
Selamat berhujung minggu semua....tentu ramai yg sibuk dgn xtvt keluarga masing-masing di hujung minggu ni. Di sini cuti mingguan hari Jumaat dan Sabtu. Manakala hari kerja...waktunya pula dari 8 pg - 3 ptg,waktu sekolah pun sama 8-3 ptg. Tapi skrg ni sek tutup sbb summer holiday sampai hujung bulan lapan.
Entry kali ni nak tayang apam yg cukup femes iaitu apam dot-dot....ramai dah buat apam ni...cuma mama baru berkesempatan mencuba....dok tangguh nak buat...dari Brunei....balik Msia...pindah Mesir baru rajin nak mencuba. Padahal tak lah susah bahan2nya. Tapi sejak dok sini dah 2x buat....kali pertama 2 minggu lepas dan kali ke2 baru2 ini masa birthday Syakirah

Kenapa apam dot-dot resepi 2....kerana apam ni menggunakan resepi lain iaitu resepi apam strawberry yg mama pernah cuba dulu2.Bila tengok tarikh di Fotopages mamasya , tarikh entrynya 18-Nov-2007.Cukup lama iaitu masa aktif di dapur fotopages, dimana resepi asal dari Fotopages Masriyah tp Fp Yah dah tutup...Yah antara kwn2 yg cukup aktif FP dulu. Tapi skrg Fp dah tak aktif...ramai pindah ke blog termasuklah mama.

Berbalik kepada resepi ni..mama suka sbb sukatan guna cwn.....tak payah nak bawa keluar penimbang dr gorbok. Satu lagi apam ni guna tpg naik sendiri...yg lain2 tu sama dgn resepi apam dot-dot yg terkenal itu.

Berkenan dgn Apam Polkadot Versi Ladybird di bakery2embroidery.blogspot.com...kemudian nengok Shima tayang di FB...nak jugak membuatnya tp hasil taklah comeii sgt.

Ni antara kumbang2 terpilih yg layak posing di blog.....yg tak layak tu awal2 dah kena ngap..he..he...
Apam Dot Dot (Resepi 2)/Apam Strawberry
Sumber; Dapurmamasyablogspot
Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.
Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)
nota dapurmamasya;
Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil toothpick.baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.

Rupa paras apam sebelum dikukus...

Adunan pertama...kukusan terlebih panas...jadi apam mekar tp anak2 suka apam mekar ni ..lembut.

Ni pula bermcm rupa apam yg dibuat masa majlis hari jadi Syakirah yg baru lalu....tak letak intipun sbb nak cepat tp sedang elok manisnya.

Ni pula rupa paras apam strawberry yg pernah buat di dapur fotopagesmamasya dulu...ceria dgn pelbagai rupa..























