klik Nuffnang

Sunday, October 9, 2011

Kek tempahan Anniversary



Assalammualaikum semua. Di Cairo ni cuti panjang selama 3 hari sejak khamis sempena cuti umum di sini, manakala cuti mingguan Jumaat dan Sabtu.Cuti ni tak kemana-mana...layan anak2 di rumah saja.Berbalik kepada entry hari ini, nak kongsi hasil tambahan xtvt di dapur iaitu mendeco kek Anniversary,tempahan dari seorang kawan.. pada bulan puasa yg lalu.



Pertama kali cuba ambil tempahan buat kek hias sebegini...biasa buat kek utk anak-anak saja. Ambil tempahan ni sekadar mencuba ilmu deco yg tak seberapa ada sambil praktis sikit-sikit hias menghias kek .Kat sini yg susahnya tak da kedai yg jual bahan baking mcm di Msia.Hanya bahan2 asas baking saja ada dijual disini...pewarna pun tak da jual, pernah jumpa kedai jual pewarna,itupun pewarna merah sahaja...mahal pula harganya.Nasib baik ada bawa serba sikit bahan baking.Tengok kek yg siap dijual di sini, kek sponge disalut dgn whip cream...hanya warna putih dan biasa dihias dgn buah atau sedikit coklat... taklah mcm2 kita ada bunga dan mcm2 warna.



Inilah hasil kek setelah siap.Kek choc moist dgn hiasan buttercream ni beratnya dlm 2.5 kg...



Tak pass lagi buat bunga ros,jadi buat bunga swirl aja. kawan yg tempah tak cakap macammana nak keknya dihias jadi hias ikut kek yg pernah belajar dulu.



Hasil kek Anniversary utk seorang kawan ....

Selamat berhari minggu buat semua...jumpa lagi entry akan datang....ceria selalu!

15 comments:

  1. Mamasya...
    Rajinnya amik tempahan...kalau kak cek confirm gigil2 tgn bila nak mendeco...ya la kan ...selalu deco tuk makan2 seniri..bila buat tuk org lain...seram sejuk pulak...takut org tak bekenan kan...
    Kek yg Mamasya deco..kira cantik dah tu...leh amik order lagi pas ni...:D

    ReplyDelete
  2. cantik kak.. suka tgk.. tambahan corak2 tepinya tu..

    ReplyDelete
  3. jeles akak. Dah cantik dah tu mcm pro...

    ReplyDelete
  4. Salam Mamasya. Cantik deco mama, wah dah boleh amik tempahan - congrat & keep it up.

    ReplyDelete
  5. Salam kunjung.
    Dah ambil tempahan kira ok dah tu.
    Nanti boleh ambil order lagi ....dan lagi.

    ReplyDelete
  6. dah cantik sangat dah tu. Bundo pun tak pandai buat macam tu..

    ReplyDelete
  7. Wahhh..comel..comel.. Suka..suka.. Cantik lah mamasya.. Kak, kalau bukak utk tempahan sure dapat sambutan ni sbb di sana tak de deko kaler2 mcm kita kat M'sia.. Suka tgk deko kek akak.. p/s: Kak Ziela dan anak2 sihat ker?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mamasya...
    cantiknya kek tu.. pandai mamasya deco kek.. diana mmg x reti kalu bab2 mendeco kek nie.. mmg cantik ler .. suka diana tgk..

    ReplyDelete
  9. assalamuaaikum mamasya,, wahh suka tengok kek yagn telah dideko ni .. teringin gak nak belajar ... nak buat untuk diri sendiri pun tapi x berapa nak makan bab2 frosting ni hihi... tapi yg mamasya buat ni dah cantik ...

    ReplyDelete
  10. memang cantikla deco kek akak ni..dan selayaknya ambil tempahan ni..insyaAllah murah rezeki tu nanti kak.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Mamasya...cantiknya deko2 mamasya ni taaauuu...sweet jerk...Seronok jgk duk sana boleh gak ambil tempahan, dpt duit poket n asah2 skill kaaan...muaaahhh! :)) rindu lama x borak dgn mamasya...YM ok lg ke..sudi2 tegur akak bila free eks...hehe

    ReplyDelete
  12. cantik la tu..sya ni lg la x pernah deko cake...tgn mmg kayu aaa....bangga tau leh deko cek cenggitu..

    ReplyDelete
  13. nasib baik ada bwk stok pewarna dr m'sia kan..
    cantik ziela deko.. pilihan warna tu pun cun...
    ratna bab mendeko2 ni mmg tak pas.. lagi2 tang nak melepa & melicinkan butter.. mmg fail...

    ReplyDelete
  14. Asalamualaikum Mamasya.. Saya memang tak hairan langsung kek nie jadi dengan cantik. Golden hands macam mama nie, sentuh semuanya elok jer jadi...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2