klik Nuffnang

Friday, June 24, 2011

Ayam Masak Kuzi



Nak sambung kisah ceria bermunga-munga semalam...iaitu lauk ayam yang dimasak utk dipadankan dgn pulut kuning iaitu ayam masak kuzi.Biasanya kalau pulut mkn dgn rendang tp kali ni nak cuba mkn dengan ayam kuzi.Rempah kuzi tu kwn yg baru balik dr M'sia bagi.
Kalau pulut kami sekeluarga mmg suka...tanak pulut biasa mkn dgn telur dadarpun anak2 suka.Itulah dtg sini siap angkut 2 karung beras pulut dalam kontena..tak tahu stok sampai berapa lama...



Untuk resepi kuzi ayam....tengok kat internet ada resepi yg letak susu sahaja tp berkenan dgn resepi di pkt rempah ni yg campur santan dan susu tp dah dioleh ikut cita rasa sendiri.

Kuzi Ayam
Sumber; Dapur Mamasya

Bahan2
1 ekor ayam - potong 12
3 1/2 cwn santan dari sebiji kelapa
4 sb susu pekat manis
3/4 cwn susu cair
2 cwn air - 1 cwn utk bancuh dgn rempah
1 pkt rempah kuzi (20 gm)-bancuh dgn 1 cwn air
3/4 cawan tomato sos
garam secukup rasa
kunyit serbuk utk goreng ayam
5 sb kacang tanah - goreng
4 sb kismis
bawang goreng - tabur
3 biji buat tomato - potong 4
minyak utk menumis - dlm 8 sudu

bahan tumis *

1 batang kulit kayu manis
5 ulas bawang putih- tumbuk
7 biji bawang merah- hiris tipis
2 inci halia-tumbuk

Cara:
1. Ayam digaul dgn garam & kunyit dan digoreng 3/4 masak. Bancuh rempah dg secawan air.
2.Tumis bahan tumisan* hingga wangi dan masukkan rempah. Kacau seketika dan masukkan susu pekat, susu cair dan sos tomato, kacau dan tambahkan 1 cwn air. biarkan mendidih dan sedikit pekat ; dlm 10 min.
3.Masukkan santan, biarkan mendidih dan masukkan ayam yg telah digoreng, buah kismis dan 3 sb kacang goreng,garam dan buah tomato.
4.Masak dgn api sederhana sehingga naik minyak dan sedikit pekat.
5.Angkat dan hidangkan, tabur bawang goreng dan kacang yg selebihnya utk hiasan.

Untuk rempah kuzi kalau nak buat sendiri boleh cuba resepi di bawah, jumpa kat Fp Zanaz .

Bhn utk rempah kuzi:
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih
sebesar ibu jari kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sdb serbuk cili (this is optional utk rasa pedas sikit)

Semua bhn di atas digoreng tanpa minyak hingga naik bau kemudian boleh lah ditumbuk dan dikisar hingga halus seperti tepung gituk.



Minta komen dari pelanggan di rumah....semua cakap sedap...lagi bermunga2 hati mama...suka hati bila yg dihidang menjadi kesukaan sekeluarga....

8 comments:

  1. wah kak sedap tu sy tak pandai makan sgt kuzi ni hari tu buat dema still prefer kari @ masak merah mbe kena dgn pulut sedap agaknya ye

    ReplyDelete
  2. sedapnyer mama...lama beno fiza x singgah sini...ntah mana hilangnya link blog mama pun x tahu...fiza pun suka juga pulut kuning...satu gabungan yg mantop...pulut kuning dgn ayam kuzi...sodapnya mamasya...mintak sepiring...he he he

    ReplyDelete
  3. Mamasya.. Naz suka gak lauk kuzi ni.. Kalau makan roti cicah ngan lauk kuzi ni pun sedap kan..

    ReplyDelete
  4. salam mama.....sedapnya lauk kuzi tu....mesti sedapkan digandingkan dgn pulut....terliur plak akak !

    ReplyDelete
  5. sedapnya..tapi nk kena ada rempah kuzi lah yer kalau nk masaknya..

    ReplyDelete
  6. sedap tu mamasya. tgk mlm2 cmni tetiba je rasa lapar..huhu..

    sori lama x dtg sini, waktu keje sibuk skang ni.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ziela,

    terlewat Nur singgah sini...apa2 pun nk ucapkan Selamat Hari Jadi pada mamasya...moga dipanjangkan usia dan berbahgia selalu disamping anak2 dan suami tercinta.

    Sedapnya ayam kuzi nie...kalau dekat nur dh hulur pinggan besar...hehe...wah gambar yg atas tu abg Syazrin bukan main lagi...happy sekali...Syakirah pun bukan main lagi melaram sorang2 siap duduk dlm stroller. Suka Nur bila dpt baca cerita tentang mamasya sekeluarga.Ok take care....nk masuk tidur nie...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2