klik Nuffnang

Sunday, October 10, 2010

Pot Luck Raya Opis 2010

Masih ada entry makan-makan raya...kali ni pot luck raya opis yg diadakan jumaat..hari terakhir bulan Syawal... nak meraikan kejayaan kami dpt hadiah masa jamuan raya antara pejabat....tp yg penting xtvt makan2 dgn kawan2...menambahkan kemesraan..menambahkan timbangan...!

Bila pot luck, macam2 makanan yg dibawa....maklumlah staf kat pejabatpun dah ramai ..65 org lebih...jadi juadahpun byk yg dibawa. Antara juadah yg berat nasi impit , rendang daging, rendang ayam, ayam tumbuk,nasi lemak,sate, nasi goreng,spaghetti,roti jala...mama bawak laksa penang.

Manakala lain2 juadah...puding,sago,pelbagai kek,kuih-muih,kek lapis , muffin , apam,buah-buahan,dadih, agar2, sandwich, biskut raya dll...tak tersenarai...bykk tul.
Kelab Pejabat menyediakan ayam bbq...otak2..bakar kat situ dan sediakan minuman.
Konsep pot luck raya ni...santai..makan diluar ..bentang tikar atas rumput cam berkelah kat taman...apatah lagi ngadap tasik dan dusun menghijau. Wpun cuaca panas tp tetap ceria sbb makan beramai2.. makanan pun byk..sampai tak tahu nak ambil yg mana satu..semua nampak sedap...selain dpt makan..dpt jugak tapau..

Jom lihat gambar yg diambil....



Bergambar beramai-ramai....



Lagi posing beramai-ramai....



barisan jelitawan dan jelitawati pejabat..



barisan jejaka pejabat...



bangunan tempat kerja(belah tepi)...ngadap tasik dan dusun ..



View dari tempat hidang makanan....menghadap tasik dan dusun menghijau



antara juadah pot luck yg dibawa oleh kawan2...sate....



air yg disediakan...air tebu dan sirap selasih...




staf yg bertungkus lumus bakar ayam..sedap ayam bakar..



hasil yg dibakar..ayam bbq siap terhidang...



bahagian bakar otak-otak...



model kek lapis...!



Semua senyum manis..semanis tembikai !...



bersantai sambil makan-makan di bawah pokok...



bentang tikar atas rumput menghijau....makan beramai2...



Sebahagian makanan yang baru sampai....byk lagi yg dibawa oleh staf spt gambar kat bawah..



penuh tikar makanan..kuih-muih, kek , puding, dadih dan macam2..banyak betul...semuanya sedap belaka..

Thursday, October 7, 2010

Yong Tau Foo

Masa jamuan raya antara pejabat, mama dgn bantuan kwn-kwn masak sos yong taufu. Resepi sama spt yg pernah buat dulu. Tp ni masak byk jadi sukatannya pakai agak2.

Gambar ytf ni import dari dapur lama...masak dulu masa di Brunei.Ytf boleh makan dgn fishball,crabstick,kangkong celur dll,ikut citarasa masing2.



Sos Yong Taufu
Sumber;Minami; My Resepi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 10 tangkai cili kering- guna 3 sb cili kering yg dah blender .
* gula melaka atau kurozato
* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)
* 1 s.k garam
* 3 cm belacan
* 300 ml air
* 1 sudu besar minyak
* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto- tak letak
tambah 1 sb sos tiram

Cara-cara

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih , masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
**nota dr dapur mamasya;(boleh campur dgn cili boh kalau takut pedas sgt . kalau buat banyak pastikan bahan2 direbus agak lama sehingga hilang bau cilinya.boleh simpan dlm peti ais)



Untuk jamuan raya ytf mkn dgn sos dan sup. Utk resepi supnya ambil dari MYR tp dah diubahsuai ;

Kerangka ayam, kiub stok ayam, beberapa ulas bawang putih (tumbuk),sedikit lada hitam ditumbuk (guna serbukpun boleh), garam dan sikit gula. kalau buat byk kuah sup boleh tambah rempah sup bonjut dgn bunga lawang dan kulit kayu manis.Kalau nak byk kuah sup ,letak byk air .
Rebus seketika kesemuanya, biarkan mesra bahannya.Sebelum hidang , taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang.Kuah sup boleh digunakan utk mencelur bahan2 sampingan ytf.



Siap terhidang....

Biskut Ais Krim Pink



Sambung lagi kisah raya...kisah biskut raya pula.Biskut ais krim warna pink ni baru sempat posing di blog wpun dah lama buat....biskut raya yang lain posing sebelum raya lagi.



Pada ramadan lalu buat satu adunan biskut ais krim , ada di sini tp bila bahagi2kan utk di rumah dan balik kg dpt sikit.Jadi minggu terakhir Ramadan buat lagi biskut ais krim guna resepi yg sama....cuma kali ni tukar kaler...letak warna pink..make-up pun tukar letak coklat putih dan tabur manik.Rupa lain tp rasa sama....

Wednesday, October 6, 2010

Jamuan Raya Antara Pejabat (Part 2)

Sambung citer raya .....sambungan kisah jamuan raya antara pejabat spt di bawah. Kali ni nak kongsi gambar gerai-gerai lain yg turut memeriahkan jamuan raya.Tapi tak semua gerai sempat ambil gambar...gambar di bawah nipun mr husben yg tlg ambilkan.



Gerai yg menyediakan buah-buahan...



Antara gerai yg ceria...



Berasap-asap gerai sate...



Kalau tak silap yang ni gerai lemang dgn pelbagai rendang...



Sedang buat persiapan hidangan utk pengunjung..



Lagi gerai sate....ada 2 gerai sate..satu utk wanita..satu gerai utk lelaki



Salah satu gerai yg menarik hiasannya dgn konsep 60 - an....juga ada motor vespa



Gerai aiskrim... ramai juga peminat..kena beratur..

Monday, October 4, 2010

Jamuan Raya Antara Pejabat (Part 1)

Sambung citer raya...kali ni kisah jamuan raya antara pejabat yg diadakan rabu lepas.Acara bermula 10.30 dan tamat 1 tgh hari ini disertai oleh 20 pejabat...kalau tak silap 15 buah gerai semuanya . Meriah sungguh majlis raya yg dirasmikan oleh T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob. Setiap gerai ada konsep sendiri..gerai kami konsep traditional. Dan juadah masing-masing yg berbeza antara satu gerai dgn yg lain. Ada gerai sate,nasi lemak,nasi kerabu,lemang,ais krim,buah,mee dan macam2 lagi.
Kebanyakkan gerai menempah makanan dari katering....ada siap bawa katerer ke gerai utk masak2 dan tlg hidangkan. Pejabat kami bergotong royong menyediakan menu utama...hidang bersama-sama dan menghias gerai dgn buluh bersama-sama. Berbaloi usaha kami bila diumumkan no 1 sebagai pejabat yang paling bekerjasama..TAHNIAH buat rakan-rakan!. Lain-lain kategori yg dipertandingkan...gerai paling cantik,makanan paling sedap..ni dimenangi gerai bbq kepak ayam dan gerai pilihan ramai..yg dimenangi oleh gerai sate. Setiap pejabat layak utk satu kategori shj.

Gerai kami menghidangkan yong taufu dan otak2. Otak2 di tempah tp bakar sendiri panas2 di gerai. Mama tolong masak sos dan sup yong taufu dengan dibantu oleh rakan-rakan yang lain . Masak pada hari selasa ptg.... belah pagi ke Shah Alam atas urusan kerja...sampai office semula dlm pukul 2 lebih, pukul 4 baru tiba di rumah rakan utk masak...tapi semua bahan sudah disiapkan oleh teman-teman kumpulan memasak.Dgn dibantu oleh rakan-rakan pukul 6 lebih dah selesai.Belah pagi di gerai,wpun dlm cuaca panas, pakat ramai2 tlg celur semua bahan2 ytf di luar gerai. YTF selesai licin dlm pukul 12 tgh hari...otak2 kena beratur sbb tunggu bakar..kalau tidak awal2 lagi dah habis.Yang bestnya, dlm gerai kami bentang tikar mengkuang utk tetamu...tetamu makan sambil bersila..ala-ala kampung....meriah sekali!

Mari tengok gambar sepanjang acara....



Ketibaan Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob utk merasmikan majlis jamuan hari raya



Perasmian majlis jamuan raya...belon dilepaskan



T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob bersama isteri



Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob berkunjung ke gerai kami...



Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob berkunjung ke gerai kami...



Pemandangan luar gerai kami...gerai tradional..dihias dgn dinding buluh dan atap nipah..



Sebahagian deretan gerai-gerai jamuan raya dgn pelbagai konsep..



Sesi bergambar ramai-ramai bersama ketua Pejabat....



Posing dengan basikal tua....



Yong taufu dan otak-otak utk tetamu...



Mangkuk-mangkuk yong taufu siap tersusun dihidang utk tetamu..



Rakan2 yg membantu xtvt celur-mencelur bahan2 yong taufu..wpun dah mula terasa bahang cuaca panas tp tetap senyum gembira semuanya...



Seperiuk sos dan sup yong taufu dipanaskan sebelum dihidang..ceria rakan yg membantu...



Bahagian bakar otak-otak..semuanya senyum manis...



Tekun sekali menghidang yong taufu...



Xtvt memotong sayur dan lain-lain ..duduk bersila atas tikar macam di kg...



Suasana meriah dalam gerai....tuan rumah dan tetamu duduk bersila atas tikar mengkuang...



Lagi view gerai kami..motor vespa antik dan basikal tua daya penarik hiasan gerai...



Rakan sepejabat posing selepas selesai hidang ytf utk tetamu..wpun penat tetap ceria...



Posing lagi beramai2....



Lagi suasana dalam gerai...



Sabar beratur menunggu otak2 dibakar



Makan dulu nasi lemak sebelum mula jamuan..

Klik Nuffnang2