Assalammualaikum buat semua.
Cuaca di sini skrg dah mula sejuk wpun nampak matahari terang.....pagi dalam 18'C...sejuk..anak2 ke sekolahpun dah pakai tebal.Tapi thn ni musim sejuk agak lambat juga berbanding thn lepas. Waktu siang makin pendek.....pukul 5 ptg dah masuk Maghrib....anak2 cakap, sekejapnya balik sekolah dah malam....sbbnya mrk sampai rumah jam 4.15 ptg.
Untuk entry hari ni mama nak kongsi moist choc kek yg dibuat 2-3 minggu lepas...rasa lama pula tak baking kek choc. Kalau kek choc tu laju sikit nak buat sbb anak2 suka mkn...mamanyapun suka jugak,kalau kek lain mmg bertangguh lama nak membuatnya.
Wpun dah ada resepi kek choc yg mama dah suka buat, tp utk menambah koleksi resepi kek choc, kali ni cuba BEST MOIST CHOCOLATE CAKE yg menggunakan buttermilk. Resepi dari Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com.....dan hasilnya...mmg sesuai dg nama kek ni mmg best dan moist rasanya serta bahan2nya pun mudah sukatan cawan. T.kasih byk2 Naz kongsi resepi kek ni....
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE
Sumber : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Resepi asal : http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's - guna serbuk koko biasa
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan Mazola vege oil - guna minyak jagung
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)- campur dg 1 sb Nescafe segera.
Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C)- sama guna 170'C.
Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
RUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan : Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan. Biarkan larutan berehat selama 5 minit. Boleh digunakan.
model kek mama kali ni...abg Syazrin...
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE....pasti akan buat lagi...
salam mamasya ...
ReplyDeletesama la di muscat pun dah mula sejuk. maghrib dlm 5:30pm.
Sedapnya....Belum sempat nak godak kek lagi ni. Mmg teringin sgt nak buat kek coklat yg moist.
ReplyDeletesalam syg mama
ReplyDeleteskrg syakirah dh letk jwtan jadi model ke kak..h ehhe abg dia take over yer..ha hhaaa..gurau jew kak..nk tanya ..gula kastor atau gula pasir tu kak..
assalam ziela...
ReplyDeletenampak moist sungguh kek tu.. dah lama juga tak buat kek coklat.. malasnya nak godek kek utk mkn2.. hehe.. ni tgh dok fikir nak buat kek utk hantaran sepupu hubby plak.. naik pening dibuatnya tak tau nak buat kek apa & nak deko mcmana... mmg takleh bisnes la mcm ni.. baru org nak tempah sejenis pun dah pening.. hehe.. lama tak nampak abg syazrin...
Salam Kak..Adusssssss.Tak tau nak cakap apa...Simpan resipi dulu..lama betul tak panaskan ovenku itewwwwww.....
ReplyDeletemeleleh air liur tgk kek akak...mmg moist betul ni..
ReplyDeletesalam Mamasya...model nampak happy dapat makan kek hehe.
ReplyDeleteas
Salam mamasya, dari tadi dah terliur dkt fb, fuhhh mmg sedap tengok...
ReplyDeletesalam mamasya,,
ReplyDeletewah nampak sedap tu hitam pekat dan pastinya sedap, model baru ke tu heee handsome boy..
sy pon peminat kek cekelat tegar..pantg ada resepi baru mesti nk cuba..yg ni pon akan masuk list!
ReplyDeleteSalam Mamasya...tergoda i...
ReplyDeletePantang nampak kek coklat..lagi2 klu Mamasya cakap sedap giler...memang tak sabar nak try...
assalamualaikum...wahhhhh lama dah tak meng coklat...... ehem....ehem.... leh cuba tuk buat kek besday diri sendiri ni.....
ReplyDeleteWAHH MABELES KAK..
ReplyDeletesedap nie mama...asz pun pnh try test resepi nie..;))
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletedah banyak koleksi kek coklat akak..mmg leleh la...sy dah lama tak buat..
tempting nya kek tu.bahan2 pun ada dlm stok..kalau ada kerajinan & masa nk cuba la..
ReplyDeletemarvelous sungguh kek cekelat tu kak... cedappnye
ReplyDeletewaduhhhh kek coklat mmg syedappppp.... mama blk mesia eh ma??
ReplyDeleteAkak..
ReplyDeleteSonyap jo?
Busy ker?
Rindula citer Mamasya.
Salam..tumpang tanya, kalau nk kukus boleh x?
ReplyDeleteSalam Amalina...boleh kukus kek choc.
Delete