klik Nuffnang

Friday, September 28, 2012

Mee Rebus Udang Pikat Selera Keluarga



Assalammualaikum....moga semua sihat sejahtera.t.kasih buat kwn2 blogger yg sudi komen dan bagi pandangan ttg entry Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri sebelum ini, tips yg cukup bagus utk kita.
Citer ttg air tangan dan pikat selera.....mama nak kongsi menu yg memikat selera kami sekeluarga iaitu Mee Rebus Udang Ala Singapura yg dimasak week end yg baru lepas utk hidangan di hari minggu. Dah kebiasaan kalau hari minggu selalu masak menu yg berkuah utk sarapan spt mee...laksa,soto.. sbb jadi kegemaran sekeluarga kalau menu yg berkuah dan bila hari cuti semua boleh ulang2 makan.
Buat mee rebus sbb masih ada stok ubi keledek di rumah...beli byk hari tu...buat kuih cek mek dan masih berbaki. Biasa buat mee rebus guna resepi yg ada daging, kali ni resepi hanya udang semata....


....dan spt komen di MYR rasanya mmg sedap, anak2pun suka sampai ulang mkn.customer no 1pun komen sedap......mmg kena dg selera kami sekeluarga.Lain rasa mee rebus udang berbanding mee udang sbb mee rebus ada byk lagi bahan2 tambahan spt taucu,rempah kari, serai dll...boleh tengok resepi penuh spt di bawah...t.kasih byk2 CMG@DTS...kongsi resepi.

Mee Rebus Udang Ala Singapura
Sumber; CMG @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5 orang )
500 g mee kuning - guna spaghetti
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250 g udang sederhana besar- kupas & tinggal bbrapa ekor tak kupas

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)- tak cuci sbb guuna taucu yg dah lumat
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus - ganti ubi kelerdek
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)- x letak
1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara
Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan


mee rebus udang....

21 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. salam mamasya
    sedap nampaknya mee rebus tu udang pun besau tu belum lagi terjadi mee udang ni selalu beli udang budak2 nak makan pesen lain so ikutlah selera dorang,lepas ni mesti nak buat jugak mee ni,pssssttt orang atas tu ckp apa tu tak faham akak ni heeee

    ReplyDelete
  3. hehhee org atas tue kt mana2 dia ada..mee rebus klu zila mkn mesti nk isi n kuah lbh..mee tu sikit2 jew buh pun x per..kecurr nie mama:)

    ReplyDelete
  4. Salam Mamasya,
    hari ni kita pun nak buat mee udang jugak hi hi...tapi kita tak letak taucu...kita letak otak udang...

    ReplyDelete
  5. slm Mamasya...mee rebus udang tu bukan pikat selera akak skeluarga saja...tpi memikat hati QH n hb jugak...nmpk sedap n myelerakan tu...amik resepi yer...tq

    ReplyDelete
  6. Salam mamasya

    muahhh! thanks for the tip pikat suami...sama je cam pesan mak saya.hehe...
    Mamasya, saya suka mee rebuss...tapi alah dgn udang..tu yg jarang buat.hubby pulak x minat.ilang mood nak buat..so kalau nak mkn sy beli aje..:(

    ReplyDelete
  7. uhoiii.. mama sya, mee rebus ni mmg la salah satu cara ai pikat tekak somi..boleh katakan tiap2 minggu buat...terbaik...saya selalu guna resepi chef wan..ada letak rempah kari sikit...jom pikat suami...eceh!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Mamasya....nak cubalah hujung minggu ni :)

    ReplyDelete
  9. tolonglaaa pikat saya kak..pikat 2 mangkuk cukup dah..hihi...sedapnya bt sdro kn..puas hati..

    ReplyDelete
  10. Assalam mamasya..
    waduh kita yang duduk spore ni tak pernah merasa mee rebus udang macam ni!!
    tengok kuahnya aje dah kecur..alahai..kalau dapat sikit ni..memang love mamasya deep deep..hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Mama :D
    Sedapnya nampak mee udang ni...Kak Lin terliur betul tgk udang tu...perhhhh sedapnya...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Mamasya,
    Bestnya ada mee udang kat sini, hubby n anak anak memang penggemar mee yang berkuah macam ni, kalau buat insyaAllah selesai.....

    ReplyDelete
  13. salam mamasya... mula2 nak ucapkan Happy aniversery ( maaf terlambat)....tengok gambar aje dah kecur air liur..... nak kena try nie nanti......

    ReplyDelete
  14. assalam
    sedapnye, satu2ya mee yg tak penah dicuba lg
    tp bila tgk resepi Mamasya dah tentu sedap rasaya boleh godek2 nanti he he

    ReplyDelete
  15. aduhai....cerita pikat memikat jek ye skrg...Tapi nengok ni...hati mmg terpikat lor....sedapnye...

    ReplyDelete
  16. Konfirm sedap ni..kaw2 dia punya kuah...leh mkn 3 mangkuk..hahaha

    ReplyDelete
  17. Salam Mamasya..hehe nie mie kesukaan saya juga. Boleh makan berkali kali tanpa jemu cuma takut kena cinta kolesterol saja .
    Terima kasih jua atas ucapan takziah tempohari. Hari nie dah masuk dua Jumaat...cepat waktu berlalu.

    ReplyDelete
  18. Selamat pagi mamasya, wowo sedapnya kuah tu, ngam sekali kalau makan ni utk lunch : )

    ReplyDelete
  19. Salam mama..
    sedap sgt tgk mee rebusnya....
    time posting johor dulu puas mkn mee rebus tue...:))

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2