan semua bahan, disimpan semula. Kalau rajin, ingat hari ni atau esok nak mengapam juga. Nak menambahkan warna warni blog Azie
ReplyDelete