klik Nuffnang

Monday, December 24, 2012

Ayam Panggang Rosemary & Lemon



Assalammualaikum buat semua dan slmt bercuti buat teman2 yg sedang bercuti bersama keluarga tersayang....moga percutian yg dirancang berjalan baik.
Rancangnya nak update gambar2 xtvt di sini sepjg beberapa bulan yg belum sempat update di blog tp tangguhkan dulu. belum berkesempatan nak pilih gambar yg sesuai.Tambahan pula minggu ini anak2 cuti sek selama seminggu sempena cuti Krismas....kuranglah sikit masa nak ngadap PC lama2.Cuti sek tak plan kemana2....hanya xtvt di rumah saja.
Utk entry kali ni...nak kongsi lauk ayam bakar lagi.....iaitu Ayam Panggang Rosemary & Lemon yg mama masak bulan lepas lagi.

DSC_5999_zps9ff44281

nak pelbagaikan masakan ayam bakar...kali ni cuba resepi iaitu Ayam Panggang Rosemary & Lemon dari blog Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu.Asalnya tengok di Fb....terus teringin nak buat. T.kasih Khairiah khaizu kongsi resepi ayam ni.....enak rasanya...anak2pun suka.

AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON
Sumber; Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2 :
1 ekor ayam - dibelah 4
5 ulas bawang putih - direbus
1 inci halia - disagat
1 1/2 sudu besar rosemary kering
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
Garam
2 kiub ayam - mama letak 1 sj
2 biji lemon - hiris
4 sudu besar olive oil

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak
3 biji karot - potong kecil2 memanjang
2 biji tomato - potong 4

Cara2 :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam.
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak.
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.

DSC_5996_zps37cb5275

bahan2 utamanya lebih kurang dg resepi Ayam Panggang Rosemary yg pernah dibuat sebelum ini, boleh klik sini dan sini tp kelainan resepi ni ada tambah madu...penambah rasa enak ayam bakar rosemarry ni.masa lumur ayam, mama perahkan sikit lemon atas ayam dan mama perap dlm 1 jam ayam sebelum bakar.

DSC_5973_zpse5fe2fab-1_zpse444a020

ayam agak gelap sbb disiram dgn air lebihan panggang ayam...biar ayam lebih moist bila dimakan...

23 comments:

  1. Pretty Much post it is. I enjoyed very much. If you want to know about “Food Storage” please visit: http://www.efoodsdirect.com

    ReplyDelete
  2. wah sedap nya Mamasya, terliur tengok pagi2 ni boleh jugak try resepi panggang memanggang memang sedap ni meratah tak sedar sekor ayam habissss

    ReplyDelete
  3. Salam mamasya..pergh menyelerakan dan sempoi jer!!!

    ReplyDelete
  4. mengiurkan tgk kulit ayam tu....

    tq kak wish anibesry kita.....:)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.... ayam panggang rosemary sekor ni memang cukup untuk kami sekeluarga...tapi pastinya hingga hisap tulang tulangnya he he he ehhh

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mamasya,
    sedapnya tngk ayam panggang ni...menyelerakan sungguh...tq berkongsi resepi..leh cuba ni..

    ReplyDelete
  7. adessss... meleley ayaq liuq... terus nak pengsan tengok ayam bakar mama neh

    ReplyDelete
  8. perghhh kecur kak..hubby zila suka ayam msk camnie..skali adap kami bertiga licinn:)

    ReplyDelete
  9. assalam Mamasya
    byk ketinggalan ni hu hu sedapnya menu hari ni
    ayam memang feberet nak lg ank2 kan kalu makanan ada ayam sah2 habis licin

    ReplyDelete
  10. perghhhh.. ayam bahagian kepak utk nani tau.. jangan abiskan..

    ReplyDelete
  11. Salam mamasya...teringinnya saya nak cuba resepi ayam panggang ni...tengah diet elok makan ayam panggang ni kan..he he..

    ReplyDelete
  12. peberet kami sekeluarga ni.. sedapp..

    ReplyDelete
  13. Selamat malam mamasya...wah ini mmg peberet saya juga ni, terlaparr sudah!!!

    ReplyDelete
  14. fuhh...tengok ayam sekor tergolek camtu semua org pun leh terliur...sedapnye...

    ReplyDelete
  15. kompem harum dan enak ni...segolek lagi tu, puas makan..

    ReplyDelete
  16. salam mama... seeedap!! npk.. anak2 klu npk suka sgt2...terliur tgk, mintak izin amik resepi ya...timekasih byk muehehehe...oh ya, slmt tahun baru... zila66 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt thn baru Zila66.
      silakan mencuba resepi ayam ni...mmg enak!

      Delete
  17. Thanks mamasya atas perkongsiann resepinya. Saya dah ulang masak 3x.memang sedap..family pon suka.

    ReplyDelete
  18. Thank u sis bg resepi dh try family suka. Jemput singgah blog saya suhaili-mohdisa.blogspot.com.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum
    Walaupon saya ni Ketua Rumah, namun hobi saya memasak untuk keluarga saya. tapi masih lagi mencari pelbagai resepi untuk sy mencuba.. Web ini baik utk sy belajar dn mencuba resepi yg terbaru, kalu ada rezeki, bolehlah sy buka warong untuk berniaga...ehehhehe

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2