klik Nuffnang

Monday, March 26, 2012

Ayam Masak Palembang



Assalammualaikum...
Entry cuti2 Istanbul rehat seketika....tak sempat nak upload gambar. bagi laluan pada lauk yg dimasak semalam utk hidangan kami sekeluarga.Sejak balik dari cuti, baru semlm merajinkan diri nak tengok resepi utk masak lauk.kalau tidak, masak mudah2....asalkan ada menu kegemaran anak2, barulah selera mrk makan.Tapi yg pasti tiap hari ada masakan ayam....itulah lauk yg mereka suka.



Kalau sebelum ni kongsi Apam Indon , kali ni masih menu berkait dg negara seberang iaitu Ayam masak Palembang. Bila tengok kat internet ada pelbagai versi ayam masak Palembang tp utk resepi kali ni ikut resepi yg pernah masak dulu.



Masakan ini lebih kurang macam rendang ayam sbb ada letak serai, cili dan santan tp bahannya lagi ringkas dengan ditambah dgn kicap. Resepi asal tiada sukatan, jadi mama agak sendiri2 bahan2nya.

Sumber; FP Yulina
Olahan; Dapurmamasya

bahan
1 ekor Ayam saiz sed dipotong - gaul dgn kunyit & garam
2 sb Cili kering yg sudah blender - nak pedas boleh tambah
*7 ulas Bawang merah
*5 ulas Bawang putih
*2 inci Halia
*2 btg serai
5 sb kicap manis - boleh tambah jika nak lagi hitam
1 sudu besar sos tiram
2 cwn santan sed pekat - 1 pkt santan debu jadikan 2 cwn
6-7 helai daun kari
1/2 cawan kecil Asam jawa
garam ; gula

Cara;
1.Goreng ayam hingga setengah masak.Blend semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yg diblend dg cili kering hinga garing.
2.dah garing masukan ayam,kacau rata ayam dgn bahan yg ditumis.
3.lepas tu masukkan kicap,gula dan garam.Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata.
4.didihkan sehingga pekat.siap utk dihidangkan.



lauk tambahan daging masak kicap berkuah dan sayur campur,cukup 3 lauk utk hari ni utk menjamu selera.....

11 comments:

  1. Ziela,
    ada sekali raya kat rumah adek akak jiran dier tulung masakan daging palembang mmg sedap,daging tu direbus dengna kicap sampai lembut,
    tanya resipi biasa ler org bisnes tak bagi akak balik cuba laa sebab yang nampak ada kerisek,dan kena letak daun kari...
    mmg sedap sungguh makan ngan ketupat...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    waduh sedapnya ayam palembang. makan ngan roti puns edap ni. dah lama tak buat ;-)

    ReplyDelete
  3. salam kak ziela
    bestnya dpt cuti2 yer.kita org ni slalu plan cuti mengejut aje.lagipun nak kena tengok poket gak klu nak berjalan ni
    lauk tu nampak mcm ala2 mamak lah

    ReplyDelete
  4. Aduhaiii Mama...sedapnya nampak lauk ayam tu..ishhh...ni wat cicah ngan roti pon kita suka!

    ReplyDelete
  5. yummy yummy mamasya..sedap sesangat...ni pun ddalam wishlist nekcik ni..thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. salam mamashya...hihi memang sedap cicah dengan roti pun sedap.

    ReplyDelete
  7. Salam...nampak mengancam ayam palembang ni, macam kuzi pun ada...makan ngan roti jala tentu masyukkk nih :)
    re: alhamdulillah, kami sefamili sihat...bestnya cuti2 Istanbul...nampaknya mamasya duduk di rantauan lagi...bestkan pengalaman hidup di negara orang...

    ReplyDelete
  8. assalam
    sekali sekala menu lain dari yg lain mesti sedap kan he he
    boleh gak cicah roti putih mesti terangkat punya..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Yong,
    Salam kenei dr Istanbul. Pe kabor?
    Tima kasih sudi singgah blog akak semalam.
    Waah lagi sorang blogger yg suka masak2, sukanya akak! Ni menu rendang berkicap, unik nih!
    Pasal Istanbul, nanti akak baca entry Yong tu dan akak komen yaa.

    ReplyDelete
  10. assalam mamasya, sedap neh cicah ngan roti..tmbh lak kuah pekat2 gini

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan.... GD follow yer..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2