
Assalammualaikum...
Kita sambung kisah jln2 Istanbul PT6, kisah hari ke 3 di sana...moga tak ada yg jemu menatap byk gambar2 di Istanbul dlm blog ini.semuanya utk koleksi dan tatapan kemudian hari serta berkongsi pengalaman sepgj di sana bersama semua. Juga mungkin sikit sebanyak dpt bagi idea pd kawan-kawan yg bercadang nak bercuti ke Istanbul.

Hari ke 3 ni belah pagi salji masih turun.kebanyakkan tempat ditutupi salji kecuali jalan raya yg dah dibersihkan. pagi2 kami dah keluar menuju ke tempat bas.kami ambil taxi dr hotel,taxi caj 2 lira perhead,tak pakai meter.oklah nak jlnpun cuaca sejuk...tambahan nak menapak dg anak2 ke tempat naik bas di kws Sultanahmet takut terlepas bas yg paling awal. hari sebelumnya dah gi kaunter tiket tanya ttg jadual dan harga. kami beli tiket utk bas pukul 10 pg dan terus naik di Red ticket kiosk Saint Sophia di Sultanahmet Centre iaitu tempat jual tiket,satu lagi tiket juga ada jual di Red ticket kiosk across The Marmara Hotel di Taksim Square.Harga tambang
City Sightseeing tour utk dewasa 20€,kanak2 6-12; 15€;Family (2 Adult + up to 3 Children): €65.00 tp kami minta diskaun,dptlah murah sikit. Kat kaunter nipun ada travel agen yg jual tiket naik kapal Bosphorus.

abg Syazrin dan Syakirah yg ceria dlm bas.

bas melalui town.Masa perjalanan 1 1/2 jam,paling awal 10 pg dan setiap 1 jam.dlm bus akan bagi mic dan boleh pilih bahasa Turkish, English, French, German, Italian, Spanish, Russian, Arabic yg akan menerangkan tempat2 yg kita lalu.

melalui jambatan....

tangan batu....

view dlm perjalanan....

byk view yg menarik...

salji memutih....

bas berhenti di Taksim Square, kalau nak jln kat sini dan ambil next tour bas,cakap kat pemandu je.

tp kami stop kejap je...

view taksim Square...

view kapal karam.

byk gambar diambil tp tak terang sgt sbb hujan. ada sebhg gambar semasa Sightseeing ada
di sini .
Dah habis City Sightseeing selama 1 1/2 jam kami jln2 sekitar Sultanahmet dan kemudian balik hotel.rehat kejap dan keluar ke Kumkapi Fish Market dan Spice Bazaar.
Entry Kumkapi dah citer sebelum ni.
Perjalanan ke Spice Bazaar...
2 kali juga kami ke Spice Bazaar iaitu ptg hari 3 dan ke 5 kami di sana...jadi gambar disatukan dlm entry ni. sampai 2 x pergi sbb senang ambil
train dkt dg hotel iaitu di station Kumkapi.Kalau tram laluan tgh bandar, manakala train menyusuri laut Marmara.tp train ni lama kena tunggu tak mcm tram kejap je ada.

harga tiket sama mcm tram iaitu 2 lira utk dewasa dan kanak2 bawah 12 thn percuma utk sekali destinasi tak kira jarak. naik train di Kumkapi turun di Sirkeci sbb itu station terakhir. kalau tram boleh ambil di Beyazit atau Sultanahmet dan turun di Eminonu. Tp tram boleh turun di Sirkeci,cuma kena jln sikit ke Spice Bazaar.kat sini dlm train dan tram bersih....trainpun baru.

suasana di train station. masa pergi tak ramai org tp masa balik train penuh dg penumpang.

restoren (cat coklat muda) di train station

ada gerai jual makanan berasaskan hazelnut kat dlm kws station

bangunan Sirkeci train station

view dpn train station....ada tram station Sirkeci,kalau malas nak jln ambil tram di Sirkeci turun di Eminonu. Tp kalau jln dr Sirkeci ni ke Spice Bazaar dlm 15 min je.

dpn train station. kat Istanbul byk gerai yg jual makanan tepi jalan...

jalan menghala ke Spice bazar...dalam 15 min jln kaki sampai.rata2 kws pejalan kaki di Istanbul ni bersih,tu yg suka jln sambil tengok kedai2.

byk cafe sepjg laluan ke Spice Bazaar

model cafe.....

alahai model tutup mata pula..

byk cafe...kalau lapar...senang nak singgah isi perut...

jual teh panas...meja dan kerusi kecil diatur tepi bangunan...

jln2 sambil tengok kedai....tak lah penat

view spj ke Spice bazaar-byk kedai pakaian..

jual gula len...gula kapas

byk kedai spjg laluan....

kalau tak silap ni Muzium tp kami tak singgahpun

Masjid terletak berdekatan Spice Bazaar, view masjid dr belah belakang....masjid lama tp masih digunakan.

tempat ambil wuduk belah tepi luar...

lagi view masjid.masa kali pertama pergi hari kerja jadi tak ramai org...

anak2 dpn masjid Eminonu Yenicamii/New Mosque(Yeni Cami) yg dibina 1597-1663...lamanya.

penuh burung dok kerumun masa org ni bagi makan...

nak bergambar dg burung merpati dpn masjid...boleh beli makanan burung kat situ...tabur je nanti burung penuh dgt...

org ni jual trophet kecil ...tgh ajar abg no3 camna nak tiup...tak pandai tiup...tak bunyi jadi tak beli.blkg tu dlm kotak merah org jual makanan burung...dlm piring

view dlm masjid New Mosque (Yeni Cami)...

bgn lama tu terletaknya Spice Bazaar, situ terletaknya pintu masuk utama. ramai org kat dataran sini sbb week end.

dpn Spice terletaknya Galata Bridge yg terkenal juga tp kami tak sempat ke sana.

pintu masuk Istanbul's Egyptian (Spice) Bazaar (Mısır Çarşısı).Spice Bazaar dibina pada thn 1664.berbentuk “L”-shaped dg 88 buah kedai....kecil je Spice Bazar berbanding Grand Bazaar.Buka setiap hari termasuk pada hari Ahad.

lorong dlm Spice bazaar...siling atasnya melengkung macam Grand Bazaar.

namapun Spice bazaar mmg byk rempah kat sini...tp tak belipun rempah sbb kat Cairopun byk rempah gini..lagi murah.

manisan,lampu dan tembikar.....kemas susunannya...

teh yg pelbagai jenis...ada love tea,winter tea,apple tea,rose tea,tropica tea,lavender tea...dll.tp yg femes kat Istanbul ni apple tea....kat hotel kamipun diorg hidang apple tea.

suasana yg sibuk dlm Spice bazaar..

rempah dan teh...

pashmina dan lampu ada juga dijual

lampu2 Turki yg cantik....mama rembat juga lampu ni tp beli kat Grand Bazaar.
anak2 gelak bila dengar sesetengah peniaga di sini cakap
Kuala Lumpur..murah2..lelong...tahu cakap melayu jugak mereka...

bergantungan...utk jual atau hiasan tak tahulah...

shishapun ada

tembikar...mcm di Grand Bazaar

lampu2....boleh isi lilin atau mentol..

buah2an jeruk dan Tukish delight

keluar dari Spice Bazaar,byk kedai2 ditepinya dan lorong berdekatan....Hasırcılar Caddesi yg byk jual pakaian,brg rumah dan perhiasan wanita.

pashmina....

beg dan pakaian

lorong di luar Spice Bazaar....ramai org.tp kalau hari minggu byk kedai kws luar ditutup.

bunga2

kedai jual pelbagai rantai manik

dkt lorong...

pakaian dan bag

kedai2 jual pakaian dan beg..

brg dapur..senduk kayu,mesin perah juspun dll ada jual
Dah habis Spice Bazaar, penat pusing2, balik hotel..tp singgah beli makanan.

abg Syazrin nak roti ni....keraslah bang...nanti tanggal gigi..hi...

kita beli jagung rebus je...

singgah beli kebab....posing dg uncle jual kebab....

tunggu kebab siap...

singgah beli nasi/pilav dkt stall ni,nasipun dah tinggal sikit nasib baik cukup.nasi yg dicampur dg kacang kuda dijual panas,diplay dlm kotak kaca.sebelum ni pernah beli nasi gini kat kws beyazit...yg tu penjual letak sos tomato kat atas. Harga 1 pkt dlm 2.5 lira..ke 3 lira, lupa lah.

nilah rupa nasi/pilav siap letak sos tomato yg kami tapau mkn kat hotel. sekali rasa mcm nasi ayam...anak2 suka pula nasi ni.tengok org Turki mkn gitu je nasi ni,mkn terus kat gerai...panas2,mkn sambil berdiri.

singgah beli nasi dlm kepah

rupa nasi dlm kepah...ada rasa rempah sikit. 2 kepah, 1 lira .

byk buah berangan jual kat Istanbul....belilah sikit nak rasa....

zoom sikit buah berangan

singgah kedai bakery....tengok roti tp tak belipun

singgah beli doner kebab lagi kat kedai ni...murah 1.5 lira 1 kebab

masa balik terserempak kanak2 jual anak patung di kws restoren Kumkapi

singgah beli ayam bakar di kedai kebab dpn hotel utk dimkn dg pilav rice.tp lupa nak ambil gambar ayam bakar...
tamat PT6,byk gambar entry ni....lama juga nak upload.
entry selingan...jom jamu mata dg laksa penang yg dimasak hari ni.