klik Nuffnang
Thursday, June 9, 2011
Dari tkt 22 hotel ke no 22 Geziret El Arab St
Assalammualaikum semua.Lama tak bersiaran dan buat kunjungan ke blog teman2....sbbnya talian internet belum ada lagi. Kami telahpun slmt pindah pada Isnin minggu lepas. Satu kebetulan pula kami sebelum ini menginap di tkt 22 hotel, kemudian pindah ke no 22 Geziret El Arab St, Mohandessin dan di tkt 5. No 22 ni nombor kegemaran kami tp bukan sbb no rumah yg dipilih tp ruang yg ada di apt 4 bilik + 1 maid room dgn 4 toilet ini yg memikat hati kami sekeluarga selepas lebih dari 10 buah rumah yg kami pergi tengok.
Syakirah dgn abg Syazrin& Syafiq di family area. Anak2 dah mula menyesuaikan diri dgn keadaan di sini. Cuaca mulai panas tp tidak terik sgt.
Nilah office terbaru ... selaku full time dapur officer di sini. Terpaksa melupakan dapur putih yg cantik spt entry di bawah wpun dah pasang angan dok masak2 di dapur itu....
Abg2 pula berkenan dgn bilik ini...latarbelakang biru dgn hiasan kartun pooh dan tigger
Apt kami di tkt 5 bgn ni.....bawahnya butik pakaian.Setiap bangunan di sini biasanya sebelah bawah kedai, atas apt. Setiap bangunan yg ada apt selain dari pengawal ada 1-2 org pekerja yg di panggil bawap yg menguruskan maintenance bangunan, tunjukkan rumah kalau ada yg nak menyewa dan uruskan parking penghuni di sini. Kalau susah nak parking bagi saja kunci kereta kpd bawap , diorg yg akan tlg parkingkan kereta. Mudah nak cam bawap sbb mrk biasa pakai jubah labuh dan duduk sepjg masa di dpn lobby setiap bgn apt. Selain itu mrk juga membantu sesiapa yg nak parking di kws berdekatan. Sbbnya parking di kws dlm bandar ni amat terhad dan sentiasa penuh.
View dpn rumah....betul2 mengadap American furniture. Sepanjang jalan depan rumah kami iaitu Geziret El Arab Street ni meriah sepjg hari hingga mlm sbb byk kedai pakaian, perfum pelbagai jenama,cafe dan perabut. Bolehlah window shopping sambil bawa Syakirah jln2 dkt sini. Bgn sebelah apt kami office. Manakala bahagian belakang ada kedai runcit, buah2an, kedai sembelihan...ayam, burung merpati, arnab di sembelih di situ,kedai makan dan mcm2 kedai lagi.
View dari dining room...
view dari balkoni rumah
Kontena kami dah sampai di port minggu lepas lagi dan dijangka 1-2 hari ni sampai di rumah.Utk masak2 nasib baik rumah kami duduk ni ada periuk belanga dan pinggan mangkuk yg disediakan oleh tuan rumah boleh guna utk masak serba ringkas.Ok nanti sembang lagi.....kalau ada kesempatan akan jln2 blog kwn2..
Label:
Rumah/Hiasan Dalaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam mamasya..
ReplyDeletewah dah settle down kat sana ya..
seronoknya tengok rumah cantik dan selesa..
ni mesti nanti masak2 menu arab lah ya..heheh..kita tumpang bau aje lah kat sini..
Wah, best nyer akak. Cantik umah tue... mcm umah sendiri dgn segala kelengkapan.
ReplyDeleteSalam mamasya, finally dah jumpa rumah impian :) Memang cantik decoration rumah tu, dapur pun nampak selesa. Selepas ni, mesti banyak masakan2 Arab yg akan dicuba :)
ReplyDeleteAini,PG
smua dia kasi ye kak..langsir...carpet..senang xyah nak beli2
ReplyDeletebestnyer mamasya...nanti kalau fiza tersesat kat mesir boleh la singgah rumah mamasya sbln dua...yer tak...he he he
ReplyDeletesalam singgah.. cantik betul hias dalam rumahnya ;) besar n selesa nampaknya
ReplyDelete