klik Nuffnang

Friday, June 21, 2013

Happy 4th Bday Syakirah Cayang!



Assalammualaikum buat semua
Hari ni 20 Jun....genap 4 thn usia puteri mama.....doa mama dan abah, agar Syakirah sentiasa sihat ceria dan membesar jadi anak yg soleh dan berjaya....Aminnn.
Syakirah Aeda....wpun anak bongsu tp kdg2 kami memanggil Syakirah dg panggilan kak Eda...rasa sesuai pula panggilan nama itu dg Syakirah dan diapun suka bahasakan diri dia kak Eda. Panggil kak Eda sbb nama Syakirah kami simpan sebelum kelahiran abg yg sulong lagi tp tiada rezki masa itu hinggalah selepas 4 orang abg Syakirah lahir....barulah ke 5 seorg puteri....Syakirah Aeda diberi nama. Mungkin sbb mama & mrhusben selalu panggil dia kakak....Syakirah wpun bongsu tak manja sgt.
Berbeza panggilan dgn abg no 4 dulu...Syazrin, panggilan manja sejak lahir kami padanya ialah baby sampailah Syazrin umur 4 thn iaitu sehingga Syakirah lahir barulah tukar panggilan dari baby ke abg.


Mungkin kerana panggilan kak Eda juga...kdg2 Syakirah berlagak seorang 'kakak' kpd abg-abgnya. selalunya....bila mlm sebelum tidur, dia akn pergi tutup lampu bilik abgnya dan suruh abg2 tidur. Setiap mlm juga Syakirah bacakan doa tidur utk abg no 4 (abg no 4 sebelum tidur nak ada org baca doa tidur bersama2 dgnya) . Dan selalu suruh abg2 dia mkn...kalau tak nak mkn mulalah dia membebel....dah mcm mama pula..hi....hi...dan melapor pada mama abg mana yg belum mandi... abg mana yg buat salah.Syakirah juga wpun adik suka nyakat abg no 3 & 4. dan yg biasa ngalah dgnya abg no 4....akn dtg ngadu pada mama Syakirah buat dia. Satu lagi Syakirah suka betul tengok citer P.Ramlee......ulang2 tengok sampai boleh hafal beberapa dialog....mama pula yg bosan bila citer sama.
itu saja citer ttg Syakirah...juga catatan utk Syakirah baca bila dia besar nanti. jom tengok gambar2 Syakirah sejak lahir...


usia sehari....21.6.2009...bam..bam pipi...iras anak Jepun...lahir 4.2 kg tanpa sebarang masalah. dilahirkan di Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital (RIPAS) , Brunei Darusalam .Rekod baby lahir paling besar hari itu.


usia 1 minggu...tp rupa dah mcm baby 3-4 bulan


umur 1 bulan...pipipun dah surut....tak tembam lagi


usia 6 bulan...bulan terakhir di Brunei Darussalam sebelum pulang ke Msia


9 bulan ketika bercuti Langkawi.


Syakirah sejak kecil lagi suka kerja di dapur....terutama part menumbuk...sama naik dia nak menumbuk.


1 thn 4 bln.....di Msia..rambut dah boleh buat tocang...posing ala2 anak dara sunti gitu.


bday ke 2 thn sambut di Cairo. Mama buatkan kek princess.


bday ke 3 thn mama buatkan kek Dora spt yg Syakirah minta


bday ke 4...Syakirah dah minta kek bday tp tak ckp nak kek apa.....sabar ya Syakirah...mama masih cari idea nak buat kek apa.....

Tuesday, June 18, 2013

Nasi Arab & Masakan Melayu Buat Tetamu



Assalammualaikum buat semua
Sambungan dari kisah donut bulat utk tetamu, hari ni mama nak kongsikan hidangan yg disediakan buat tetamu....iaitu Nasi Arab dan masakan Melayu. Makan-makan ini diadakan mlm khamis yg lalu,majlis kecil saja dan tak ramai kami jemput sbbnya rancangpun hanya ptg sehari sebelum. Majlis meraikan kenalan yg akan pulang ke Msia dan yg baru sampai, rombongan MTDC yg baru tiba pagi itu dari Msia dan juga beberapa org tetamu lain termasuk tetamu utama Dato TYT Duta & Datin.
Dinner ni perancangan last minute hanya decide ptg sebelum sbb asalnya nak buat di sebuah restoren Lubnan....tapi akhirnya tukar venue buat di restoren dapurmamasya.......buat kat rumah aje. Pertukaran tempat dibuat bila fikirkan buat jamuan di rumah lagi selesa sbb melibatkan kanak-kanak. Bila buat di rumah tak perlu tunggu lama nak mkn, hidangan dah siap terhidang buat tetamu....sbb biasa restoren di sini lama menunggu , kanak2 boleh bebas nak bermain, tetamupun selesa ulang2 mkn sampai kenyang sambil bersembang.


Wpun buat jamuan di rumah byk tenaga dan masa diperlukan utk persiapan tp puas hati bila tetamu suka dg hidangan yg disediakan. Mama tak masak sorang2....turut dibantu oleh biktin. Ada tetamu tanya kenapa sediakan hidangan sedap2 semuanya...sampai susah nak pilih nak mana satu.... mama cakap mmg sediakan menu special utk tetamu mlm ini biar tak tahu nak pilih mana satu...makanlah semuanya..hi..hi..


Untuk menu mama & mr husben setuju memilih menu Nasi Arab dan masakan melayu. Untuk nasi Arab kami order...restoren dtg hantar ke rumah sekali dg dulang.tp dulang kena pulangkan kemudian...


Sedulang Nasi Arab lauk ayam. ada juga salatah (tomato blender)& bwg mentah & limau tp lupa nak ambil gambar.


sedulang nasi Arab lauk kambing


bersusun ayam nasi Arab...favorit anak2 juga nasi ni...ulang2 makan.


daging kambing sedappp sbb daging di sini tak berbau hamis.

Menu dari dapurmamasya pula


soto nasi & bihun dg setnya....pegedil, sambal kicap dll.


ayam goreng berempah

sotong goreng tepung rangup

kari daging pekat


terung bersambal.terung digoreng letak sambal ikan bilis. sambal ikan bilis mmg selalu ada. masak byk2 simpan frozan, nak guna baru keluarkan sikit.


acar rampai


kerabu campur....letak ikan bakar, kelapa goreng, sayur2 ulam dan sikit ikan bilis goreng


Bahgian dessert pula.ada Red velvet cheese brownies, kek buah, kuih pelita, donut, rich choc puding dan mini sandwich (buah tangan dr tetamu)


kuih pelita, donut, rich choc pudding


rich choc pudding...puding yg harus ada tiap kali ada makan2...mudah dan sedap.utk resepi klik sini.


kek buah kukus...yg mama buat hari itu, ada entry di sini. Simpan dalam peti ais..nak hidang keluarkan beberapa jam...kek lembut dan moist.


mini sandwich & mini burger buah tangan dari tetamu...(bakery di sini ada jual mini sandwich & burger....mmg nampak menarik kalau nak beli sbg buah tangan sbb siap dg kotak)



puding cocktail berkuah dan buah2 buat tetamu.musim panas byk tembikai dan anggur.


Lagi buah tangan dari tetamu...biskut pelbagai jenis dan mini burger & mini sosej.

Tetamu yg dijemput datang
Terimakasih buat semua yg datang ke rumah.









di atas meja juga disediakan kekacang, buah2an & kerpok


tetamu sedang menikmati hidangan yg disediakan


budak2 bila berkumpul......main gameslah jawapnya.tapi makan tetap makan...hidangan dah tersedia..haruslah mama panggil semua makan dulu...baru sambung main.

itu saja entry makan-makan....jumpa lagi

Monday, June 17, 2013

Donut Mudah & Lembut



Assalammualaikum buat semua dan selamat berhujung minggu
Beberapa hari blog berehat sbb bagi laluan pada promosi jubah, jubah masih ada lagi, kpd yg berminat boleh klik sini.Tambahan mama sibuk sikit beberapa hari ini....termasuklah masak2 utk dinner di rumah mlm khamis lepas.Citer ttg dinner ni,nanti sembang next entry. Dan utk hari ni mama nak kongsi donut yg mama buat utk dinner....kira salah satu kuih yg mama sempat sediakan. Ada 2-3 jenis yg manis2.. tak da yg goreng. Jadi mama sediakan satu yg goreng....iaitu donat ball. Lagipun dah lama tak buat donut...anak2 pun suka.


donat ball mudah sikit buat sbb tak payah nak terap...bulatkan saja..cepat.saiz kecil molek.. mudah budak2 nak mkn.


Donut ni mmg lembut....mama sgt puas hati.boleh buat lagi nanti.


Untuk resepi donut ini, mama berkenan mencuba resepi donut mudah dari MYR. sukatan tak payah timbang...buatnya pun mudah. Adunan agak lembik, jadi kena pandai2 nak bentukkan....itu yg mama buat bulat...lagi senang nak bentuk.tkasih byk buat empunya resepi.

Donut Mudah
Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..


atau utk buat donut bulat spt di atas lepas adunan rehat 45 min. bentukkan donut bulat2..kena letak byk tepung gandum ditangan masa bulatkan.rehat kejap.dah naik mcm gambar diatas....licin je bentuk donut...barulah digoreng.


bhg dalam donut...lembut je.


mulanya ingat nak salut coklat tp takut sempat , jadi ayakkan saja gula aising atas donut.


Hidangan dessert termasuk donut antara yg disediakan utk tetamu....lain2 gambar masa makan2 akan menyusul next entry. sekian dulu.....

Tuesday, June 11, 2013

Promo Jubah Hitam Dari Egypt



Assalammualaikum buat semua moga sihat ceria.
Buat pengunjung dapurmamasya, Mama nak promosi beberapa helai jubah yg dah ready stok di Msia. Semua jubah yg dijual adalah dari Egypt. Ada jubah yg dipromosi kali ini design yg sama pernah ada sebelum ini tp stok baru dan ada jubah paten baru.Setakat ini semua jubah yg telah mama jual dpt maklumbalas yg baik dari customer dan ada yg sudah beberapa kali order jubah dg mama.terimakasih semua.
Kepada yg berminat untuk memiliki jubah ini, boleh emel Mamasya dan setiap jubah yg dipromo kali ini hanya ada sehelai saja setiap design kecuali AA27. Manakala jubah cantik design rerama dlm gambar diatas saiz L (bahu 17 inc)boleh tengok2 dulu sbb yg rerama ini masih dgn mama di Egypt.

Bagaimana nak order ;
1. Pada yg berminat membeli jubah dari Egypt ini, bolehlah tinggalkan mesej di kotak komen atau emel mama; mamasya70@gmail.com.
2. Booking tak lebih dr 3 hari.Tanpa bayaran selepas 3 hari, booking akn terus dibatalkan.
3. Akaun utk bayaran akan mamasya emelkan kpd pembeli yg menempah. Setelah pembayaran dibuat sila beri nama, alamat & no tel utk urusan pos dlm emel nanti.
4. Oleh kerana jubah2 yg dijual bukan yg ditempah khusus maka ada ukuran jubah yg agak labuh, sila pastikan ukuran jubah yg sesuai. Jika labuh pembeli perlu baiki/alter sendiri. Semua jubah yg ditunjukkan di sini mengikut ukuran sebenar(mama ukur semula) sbb ada jubah yg berbeza saiz sebenar dgn saiz yg tertera dijubah.
5. Warna jubah mungkin berbeza sedikit sbb kesan cahaya @ flash.




Jubah AA27- 2 NEW STOCK - SOLD - BERMINAT BOLEH ORDER SAIZ XL & XXL
ORDER XXL BY SADIQ - 7/7/13

Jubah hitam paling laku sbb cantik dg sulaman penuh. Jubah dari hitam kain crepe saudi dg sulam cantik warna-warni penuh tangan & dg batu Batu Swarovski dan selendangpun bersulam penuh. saiz XL (bahu 18 inci, labuh lengan 23 inc, lebar dada 23 inc, lebar punggung 25 inc, labuh 55-56 inc) . Harga RM150 + RM8 utk pos Sem Msia.



Jubah Hitam AA5 - SOLD OUT
Jubah dari Egyption Cotton yang cantik sulamnya, sulaman tebal didada, dpn baju memanjang dan menyerlah dg sulaman warna gold penuh. Juga sulaman di tangan dan juga dibahagian belakang jubah. Harga asal RM100 + RM8 POS= RM108 .Offer RM90 sekali dg pos.
Saiz S (bahu 15 inci,labuh baju 57 inci, dada 19 inci, lengan 23 inci) - SOLD TO ZARITH
Saiz M (bahu 16 inci,labuh 57 inci ; dada 20 inci, lengan 24 inci) - SOLD TO K.JAMILAH


Jubah Hitam CB SOLD. BERMINAT BOLEH ORDER SAIZ XL & XXL
ORDER XXL BY SADIQ - 7/7/13

Jubah hitam dg sulam gold ditangan dan taburan batu swaroski. Saiz XL (bahu 18 inci). di depan dada itu adalah kain selendang sulam dan bukan sulam pada jubah. sulam memanjang di tgh jubah.Ukuran pjg tgn - 23 inci,dada - 21 1/2 inci ,lebar punggung - 23 1/2 incci,labuh kain - 55 inci. harga jubah RM150 + RM8 utk pos = RM158.Offer RM150 sekali dg pos.


Jubah Hitam CC SOLD
Jubah hitam dg tangan lebar . warna gold. dijubah silap tulis saiz XL tp saiz sebenar L (bahu 17 inci.jubah dari kain crepe. ada simple selendang.labuh 57 inci. ukuran lebar dada 23 inci.punggung lebar 26 inci,labuh lengan 23 inch.harga jubah RM145 sekali dg pos.Offer RM140 sekali dg pos.



Jubah hitam MB1. New SOLD
Jubah hitam kain crepe saiz XL (BAHU 18 IN)dg sulaman gold penuh didada dan tangan. juga ada taburan batu swaroski .pjg lengan 23.5 inc, lebar dada 24.5 inc,punggung lebar 27 labuh 56 inc.harga jubah RM145 + free pos.


Jubah Hitam MA3 .New - SOLD TO NADIA
Bergaya dg jubah hitam dari kain Nida. saiz L (bahu 17 inci). hiasan Batu Swarovski pink, putih & kuning di bgh dada & dihujung tangan.hujung tangan dari kain baldu. lebar ukuran dada 21 inci. labuh 57 inci.Harga RM85 + RM5 pos= RM90. Offer RM85 sekali dg pos.


Jubah Hitam MA2 . SOLD TO FARAH
Saiz XL (Bahu 18 inci).Jubah hitam dari kain Nida dgn tangan lycra coklat & white. hiasan Batu Swarovski pink dihujung tangan yg berkedut, dibhg dada dan tepi jubah. pjg ukuran dada 24 inci. labuh 55 inci. Harga RM80 + RM5 pos = RM85. Offer RM80 sekali dg pos.


Jubah Hitam MA4.
Saiz L (bahu 17 inci).Jubah hitam dari kain Nida dgn tangan lycra. taburan hiasan Batu Swarovski merah di bgh dada .hujung tangan berkedut. pjg ukuran dada 21 inci. labuh 58 inci.Harga RM80 + RM5 pos= RM85 = Offer RM80 sekali dg pos.


Jubah MA8.
Jubah Saiz M (bahu 16 inci) dari kain Nida dgn tangan kain lycra. hiasan Batu Swarovski merah&pink di bgh dada dan lengan jubah. pjg ukuran dada 20.5 inci. labuh 56 inci.Harga RM80 + RM5 pos = RM85.Offer RM80 sekali dg pos


Jubah MA9. - SOLD TO KAK ARBAAYA
Saiz M (bahu 16 inci)dari kain Nida dgn taburan Batu Swarovski.Tangan lycra. hiasan Batu Swarovski merah&pink di bgh dada , lengan dan dpn jubah bunga . pjg ukuran dada 20.5 inci. labuh 57.5 inci.Harga RM80 + RM5 pos.= RM85.Offer RM80 sekali dg pos

JUBAH HITAM KANAK-KANAK
Kanak-kanakpun boleh bergaya dengan jubah hitam cantik spt adik Marsya yang bergaya dg jubah hitam dari Egypt. Nampak menawan bila ibu dan anak sedondon bergaya dg jubah hitam. Setiap jubah hanya ada 1 helai sahaja.Model jubah kanak-kanak mama pinjam kali ini sbb Syakirah belum cukup saiz, terimakasih byk buat mama Marsya yg sudi pinjamkan gambar Marsya. Jom tengok jubah kanak-kanak cantik bergaya;


Jubah M27 dgn batu swaroski biru SOLD
Jubah dari kain Nida dg tangan kain lycra. bahu 14 inci.ukuran lebar dada 17 inci.labuh 47 inci.Harga RM70 + RM5 pos.


JUBAH M18. - SOLD TO EENA
JUBAH KAIN NIDA DG WARNA BLACK & WHITE DI DADA. TANGAN LYCRA . BAHU 14.5 INCI.LABUH 47 INCI. Harga RM70 + RM5 pos.


Jubah M19 dg hiasan batu Swaroski Biru
JUBAH DARI KAIN NIDA DG TANGAN LYCRA DG HIASAN BATU SWAROSKI BIRU. BAHU 12 INCI.LABUH 45-46 INCI. Harga RM70 + RM5 pos.


JUBAH M25 dg hiasan batu Swaroski merah
Jubah dari kain Nida dg tangan lycra. bahu 13 inci. labuh 44.ukuran lebar dada 16.5 inci.Harga RM70 + RM5 pos.

Itu saja jubah yg dipromot kali ini.berminat boleh emel; mamasya70@gmail.com . jumpa lagi.

Klik Nuffnang2