klik Nuffnang

Thursday, June 30, 2011

Puding Trifle (2)



Assalammualaikum semua...beberapa hari tak update blog sbbnya kesibukan melanda sejak hari sabtu dan rasanya minggu ni akan busy sampai hujung minggu dgn acara mkn-mkn , keluar belanja dgn kwn2 utk acara family day dan semalam paling sibuk, belah siangnya masak dinner untuk tetamu yang dijemput ke rumah dan masak juga utk satu Majlis Jamuan Ramah Mesra di rumah TYT Duta M'sia ke sini bersama tetamu...siapa tetamu kehormat yg diraikan....nantikan kisahnya akan menyusul.
Mama ditugaskan masak 2 pek bihun....5 org ditugaskan masak bihun dan ada yg kena masak makanan lain. Siap masak dan ptgnya hadir ke majlis tersebut..pergi jln kaki je sbb dkt dgn rumah dlm 5 minit aja.
Pagi nipun ada xtvt sepjg pagi...program morning coffee dgn kawan-kawan bersama tetamu istimewa yang dtg dari Malaysia...siapa tetamu istimewa...tunggu...semua kenal siapa tetamu istimewa..nanti entrynya ya...

Berbalik kepada entry Puding Trifle, ni buat semalam utk dessert tetamu yg dijemput dinner di rumah. Puding ni dah siap buat sebelum pergi ke Majlis Jamuan Ramah Mesra...simpan dalam peti biar sejuk..barulah sedap dimakan.



Cari resepi desert di internet...berkenan dgn puding triffles yg ditayangkan di blog K.Zai@Dapurimpian. ...nampak cantik dan enak.T.kasih K.Zai dan Hanis berkongsi resepi.

Puding Trifle
Sumber: Kak Maizana;copy dari blog K.Zai@Dapurimpian.

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly -
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir - guna fresh milk
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga



puding mama kongsi dgn Syazrin...



Puding triffles untuk tetamu....licin



Balik dari Majlis Ramah Mesra terus siapkan hidangan dinner sbb tetamu yang kami jemput juga hadir di Majlis Ramah Mesra akan terus ke rumah. Hidangan yg sempat disediakan utk tetamu...

Notes;
Blog mama rasanya diserang virus sbb entry puding yg post semalam hanya tinggal 1 gambar shj dan gambar2 yg lain hilang,button utk commentpun hilang dan terpaksa di delete. Segala gadget pula dah lintang pukang..yg dok belah kanan kejap dok kanan..pastu ke bawah..aduhai terpaksa upload balik gambar dan type semula entry dan copy balik resepi dahlah internet perlahan 2-3 hari ni.So comment kwn2 dipost asal dah hilang dan mama dah copy semula di bhg comment dientry ini..t.kasih tinggalkan komen.

12 comments:

  1. ♥LOVE2COOK♥ said...

    WOW, what a feast!!! :D

    And your trifle makes me to go and look for one now! :D
    June 29, 2011 2:40 PM
    Hafizah Mohamad said...

    sedapnyer mama...tgk pun dah tahu kesedapannya... hurm....best juga bila bagi2 memasak ni...x la terasa sgt kepenatannya...he he he *malas betoi fiza ni kan...

    bg fiza kalau buat amuan mcm tu masak sorang sejenis mmg best sbb kita boleh merasa air tanagn org lain sama...ha ha ha...fiza suka...suka...suka
    June 29, 2011 4:28 PM

    Flower said...

    Bz nye schedule Mama kat sana, mengalah kan menteri. ;). Ok lah kan dari duduk2 boring jugak lah. I kat rumah dah lama tak buat makan2 my kawan2 yg selalu dtg makan sekarang dah banyak yang kerja. Cuma I sorang dua je yg masih free.

    Lama betul tak buat trifle. Trifle ni dulu ialah the first dessert recipe yg I belajar buat masa teenager lagi. Lepas tu mengelat sebab my sister selalu hantar yg instant punya dari ovc. Dan sekarang ni mmg lama tak buat. Tgk mama punya sedap nampak.

    Mamasya, kat Perth ni kan, kerja bersih2 kapalterbang mcm gmbr mama kat bawah tu gaji diaorg besar tu. Seminggu boleh dpt AU$750 or RM2500 gitew. I tau ni sbb my kawan punya kawan buat mcm ni. Kerja tak berat cuma yg berat ialah kerja menunggu kapalterbang landing n shift work. Kalau tak shift mmg I ikut join. Sapa tak nak duit mudah kan mama.

    Mallan, Perth
    June 29, 2011 9:20 PM

    ReplyDelete
  2. Salam Mamasya....masih busy ke tu....pekabo hari ni...harap2 sumenya sihat sejahtera...lama kak cek tak singgah ke sini...nampak puding trifle tu...WoW! teringin lak kak cek nak buat...nyaman rasa tekak menelannya....:)

    ReplyDelete
  3. salam mamasya..cantiknye puding tu...gambo cantik.. gelasnye pun canteekkkk...rase can AK GRAB SATU.. HEEHE

    ReplyDelete
  4. Mamasya, terliur nyer tengok puding trifle ni.

    ReplyDelete
  5. I pernah pergi ke rumah Duta Malaysia ke Cairo, masa tu Dato Zainal

    ReplyDelete
  6. Sukatan sudu besar tu byk mane ye?table spoon kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, ya sudu besar = table spoon.

      Delete
  7. Hehe tq.nk try buat hopefully jd.:)

    ReplyDelete
  8. salam..nk tnya skit..whipping cream tu non diary or diary pnye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fazlin
      whipping cream ni guna yg biasa jenis debu...tak tulis samada non diary or diary tp boleh mana2 rasanya...

      Delete
  9. salam..nk tnya skit..whipping cream tu non diary or diary pnye?

    ReplyDelete
  10. Bestnya. Boleh cuba resepi ni. Triffle ni sgt sodappp

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2